Pages

22 June 2008

Cranberry cupcakes


Bahan-bahan (12 biji bergantung pada size muffin cases):
110gm mentega
200gm gula kastor
200gm tepung gandum
1 camt baking powder
100gm dried cranberries
200ml plain yogurt
2 biji telur
1 camt esen vanila

cara:

1. panaskan oven pada suhu 175C. susunkan 12 muffin cases ke dalam muffin tray dan ketepikan
2. satukan yogurt dengan cranberries dan biarkan selama 30 min
3. sementara itu pukul mentega dan gula sehingga gebu dan kembang
4. masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga sebati
5. kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi
6. setelah itu tuangkan campuran yogurt dan cranberries ke dalam adunan sambil dikacau rata
7. ayak tepung bersama2 dengan baking powder ke dalam adunan dan kaubalikkan supaya sebati
8. masukkan adunan ke dalam muffin cases dan bakar selama 20-25 min atau sehingga masak

Hot chocolate

Bahan-bahan (serve 4-6):
1/4 cawan serbuk koko kurang manis
1/3 cawan gula pasir
1/3 cawan air panas
3 cawan susu segar
1 cawan whipping cream atau 1 cawan susu segar
secubit garam
1/2 camt esen vanila
marshmallows - optional
parutan chocolate - optional

cara:
  • masukkan serbuk koko dan gula di dalam mangkuk tahan panas
  • kacau rata
  • setelah itu masukkan pula air panas dan kacau dengan menggunakan hand whisker dengan api yang perlahan
  • kemudian masukkan susu, whipping cream, garam dan kacau sehingga sebati dengan api sederhana panas
  • kacau sehingga wap keluar tetapi jangan sampai mendidih
  • tutupkan api dan masukkan esen vanila
  • kacau rata
  • untuk mendapatkan frothy pukul hot chocolate dengan mixer selama 1 min
  • tuangkan ke dalam mug dan masukkan marshmallows dan parutan chocolate kalau suka
  • hidangkan panas

21 June 2008

Custard raisins sweet bun


Bahan-bahan:
75gm tepung roti
75gm tepung kek
1 camt instant yeast
60gm susu segar
1/2 biji telur
30gm gula pasir
25gm mentega

Bahan2 custard:
1 camb custard powder
1/2 camb gula pasir
85gm susu segar
10gm mentega
1 camt esen vanila

20gm raisins / mixed fruits
1/2 biji telur - dipukul untuk sapuan atas roti

cara:

1. untuk custard: masukkan kesemua bahan2 custard ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat. tutupkan api dan biarkan sejuk. coverkan dengan cling film
2. masukkan semua bahan2 roti di dalam mixing bowl sehingga sebati. uli sehingga menjadi doh, elastik dan tidak melekat di tangan
3. boleh juga dipukul semua bahan dengan menggunakan mixer
4. setelah siap masukkan ke dalam mangkuk yang telah digris dan biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda dalam 45 min ke 1 jam
5. atau kaedah lain masukkan semua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting doh. biarkan doh siap
6. setelah siap tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan angin dan biarkan doh rehat selama 15 min
7. kemudian canaikan doh menjadi oblong shape dan sapukan dengan custard, taburkan raisins. gulungkan seperti swiss roll dan potong ikut ketebalan masing2
8. susunkan ke atas pan yang telah digris dan biarkan doh naik sekali lagi
9. sapukan bun dengan telur dan bakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga keperangan
10. setelah masak sapukan dengan mentega agar bun menjadi kilat

doh yang telah naik kali ke dua sebelum dibakar di dalam oven

doh yang telah di potong dan disusun di atas pan yang telah digris

doh yang telah digulung seperti swiss roll

doh yang telah dicanai dan disapu dengan custard dan raisins

16 June 2008

Beriani daging resepi II

Bahan-bahan:
1kg daging lembu atau kambing - dipotong ikut suka
1 sudu besar pes halia dan bawang putih
4 tangkai lada hijau - dikisar
4 tangkai lada merah - dikisar
1 cawan yogurt/tairu
150gm minyak sapi/minyak sayur/minyak jagung
4 sudu makan rempah beriani
1 tin kecil tomato paste atau puree
4 biji buah tomato - dihiris
1 cawan bawang goreng
1/2 cawan badam kisar - digaul sedikit dengan air supaya menjadi pes
4 cawan air
sedikit daun pudina dan daun ketumbar - dihiris
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 untuk ditumis:
3 labu bawang besar - dihiris
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

cara:

1. gaulkan daging dengan pes bawang putih, halia dan cili kisar. ketepikan selama 15 min
2. panaskan minyak, masukkan bahan2 untuk menumis. kacau sehingga bawang garing
3. kemudian masukkan daging dan gaul lagi supaya sebati
4. masukkan pula rempah beriani, tomato puree, daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan bawang goreng
5. tumis hingga bangkit baunya. tuangkan pula yogurt dan air, tutup periuk dan biarkan sehingga daing empuk sambil dikacau sekali sekala
6. bila kuahnya tinggal separuh sahaja, kecilkan api dan masak sehingga kuahnya pekat
7. akhir sekali masukkan badam, garam dan gula secukup rasa. masak lagi hingga mendapat kepekatan yang diinginkan dan sehingga daging betul2 empuk
8. bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi beriani atau nasi tomato

Granny Boyd’s Biscuits

Bahan-bahan (25-30 biji bergantung pada size):
300gm tepung naik sendiri
30gm serbuk koko
250gm unsalted butter - pada suhu bilik
125gm gula kastor

cara:
  • panaskan oven pada suhu 170C
  • pukul mentega dan gula sehingga gebu dan kembang
  • campurkan tepung yang telah diayak bersama dengan serbuk koko ke dalam adunan mentega dan gaulkan sebati
  • kemudian buatkan bulat kecil2 dan aturkan ke atas baking tray
  • tekankan dengan belakang garpu seperti di dalam gambar
  • bakar selama 5 min pada suhu 170C dan selepas itu turunkan suhu pada 150C, bakar lagi selama 10-15 min
  • sejukkan di atas wire rack dan simpan di dalam bekas kedap udara

15 June 2008

Pain au chocolate

Bahan-bahan (makes 14):
350gm doh croissant - lihat resepi di sini
1 1/2 x 150gm bars chocolate

1 biji telur dipukul dengan secubit garam - untuk sapuan

cara:

1. ikuti resepi dan cara2 untuk buat croissant sehingga up to the point of cutting your rolled rectangle of dough around 30x75cm lengthways into two strips. instead of cutting your strips of dough into triangles, cut each strip crossways into 7 rectangles about 10cm wide (so you end up with 14 reactangles approximately 15x10cm). lay out the rectangles, long side facing you
2. patahkan chocolate bars of around 3 squares (seperti dalam gambar di bawah) dan letakkan ke atas doh dan gulungkan
3. sapukan dengan telur dan bakar pada suhu 200-180C selama 18-20 min

Pain aux raisins


Bahan-bahan (makes 15):
350gm doh croissant - lihat resepi disini
150gm sultanas/raisins

1 biji telur di pukul dengan secubit garam - untuk sapuan

creme patissiere (makes 700gm):
6 biji kuning telur
70gm gula kastor + 70gm extra
50gm tepung - diayak
500gm full-fat milk
1 camt esen vanila

sugar syrup (makes 400gm):
250gm air
200gm gula kastor

cara:
  • mula2 buat creme patissiere: masukkan kuning telur, 70gm gula kastor dan tepung ke dalam mixing bowl
  • gaulkan rata dan ketepikan
  • di dalam mangkuk tahan panas masukkan 70gm gula kastor, susu dan esen vanila
  • kacau dengan suhu sederhana panas sehingga first bubble appears
  • tutupkan api dan tuangkan one-third ke dalam campuran telur sambil di kacau rata
  • kemudian masukkan lagi two-thirds dan kacau lagi
  • setelah itu masukkan semula ke dalam mangkuk tahan panas tadi dan kacau sehingga mendidih
  • tutup api dan kacau lagi supaya menjadi pekat
  • biarkan sejuk
  • untuk membuat sugar syrup: masukkan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau dengan api yang perlahan sehingga gula cair
  • setelah itu naikkan suhu api dan kacau lagi sehingga mendidih selama 3 min
  • tutup api dan ketepikan
  • biarkan sejuk
  • dengan menggunakan doh croissant, canaikan menjadi bentuk rectangle of about 30x40cm
  • set it in front of you, with the long edge towards you
  • sapukan creme patisserie dan taburkan raisins
  • gulungkan seperti swiss roll seperti gambar di bawah dan potong setebal 1 1/2 - 2cm
  • susunkan ke atas baking tray yang telah digriskan dan biarkan ianya naik selama 1 1/2 jam
  • setelah itu sapukan dengan telur yang telah dipukul dengan secubit telur
  • bakar pada suhu 220-230C atau 200-180C selama 18-20min
  • setelah masak sapukan dengan sugar syrup

Croissants

Bahan-bahan (makes 12-14):
500gm strong white flour (tepung roti)
20gm fresh yeast atau 8gm (2 1/2 tsp) instant yeast
10gm garam
50gm gula kastor
55gm telur - 1 biji
125gm cold full-fat milk
125gm air

200gm unsalted butter - straight from the fridge
1 biji telur, dipukul dengan secubit garam - untuk sapuan atas croissant

cara:

1. uli tangan: masukkan tepung ke dalam mixing bowl dan rub kan yeast dengan jari, selepas itu masukkan pula garam dan gula. gaul rata
2. kemudian masukkan pula telur, susu dan air, kacau rata sambil diuli sehingga menjadi doh
3. keluarkan doh dari mixing bowl dan uli lagi di atas papan pencanai sehingga elastik dan tidak melekit di tangan
4. bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan letakkan semula ke dalam mixing bowl tadi. cut a cross in the top of dough with a knife. tutup dengan cling film dan simpan di dalam fridge selama 2 jam atau semalaman
5. breadmachine: masukkan kesemua bahan kecuali butter dan tekankan setting doh. biarkan di dalam mesin selama 25 min sahaja. keluarkan dan bentukkan bulat. cut a cross in the top of dough with knife. masukkan ke dalam mixing bowl dan tutup dengan cling film. simpan di dalam fridge selama 2 jam atau semalaman
6. setelah siap taburkan sedikit tepung ke atas papan pencanai. doh yang telah dipotong akan menjadi bentuk seperti gambar no. 1 dibawah.
7. keluarkan doh dari mixing bowl, bermula dengan tengah2 doh (gambar no. 2), canaikan doh menjadi bentuk empat segi (gambar no. 3)
8. keluarkan mentega dari fridge dan masukkan ke dalam freezer bag. canaikan mentega menjadi bentuk empat segi (gambar no. 4) setebal 1cm dan letakkan ke atas doh tadi (gambar no. 4)
9. setelah itu lipatkan doh menjadi bentuk empat segi (gambar no. 5 & 6)


10. canaikan doh yang telah dibalut dengan mentega tadi menjadi bentuk rectangle (gambar no. 7) making it 2-3 times longer than its original length (about 60-70cm)

11. lipatkan semula doh into thirds (gambar no. 8) dan letakkan ke atas plastic tray atau board. tutupkan dengan cling film dan simpan di dalam fridge selama 20-30 mins

12. keluarkan dari fridge dan ulangi cara no. 10-11 sebanyak 3 kali (gambar no. 10)
13. setelah siap canaikan doh menjadi bentuk rectangle 30x75cm dan setebal 4mm. trim tepi doh (gambar no. 11) dan cuit each strip into 6-7 triangles (gambar no. 12). making the base of each triangle about 9cm and the sides roughly 15cm (gambar no. 12)

14. make a tiny vertical cut in the base of each triangle (gambar no. 13). this little split will help to form the croissant shape as you roll up the dough

15. bolehlah digulung each triangle from the base (gambar no. 14) dan lakukan sehingga habis (gambar no. 15). susunkan croissant tadi ke atas baking tray yang telah digris dan jarakkan to allow for expansion while proving. letakkan croissant di dalam oven atau microwave selama 2 jam. atau boleh jugak di biarkan di dalam baking tray dan tutup dengan cling film tetapi jangan disapukan dulu dengan telur kerana nanti ianya akan melekat di cling flim

16. setelah croissant naik bolehlah disapukan dengan telur dan bakar pada suhu 220-230C atau 180-200C bergantung pada jenis oven. bakar selama 18-20 min

14 June 2008

Sweet bread




Bahan-bahan:
Bahan2 A:

240gm tepung roti
60gm tepung gandum
50gm gula kastor
10gm tepung susu
2 camt yis segera
5gm garam

Bahan2 B:
1 biji telur
150gm susu segar/air

Bahan2 C:
20gm mentega tanpa garam (unsalted butter)

Topping (optional):
black & white sesame seed
raisins
almond flakes

filling - ikut suka

cara:

1. masukkan bahan2 A ke dalam mixing bowl dan gaulkan rata
2. kemudian masukkan pula bahan2 B dan uli sehingga terbentukkan doh
3. selepas itu masukkan mentega dan uli lagi sehingga elastik dan tidak melekat di tangan. semasa menguli doh jangan tambahkan lagi tepung walaupun ianya agak melekit di tangan
4. buatkan bentuk bulat doh tadi dan masukkan semula ke dalam mixing bowl dan tutup supaya doh naik dua kali ganda selama 45 min atau 1 jam
5. setelah siap keluarkan doh dan letakkan ke atas papan pencanai dan tumbuk2kan supaya mengeluarkan angin. semasa proses ini bolehlah ditaburkan sedikit tepung tetapi jangan banyak
6. bahagi2kan doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola yang kecil. setelah siap biarkan doh rehat selama 10 min lagi
7. setelah itu isikan doh tadi dengan filling dan tutupkan semula menjadi bentuk bola dan susukan ke dalam loaf pan atau springform pan
8. sapukan permukaan doh dengan telur yang telah dipukul atau dengan susu segar dan kemudian taburkan dengan topping
9. bakar pada suhu 180-190C selama 15-18 min atau sehingga masak dan keperangan

Roti keset



Bahan-bahan:
300gm tepung roti
100gm tepung gandum
11gm yis segera
75gm gula pasir
20gm susu tepung
2 biji telur
130gm air sejuk
1 camt garam
75gm marjerin

filling:
80gm chocolate rice/chocolate chips
100gm parutan cheese cheddar

1 biji telur - pukul untuk sapuan atas roti

cara:

1. cara manual: pukul semua bahan2 ke dalam mixing bowl kecuali marjerin dan garam dengan menggunakan dough hook sehingga sebati selama 10 min
2. kemudian barulah dimasukkan garam dan marjerin sambil dipukul lagi selama 5 min atau sehingga semuanya bergaul rata dan menjadi doh
3. setelah itu keluarkan dan bentukkan doh tadi menjadi bulat. letakkan ke dalam mangkuk yang telah digris dan rehatkan supaya doh naik dua kali ganda selama 45min - 1 jam
4. selepas doh naik keluarkan dah tumbuk2kan supaya mengeluarkan angin. kemudian timbang doh menjadi 60gm setiap satu dan bentukkan bulat sebanyak 12 biji
5. rehatkan doh tadi selama 10 min lagi dan kemudian barulah diisikan dengan filling. bentukkan doh menjadi seperti bentuk sosej dan aturkan ke dalam loaf pan. setiap loaf pan hendaklah disusun sebanyak 6 doh
6. setelah siap di susun rehatkan sekali lagi selama 45 min atau naik dua kali ganda. tutup loaf pan dengan cling film atau kain
7. sapukan doh dengan telur yg telah dipukul atau dengan susu segar dan bakar pada suhu 180C selama 25 min atau sehingga masak dan keperangan
8. jika ingin uji roti tu masak ketuk2kan permukaan bawah roti dan jika ada bunyi bermaksud roti tu dah siap sepenuhnya
9. kalau guna bread machine masukkan kesemua bahan2 dan tekan setting doh. tunggu sehingga siap dan selepa itu ikuti proses no. 4 ke bawah

tips: to make bread with a good crust and colour, you need to add some steam into the oven as the loaves bake. without steam, the crust of your loaf will form very quickly and the expanding gas inside will have nowhere to go. with steam the top of the loaf stays moist, delaying the formation of the crust. obviously don't spray so much that your oven is filled with water, but around 15 good squirts before your bread goes in and another 5 after should do it. get close to the oven when you spray - just a few centimetres away - you should be able to feel the steam on your hands. and do it quickly, so that you don't keep the door of the oven open for too long

10 June 2008

Chocolate & mint cupcakes

Bahan-bahan (12 ketul bergantung pada size muffin cases):
220gm mentega
180gm gula pasir
3 biji telur
200gm tepung naik sendiri
2 camb serbuk koko
100gm chocolate chips
1 camt peppermint essence

Bahan2 icing:
120gm mentega tanpa garam (unsalted butter)
1/8 camt garam
120gm gula aising
1 camt peppermint essence
setitik pewarna hijau atau ape2 colour
sedikit chocolate chips for decoration

cara:

1. pukulkan mentega dengan gula sehingga gebu dan kembang
2. kemudian masukkan peppermint essence dan telur satu persatu sambil dipukul
3. masukkan pula tepung dan serbuk koko sambil dipukul sehingga rata
4. setelah itu masukkan pula chocolate chips dan digaul sampai rata
5. scoopkan adunan tadi ke dalam muffin cases yang telah disusun ke dalam muffin pan dan bakar pada suhu 175C selama 25 min atau sehingga masak
6. sejukkan dulu cupcakes sebelum disapukan icing ke atasnya
7. untuk membuat icing: pukul mentega, garam dan gula sehingga gebu dan sebati. masukkan setitik pewarna hijau dan peppermint essence, kacau lagi sehingga rata. kemudian pipekan ke atas cupcakes dan taburkan chocolate chips

Ayam masak maghribi

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 14
3 biji bawang besar - dihiris halus
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
2 biji buah tomato - dipotong dadu
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah beriani
1 sudu makan serbuk lada putih/sulah
1 sudu teh serbuk jintan putih
5 biji buah pelaga
1 jari kulit kayu manis
5 sudu makan yogurt/tairu atau santan pekat
2 cawan air
2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak untuk menumis
1/2 cawan daun pudina - dihiris

Bahan2 kisar:
10 biji lada merah
1 batang serai - bahagian putihnya
1 hiris lengkuas

cara:

1. ayam dilumur dengan serbuk kunyit dan garam lalu diperap sebentar
2. panaskan 1-2 sudu makan minyak di dalam kuali dan goreng lembab ayam tadi untuk mematikan darahnya. alihkan ke mangkuk dan ketepikan
3. panaskan lagi lebihan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga sehingga meletup2
4. masukkan hirisin bawang besar dan goreng sehingg garing. masukkan bahan2 kisar, buah tomato beserta pes halia dan pes bawang putih. masak selama 10 min
5. setelah itu masukkan semua rempah serbuk dan 1 cawan air. gaul rata
6. tutup kuali dan renihkan selama 10 min. setelah itu buku tutup kuali masak lagi selama 5 min kemudian barulah ditaburkan garam dan 1 cawan air lagi
7. gaul rata, tutupkan semula kuali dan biarkan sehingga mendidih. setelah itu kecilkan api dan masak lagi sehingga kuahnya pekat sedikit. gaul setiap 10 min
8. masukkan santan atau tairu dan gaul sampai rata. masak lagi selama 10 min sambil dikacau setiap beberapa minit
9. barulah dimasukkan ayam, gaul lagi sampai rata dan masak sehingga ayam empuk dan bergaul rata dengan kuahnya
10. matikan api. akhir sekali taburkan hirisan daun pudina
11. enak dimakan dengan sebarang jenis nasi atau roti

Daging masam manis

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
1kg daging - cuci bersih dan dipotong ikut style masing2
100gm gula melaka - dihiris
50gm asam jawa - diramas dengan semangkuk air dan tapiskan
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
20-25 helai lada kering
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1/2 ibu jari kunyit hidup
2 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar

cara:

1. gaul rata rempah kisar dengan semua bahan2 A kecuali minyak. perap selama 15 hingga 30 min
2. panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap berserta rempahnya
3. masak sehingga dagingnya lembut dan kuahnya pekat

note: daging boleh juga direbus terlebih dahulu. selepas itu dihiris dan diperapkan bersama bahan2 kisar

6 June 2008

Roti nasi


Bahan-bahan (1 loaf):
80gm nasi putih
100ml air suam
250gm tepung roti
60ml susu segar
4gm (1 1/4 camt) yis
2 camb gula pasir
20gm butter atau marjerin
1 camt garam

cara:

1. blendkan dulu nasi bersama2 dengan air dan susu sehingga nasi betul2 hancur. setelah itu masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting doh. tunggu sehingga siap selama 1 1/2 jam
2. selepas itu keluarkan doh tadi dan tumbuk2kan untuk mengelurkan angin
3. taburkan sedikit tepung ke atas pencanai dan canaikan doh tadi menjadi bentuk rectangular. lipatkan tiga doh tadi dan letakkan ke dalam loaf pan yang telah digris terlebih dahulu
4. tutupkan loaf pan dengan cling film dan biarkan roti naik sekali lagi selama 45min - 1 jam. pada yang tinggal di negara sejuk bolehlah di letakkan loaf pan ke atas baking tray dan masukkan ke dalam oven. tidak perlu di ON kan oven. letakkan dua cawan air panas di kiri kanan loaf pan dan tutupkan oven. biarkan doh naik 2 kali ganda
5. pada yang tinggal di negara bukan 4 musim cukup sekadar ditutupkan dengan cling film dan biarkan pada suhu bilik supaya doh naik dua kali ganda
6. kemudian bolehlah dibakar pada suhu 190C selama 25 min atau sehingga keperangan. boleh ditambahkan masa jika roti tidak begitu perang
7. setelah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan butter supaya roti cantik berkilat
8. pada yang tiada bread machine bolehlah diuli dengan menggunakan mixer. pukul dengan menggunakan dough hook sehingga semua bahan sebati
9. kemudian keluarkan doh tadi dan bentukkan bulat. masukkan ke dalam mangkuk yang telah digriskan terlebih dahulu dan tutup dengan menggunakan tuala lembab atau cling film
10. kemudian ikut proses no. 2 hingga 6

note: untuk menguji samada roti sudah masak bolehlah diketuk2kan belakang roti. kalau ada bunyi tu tandanya roti mmg sudah siap dan bolehlah dipotong. roti nie mmg begitu lembut dan gebu tanpa menggunakan bread improver atau bread softener

source: onigiri, myr - cara telah diubah suai untuk senang difahami pada yang berminat untuk mencuba

Peha ayam pudina

Bahan-bahan:
1 kg peha ayam - dicuci bersih2
1 cawan minyak
1 paket rempah kari - di campurkan dengan air supaya menjadi pes
1/2 cawan air
1/2 kotak santan
30sen rempah tumis (buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis)
3 biji cili hijau - dibelah dua tapi jangan sampai terputus
4 biji ubi kentang - di potong wedges dan digoreng
sedikit bawang goreng
garam dan gula secukup rasa
daun pudina - dihiris

Bahan2 kisar:
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia

cara:

1. peha ayam dan ubi kentang digoreng terlebih dahulu. ketepikan - ayam digoreng lembab tidak perlu di lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit
2. panaskan minyak lalu di masukkan rempah ratus, setelah ianya wangi masukkan pula bahan2 kisar lalu dikacau sehingga garing sedikit
3. kemudian masukkan rempah kari, air, santan, garam dan gula secukup rasa
4. setelah sebati masukkan pula peha ayam dan cili hijau lalu digaul sehingga rata
5. setelah masak boleh diangkat dan dihiaskan dengan ubi kentang goreng, daun pudina dan bawang goreng

Chocolate swirl pound cake

Bahan-bahan (serving 12-16):
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camt baking powder
1/4 camt garam
1/2 cawan (113gm) mentega tanpa garam (unsalted butter)
1 cawan gula pasir
1 camt esen vanila
2 biji telur
1/2 cawan susu segar
1 cawan chocolate chips kurang manis

cara:

1. panaskan oven pada suhu 160C. selepas itu griskan 9x5x3 inch or 8x4x2 loaf pan. ketepikan
2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan garam ke dalam mixing bowl, ketepikan
3. di dalam mixing bowl yang lain pukul mentega dengan mixer selama 30 saat. masukkan gula dan esen vanila sambil dipukul lagi sehingga sebati
4. kemudian masukkan pula telur satu persatu sambil dipukul sehingga rata
5. campurkan adunan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga adunan benar2 sebati
6. tuangkan 1/2 adunan tadi ke dalam loaf pan dan taburkan chocolate chips ke atasnya dan ditutupi denga 1/2 lagi adunan tadi
7. hentakkan sedikit loaf pan sebelum dibakar selama 55-60 min atau sehingga masak
8. setelah masak angkat loaf pan dan letakkan di atas wire rack dan biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan

1 June 2008

Strawberry milkshake

Bahan-bahan (3 gelas besar):
1 cawan fresh strawberries
2 camb gula pasir
1 1/2 cawan susu segar yang sejuk
1 pint ice-cream perasa vanila atau strawberry
2 camb strawberry syrup - optional
1 - 2 biji pisang - optional

cara:
  • masukkan strawberry yang telah dicuci, dibuangkan tangkai dan ditoskan ke dalam blender bersama2 dengan gula, susu dan ice-cream
  • blend semua bahan sehingga hancur dan creamy
  • tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan
  • jika suka bolehlah dituangkan sedikit strawberry syrup
  • untuk mendapatkan milkshake yang pekat dan tastier bolehlah dimasukkan 1-2 biji pisang dan blendkan dengan bahan2 yang lain (cara no. 1)

note: rasanya lebih sedap dari beli kat McD

source: diana dessert

Strawberry ice-cream

Bahan-bahan (3 cawan):
2 cawan (480ml) half and half - campuran half cream dan half susu segar
5 biji telur kuning
2/3 cawan (130gm) gula pasir
1 1/2 camt esen vanila
2/3 cawan strawberry puree - lihat resepi disini

cara:
  • masukkan cream dan susu di dalam mangkuk tahan panas dan masak dengan api yang sederhana panas sehingga keluar wap
  • jangan masak sampai mengelegak
  • tutupkan api dan biarkan sejuk
  • kemudian itu dengan menggunakan mixer pukul telur kuning dengan gula sehingga kembang dan gebu
  • tuangkan susu dan cream yang telah dimasak tadi ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi
  • setelah itu masaklah dengan menggunakan kaedah double boiler sehingga adunan menjadi pekat sedikit
  • tutupkan api dan sambil dikacau dalam beberapa minit supaya not overcook
  • masukkan esen vanila dan kacau lagi
  • setelah itu masukkan strawberry puree dan kacau sehingga sebati
  • tuangkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam freezer sehingga tepi ice-cream sedikit keras selama 3 jam
  • selepas 3 jam keluarkan dan pukul lagi selama 3-5 min sehingga ice-cream menjadi gebu
  • simpan semula di dalam freezer dan lakukan lagi proses ini sebanyak 2 kali

Strawberry puree

Bahan-bahan (300ml):
570gm fresh strawberries
50-65gm gula pasir
lemon juice - optional

cara:

1. buangkan tangkai dan cuci strawberry bersih2 dan toskan airnya
2. kemudian blendkan sehingga hancur menjadi puree
3. setelah itu tuangkan strawberry tadi ke dalam mangkuk tahan panas dan masukkan juga gula. masak sehingga gula hancur tetapi jangan sampai mengelegak. tambahkan lagi gula jika perlu
4. tutupkan api dan biarkan sejuk
5. perahkan lemon juice ke dalam strawberry puree jika suka
6. simpan di dalam fridge boleh tahan sehingga seminggu lamanya atau boleh juga disimpan di dalam freezer
7. strawberry puree ini bolehlah digunakan untuk membuat strawberry ice-cream
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin