Pages

31 January 2010

Mee udang keledek

Bahan-bahan (5 orang):
1/2kg keledek
1 kg udang
5 sudu besar serbuk kari daging - bancuh dengan sedikit air supaya menjadi paste
fish ball / sotong / udang - ikut suka banyak mana
tauhu pok - optional
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

bahan2 tumbuk/kisar:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan udang kering - rendamkan sekejap

bahan2 sampingan:
mee kuning - dicelur
sayur sawi secukupnya - dicelur
telur rebus
daun bawang / daun sup
bawang goreng
limau kasturi

cara:
  • kupas keledek dan potongkan kecil
  • rendamkan sekejap dan kisar dengan 1 cawan air
  • atau boleh juga direbuskan sekejap dan kisarkan dengan 1 cawan air
  • masukkan keledek kisar tadi ke dalam mangkuk bersama dengan air (banyaknya air digunakan bergantung pada berapa banyak kuah yang diperlukan)
  • jerangkan di atas api sederhana sehingga mendidih dan agak pekat sedikit
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing sedikit
  • masukkan rempah kari dan tumiskan lagi sehingga bahan tumis menjadi garing
  • kemudian masukkan air keledek tadi dan kacaukan rata
  • biarkan kuah sehingga mendidih dan menjadi pekat (kepekatan kuah ikut selera masing2)
  • masukkan garam dan gula secukup rasa
  • setelah kuah mendidih bolehlah dimasukkan udang, fish ball dan tauhu pok (jika digunakan)
  • kacau dan biarkan mendidih sekali lagi
  • padamkan api dan tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi bahan2 sampingan
  • hidangkan panas2

source: goldenmanja, myr (cara diubah sedikit)

30 January 2010

Ayam goreng buttermilk

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong ikut suka
1 cawan buttermilk
minyak

bahan2 batter:
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu besar paprika
1 sudu besar serbuk lada putih - kalau susah dapat tumbukkan halus 4 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam

cara:
  • cara untuk membuat buttermilk jika susah nak dapat: campurkan susu segar dengan sudu besar jus lemon atau cuka
  • pastikan apabila dicampurkan susu dan jus lemon ianya akan menjadi satu cawan
  • biarkan selama 5 min sebelum digunakan
  • ayam yang telah dibersihkan tadi dibiarkan kering atau lapkan dengan kitchen towel
  • kemudian perapkan dengan buttermilk sehingga sebati dan simpankan di dalam fridge selama beberapa jam (seelok2nya semalaman supaya ayam menjadi lebih sedap)
  • satukan semua bahan2 batter ke dalam freezer seal bag dan goncang2kannya supaya semua bahan menjadi sebati
  • selepas itu masukkan dua ketul ayam ke dalam adunan batter tadi dan goncang2kan supaya ianya cantik tersalut (jangan diletakkan banyak2 ayam tadi kerana nanti ianya tidak bersalut cantik)
  • pastikan kuali panas dahulu barulah dimasukkan ayam tadi
  • masak dengan api yang sederhana panas supaya ayam masak betul dan keperangan
  • angkat dan hidangkan dengan apa2 juadah atau boleh juga diratah begitu saja

note: rasa ayam seperti KFC .... makan sehingga menjilat jari

source: mommamia, myr

29 January 2010

Talam suji

Bahan-bahan:
lapisan bawah:
1 1/2 cawan tepung suji (semolina course)
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir
garam secukup rasa
sedikit pewarna kuning

lapisan atas:
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1 cawan gula merah

cara:
  • masukkan semua bahan2 lapisan bawah ke dalam periuk dan kacaukan dengan api sederhana sehingga adunan agak pekat
  • kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak
  • ratakan
  • kukus selama 15-20 min
  • selepas itu adunkan bahan2 lapisan atas sehingga sebati dan tidak berbentil
  • masakkan sekejap di atas api sederhana sehingga adunan agak pekat
  • tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan ratakan
  • kukuskan lagi selama 20 min atau sehingga masak
  • padamkan api dan keluarkan loyang dari kukusan
  • biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: k.hanieliza

26 January 2010

Opor daging

Bahan-bahan:
1kg daging - hiris nipis
4 cawan santan - dari 1 biji kelapa
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula perang atau gula merah (soft brown sugar)
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
minyak

bahan2 tumis:
2cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

bahan2 kisar:
20 tangkai cili kering
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
3 batang serai

cara:
  • gaulkan rempah kari bersama2 dengan jintan manis dan jintan putih supaya menjadi pes
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 tumis sehingga wangi
  • masukkan bahan2 kisar dan rempah daging yang telah digaulkan tadi
  • kacaukan rata
  • kemudian masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak
  • masukkan santan dan biarkan reneh dengan api yang kecil sehingga mendidih dan daging lembut
  • setelah itu masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik
  • kacaukan sebati
  • biarkan sehingga naik minyak
  • padamkan api
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi beriani, ketupat atau pulut kuning

source: k.hanieliza

24 January 2010

Sambal ayam serai

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong ikut suka
3 batang serai - diketuk
2 keping asam keping/gelugur
air - ikut suka
garam secukup rasa
minyak

bahan2 kisar:
15-20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1cm halia
1 labu bawang besar
2 batang serai
2cm kunyit hidup
6 biji cili padi

cara:
  • ayam dilumurkan dengan serbuk kunyit dan garam
  • gorengkan ayam sehingga masak
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar dengan serai sehingga garing dan pecah minyak
  • kacaukan selalu
  • tuangkan air dan masukkan asam keping
  • kacau rata dan biarkan sehingga mendidih
  • kemudian masukkan garam secukup rasa
  • akhir sekali barulah dimasukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati dengan kuah
  • padamkan api
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih

source: love2cook blog

23 January 2010

Sloppy joe (burger daging cincang BBQ)

Bahan-bahan:
12 biji bun burger / bun hotdog

1 kg daging / ayam cincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dicincang / didadu halus
1 cawan tomato sup
1 cawan tomato puree
1/2 cawan sos cili
1/3 cawan gula perang
3 sudu besar kicap
2 sudu besar mustard - boleh dilebihkan kalau suka
minyak

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang2 cincang sehingga wangi dan sedikit garing
  • masukkan daging/ayam cincang dan gorengkan sehingga masak
  • akhir sekali masukkan semua bahan2 yang lain dan renihkan selama 20 min
  • sentiasa kacau supaya ianya tidak hangus
  • padamkan api
  • hidangkan dengan bun burger atau boleh juga dibuat seperti coney dog sauce

source: mommamia, myr

Ikan masak asam

Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri / selar / kembung / bawal
garam secukup rasa
minya

bahan2 hiris:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar

bahan2 sos:
1 cawan air asam jawa - boleh digantikan dengan cuka 2 sudu besar cuka + 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit - sebagai pewarna masakan
1 biji buah tomato - dibelah 4

cara:
  • gaulkan ikan yang telah dicuci bersih dengan serbuk kunyit dan garam
  • gorengkan sehingga masak dan angkat
  • ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 hiris sehingga wangi dan sedikit layu
  • masukkan air asam jawa atau air cuka, buah tomato dan serbuk kunyit
  • kacaukan rata sehingga mendidih
  • kemudian masukkan ikan yang telah digorengkan tadi
  • akhir sekali perasakan dengan garam
  • kacaukan sebentar
  • padamkan api dan angkat
  • hidangkan dengan nasi putih

source: k.hanieliza

19 January 2010

Nasi ayam istimewa resepi II

Bahan-bahan:
bahan2 untuk nasi:
3 pot/cawan beras - dicuci dan ditoskan
1 sudu besar minyak sapi
sehelai daun pandan - dicarik atau disimpulkan
setitik pewarna kuning
garam secukup rasa
air rebusan ayam secukupnya

bahan2 kisar:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia

bahan2 untuk ayam:
seekor ayam - dipotong ikut suka
2 sudu makan serbuk lada sulah
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan jus lemon atau sos plum
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak zaitun / masak - digunakan jika bakar di dalam oven
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

bahan2 untuk sup:
air rebusan ayam
sedikit serbuk lada hitam
1 ketul stok ayam
garam secukupnya
sedikit daun sup dan daun bawang

bahan2 tumbuk:
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

bahan2 untuk sambal cili:
3 batang cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukupnya
sedikit jus limau kasturi / lemon / nipis
air masak secukupnya

bahan2 untuk kicap:
5 sudu besar kicap manis
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
air secukupnya - kepekatan dan kecairan bergantung pada selera masing2

bahan2 untuk kicap pedas:
7 biji cili padi
1 ulas bawang putih
sedikit kicap manis dan kicap masin
sedikit jus limau kasturi / lemon / nipis
sedikit air masak

cara:
  • untuk membuat nasi: panaskan minyak sapi
  • tumiskan bahan2 kisar berserta daun pandan sehingga wangi
  • masukkan pewarna kuning dan kacaukan rata
  • kemudian masukkan ke dalam rice cooker bersama dengan beras
  • akhir sekali masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa
  • tanaklah seperti memasak nasi biasa
  • untuk membuat ayam: ayam direbus dengan sedikit garam sehingga separuh masak
  • angkat dan toskan sehingga kering
  • air rebusan ayam jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi
  • kemudian gaulkan ayam dengan semua bahan selama 1 jam atau pun lebih
  • selepas itu gorengkan sehingga masak dan garing
  • jika suka boleh jugak dibakar di dalam oven dengan melengserkan dulang pembakar dengan sedikit minyak zaitun / masak
  • susunkan ayam dan tutupkan dengan kertas foil
  • bakar pada suhu 180C selama 30 min
  • selepas itu keluarkan dulang pembakar dan renjis2kan sedikit ayam dengan bahan perapan dan bakar semula selama 10 min atau sehingga masak
  • untuk membuat sup: panaskan air rebusan ayam dan masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang
  • sesudah masak barulah ditaburkan dengan daun sup dan daun bawang
  • untuk membuat sambal cili: kisar semua bahan sehingga lumat
  • untuk membuat kicap: masakkan air dan kicap sehingga mendidih
  • masukkan air tepung jagung dan kacau sehingga kuah agak pekat
  • untuk membuat kicap pedas: kisar semua bahan sehingga lumat
  • hidangkan nasi ayam bersama2 dengan kuah sup, sambal cili, kuah kicap, daun salad, timun, dan buah tomato

source: dayangjack

17 January 2010

Glazed doughnut

Bahan-bahan (18 biji bergantung pada saiz):
5 cawan tepung roti / gandum
1 sudu kecil yis
1/4 cawan air panas - kalau guna breadmaker tidak perlu air panas
1 1/2 cawan susu segar suam
1/4 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening
minyak untuk menggoreng

bahan2 untuk glaze:
1/3 cawan mentega
2 cawan gula aising
1 1/2 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar air panas - tambah jika perlu

cara:
  • cara jika tiada breadmaker: taburkan yis ke dalam air panas dan biarkan 5 min
  • campurkan semua ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan menggunakan electric mixer sehingga sebati (jangan masukkan kesemua susu tetapi dimasukkan sedikit demi sedikit takut doh menjadi lembik)
  • pastikan dipukul sehingga doh tidak melekat di mangkuk
  • selepas itu ulikan doh sekejap selama 5 min dan bentukkan menjadi bulat yang besar
  • tutupkan mangkuk adunan dan biarkan doh naik dua kali ganda
  • selepas itu keluarkan doh dari mangkuk adunan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin dan bentukkan semula menjadi bulat
  • rehatkan sebentar selama 10 min
  • canaikan doh menjadi setebal 1/2 inci dan tekapkan doh dengan menggunakan acuan donut (doughnut cutter)
  • susunkan ke atas dulang dan lakukan sehingga habis
  • selepas itu tutupkan dulang tadi dan biarkan ianya naik sekali lagi (jika ingin simpan di dalam freezer selepas dipotong dengan acuan donut bolehlah disusunkan ke dalam bekas dan simpankan di dalam freezer. apabila hendak dimakan keluarkan dan biarkan doh menjadi lembut pada suhu bilik dan biarkan ianya naik sekejap barulah digoreng)
  • panaskan minyak yang banyak (digoreng secara deep-fry) dan pastikan minyak betul2 panas barulah dimasukkan satu persatu donut
  • sentiasa terbalik2kan donut supaya ianya garing sekata
  • angkat dan bolehlah dicelupkan ke dalam glaze atau taburkan dengan gula aising, cokelat cair dan sebagainya
  • cara membuat menggunakan breadmaker: masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM masing2
  • selepas itu ikuti proses seterusnya seperti di atas
  • cara membuat glaze: cairkan mentega di dalam mangkuk (tidak perlu sampai mendidih cukup sekadar ianya menjadi cair)
  • masukkan gula aising, esen vanila dan kacaukan sehingga menjadi sebati
  • campurkan beberapa sudu air panas sampai adunan menjadi nipis (tidak pekat dan tidak begitu cair)
  • celupkan donut yang telah digoreng tadi ke dalamnya dan susunkan di atas cooling rack supaya lebihan glaze tadi mudah jatuh
  • hidangkan sebagai minuman petang

note: donut ini memang begitu gebu dan lembut - selembut seperti krispy kreme doughnuts. makan satu pasti nak lagi

source: mommamia, myr (cara2 telah diubah)

16 January 2010

Lemon rosemary grilled chicken

Bahan-bahan:
1 ekor ayam saiz sederhana - cuci bersih dan lapkan sehingga kering
1 biji lemon
3 sudu makan rosemary - fresh atau kering
3 ulas bawang putih - ditumbuk sehingga lumat
3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

cara:
  • satukan bawang putih, minyak zaitun, garam, serbuk lada hitam dan rosemary di dalam mangkuk
  • gaulkan semuanya sehingga sebati
  • kemudian sapukan keseluruhan ayam dan perapkan 1 jam atau semalaman
  • simpan di dalam fridge
  • rebuskan lemon sehingga lembut kulitnya
  • kemudian toskan dan cucukkan dengan garfu supaya memudahkan jusnya keluar bila ayam dibakar
  • keluarkan ayam yang telah disimpan dan sumbatkan lemon ke dalam ayam
  • bakar ayam selama 1 jam atau sehingga masak
  • suhu oven bergantung pada jenis oven masing2
  • setelah masak hidangkan dengan mashed potato, coleslaw, chips dan lain2

source: jamie oliver

Garlic mashed potato

Bahan-bahan (4-5 orang):
8-9 biji ubi kentang saiz besar
air secukupnya untuk merebus
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar mentega
2 sudu besar mayonnaise
1/2 cawan susu segar / fresh cream
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam

bahan-bahan gravy:
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar worcestershire sauce
4 sudu besar kicap manis
1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1 ketul stok ayam
sedikit minyak untuk menumis

cara:
  • kupaskan ubi kentang dan potong nipis secara wedges
  • panaskan air di dalam periuk dan pastikan air mencukupi dan menutupi ubi kentang
  • masukkan ubi kentang, bawang putih dan sedikit garam
  • rebuskan sehingga empuk
  • kemudian toskan sehingga kering
  • masukkan ubi kentang tadi ke dalam mangkuk yang besar
  • selepas itu masukkan mentega, susu segar, mayonnaise dan serbuk lada hitam
  • lecekkan sehingga hancur dan sebati dengan semua bahan
  • setelah itu ketepikan
  • untuk membuat gravy: panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bawang putih, serbuk lada hitam sehingga wangi dan pastikan jangan sampai terlalu garing
  • kemudian masukkan semua bahan2 yang lain kecuali air bancuhan tepung jagung
  • kacaukan sehingga mendidih
  • tuangkan air bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat (kepekatan kuah bergantung pada selera masing2)
  • padamkan api dan tuangkan gravy ke atas mashed potato tadi
  • hidangkan dengan roast chicken, chicken chop dan lain2

source: mommamia, myr

14 January 2010

Udang masak merah

Bahan-bahan:
1kg udang galah atau udang saiz besar
2-3 sudu besar cili kisar
1 batang serai - diketuk
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu makan kicap masin / manis
1 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 biji cili merah - dihiris
1 biji buah tomato - dibelah 4
sedikit daun sup - dihiris
sedikit air

bahan2 kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai

cara:
  • udang digaul dengan garam, serbuk kunyit dan digoreng terlebih dahulu
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga naik bau
  • masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air
  • kacaukan rata
  • kemudian masukkan udang goreng tadi dan kacau lagi sehingga rempah sebati dengan udang
  • masukkan bawang besar, cili merah, daun sup dan buah tomato
  • perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  • kacaukan lagi sehingga sebati
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih

source: dayangjack

12 January 2010

Kek gulung pandan

Bahan-bahan (10-12):
250gm telur - lebih kurang 5 biji saiz sederhana
120gm gula kastor
1 camt ovalette
125 gm tepung gandum
1/2 camt esen vanila
60gm mentega cair
Sedikit pewarna hijau epal
1 camt pandan emulco / pandan paste

Bahan2 aising mentega:
230 g gula aising - diayak
130gm mentega tanpa garam (unsalted butter)

cara:
  • griskan loyang rectangular dan lapikkan dengan kertas minyak
  • pukul semua bahan kecuali pewarna hijau dan pandan emulco sehingga gebu dan kembang
  • kemudian masukkan pewarna hijau dan pandan emulco
  • kacaukan sehingga sebati
  • tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan
  • bakar pada suhu 180C selama 15min atau sehingga masak dan keperangan
  • setelah masak keluarkan loyang dari oven dan terbalikkan ke atas kertas minyak yang lain
  • biarkan sehingga sejuk dan barulah disapukan dengan aising mentega
  • gulungkan dengan kemas seperti swiss roll
  • setelah itu simpankan ke dalam fridge selama beberapa jam supaya aising mentega melekat elok dan gulungan kek menjadi cantik
  • potong dan hidangkan
  • untuk membuat aising mentega: pukul kedua2 bahan sehingga kembang dan gebu
  • simpankan sekejap ke dalam fridge sementara menunggu kek siap

source: vrie's, myr

10 January 2010

Yogurt fried chicken

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil atau boleh guna chicken wing
1 cawan (250ml) plain yogurt

bahan2 A:
6 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar serbuk cayenne
garam secukup rasa
2 tangkai daun kari

bahan2 B:
1 1/2 cawan tepung gandum - boleh dicampurkan dengan sedikit tepung beras
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar serbuk cayenne
secubit garam

jus lemon - optional

cara:
  • gaulkan ayam dengan bahan2 A dan plain yogurt sehingga sebati
  • perapkan selama 2-3 jam atau semalaman
  • lebih elok simpan di dalam freezer bag
  • gaulkan semua bahan2 B di dalam mangkuk dan masukkan ke dalam freezer bag
  • masukkan ayam perapan tadi dan gaulkan rata
  • panaskan minyak dengan banyak (deep fry)
  • gorengkan ayam sehingga masak dan garing
  • angkat dan perahkan lemon ke atas ayam jika suka
  • hidangkan dengan nasi lemak dan lauk pauk yang lain

source: love2cook blog

Nasi lemak resepi II

Bahan-bahan:
3 cawan beras - cuci dan toskan
120ml santan + air secukupnya
1 sudu besar mentega / marjerin
2 biji bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
1 sudu kecil gula pasir
garam secukupnya
1 batang serai - diketuk (optional)
1 helai daun pandan - disimpul

bahan2 untuk sambal ikan bilis:
50gm ikan bilis - goreng dan ketepikan
4-5 sudu besar cili kisar
1/2 labu bawang besar - dihiris
2 sudu besar santan / susu cair
1 sudu kecil asam jawa - bancuh dengan air
garam dan gula secukupnya

bahan2 kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan

bahan2 sampingan:
telur rebus / telur goreng
timun
kacang goreng
ayam goreng

cara:
  • untuk memasak nasi: masukkan semua bahan ke dalam rice cooker dan tanaklah seperti memasak nasi biasa
  • hidangkan dengan sambal, telur rebus, timun, kacang goreng dan ayam goreng
  • untuk memasak sambal: panaskan 3 sudu besar minyak
  • tumiskan cili kisar sehingga betul2 masak dengan api sederhana panas
  • kemudian masukkan bahan2 kisar dan kacaukan sehingga pecah minyak
  • masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi, santan, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • kacaukan selama 2 min
  • akhir sekali masukkan bawang besar dan kacaukan rata
  • hidangkan dengan nasi lemak

source: dayangjack

9 January 2010

Aiskerim jagung

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan coffeemate creamer
2 cawan (500ml) susu segar
1/2 cawan gula pasir
1/2 tin jagung krim
sedikit pewarna jagung

cara:
  • satukan coffeemate creamer, susu segar, gula dan kacaukan sehingga semuanya larut dan sebati
  • kemudian masukkan jagung krim, sedikit pewarna kuning dan kacaukan lagi sehingga sebati
  • tuangkan adunan ke dalam bekas dan simpankan di dalam freezer sehingga ianya separuh beku
  • selepas itu keluarkan dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan yang besar
  • pukul dengan menggunakan mixer sehingga ianya gebu dan double-up the volume
  • masukkan semula ke dalam bekas dan simpan di dalam freezer sehingga ianya beku
  • selepas itu bolehlah dihidangkan

note: boleh dikurangkan gula kepada 1/4 cawan dan tambahkan 1 tin jagung krim

source: murnie

6 January 2010

Gulai telur

Bahan-bahan:
10 biji telur rebus
3 ulas bawang putih - dihiris
3 biji bawang merah - dihiris
1 cawan santan
1 keping asam keping
3 biji cili hidup merah - dibelah dua tapi jangan sampai putus
3 biji cili hidup hijau - dibelah dua tapi jangan sampai putus
2 biji buah tomato - dibelah 4
garam dan gula secukup rasa
minyak

bahan-bahan kisar:
10 helai cili kering
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu besar ketumbar biji

cara:
  • telur rebus digorengkan sekejap, angkat dan ketepikan
  • panaskan lagi minyak
  • tumiskan kedua2 bawang hiris sehingga naik bau
  • kemudian masukkan bahan2 kisar dan tumis lagi sehinga garing dan naik bau
  • masukkan santan, asam keping, kedua2 cili hidup, buah tomato dan renehkan lagi sehingga mendidih dengan api yang sederhana panas
  • akhir sekali masukkan telur rebus dan biarkan sekejap sebelum dipadamkan api
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan lauk2 yang lain

source: treat & trick blog (ubah sedikit)

4 January 2010

Ayam masak merah resepi IV

Bahan-bahan:
2kg ayam - dipotong kecil
sambal semalam - lebihan sambal semalam jangan dibuang
sedikit serbuk kunyit dan garam - digaulkan dengan ayam
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu besar kicap pekat
100gm tomato puree
2 biji buah tomato - dibelah 6
2 helai daun limau purut
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 tangkai daun ketumbar - dihiris
garam dan gula secukupnya
minyak

bahan2 tumbuk/kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

cara:
  • gorengkan ayam sehingga masak dan ketepikan
  • panaskan 2 sudu besar minyak
  • tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi
  • masukkan sambal semalam, daun limau purut dan kacaukan rata
  • selepas itu masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, kicap, tomato puree dan gaulkan rata sehingga sebati
  • kemudian masukkan ayam yang telah digoreng, garam dan gula secukup rasa
  • akhir sekali masukkan buah tomato, bawang besar dan daun ketumbar
  • gaulkan rata dan angkat
  • hidangkan dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain

source: k.nis

2 January 2010

Japanese style sweet dough


Bahan-bahan (16 biji):
375gm tepung roti
100gm tepung gandum
35gm susu tepung
75gm gula kastor
¾ camt garam
2 ½ camt yis
1 biji telur
150ml air
40gm mentega
100gm water roux starter - lihat resepi disini

sedikit olive oil/mentega - untuk sapuan atas roti jika tidak taburkan bijan di atas roti
sedikit bijan - untuk taburan atas roti
sosej atau apa2 inti - ikut selera masing2 jika suka atau boleh biarkan kosong

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
  • selepas siap keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh tadi menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
  • selepas itu bahagikan doh kepada 16 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm (jika mau kan banyak bolehlah dikurangkan berat doh tadi)
  • kemudian bentukkan setiap satu menjadi bulat yang kecil dan susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • jika suka bolehlah diletakkan sosej atau apa2 inti yang disukai
  • selepas itu biarkan doh naik semula dua kali ganda selama 45 min ke 1 jam
  • jika tinggal di negara 4 musim bolehlah disimpankan loyang tadi di dalam oven dan letakkan juga 2 cawan air panas supaya proses penaikan doh akan menjadi cepat
  • kemudian sapu/spraykan permukaan doh tadi dengan air dan taburkan dengan bijan/bijan hitam
  • bakar pada suhu 180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • setelah masak keluarkan loyang tadi dari oven dan biarkan sejuk
  • jika sebelum bakar tidak di taburkan dengan bijan bolehlah disapukan permukaan roti tadi dengan sedikit olive oil atau mentega

1 January 2010

Kek lapis muhibbah

Bahan-bahan:
10 biji telur
500gm mentega
1/2 sudu besar ovalette
100gm horlick
397gm susu pekat (condensed milk) - kalau tak suka manis boleh kurangkan kepada 300gm
400gm gula pasir - kalau tak suka manis boleh kurangkan kepada 200gm
300gm tepung hongkong / kek

60gm jem strawberry
sedikit pewarna merah
1 sudu teh esen strawberry - optional

60gm jem nenas
sedikit pewarna kuning
1 sudu teh esen nenas - optional

60gm jem oren
sedikit pewarna oren
1 sudu teh esen oren - optional

1 sudu makan chocolate emulco
1 sudu makan serbuk koko

cara:
  • gris dan lapikkan loyang berukuran 4 segi 9"x9"atau 8"x8" dan taburkan dengan sedikit tepung
  • ketepikan
  • pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang selama 5-6 min
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  • kemudian masukkan susu pekat dan pukul lagi dengan kelajuan yang rendah
  • selepas itu masukkan pula tepung dan horlicks berselang-seli sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga sebati
  • kemudian bahagikan adunan kepada 4 bahagian
  • 3 bahagian dengan sukatan 8 senduk adunan setiap satu dan 1 lagi adunan mempunyai 12 senduk adunan
  • letakkan 3 bahagian adunan tadi dengan jem strawberry, jem nenas dan jem oren
  • 1 lagi bahagian adunan campurkan dengan chocolate emulco dan serbuk koko
  • kemudian bakar lapisan pertama dengan adunan chocolate sebanyak 2 senduk dengan mode grill lebih kurang 5-6 min atau sehingga keperangan
  • lakukan lagi dengan adunan yang lain (chocolate-nenas-strawberry-oren atau ikut selera masing2)

note: perasa jem boleh diganti ikut selera masing2

source: bro rozzan

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin