Pages

28 February 2010

Nasi goreng tomyam

Bahan-bahan (4 orang):
2 mangkuk nasi sejuk
udang segar secukupnya
sotong secukupnya - dipotong bulat
200gm isi ayam - potong kecil
4 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai - diketuk
4 biji cili padi - dihiris/ditumbuk
1 paket perencah tomyam / 2 kiub stok tomyam
sayur kubis secukupnya - dihiris
1 batang karot - dipotong memanjang
1 biji buah tomato - potong dadu
3 helai daun limau purut - dihiris
2 biji telur
garam secukupnya

cara:
  • tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  • masukkan perencah tomyam dan cili padi
  • kacaukan rata
  • jika terlalu kering bolehlah ditambahkan sedikit air
  • kemudian masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam masak
  • masukkan udang, sotong, karot, tomato, serai dan daun limau purut
  • gaulkan rata
  • pecahkan telur dan taburkan garam secukup rasa
  • masukkan nasi dan gaulkan sebati
  • akhir sekali masukkan sayur kubis dan gaulkan rata
  • padamkan api
  • angkat dan hidangkan

source: hana, myr

27 February 2010

Mee kari udang

Bahan-bahan:
1/2 kg udang
1kg mee kuning - dicelur
2 senduk kecil serbuk kari
1 sudu besar cili kisar - kalau tak suka pedas boleh kurangkan
1 tangkai daun kari
3 keping asam keping
tauhu pok/kering
250ml santan pekat
garam secukup rasa

bahan2 penumis:
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

bahan2 tumbuk/kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar udang kering

bahan2 sampingan:
bawang goreng
sawi - dicelur
taugeh - dicelur
telur rebus
cili hidup - hiris

cara:
  • kopekkan kepala dan ekor udang
  • rebuskan dengan air secukupnya untuk dijadikan stok
  • kemudian tapiskan dan kisarkan kepala dan ekor udang tadi dengan sedikit air
  • ketepikan
  • bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air supaya menjadi paste
  • kemudian campurkan cili kisar dengan serbuk kari tadi dan gaulkan sebati
  • ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan daun kari dan bahan2 penumis sehingga naik bau
  • masukkan bahan2 tumbuk/kisar dan tumiskan lagi sehingga garing
  • kemudian masukkan campuran cili kisar dan serbuk kari dan gaulkan rata
  • tumiskan sehingga naik minyak
  • masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping
  • renihkan dengan api yang perlahan sehingga mendidih dan pecah minyak
  • masukkan pula udang dan kacau rata
  • biarkan mendidih sekali lagi
  • akhir sekali barulah dimasukkan tauhu pok/kering dan kacaukan sekejap
  • padamkan api
  • hidangkan dengan mee kuning dan bahan2 sampingan yang lain

source: qirah75, myr

24 February 2010

Kek lapis horlicks & milo

Bahan-bahan:
10 biji telur
450gm mentega
220gm gula kastor - kalau tak suka manis boleh dikurangkan kepada 200gm
240gm tepung gandum/tepung hongkong/kek
1oogm horlicks
100gm milo
1 tin (397gm) susu pekat (condensed milk)

cara:
  • pukul mentega dan gula sehingga kembang lebih kurang 5 min
  • kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata
  • masukkan pula susu pekat dan pukul lagi
  • akhir sekali masukkan tepung dan kacaukan sehingga sebati
  • bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • satu bahagian dicampurkan dengan horlicks dan kacaukan sebati
  • satu bahagian lagi dicampurkan dengan milo dan kacaukan sebati
  • masukkan 4 sudu besar adunan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • bakarkan lapisan pertama dengan suhu 180-200C pada grill mode selama 6 min atau sehingga perang (suhu bergantung pada oven masing2)
  • setelah masak keluarkan dari oven dan tekankan kek dengan penekan kek lapis atau dengan belakang sudu supaya mengeluarkan angin
  • kemudian masukkan pula lapisan kedua dan bakar lagi
  • ulangi proses ini sehingga kedua2 adunan habis dibakar/digunakan
  • setelah masak keluarkan dari oven
  • biarkan betul2 sejuk barulah kek dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan

source: bro rozzan

20 February 2010

Nasi tomato ayam

Bahan-bahan (8 orang):
1kg beras basmathi - cuci dan toskan
300gm ayam / isi ayam - dipotong kecil
1100ml air atau secukupnya
8 biji buah tomato - dicincang halus
4 sudu besar tomato puri
1 1/4 cawan susu sejat / susu segar
3/4 cawan minyak sapi /marjerin
garam secukup rasa

bahan2 kisar:
3 labu bawang besar
15 biji bawang putih
1 inci halia

bahan2 penumis:
8 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
3 inci kulit kayu manis
4 batang serai - dititik
3 helai daun pandan - disimpul

bahan2 hiasan:
daun sup/bawang, bawang goreng/gajus goreng

cara:
  • rebuskan ayam sehingga masak
  • toskan ayam dan ketepikan
  • panaskan minyak sapi/marjerin di dalam mangkuk
  • tumiskan bahan2 penumis sehingga wangi
  • masukkan bahan2 kisar dan tumis lagi sehingga garing
  • kemudian masukkan pula buah tomato dan tomato puri
  • kacau rata
  • selepas itu masukkan air rebusan ayam, susu cair/segar dan biarkan sehingga mendidih
  • masukkan beras dan masak sehingga hampir kering
  • akhir sekali masukkan ayam dan garam secukup rasa
  • kacaukan sebati
  • tutup periuk dan kecilkan api
  • masak seperti menanak nasi biasa
  • jika ingin masak menggunakan rice cooker selepas dimasukkan beras dan garam kacau sehingga beras kembang
  • kemudian masukkan ke dalam rice cooker dan letakkan ayam
  • masak seperti menanak nasi biasa
  • setelah masak bolehlah dipadamkan api
  • hidangkan dan taburkan dengan bahan2 hiasan

source: kak fida, myr

Hot 'n' crispy fried chicken

Bahan-bahan:
1kg ayam atau kepak ayam - cuci dan toskan airnya
1 sudu besar jus asam jawa
100gm tepung jagung
garam dan gula secukup rasa
ajinomoto - optional kalau suka

bahan2 kisar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1cm kunyit hidup
1 batang serai
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar cili kisar
sedikit air

cara:
  • pastikan ayam betul2 kering barulah digaulkan bersama bahan2 kisar, jus asam jawa, garam, gula, aji dan tepung jagung
  • perapkan selama 1 jam atau lebih
  • gorengkan secara deep fry sehingga garing dan masak
  • angkat dan toskan minyak
  • hidangkan panas

source: love2cook blog

16 February 2010

Bihun sup tulang ala utara

Bahan-bahan (3-4 orang):
1/2 paket bihun - rendamkan dengan serbuk kunyit
1kg tulang
300gm daging - kuantiti bergantung pada selera masing2
1 paket sup bunjut
2 batang celery - dipotong serong
2 keping fishcake / fishball - dipotong
2 ulas bawang merah - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
1 sudu kecil lada hitam
air dan garam secukupnya
air secukupnya untuk merebus

bahan2 penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

cara:
  • masukkan daging, tulang dan air yang mencukupi ke dalam periuk
  • kemudian masukkan sup bunjut dan bahan2 penumis
  • rebuskan sehingga daging empuk
  • kalau air agak kering bolehlah ditambahkan lagi
  • masukkan fishcake/fishball, celery dan garam secukup rasa
  • selepas itu masukkan pula lada hitam
  • panaskan sedikit minyak di dalam kuali
  • tumiskan kedua2 bawang sehingga naik bau dan kekuningan
  • kemudian tuangkan ke dalam kuah sup tadi dan gaulkan rata
  • padamkan api
  • celurkan bihun dengan air panas dan toskan
  • keluarkan daging dan hiriskan nipis
  • hidangkan bihun dan letakkan daging hiris tadi
  • kemudian tuangkan kuah ke atasnya
  • taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup jika ada

source: farihafaizal, myr

14 February 2010

Ayam goreng telur

Bahan-bahan (3-4 orang):
300gm isi ayam (chicken breast)
2 biji telur - dipukul sedikit
2 sudu besar tepung
garam dan lada sulah secukupnya
minyak untuk menggoreng

cara:
  • ayam yang telah dicuci bersih dipotong nipis2
  • gaulkan dengan garam dan lada sulah secukupnya
  • masukkan tepung dan gaulkan rata
  • panaskan minyak (goreng secara deep-fry)
  • ambil secubit ayam tadi dan dikepalkan bulat
  • celupkan ke dalam telur dan goreng sehingga masak dan garing dengan api yang sederhana panas
  • angkat dan hidangkan panas2 dengan cili sos

source: vdia, myr

13 February 2010

Puding caramel

Bahan-bahan:
8 biji telur
90gm gula kaster
250ml susu cair
250ml air
1 camt esen vanila
90gm gula kaster
2 sudu makan air

cara:
  • pukul telur dengan 90gm gula kaster sehingga gula larut tetapi jangan sampai terlalu berbuih nanti tidak cantik
  • tuangkan susu cair, air dan esen vanila
  • kacau rata dan ketepikan
  • jerang 90gm gula dan air dengan api sederhana panas sehingga menjadi gula hangus
  • tuangkan ke dalam acuan yang telah dilengserkan dengan marjerin/butter/minyak
  • kemudian tapiskan campuran telur ke atas gula hangus tadi
  • kukus selama 35-40 min atau sehingga masak
  • boleh juga di masak secara waterbath selama 20 min atau sehingga masak (masak secara begini akan menjadikan texture puding lebih cantik)
  • setelah masak keluarkan dari kukusan/oven
  • biarkan betul2 sejuk barulah diterbalikkan dan dipotong
  • lebih enak jika disimpan di dalam fridge terlebih dahulu barulah dihidangkan

source: Vrie's, myr (telah diubah sedikit)

11 February 2010

Kari kepala ikan resepi II

Bahan-bahan:
1 ekor kepala ikan merah / tenggiri / jenahak - dibersihkan
2 bungkus serbu kari ikan - bancuh dengan sedikit air supaya menjadi pes
5 biji sayur bendi
2 biji terung bulat - dibelah 4
3 biji cili hijau - dibuang tangkai
2 biji buah tomato - dibelah 4
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

bahan2 tumis:
1 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari

bahan2 tumbuk/kisar/hiris:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar dan bahan2 tumis sehingga wangi
  • kemudian masukkan rempah kari dan tumiskan sehingga pecah minyak
  • masukkan pula air asam jawa yang telah digaulkan dengan santan dan tapiskan
  • selepas itu masukkan ikan dan tambahkan sedikit air supaya santan tidak berapa pekat
  • kacaukan dan renihkan dengan api yang sederhana
  • biarkan sehingga kuah mendidih dan naik minyak
  • apabila mendidih barulah dimasukkan bendi, terung, tomato dan garam secukup rasa
  • biarkan lagi sehingga naik minyak dan ikan masak
  • setelah itu bolehlah dipadamkan api oven
  • hidangkan dengan nasi putih atau roti canai

source: k.hanieliza

9 February 2010

Mango & coconut chiffon cake

Bahan-bahan:
bahan2 A:
110gm putih telur
55gm gula kastor
5gm tepung jagung

bahan2 B:
50gm telur kuning
36gm air
36gm minyak masak/canola oil
55gm tepung gandum/kek
10gm gula kastor
50gm manggo juice
25gm dried manggo - dipotong kecil
24gm kelapa parut putih atau kelapa kering

cara:
  • pukul putih telur sehingga berbuih
  • kemudian masukkan 55gm gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga menjadi gebu
  • akhir sekali masukkan tepung jagung dan pukul cukup sekadar sebati
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain
  • satukan kuning telur, minyak, air, manggo juice, tepung dan gula kastor
  • kacaukan sehingga sebati
  • masukkan pula dried mango dan kacau rata
  • kaupbalikkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan kacaukan sebati
  • kemudian masukkan lagi 1/2 adunan putih telur dan lakukan sehingga habis
  • masukkan kelapa parut/kering dan kacaukan rata (jangan overmix adunan)
  • tuangkan adunan ke dalam tin chiffon yang berukuran 17cm
  • bakar pada suhu 160C selama 35 min atau sehingga masak
  • padamkan api oven dan biarkan kek didalamnya selama 5 min
  • kemudian keluarkan loyang kek tadi dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. Dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu 'memegang' kek yang di dalam proses mengembang naik. Chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu, ringan dan berongga

7 February 2010

Tomyam asli Thai


Bahan-bahan:
bahan2 untuk perencah tomyam:
5 biji bawang merah
2 biji cili merah
5 tangkai cili kering - rendamkan dengan air panas sekejap
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu besar udang kering - rendamkan sekejap
3 helai daun limau purut
1 inci belacan - dibakar
sedikit air asam jawa, garam dan gula secukupnya

bahan2 untuk sup tomyam:
1/4 ekor ayam - dipotong kecil
5 ekor udang atau lebih
2 ekor sotong atau lebih
1 labu bawang besar - dibelah 6
5 ulas bawang putih - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
2 batang serai - diketuk
1/2 batang karot, bunga kobis dan sebagainya
5 helai daun limau purut
1 biji buah tomato - dibelah 4
1 sudu besar perencah tomyam atau lebih
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis - ambil jusnya
3 sudu besar susu cair
cili padi
air secukupnya
garam secukup rasa

cara:
  • cara membuat perencah tomyam: kisar semua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula
  • kemudian panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bahan2 kisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak
  • masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • masak sehingga menjadi pes
  • padamkan api
  • sesudah sejuk bolehlah disimpan di dalam bekas dan simpan di dalam fridge
  • perencah tomyam ini boleh dijadikan penumis untuk nasi goreng
  • untuk membuat sup tomyam: rebuskan ayam dengan air (banyak atau sedikit air bergantung pada selera masing2) sehingga 1/2 masak
  • masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas
  • kemudian masukkan sotong, udang, sayur2an dan buah tomato
  • masukkan pula pes tomyam, sos ikan, jus limau nipis dan garam secukup rasa
  • kacaukan rata sehingga ayam empuk dan bahan2 seafood lain masak
  • padamkan api
  • masukkan susu cair dan kacau rata
  • hidangkan dan taburkan dengan daun ketumbar

source: cikmanis, myr

6 February 2010

Nasi tomato resepi II

Bahan-bahan:
500gm beras basmathi - cuci bersih dan toskan (jangan cuci terlalu lama nanti beras senang pecah)
125gm minyak sapi
4 biji buah tomato - dibelah 4
125ml tomato puree
4 sudu makan sos tomato
500ml susu cair/segar
air secukupnya
garam dan gula secukupnya
1 helai daun pandan - disimpulkan

bahan2 hiris:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia

bahan2 penumis:
2 kuntum bungan lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

cara:
  • panaskan minyak sapi
  • tumiskan bahan2 hiris sehingga garing dan naik bau
  • kemudian masukkan bahan2 penumis dan daun pandan
  • tumiskan seketika
  • masukkan buah tomato dan masak sehingga layu
  • selepas itu masukkan pula tomato puree, sos tomato dan kacaukan rata
  • masukkan susu cair/segar, beras, garam dan gula secukup rasa
  • tambahkan air secukupnya dan masak sehingga air kering
  • boleh juga dituangkan semua ini ke dalam rice cooker dan tanaklah nasi seperti biasa
  • setelah masak gembur2kan nasi supaya ianya cantik berderai
  • sedia untuk dihidangkan dengan ayam masak merah, acar timun dan sebagainya

source: Vrie's, myr

4 February 2010

Ayam ala kassim

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
2 sudu besar kicap pekat
3-4 tangkai daun kari
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

cara:
  • gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
  • kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak
  • masukkan daun kari dan kacaukan rata
  • biarkan seketika sambil dikacau selalu
  • kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit
  • masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2

note: masakan lama, senang dan sedap

source: azura suhaimi, myr

2 February 2010

Chocolate sexy banana

Bahan-bahan (3-4 orang):
3-4 biji pisang yang manis
3-4 sudu besar susu pekat manis (condensed milk)
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar chocolate chips
4 cawan ketulan ais

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam pengisar minuman
  • kisar sehingga ketulan ais hancur
  • tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan

source: cikmanis, myr

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin