Pages

27 March 2010

Mee rebus resepi III

Bahan-bahan (4 orang):
400gm mee kuning - celurkan
sayur sawi secukupnya - celurkan
taugeh secukupnya - celurkan
telur rebus secukupnya
tauhu goreng secukupnya - dihiris
limau nipis/kasturi secukupnya - dibelah
lada merah secukupnya - dihiris
daun sup/daun bawang secukupnya - dihiris

bahan2 untuk kuah:
5 helai cili kering - kalau nak pedas lebihkan
segenggam udang geragau - kalau tak ada boleh gantikan dengan udang kering, tumbuk halus
1/2 labu bawang besar atau 3-5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu makan sos tomato - boleh gantikan dengan air asam jawa
2 biji keledek sederhana besar - rebus 300gm daging - direbus sehingga lembut, air rebusan jangan dibuang
udang segar secukupnya - direbus, air rebusan jangan dibuang
1 sudu besar gula melaka
garam dan perasa secukupnya

cara:
  • kisar keledek dengan air rebusan daging dan air rebusan udang
  • ketepikan
  • daging yang telah direbus tadi dihiris nipis2 dan ketepikan
  • potong kecil kedua2 bawang dan cili kering
  • panaskan sedikit minyak
  • gorengkan sekejap bawang dan cili kering
  • angkat dan biarkan sejuk
  • kemudian kisarkan dengan halia dan lengkuas sehingga halus
  • panaskan minyak dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga pecah minyak
  • masukkan sos tomato, udang geragau/udang kering dan tumiskankan lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan keledek kisar tadi, daging hiris, lebihan air rebusan udang & daging (jangan masukkan semua kerana kepekatan ikut selera masing2), gula melaka, garam dan perasa secukupnya
  • kacau rata
  • biarkan kuah mendidih dan pekat
  • akhir sekali masukkan udang
  • padamkan api
  • letakkan mee kuning, tauhu goreng, telur rebus, taugeh, sawi, cili merah, limau kasturi/nipis, daun bawang/bawang goreng ke dalam mangkuk
  • tuangkan kuah ke atasnya
  • siap untuk dihidangkan

source: hana, myr

26 March 2010

Mee hoon goreng lada hitam

Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - direndam terlebih dahulu
1 cawan udang
2 keping tauhu - dipotong dadu/kecil
1 paket fishball - dibelah dua
1 1/2 sudu makan lada hitam biji - ditumbuk halus atau boleh juga digantikan dengan serbuk
3 sudu makan sos tiram
secekak daun kucai - dipotong 2 inci
2 genggam taugeh
1 batang karot - dihiris memanjang
sedikit air jika perlu
garam, gula dan perasa secukup rasa


bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 sudu besar udang kering - direndam terlebih dahulu


cara:
  • panaskan minyak
  • gorengkan dahulu tauhu tetapi jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan
  • panaskan lagi minyak
  • masukkan udang dan biarkan masak sehingga kemerahan
  • selepas itu masukkan bahan2 kisar dan tumiskan selama 5 min
  • kemudian masukkan fishball, sos tiram, lada hitam, gula dan gaulkan rata
  • masukkan mee hoon dan kacaukan rata sehingga masak
  • masukkan pula tauhu goreng, daun kucai, taugeh, lobak merah dan kacaukan rata sehingga masak
  • akhir sekali masukkan garam dan perasa secukup rasa
  • gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • tambahkan sedikit air jika terlalu kering
  • padamkan api dan hidangkan dengan cili jeruk

source: waheedeana, myr

25 March 2010

Bahulu kukus resepi II

Bahan-bahan (20 biji bergantung pada saiz):
5 biji telur
200gm gula pasir/kastor
1 camt esen vanila
1/2 camb ovalette
210gm tepung halus/superfine/kek
60ml santan
kismis secukupnya - optional

cara:
  • pukul gula, ovalette, esen vanila dan telur sehingga gebu lebih kurang 6 min
  • kemudian perlahankan mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul rata
  • masukkan santan dan pukul lagi sehingga rata
  • selepas itu perapkan adunan selama 20 min
  • panaskan kukusan
  • masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam papercup
  • taburkan kismis
  • kukuskan selama 10 min atau sehingga masak
  • hidangkan

source: chef zubaidah che pa

23 March 2010

Moroccan chicken with lemon and olives

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 8 atau ikut suka dan dilumurkan dengan garam secukupnya
2 sudu besar olive oil
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 biji bawang besar - dicincang/dadu halus
1 biji lemon - dibuang isi dan hiris memanjang
1 cawan green pitted olives
1/2 cawan air
1/2 cawan raisins
daun ketumbar secukupnya - dihiris halus
daun parsley secukupnya - dihiris halus


bahan2 rempah:
2 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil serbuk jintan putih/kasar
1 sudu kecil serbuk halia
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah

cara:
  • campurkan bahan2 rempah di dalam mangkuk dan lumurkan dengan ayam sehingga sebati
  • perapkan ayam lebih kurang 1 jam atau lebih
  • panaskan kuali dengan olive oil
  • gorengkan ayam yang telah diperapkan tadi sambil ditaburkan sedikit dengan garam (jangan banyak sangat sebab olive dan lemon dah cukup masin)
  • balik2kan ayam tadi dan masak selama 5 min
  • masukkan kedua2 bawang dan gaulkan rata
  • tutupkan kuali dan biarkan selama 15
  • masak dengan api yang kecil
  • terbalik2kan ayam tadi
  • masukkan lemon, olives, raisins, air dan kacau rata
  • biarkan sehingga mendidih dan tutupkan semula periuk
  • masak lagi selama 30 min atau sehingga ayam empuk dengan api yang kecil
  • apabila dah puas hati dengan rasa bolehlah dipadamkan api
  • taburkan dengan daun ketumbar dan daun parsley
  • hidangkan dengan nasi pilaf atau nasi putih

source: muna

21 March 2010

Creamy potato croquettes

Bahan-bahan:
2 biji ubi kentang saiz besar - direbus dan dilenyek halus
1/2 biji bawang besar - dicincang/dadu halus
2 sudu besar daging/ayam cincang
1 sudu besar mentega
garam dan serbuk lada sulah secukupnya

bahan-bahan sos krim:
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 - 1 cawan susu segar
garam dan serbuk lada sulah secukupnya

1 biji telur - dipukul sedikit
breadcrumbs/serbuk roti secukupnya

bahan-bahan sos pencicah - gaul rata:
mayonaise
sos cili
sos tomato


cara:
  • panaskan mentega di dalam kuali
  • tumiskan bawang besar sehingga naik bau
  • kemudian masukkan daging/ayam cincang, garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • kacau sehingga daging/ayam masak
  • padamkan api
  • masukkan ubi kentang yang telah dilenyekkan tadi dan gaulkan sebati
  • ketepikan
  • panaskan mentega di dalam periuk
  • masukkan tepung dan kacau sehingga ianya bertukar menjadi perang
  • kemudian masukkan susu segar
  • sentiasa kacau supaya tidak berketul
  • masak sehingga pekat
  • kemudian tuangkan ke dalam adunan ubi kentang tadi (jangan tuangkan kesemuanya pandai agak2)
  • gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat (seperti membuat pegedil)
  • lakukan sehingga habis
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • ambil satu adunan bulat tadi, celupkan ke dalam telur dan coverkan dengan breadcrumbs
  • goreng sehingga keperangan
  • angkat dan hidangkan dengan sos pencicah
  • sedap dimakan panas2

source: yani, myr

20 March 2010

Coffee chocolate breads

Bahan-bahan (10 biji):
300gm tepung roti
40gm gula kastor
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil instant coffee
1 sudu besar coffeemate
1 sudu besar water roux - lihat resepi disini
1 sudu kecil dry/instant yeast
40gm butter
150ml susu segar
40gm chocolate chips

sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti

cara:
  • masukkan kesemua bahan ke dalam breadmaker kecuali chocolate chips
  • pilih untuk setting doh
  • sebelum proses penaik, masukkan chocolate chips
  • ulikan sekejap supaya chocolate chips bercampur rata
  • biarkan doh naik di dalam BM dan tunggu sehingga siap
  • kalau guna food processor, masukkan bahan2 kering dahulu kecuali chocolate chips
  • kemudian putar sekejap dalam 2-3 min
  • masukkan pula butter dan susu segar dan putar lagi sehingga licin atau sehingga doh mula rasa panas
  • keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai
  • biarkan sejuk sekejap
  • kemudian masukkan chocolate chips dan ulikan dengan menggunakan tangan sehingga sebati
  • bentukkan doh menjadi bulat dan letakkan di dalam mangkuk adunan
  • tutupkan dengan tuala basah atau plastic wrap untuk mengelakkan permukaan doh menjadi kering
  • biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45 min ke 1 jam
  • untuk kedua2 proses BM dan food processor, keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah di taburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan semula menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 15 min
  • bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 60gm
  • ambil satu doh dan bentukkan menjadi bulat
  • susunkan di dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • lakukan sehingga habis
  • biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • pada yang berada di negara 4 musim bolehlah diletakkan loyang tadi di dalam oven dan letakkan dua cawan air panas
  • setelah itu bakar pada suhu 180C selama 12 min
  • keluarkan loyang dan sapukan permukaan roti dengan sedikit olive oil supaya ianya sentiasa lembut

source: yani, myr (cara telah diubah sedikit)

15 March 2010

Khaukswe chicken

Bahan-bahan:
1.5kg ayam - dipotong ikut suka
1/4 cawan santan
6 sudu besar plain yogurt
garam secukup rasa
gula perang (brown sugar) secukup rasa
fish sauce secukup rasa

bahan2 kisar:
1 1/2 sudu kecil cumin seeds
1 sudu kecil black peppercorn
2 sudu besar pumpkin seeds
2 sudu besar sunflower seeds
2 sudu besar sesame seeds
6 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk paprika
2 sudu besar asam jawa paste
1 sudu kecil belacan (shrimp paste)

cara:
  • satukan bahan2 kisar, yogurt, santan, garam, gula perang dan fish sauce ke dalam mangkuk
  • gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • kemudian masukkan ayam dan gaulkan rata
  • perapkan selama 3 jam atau semalaman
  • kemudian bakar pada suhu 180C selama 35 mins atau sehingga masak
  • setelah itu hidangkan

source: muna

14 March 2010

Tiger roll swiss roll

Bahan-bahan:
bahan2 untuk tiger roll:
180gm kuning telur - lebih kurang 10 biji telur Grade A
75gm gula aising
1/4 camt esen vanila
40gm tepung jagung

bahan2 untuk sponge kek:
250gm sponge cake mix - boleh guna chocolate cake mix, vanila cake mix dll
4 biji telur
50ml air
1/2 camt esen vanila
50gm mentega cair

120gm butter cream

cara:
  • untuk membuat tiger roll: pukul telur, gula aising dan esen vanila sehingga gebu dan kembang
  • kaupbalikkan tepung jagung sehingga sebati
  • tuangkan adunan ke dalan loyang untuk membuat swiss roll berukuran 25x35cm (10"x14") yang telah dilapikkan dengan parchment paper dan digriskan
  • bakar pada suhu 240C selama 5 min (suhu bergantung pada jenis oven masing2) atau sehingga masak dan keperangan
  • setelah masak keluarkan loyang dari oven
  • biarkan sejuk barulah diangkat adunan sekali dengan parchment paper keluar dari loyang
  • untuk membuat sponge kek: pukul sponge cake mix dengan telur dan air sehingga gebu dan kembang
  • masukkan mentega, air dan pukul lagi sehingga sebati (jangan terlalu overmix cukup sekadar sebati)
  • tuangkan adunan ke dalam loyang untuk membuat swiss roll berukuran 25x35cm (10"x14") yang telah dilapik dengan parchment paper dan digriskan
  • bakar pada suhu 180C selama 15 mins atau sehingga masak
  • setelah masak keluarkan loyang dari oven
  • dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan kek sekali dengan parchment paper
  • cara2 menggulung: letakkan sehelai parchment paper ke atas sponge kek
  • kemudian terbalikkan kek tadi
  • tarikkan parchment paper dari kek dan sapukan buttercream di atas permukaannya sehingga rata
  • kemudian gulungkan kek seperti swiss roll bersama2 dengan parchment paper perlahan2 dan ketepikan
  • letakkan sehelai lagi parchment paper ke atas tiger roll
  • kemudian terbalikkannya
  • tarikkan parchment paper dari kek dan sapukan buttercream di atas permukaannya sehinga rata
  • ambil sponge kek roll yang telah digulung tadi dan letakkan di atas tiger roll
  • kemudian gulungkan seperti swiss roll sekali dengan parchment paper
  • setelah siap simpankan sekejap kek tadi ke dalam fridge supaya ianya cantik melekat
  • kemudian bolehlah dipotong dan dihidangkan

note: lihat cara2 menggulung swiss roll yang betul di youtube

source: aunty yochana

13 March 2010

Nasi goreng mentega

Bahan-bahan:
4 cawan nasi
2-3 sudu besar mentega - prefer buttercup tapi brand lain pun boleh
1 biji telur
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
udang secukupnya
isi ayam secukupnya
ikan bilis goreng secukupnya - optional

cara:
  • udang dan isi ayam digoreng terlebih dahulu dan ketepikan
  • panaskan butter sehingga cair
  • masukkan nasi dan kacaukan rata selama 3 min
  • masukkan telur, lada sulah dan garam secukupnya
  • kacau selama 1 min
  • akhir sekali masukkan udang, isi ayam dan ikan bilis goreng
  • kacaukan sehingga sebati
  • angkat dan hidangkan

source: dayangjack, myr (ubah sedikit)

Mee goreng basah

Bahan-bahan:
600gm mee
sotong secukupnya
udang secukupnya
secekak daun sawi - dipotong
taugeh secukupnya
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih - diketuk/tumbuk
garam, gula & perasa secukup rasa

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga wangi
  • masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak
  • kemudian masukkan sotong, udang dan kacaukan rata
  • setelah itu masukkan sos tiram, sos tomato, kicap, gula, garam dan perasa secukup rasa
  • kacaukan rata
  • masukkan air panas (agak2 jangan masukkan semua) dan biarkan sehingga mendidih
  • kemudian masukkan mee, daun sawi dan kacaukan rata
  • boleh tambahkan lagi air panas jika kuah sudah mulai kering
  • kecilkan api dan biarkan selama 4 min
  • gaulkan sebati
  • padamkan api dan akhir sekali barulah dimasukkan taugeh
  • gaulkan rata
  • angkat dan hidangkan (jangan biarkan mee di dalam kuali terlalu lama kerana ianya mudah kering)

source: tulip77, myr

7 March 2010

Ayam goreng halia & daun kunyit

Bahan-bahan (3 orang):
6 ketul ayam
1 inci halia - dihiris memanjang
2 ulas bawang putih - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 batang serai - ditumbuk
1 biji buah tomato - belah 4
1 helai daun kunyit - dihiris halus
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

cara:
  • gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
  • goreng sehingga masak dan ketepikan
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan kedua2 bawang dan halia sehingga wangi
  • masukkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa
  • kemudian masukkan serai dan buah tomato
  • kacaukan seketika
  • akhir sekali masukkan daun kunyit
  • kacaukan seketika dan padamkan api
  • angkat dan hidangkan

source: farizafaizal, myr

Longan almond chiffon cake

Bahan-bahan:
bahan2 A:
3 biji telur kuning
20gm gula kastor
20ml minyak jagung
60gm longan - dicincang
30ml sirap longan dari tin
70gm tepung naik sendiri
30gm serbuk almond (ground almond)
20gm kacang almond - dicincang
1 camb chocolate rice - optional
1/2 camt esen vanila

bahan2 B:
3 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
65gm gula kastor

cara:
  • campurkan semua bahan2 A ke dalam mangkuk adunan
  • kacaukan rata dan ketepikan
  • pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan diangkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan campuran bahan2 A ke dalam campuran putih telur sehingga sebati
  • tuangkan adunan ke dalam chiffon tin bersaiz 18cm
  • bakar dengan suhu 175C selama 40min atau sehingga masak
  • biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan kek dari tin

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. Dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu 'memegang' kek yang di dalam proses mengembang naik. Chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu, ringan dan berongga

source: aunty yochana

4 March 2010

Rojak tauhu

Bahan-bahan (5 orang):
5 keping
1 biji timun
1 biji sengkuang
sedikit kunyit serbuk dan garam - untuk rendam tauhu

bahan2 untuk kuah:
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
1 cawan kacang tanah yang telah digoreng
5 sudu besar gula merah
4 sudu besar kicap
sedikit air asam jawa
5 sudu besar air

cara:
  • kacang tanah yang telah digoreng dikisar kasar dan ketepikan
  • tauhu dipotong dua dan direndam selama 5 min di dalam air campuran serbuk kunyit dan garam
  • kemudian goreng tauhu sehingga garing dan ketepikan
  • potong dan hiris timun dan sengkuang
  • ketepikan
  • kisar bawang putih dan cili padi sehingga halus
  • larutkan gula merah dengan 5 sudu air
  • tapiskan ke dalam mangkuk
  • kemudian campurkan bahan2 kisar ke dalam gula merah tadi
  • masukan kicap dan air asam jawa (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada banyaknya air asam jawa yang digunakan)
  • kacaukan sebati
  • tauhu yang telah digoreng tadi di hidangkan ke atas piring
  • taburkan timun dan sengkuang
  • kemudian tuangkan kuah
  • akhir sekali taburkan kacang tanah
  • sedia dihidangkan

source: goldenmanja, myr

2 March 2010

Ketam sweet sour

Bahan-bahan:
4 ekor ketam - dipotong 2
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar soso cili
6 sudu besar sos tomato
1 cawan air
1/2 cawan nenas - dipotong dadu (optional)
2 biji buah tomato - dibelah 4
1 biji telur - dipukul sedikit
garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun bawang - dimayang 1 inci

bahan2 hiris:
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 hiris sehingga wangi
  • masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam
  • biarkan sehingga mendidih
  • masukkan garam dan gula secukup rasa
  • kemudian masukkan telur yang telah dipukul sedikit tadi dan biarkan sehingga mendidih
  • masukkan buah tomato, nenas dan kacau rata
  • bila kuah dah nampak agak pekat masukkan daun bawang
  • angkat dan hidangkan

source: k.hanieliza

Ikan sambal wangi ala thai

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu/siakap - saiz besar
3 sudu besar sos cili
1-2 keping asam keping
gula dan garam/sos nampla secukup rasa
segenggam daun ketumbar - dihiris

bahan2 kisar:
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
4 batang serai
10-15 biji cili padi

cara:
  • ikan yang telah dicuci bersih tadi diperapkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung
  • kemudian goreng ikan sehingga garing dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga garing (pastikan minyak lebih kalau tidak sambal nanti tidak begitu garing)
  • masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu
  • bila sambal dah agak kering masukkan sos cili, asam keping dan semua bahan perasa
  • kacau rata
  • padamkan api
  • tuangkan sambal ke atas ikan yang telah digoreng tadi dan taburkan dengan daun ketumbar
  • hidangkan panas2 dengan nasi putih

source: mommamia, myr

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin