1 cawan olive oil
1 cawan gula perang
3 biji telur - dipukul sedikit
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 camt soda bikarbonat
2 camt serbuk kulit kayu manis
2 cawan parutan karot - dlm 3-4 batang karot
1 cawan kacang walnut - dicincang
Bahan2 aising:
250gm cream cheese - suhu bilik
1 cawan gula aising
1 camt esen vanila
cara:
- panaskan oven pada suhu 180C dan sapukan sedikit mentega pada tin kek. taburkan juga sedikit tepung supaya senang utk mengeluarkan kek
- satukan minyak, gula dan telur di dalam mixing bowl dan pkul sehingga sebati
- ayakkan tepung, soda bikarbonat dan serbuk kulit kayu manis ke dalam adunan minyak dan kacau biar sebati
- masukkan parutan karot dan kacang walnut, gaul perlahan hingga rata
- tuangkan kedalam tin kek dan bakar selama 45 - 50 min atau sehingga masak
- sejukkan 10 min sebelum dikeluarkan dari tin
- untuk membuat aising: satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati
- bolehlah disapukan ke atas atau keseluruhan kek dan biarkan di dlm fridge sekejap supaya aising keras sedikit sebelum dipotong
2 comments:
Amboii noreen, dalam duk singgah merata2 lalu kat bumbung tu, siap sebiji kek. (*x singgah rumah Ummi pun ek)...I've also keep this recipe for quite long, dunno when to try it..hehe..
Noreen...senang kan time2 salji turun nie, buat kek bubuh je kat anjung kejap bagi kena salji, tak payah buat cream...dah lawaaa...melepak je atas kek tu..ahakss!!!...sejukkkkk!!!!..
Post a Comment