Pages

8 April 2009

Pulut panggang


Bahan-bahan:
1kg beras pulut
santan secukupnya
garam secukup rasa

Bahan2 untuk inti - dikisar halus:
300gm kelapa parut
50gm udang kering - direndam sekejap
5 tangkai cili merah
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai

daun pisang secukupnya
lidi secukupnya

cara:
  1. pulut dicuci dan ditoskan
  2. kemudian direndam selama sejam
  3. kemudian gaulkan dengan garam dan santan
  4. kukus sehingga masak lebih kurang 30 min
  5. biarkan sejuk
  6. untuk membuat inti: panaskan minyak kemudian tumiskan bahan2 kisar tadi sehingga garing
  7. selepas itu masukkan kelapa parut dan garam secukup rasa
  8. sangai sehingga kelapa kering
  9. angkat dan sejukkan
  10. cara membalut: layurkan pisang
  11. ratakan pulut di atasnya
  12. masukkan inti ditengah2 dan digulung
  13. sepitkan kiri kanan daun pisang dengan lidi
  14. akhir sekali panggang

source: majalah saji

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin