Pages

21 July 2010

Char kuey teow

Bahan-bahan:
500gm kuey teow basah
3 ulas bawang putih - ditumbuk atau dicincang halus
3 biji bawang merah - dihiris halus
300gm udang
150gm isi ayam - dipotong dadu
150gm cooked mussell (kepah)
taugeh secukupnya
daun kucai secukupnya - dipotong 3cm
2 sudu besar cili kisar
2-3 biji telur - dipukul sedikit
minyak
garam - jika perlu

bahan2 sos (digaul sebati):
1 sudu besar kicap cair (light soya sauce)
1 sudu besar kicap pekat (dark soya sauce)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar fish sauce
1 sudu kecil gula pasir

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bawang merah sehingga wangi
  • kemudian masukkan bawang putih, cili kisar dan kacaukan selama 30 saat
  • masukkan ayam dan kacaukan sehingga ayam separuh masak
  • kemudian masukkan udang dan kacau lagi
  • perlahankan api dan masukkan kuey teow
  • kacaukan rata
  • masukkan bahan2 sos dan kacaukan rata sehingga sebati dengan kuey teow
  • selepas itu masukkan pula kepah dan gaulkan rata
  • buatkan lubang di tengah2 dan tuangkan telur yang telah dipukul
  • biarkan sehingga telur hampir2 masak dan gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • akhir sekali masukkan taugeh dan daun kucai
  • gaulkan rata
  • kemudian padamkan api
  • jika kurang masin bolehlah ditambahkan dengan sedikit garam
  • hidangkan panas2

source: muna

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin