Pages

22 August 2010

Cendol resepi III

Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 sudu kecil kapur + air = air kapur pekat
10-12 helai daun pandan - kalau stok tak banyak bolehlah dicampurkan dengan sedikit paste pandan dan pewarna hijau
3 cawan air
secubit garam

cara:


  • kisar daun pandan dengan 2 cawan air sehingga halus
  • kemudian tapiskan dan ambil jusnya
  • ketepikan
  • satukan kesemua tepung, air kapur, garam, 1 cawan air ke dalam mangkuk dan tuangkan jus air pandan sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati dan tidak berbentil-bentil
  • tapiskan adunan ke dalam periuk tahan panas (non-stick pan)
  • masaklah dengan api sederhana panas sehingga berkilat/likat dan tidak melekat di periuk
  • pastikan adunan dikacau selalu supaya ianya sekata masaknya
  • setelah siap padamkan api
  • sediakan mangkuk besar berisi dengan ais dan air sejuk
  • masukkan adunan ke dalam acuan muruku dan tekankan terus ke dalam air tadi
  • lakukan sehingga habis
  • biarkan ianya menjadi betul-betul keras di dalam air tersebut
  • jika hendak disimpan di dalam fridge pastikan cendol tadi di simpan bersama air

note: apabila adunan sudah masak/siap cepat-cepat masukkan ke dalam acuan dan tekankan terus ke dalam air sejuk. jangan biarkan adunan menjadi sejuk kerana jika ditekankan ke dalam acuan adunan tadi akan menjadi lembik dan terburai ke dalam air dan tidak menjadi keras

source: jurnal resepibdaria (cara telah diubahkan sedikit)

2 comments:

ijan said...

Salam Along,
Ni kalau buat ais cendol mau terangkat ni..hehe.. :)

noreen said...

salam ramadhan ijan...mmg pun lepas tu kalau ada balance cendol leh buat talam cendol atau kuih lapis cendol boleh pelbagaikan

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin