Pages

5 April 2008

Asam pedas ikan bawal

Bahan-bahan:
500gm ikan bawal hitam / putih - ikan tenggiri / pari / terubuk atau kembung pun boleh
6 sudu besar cili kering kisar
seikat daun kesum
sekuntum bunga kantan - dibelah 4
sedikit air asam jawa
4 cawan air
1 biji buah tomato - dibelah 4
kacang bendi - masukkan sebiji2 tak payah potong
5-6 sudu minyak untuk menumis
garam, serbuk perasa dan gula secukupnya

Bahan2 tumbuk:
2 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1.2cm halia
1cm kunyit hidup

cara:

1. ikan dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa
2. panaskan minyak di dalam periuk, masukkan bahan2 tumbuk kacau sehingga wangi dan garing. selepas itu masukkan pula cili kisar. kacau lagi sehingga garing
3. masukkan air asam jawa dan air biasa
4. masak sehingga mendidih dan kuah pekat sedikit kemudian kecilkan api. masukkan pula ikan, garam, serbuk perasa dan gula
5. bila hampir masak, masukkan daun kesom, bunga kantan, buah tomato dan bendi. kacau seketika dan bolehlah diangkat untuk dihidangkan

Kangkong goreng

Bahan-bahan:
500gm kangkong - disiang, dipotong 1/2 jari panjang, cuci bersih dan toskan
50gm udang kering - cuci bersih dan rendamkan
5 biji lada kering
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

cara:

1. kisar halus udang kering, lada kering, bawang besar dan bawang putih
2. panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan rempah kisar sehingga garing dan wangi
3. masukkan kangkong. balik2kan, taburkan sedikit garam
4. bila batangnya sudah lembut, matikan api, alihkan ke dalam mangkuk

3 April 2008

Eggless chocolate cake

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
200gm (1 1/2 cawan) tepung gandum
10gm (2 sudu teh) baking powder
5gm (1 sudu teh) soda bikorbonat
60gm (1/2 cawan) susu krim

Bahan2 B:
5gm (1 sudu teh) serbuk kopi segera
140gm (1/2 cawan) gula kastor
25gm (2 sudu besar) madu
150ml (4/5 cawan) air panas

Bahan2 C:
180gm (3/4 cawan) marjerin/butter
5ml (1 sudu teh) esen vanila
30gm (3 sudu besar) serbuk koko)

cara:

1. ayak Bahan2 A dan ketepikan
2. campur kesemua Bahan2 B dan kacau sehingga gula dan madu larut. biar sejuk
3. pukul marjerin, esen vanila dan serbuk koko (Bahan2 C) sehingga berkrim
4. masukkan sebahagian Bahan2 A ke dalam campuran Bahan2 C dan pukul lagi
5. kemudian masukkan sebahagian Bahan2 B dan pukul lagi
6. ulang langkah 4 dan 5 sehingga ramuan sebati
7. curah ke dalam tin yang telah dilapik dengan kertas minyak. bakar dalam oven pada suhu 160C selama 45 min atau sehingga masak

note: ciri penting resepi ini ialah telur tidak digunakan dan kurang kolesterol

2 April 2008

Ayam kuzi resepi II

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong sederhana dan digoreng
10-15 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
20 tangkai cili kering
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 batang serai - dititik
10 biji gajus - digoreng dan ditumbuk halus
1 sudu besar gula melaka
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air asam jawa
1 tin kecil tomato puri
1 tin kecil minyak sapi atau 1/2 cawan minyak sayur
5 tangkai bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng

cara:

1. kisar bawang kecil, bawang putih, halia, cili kering, jintan putih dan jintan manis sehingga halus
2. panaskan minyak, tumis bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
3. kemudian masukkan bahan2 yg telah dikisar, tumis hingga wangi
4. masukkan serai yang telah dititik, gajus, air asam jawa, susu cair, gula melaka, tomato puri dan garam
5. masak hingga mendidih dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. gaulkan semua bahan2 hingga sebati dan kuah agak pekat
6. taburkan bawang goreng ketika menghidang

Pajeri bombay

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 batang kulit kayu manis
2 kuntuk bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 sudu kecil serbuk kunyit
20gm udang kering - direndam

Bahan2 B:
1 biji nenas - kupas nenas, belah 2 dan dipotong setebal 2cm
2 biji cili merah - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

cara:

1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 A hingga terbit bau
2. kemudian masukkan cili merah, cili hijau, nenas, air, gula dan garam secukup rasa
3. gaul sehingga sekata dan masaklah sehingga mendidih
4. sedap di hidangkan bersama2 dengan sebarang nasi
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin