Pages

30 October 2008

Kuih cara berlauk

Bahan-bahan:
Bahan2 inti:
1 cawan mince beef/chicken
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu besar rempah kari - kacau dengan sedikit air supaya menjadi paste
sedikit air
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

daun bawang - dimayang kecil
cili merah - dihiris halus
acuan kuih cara
minyak untuk menggris

cara:
  1. panaskan kuali
  2. tumiskan bawang dan rempah sehingga wangi dan garing
  3. masukkan mince beef/chicken dan garam secukup rasa
  4. kacaukan sebati
  5. masukkan sedikit air
  6. kacau dan biarkan mendidih dan kering
  7. angkat dan biarkan sejuk
Bahan2 butter:
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 cawan air sejuk
1 biji telur
garam secukup rasa
sedikit pewarna kuning

cara:

  1. blendkan kesemua bahan ke dalam food processor/blender dan tapiskan
  2. masukkan 3/4 adunan ke dalam setiap acuan kuih cara yang telah digriskan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat
  3. kemudian masukkan 1 sudu kecil inti tadi dan taburkan hirisan cili merah dan daun bawang
  4. tutupkan acuan dan biarkan sehingga masak
  5. angkat dan hidangkan panas2

source: noormasri

28 October 2008

Ayam bakar madu resepi I

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam

Bahan2 perapan:
2 biji bawang putih - ditumbuk lumat
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 sudu makan madu
2 sudu makan kicap masin
perahan sebiji lemon atau limau kasturi

cara:
  1. lumurkan ayam dengan bahan2 perapan selama sejam atau lebih
  2. kemudian susunkan ayam tadi di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200C selama 35-40min atau sehingga garing
  3. jika ayam terlalu kering siramkan dengan lebihan bahan perapan dan sentiasa terbalik2kan ayam supaya kedua2 bahagian akan garing sekata
  4. setelah masak keluarkan dari oven dan makan dengan nasi goreng, nasi putih atau boleh jugak diratah begitu saja

source: k.rinnchan (diubahsuai sedikit)

26 October 2008

Pandan chiffon cake resepi III



Bahan-bahan:
Bahan2 A (diayak sebanyak 3 kali, ketepikan):
150gm tepung kek
1 camt baking powder

Bahan2 B:
4 biji kuning telur
70gm gula kastor
1/4 camt garam

Bahan2 C:
85ml minyak jagung/canola
115ml jus pandan - blend 10 helai daun pandan bersama2 dengan 150ml air masak & perahkan menggunakan saputangan kecil supaya habuk2 daun pandan tadi tidak akan bercampur dengan jus pandan

Bahan2 D:
4 biji putih telur
70gm gula kastor
1/2 camt cream of tartar

cara:
  1. satukan bahan2 B dan pukul dengan mixer
  2. tuangkan minyak jagung/canola dan teruskan memukul sehingga kembang
  3. masukkan jus pandan dan teruskan memukul sehingga sebati
  4. boleh ditambahkan pewarna hijau jika suka untuk menaikkan lagi warnanya
  5. setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan menggunakan spatula sehingga adunan sebati dan tidak lagi nampak tepung ( jangan terlebih kacau adunan cukup sekadar ianya sebati)
  6. ketepikan adunan
  7. di dalam mixing bowl yang lain pukulkan putih telur sehingga kembang dengan kelajuan yang tinggi
  8. masukkan cream of tartar dan pukul lagi
  9. kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga adunan kental dan tidak tumpah jika diterbalikkan mixing bowl (jangan putar terlalu lama)
  10. masukkan separuh adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur tadi dan kaupbalikkan adunan dengan menggunakan spatula
  11. lakukan proses ini sehingga habis adunan putih telur (jangan risau jika adunan kelihatan lumpy atau berketul2 kerana ini akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga)
  12. kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati
  13. tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon (size 20cm) dan bakar selama 35-40 min
  14. jangan digris atau dilapikkan kertas minyak pada acuan chiffon, cukup sekadar dilapkan dengan kain bersih. dasar dan keseluruhan acuan chiffon yang tidak bergris akan membantu memegang kek yang di dalam proses mengembang-naik
  15. setelah kek masak segera keluarkan dari oven. jika bimbang kek akan mendap, cepat2 terbalikkan dengan segera

note: pada sapa2 yang tinggal di UK jika tiada tepung kek boleh guna tepung Supreme Sponge Premium brand McDougalls dan boleh dibeli di Tesco, Morrison, Sainsbury

source: irene chia & k.rinnchan (cara telah diubahsuai)

20 October 2008

Sardine roll

Bahan-bahan:
Bahan2 pastri:
250gm mentega sejuk
500gm tepung gandum
secubit garam
air sejuk secukupnya

Bahan2 filling:
1 tin sardin dalam sos tomato
1/2 - 1 labu bawang besar - dicincang/dipotong dadu
1 biji cili hidup - dihiris
jus limau nipis/lemon secukup rasa
garam secukup rasa

kuning telur - untuk sapuan atas doh

cara:
  1. satukan mentega dan tepung di dalam mixing bowl
  2. gaulkan kedua2 bahan sehingga menjadi seperti breadcrumbs
  3. masukkan garam dan air sejuk
  4. uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan
  5. balutkan doh dengan plastik dan masukkan ke dalam fridge. biarkan doh sejuk sementara membuat filling
  6. masukkan semua bahan2 filling ke dalam mangkuk dan hancurkan ikan
  7. gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
  8. keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  9. gelekkan doh dengan rolling pin sehingga nipis
  10. trimkan bahagian tepi doh supaya menjadi bentuk triangle atau empat segi
  11. letakkan filling tadi dan gulungkan doh seperti swiss roll
  12. hiris2kan bahagian atas doh tetapi jangan sampai terputus dan sapukan dengan kuning telur
  13. susun di atas baking tray yang telah digris dan bakar pada suhu 175C selama 40 min atau sehingga masak dan keperangan
  14. keluarkan dari oven dan potong2kan doh tadi dan hidangkan panas2
  15. kalau suka selepas disapukan dengan kuning telur potongkan dan susunkan di atas baking tray. bakar

note: boleh jugak digantikan dengan tuna, inti karipap atau sebagainya dan sesuai sebagai sajian minum pagi dan petang

source: k.teh

Asam laksa

Bahan-bahan:
1/2kg ikan kembung - direbus dan diambil isinya lalu dikisar
1 bungkus laksa - direndam sehingga lembut dan direbus sehingga lembut betul

Bahan2 kuah:
8 keping asam keping - boleh lebihkan kalau suka masam2
1 kuntum bunga kantan - dibelah 4
3 tangkat daun kesum
10 biji limau kasturi - dibelah 2 dan dibuang biji
air rebusan ikan
garam secukup rasa
1 batang serai - diketuk dan kirai2kan
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu besar minyak - untuk menumis

Bahan2 kisar:
5cm belacan
15 tangkai cili kering - direndam dengan air panas supaya lembut
1 inci lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan2 sampingan:
1 batang timun
2 biji bawang besar
nenas
2 biji cili merah
daun selum

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga wangi
  • masukkan isi ikan, air rebusan ikan, asam keping, air asam jawa, daun kesum dan bunga kantan. kacau sehingga sebati
  • masak sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa
  • renihkan kuah sehingga pekat
  • hidangkan bersama2 dengan laksa dan bahan2 sampingan

note: kuah laksa nie akan terasa sedap jika dimasak malam kemudiannya supaya kuahnya lebih sebati

source: k.hanieliza

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin