Pages

31 March 2009

Apam seri ayu

Bahan-bahan:
3 biji telur
240gm gula pasir
240ml santan atau susu segar
1 camb jus pandan atau pandan emulco
270gm tepung gandum
1 camt ovalette

1 camb tepung kanji/ubi
1/2 biji kelapa parut - ambil putih sahaja
garam

cara:
  1. sapukan sedikit minyak pada acuan dan ketepikan
  2. gaulkan kelapa, garam dan tepung kanji sehingga rata. ketepikan
  3. panaskan kukus dengan api sederhana panas sementara menyediakan adunan
  4. pukul telur dan gula sehingga kembang dan ringan (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh)
  5. masukkan santan/susu segar, ovalette dan tepung gandum sambil dipukul lagi sehingga rata
  6. cara memasak apam: ambil sedikit kelapa tadi dan tekankan ke dalam acuan sehingga padat
  7. tuangkan adunan ke atas kelapa tadi
  8. kukuskan selama 15 min
  9. angkat dan hidangkan

source: kak hanieliza

Ayam masak cili kering bergajus

Bahan-bahan:
1/2kg ayam - dipotong kecil

Bahan2 A:
4 sudu teh tepung jagung
1 biji telur
serbuk lada sulah dan garam secukupnya
serbuk perasa - optional
gula secukupnya
minyak bijan

Bahan2 B:
3 tangkai cili kering - dipotong kecil
1cm halia - dimayang
1 labu bawang besar - dipotong dadu

Bahan2 C:
1 cawan air
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cuka
1 sudu makan kicap cair
garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya
sedikit stok ayam
gajus - toasted

cara:
  1. satukan semua bahan2 A ke dalam mangkuk dan perapkan ayam sebentar
  2. kemudian goreng ayam sehingga masak dan ketepikan
  3. panaskan minyak
  4. tumiskan bahan2 B sehingga wangi
  5. masukkan pula bahan2 C kecuali gajus dan kacaukan sebati
  6. setelah itu masukkan ayam goreng tadi dan gaulkan sebentar
  7. akhir sekali masukkan gajus dan gaulkan rata
  8. angkat dan hidangkan

source: baby batriesya

29 March 2009

Buttermilk sesame buns

Bahan-bahan (16 biji):
500gm tepung roti
1 1/2 camt garam
3 camb madu
1/2 cawan air suam
1 cawan buttermilk - pada suhu bilik
20gm mentega cair
2 camt instant yeast

sesame seeds secukupnya - untuk taburan atas roti

cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam breadmachine dan tekankan untuk setting doh
  2. tunggu sehingga siap
  3. keluarkan dan letakkan atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  5. bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 15 min
  6. setelah itu bahagikan doh kepada 16 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
  7. bentukkan doh menjadi bulat dan susunkan ke atas baking tray yang telah digris terlebih dahulu
  8. biarkan doh naik sekali lagi selama 45-60 min
  9. setelah itu spraykan permukaan doh dengan air atau sapukan dengan sedikit telur yang telah dipukul sedikit
  10. kemudian taburkan dengan sesame seeds
  11. bakar pada suhu 180C selama 18-20 min atau sehingga masak dan keperangan
  12. keluarkan dari oven dan biarkan sejuk

note: roti nie boleh dijadikan sebagai roti burger

source: florence

28 March 2009

Nasi goreng telur asin

Bahan-bahan:
4 cawan nasi sejuk
200gm isi ayam - dipotong dadu/kecil
3 biji telur
1 biji telur asin - dilenyekkan dengan sudu
2 sudu besar kicap
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Bahan2 tumbuk:
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi - kalau suka pedas boleh lebihkan
1 sudu besar udang kering - direndamkan sekejap

cara:
  1. panaskan minyak dan goreng telur secara scramble. angkat dan ketepikan
  2. panaskan lagi minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk sehingga garing dan wangi
  3. masukkan isi ayam dan kacau sehingga sebati
  4. biarkan isi ayam empuk
  5. setelah itu masukkan telur asin, kicap, garam, serbuk lada hitam, telur goreng dan nasi
  6. gaulkan semuanya sehingga rata
  7. angkat dan hidangkan

24 March 2009

Mee kari special

Bahan-bahan:
1kg mee kuning - dicelur
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
5 sudu besar rempah kari ayam - dicampurkan dengan sedikit air panas supaya menjadi pes
2 sudu besar serbuk cili atau cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1.5 - 2 liter santan
100gm fish ball - dibelah 2
2 keping fish cake - dihiris
5 keping tahu kering - dihiris
200gm kerang atau mussel - direbus
2 keping asam keping
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 hiasan:
sawi secukupnya - dipotong dan dicelur
taugeh secukupnya - celur atau tidak bergantung pada selera masing2
4 tangkai cili merah - dihiris
4 tangkai cili hijau - dihiris
bawang goreng secukupnya
limau kasturi secukupnya - dibelah 2

Bahan2 tumis:
2 batang serai - diketuk
5 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
2cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan2 kisar:
2.5cm halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:
  • panaskan minyak
  • masukkan bahan2 tumis dan goreng sehingga garing dan wangi
  • kemudian masukkan bahan2 kisar, pes serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit
  • kacau sehingga sebati dan pecah minyak (pastikan sampai pecah minyak dan garing barulah sedap)
  • masukkan santan, ayam dan asam keping
  • biarkan sehingga ayam empuk dan kuah pecah minyak barulah dimasukkan fish ball, fish cake, tahu kering, kerang dan garam secukup rasa
  • biarkan kuah mendidih seketika barulah di matikan api oven
  • cara menghidang mee: masukkan mee di dalam mangkuk dan bahan2 hiasan. kemudian tuangkan kuah kari di atasnya
  • hidangkan panas2

note: sedap dan highly recommended

source: noormasri

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin