Pages

7 May 2009

Ayam percik resepi III

Bahan-bahan:
2kg ayam - dipotong 4 atau ikut suka
3 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
1/2 cawan air asam jawa
1 camt gula
1 camt halba
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
20 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
3cm halia
5 batang serai

cara:
  • masukkan semua bahan termasuk ayam ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana panas
  • kacaukan semua bahan sehingga sebati
  • masak sehingga ayam sederhana masak dan kuah tinggal sedikit
  • keluarkan ayam dan letakkan ke atas baking tray
  • bakar pada suhu 200C dan masak selama 20-30 min
  • sentiasa terbalikkan ayam supaya kedua2 belah ayam masak dan garing sekata
  • pastikan kuah sentiasa dikacau sehingga pekat
  • setelah masak bolehlah dihidangkan dengan nasi atau salad

note: ayam boleh juga digantikan dengan ikan tetapi tidak perlu dimasak bersama2 dengan semua bahan. ikan hanya sekadar dibakar/panggang dan percikkan kuah ke atasnya

source: k.hanieliza

Butter sugar buns

Bahan-bahan (16 biji):
500gm tepung roti
80gm gula kastor
8gm (2 1/2 camt) instant yeast
250gm susu segar - sejuk
50gm telur (lebih kurang 1 biji) - dipukul sedikit
65gm butter atau marjerine
1 camt garam

Bahan2 untuk topping:
200gm mentega
100gm gula pasir
1 biji telur

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap
  • keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • setelah itu bentukkan doh tadi menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min
  • bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 60gm dan bentukkan setiap doh menjadi bulat
  • susunkan ke atas baking tray dan biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah tin kek tadi disimpan di dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan tin tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • sementara itu bolehlah di campurkan semua bahan2 untuk topping dan gaulkan sebati
  • masukkan ke dalam piping bag
  • selepas itu bolehlah di guntingkan permukaan setiap doh tadi dan pipekan topping ke atasnya
  • lakukan sehingga habis dan bakar pada suhu 190C selama 10-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di atas redai

source: aunty yochana (diubah sedikit)

4 May 2009

Ayam percik lada hitam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibelah 4 atau ikut suka
2 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 batang serai - dititik
3 keping asam keping
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
1 sudu besar lada hitam
5 tangkai cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5cm halia
2cm lengkuas
2cm kunyit hidup
3 batang serai

cara:
  • masukkan kesemua bahan2 ke dalam kuali dan biarkan sehingga kuahnya mendidih
  • setelah itu keluarkan ayam dan letakkan ke atas dulang pembakar
  • bakar pada suhu 200C selama 20-30 min
  • selepas 10 min terbalikkan ayam supaya kedua2 bahagian garing sekata
  • masaklah kuah sehingga pekat
  • setelah ayam masak bolehlah dituangkan kuah ke atasnya
  • hidangkan bersama2 nasi

source: k.hanieliza

Kuah sate/kacang

Bahan-bahan:
600gm kacang tanah - digoreng dengan sedikit minyak atau boleh jugak dibakar di dalam oven
60gm asam jawa
240gm gula pasir
2 batang serai - dititik
sejari lengkuas - dititik
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
30 batang cili kering
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
8 biji buah keras
sejari kunyit hidup
40gm belacan

cara:
  • kacang tanah yang telah digoreng tadi dikisar kasar jangan terlalu halus
  • asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan wangi
  • masukkan serai dan lengkuas
  • tuangkan air asam jawa dan kacaukan rata
  • masukkan pula gula pasir dan garam secukup rasa
  • akhir sekali barulah dimasukkan kacang dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana
  • kuah sate ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangus
  • masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan
  • enak dimakan setelah disimpan semalaman

source: rossya

1 May 2009

Nasi beriani ayam

Bahan-bahan:
500gm basmathi - dicuci bersih dan direndam selama 2 jam
6 keping kepak ayam
1 camb rempah beriani
1/4 camt serbuk kunyit
250gm karot - dihiris halus
200-250ml air
800ml air - untuk nasi
100ml susu cair/segar - untuk nasi
30ml minyak
40gm minyak sapi
3 helai daun pandan - dipotong 3cm
garam secukup rasa

Bahan2 A:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan2 kisar/tumbuk:
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia


Bahan2 hiasan:
1-2 biji buah tomato - dipotong dadu
buah gajus
daun parsli

cara:
  • panaskan minyak dan minyak sapi
  • tumiskan bahan2 A, bahan2 kisar, rempah beriani dan serbuk kunyit sehingga wangi
  • masukkan kepak ayam dan kacau sehingga kering airnya
  • tuangkan air dan tutupkan periuk
  • bila ayam masak, keluarkan
  • kacau rempah tadi sehingga hampir kering
  • masukkan air, susu cair/segar, daun pandan dan garam secukup rasa
  • bila mendidih, masukkan beras dan karot (selepas ini bolehlah dimasukkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa)
  • masak hingga kering air dan kemudian tutup periuk
  • hidangkan nasi dengan ayam dan taburkan dengan bahan2 hiasan

source: puan norzailina nordin

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin