Pages

27 March 2010

Mee rebus resepi III

Bahan-bahan (4 orang):
400gm mee kuning - celurkan
sayur sawi secukupnya - celurkan
taugeh secukupnya - celurkan
telur rebus secukupnya
tauhu goreng secukupnya - dihiris
limau nipis/kasturi secukupnya - dibelah
lada merah secukupnya - dihiris
daun sup/daun bawang secukupnya - dihiris

bahan2 untuk kuah:
5 helai cili kering - kalau nak pedas lebihkan
segenggam udang geragau - kalau tak ada boleh gantikan dengan udang kering, tumbuk halus
1/2 labu bawang besar atau 3-5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu makan sos tomato - boleh gantikan dengan air asam jawa
2 biji keledek sederhana besar - rebus 300gm daging - direbus sehingga lembut, air rebusan jangan dibuang
udang segar secukupnya - direbus, air rebusan jangan dibuang
1 sudu besar gula melaka
garam dan perasa secukupnya

cara:
  • kisar keledek dengan air rebusan daging dan air rebusan udang
  • ketepikan
  • daging yang telah direbus tadi dihiris nipis2 dan ketepikan
  • potong kecil kedua2 bawang dan cili kering
  • panaskan sedikit minyak
  • gorengkan sekejap bawang dan cili kering
  • angkat dan biarkan sejuk
  • kemudian kisarkan dengan halia dan lengkuas sehingga halus
  • panaskan minyak dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga pecah minyak
  • masukkan sos tomato, udang geragau/udang kering dan tumiskankan lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan keledek kisar tadi, daging hiris, lebihan air rebusan udang & daging (jangan masukkan semua kerana kepekatan ikut selera masing2), gula melaka, garam dan perasa secukupnya
  • kacau rata
  • biarkan kuah mendidih dan pekat
  • akhir sekali masukkan udang
  • padamkan api
  • letakkan mee kuning, tauhu goreng, telur rebus, taugeh, sawi, cili merah, limau kasturi/nipis, daun bawang/bawang goreng ke dalam mangkuk
  • tuangkan kuah ke atasnya
  • siap untuk dihidangkan

source: hana, myr

26 March 2010

Mee hoon goreng lada hitam

Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - direndam terlebih dahulu
1 cawan udang
2 keping tauhu - dipotong dadu/kecil
1 paket fishball - dibelah dua
1 1/2 sudu makan lada hitam biji - ditumbuk halus atau boleh juga digantikan dengan serbuk
3 sudu makan sos tiram
secekak daun kucai - dipotong 2 inci
2 genggam taugeh
1 batang karot - dihiris memanjang
sedikit air jika perlu
garam, gula dan perasa secukup rasa


bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 sudu besar udang kering - direndam terlebih dahulu


cara:
  • panaskan minyak
  • gorengkan dahulu tauhu tetapi jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan
  • panaskan lagi minyak
  • masukkan udang dan biarkan masak sehingga kemerahan
  • selepas itu masukkan bahan2 kisar dan tumiskan selama 5 min
  • kemudian masukkan fishball, sos tiram, lada hitam, gula dan gaulkan rata
  • masukkan mee hoon dan kacaukan rata sehingga masak
  • masukkan pula tauhu goreng, daun kucai, taugeh, lobak merah dan kacaukan rata sehingga masak
  • akhir sekali masukkan garam dan perasa secukup rasa
  • gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • tambahkan sedikit air jika terlalu kering
  • padamkan api dan hidangkan dengan cili jeruk

source: waheedeana, myr

25 March 2010

Bahulu kukus resepi II

Bahan-bahan (20 biji bergantung pada saiz):
5 biji telur
200gm gula pasir/kastor
1 camt esen vanila
1/2 camb ovalette
210gm tepung halus/superfine/kek
60ml santan
kismis secukupnya - optional

cara:
  • pukul gula, ovalette, esen vanila dan telur sehingga gebu lebih kurang 6 min
  • kemudian perlahankan mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul rata
  • masukkan santan dan pukul lagi sehingga rata
  • selepas itu perapkan adunan selama 20 min
  • panaskan kukusan
  • masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam papercup
  • taburkan kismis
  • kukuskan selama 10 min atau sehingga masak
  • hidangkan

source: chef zubaidah che pa

23 March 2010

Moroccan chicken with lemon and olives

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 8 atau ikut suka dan dilumurkan dengan garam secukupnya
2 sudu besar olive oil
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 biji bawang besar - dicincang/dadu halus
1 biji lemon - dibuang isi dan hiris memanjang
1 cawan green pitted olives
1/2 cawan air
1/2 cawan raisins
daun ketumbar secukupnya - dihiris halus
daun parsley secukupnya - dihiris halus


bahan2 rempah:
2 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil serbuk jintan putih/kasar
1 sudu kecil serbuk halia
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah

cara:
  • campurkan bahan2 rempah di dalam mangkuk dan lumurkan dengan ayam sehingga sebati
  • perapkan ayam lebih kurang 1 jam atau lebih
  • panaskan kuali dengan olive oil
  • gorengkan ayam yang telah diperapkan tadi sambil ditaburkan sedikit dengan garam (jangan banyak sangat sebab olive dan lemon dah cukup masin)
  • balik2kan ayam tadi dan masak selama 5 min
  • masukkan kedua2 bawang dan gaulkan rata
  • tutupkan kuali dan biarkan selama 15
  • masak dengan api yang kecil
  • terbalik2kan ayam tadi
  • masukkan lemon, olives, raisins, air dan kacau rata
  • biarkan sehingga mendidih dan tutupkan semula periuk
  • masak lagi selama 30 min atau sehingga ayam empuk dengan api yang kecil
  • apabila dah puas hati dengan rasa bolehlah dipadamkan api
  • taburkan dengan daun ketumbar dan daun parsley
  • hidangkan dengan nasi pilaf atau nasi putih

source: muna

21 March 2010

Creamy potato croquettes

Bahan-bahan:
2 biji ubi kentang saiz besar - direbus dan dilenyek halus
1/2 biji bawang besar - dicincang/dadu halus
2 sudu besar daging/ayam cincang
1 sudu besar mentega
garam dan serbuk lada sulah secukupnya

bahan-bahan sos krim:
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 - 1 cawan susu segar
garam dan serbuk lada sulah secukupnya

1 biji telur - dipukul sedikit
breadcrumbs/serbuk roti secukupnya

bahan-bahan sos pencicah - gaul rata:
mayonaise
sos cili
sos tomato


cara:
  • panaskan mentega di dalam kuali
  • tumiskan bawang besar sehingga naik bau
  • kemudian masukkan daging/ayam cincang, garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • kacau sehingga daging/ayam masak
  • padamkan api
  • masukkan ubi kentang yang telah dilenyekkan tadi dan gaulkan sebati
  • ketepikan
  • panaskan mentega di dalam periuk
  • masukkan tepung dan kacau sehingga ianya bertukar menjadi perang
  • kemudian masukkan susu segar
  • sentiasa kacau supaya tidak berketul
  • masak sehingga pekat
  • kemudian tuangkan ke dalam adunan ubi kentang tadi (jangan tuangkan kesemuanya pandai agak2)
  • gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat (seperti membuat pegedil)
  • lakukan sehingga habis
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • ambil satu adunan bulat tadi, celupkan ke dalam telur dan coverkan dengan breadcrumbs
  • goreng sehingga keperangan
  • angkat dan hidangkan dengan sos pencicah
  • sedap dimakan panas2

source: yani, myr

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin