Pages

4 May 2009

Ayam percik lada hitam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibelah 4 atau ikut suka
2 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 batang serai - dititik
3 keping asam keping
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
1 sudu besar lada hitam
5 tangkai cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5cm halia
2cm lengkuas
2cm kunyit hidup
3 batang serai

cara:
  • masukkan kesemua bahan2 ke dalam kuali dan biarkan sehingga kuahnya mendidih
  • setelah itu keluarkan ayam dan letakkan ke atas dulang pembakar
  • bakar pada suhu 200C selama 20-30 min
  • selepas 10 min terbalikkan ayam supaya kedua2 bahagian garing sekata
  • masaklah kuah sehingga pekat
  • setelah ayam masak bolehlah dituangkan kuah ke atasnya
  • hidangkan bersama2 nasi

source: k.hanieliza

3 comments: