Pages

20 October 2009

Agar-agar santan resepi II

Bahan-bahan:
Bahan2 lapisan bawah:
900ml air
1 camb serbuk agar-agar
130gm gula pasir
1/2 camt esen ros
sedikit pewarna merah

Bahan2 lapisan atas:
450ml santan - dari 1 biji kelapa
1/2 camb serbuk agar-agar
90gm gula pasir
1 helai daun pandan - disimpulkan

cara:
  • jerang semua bahan2 lapisan bawah dengan api sederhana panas
  • kacau sekali-sekala sehingga mendidih
  • padamkan api dan tuangkan ke dalam loyang berukuran 25cm yang telah dibasahkan dengan sedikit air
  • biarkan sehingga keras
  • kemudian jerang pula bahan2 lapisan atas dengan api sederhana panas
  • kacau selalu
  • bila mendidih padamkan api dan keluarkan daun pandan
  • bila lapisan bawah sudah hampir keras sendukkan agar2 bersantan ke atasnya
  • biar keras baru disimpan di dalam peti sejuk

source: puan norzailina nordin

18 October 2009

Asam pedas ikan dan nenas style baba & nyonya

Bahan-bahan:
2 ekor ikan siakap sederhana besar atau 3-4 ekor kembong
10 keping kepah yang dibuang sebelah kulitnya sahaja
1 cawan cili kisar - kepedasan ikut selera masing2
2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
1 biji nenas sederhana besar - buang empulur dan dipotong serong atau gunakan nenas dlm tin (boleh gantikan dengan bendi jika suka)
1 camb asam jawa - dibancuh dengan 1 cawan air
garam, gula dan serbuk perasa (jika suka) secukupnya
minyak untuk menumis

bahan2 tumbuk/kisar:
3 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1/2 cm halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 ibu jari belacan
1/2 inci kunyit hidup

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali (jika menggunakan ikan siakap) atau periuk
  • tumiskan bahan2 tumbuk/kisar sehingga wangi
  • masukkan cili kisar dan terus menumis sehingga terbit minyak
  • kemudian masukkan nenas dan kacau sebati dengan bahan2 rempah tadi
  • tuangkan sedikit air jika perlu
  • biarkan sehingga mendidih dan masukkan ikan, kepah dan bungan kantan
  • kacau rata
  • perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biarkan sehingga mendidih dan ikan masak
  • masukkan garam, gula dan perasa secukupnya
  • setelah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih bersama ulam2

source: mat gebu (telah diubah sedikit untuk pelbagaikan resepi)

Nasi arab

Bahan-bahan:
1kg beras basmathi - cuci dan toskan (kalau boleh cukup sekadar dua bilasan saja supaya beras tidak pecah apabila dimasak nanti - petua dari chef wan)
1.5 liter air
500gm ayam - dipotong kecil
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah - dibelah 2 jangan putus
3 biji cili hijau - dibelah 2 jangan putus
1 pokok daun sup - dihiris halus
1 pokok daun ketumbar - dihiris halus
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
bawang goreng secukupnya
gula dan garam secukup rasa

Bahan2 tumis:
5 biji bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
3cm halia - dimayang
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

cara:
  • bancuhkan serbuk jintan manis dan jintan putih dengan sedikit air. ketepikan
  • panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 tumis sehingga wangi
  • masukkan serbuk jintan yang telah dibancuh tadi dan kacau rata
  • kemudian masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam secukup rasa
  • kacau rata
  • biarkan sehingga mendidih dan ayam empuk
  • masukkan pula beras dan masaklah seperti menanak nasi biasa
  • boleh dialihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa
  • apabila nasi sudah masak taburkan kedua2 daun, bawang goreng, kacang pease dan kismis
  • tutup sebentar
  • bila nasi agak kering gemburkan nasi dan bolehlah dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah, ayam tandoori, ayam masak merah dan sebagainya

source: k.hanieliza

17 October 2009

Chocolate oil cake


Bahan-bahan (12 biji):
1 1/2 cawan (280gm) gula pasir
1 1/2 cawan (210gm) tepung gandum
1 camt soda bikarbonat
1/4 camt garam
1/4 cawan (25gm) serbuk koko
1/2 camb chocolate emulco
1 cawan air
1/2 cawan minyak sayur - boleh digantikan dengan mentega cair
1/2 camt esen vanila

cara:
  • susunkan papercup muffin ke dalam muffin pan dan ketepikan
  • ayakkan tepung, soda bikarbonat, garam dan serbuk koko ke dalam mangkuk adunan
  • kemudian masukkan gula dan gaulkan rata
  • satukan pula air, minyak, esen vanila, chocolate emulco dan kacaukan sebati
  • tuangkan ke dalam adunan tepung tadi dan kacaukan rata
  • kemudian tuangkan ke dalam papercup muffin yang telah disediakan tadi
  • bakar pada suhu 175C selama 20 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • hidangkan sebagai minuman petang

note: sukatan di dalam gram mengikut sukatan cawan yang saya gunakan

source: D (cara telah diubah sedikit)

14 October 2009

Ayam malindo

Bahan-bahan:
10 keping ayam
2 biji buah tomato - dibelah 4
3 camca besar bawang goreng
2 batang serai - dititik
3 labu bawang besar - dihiris halus, digoreng dan dimesin kasar
3 keping asam keping
santan dari sebiji kelapa
segenggam daun ketumbar
10 biji badam yang telah digoreng
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar:
15 tangkai cili kering
4 camca besar kismis hitam
2 camca besar biji ketumbar
1 camca besar jintan manis
8 biji buah keras

bahan2 penumis:
1cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 penumis sehingga naik wangi
  • kemudian masukkan bahan2 kisar dan tumiskan sehingga garing
  • masukkan ayam lalu dikecutkan selama 10 min
  • setelah itu masukkan santan, asam keping dan serai
  • kacau rata
  • masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat
  • setelah itu masukkan bawang besar yang telah dikisar dengan buah tomato
  • gaulkan sebati
  • tambahkan garam dan gula secukup rasa
  • sajikan bersama hirisan daun ketumbar dan badam

source: chef wan

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin