Pages

Showing posts with label Ice-cream. Show all posts
Showing posts with label Ice-cream. Show all posts

9 January 2010

Aiskerim jagung

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan coffeemate creamer
2 cawan (500ml) susu segar
1/2 cawan gula pasir
1/2 tin jagung krim
sedikit pewarna jagung

cara:
  • satukan coffeemate creamer, susu segar, gula dan kacaukan sehingga semuanya larut dan sebati
  • kemudian masukkan jagung krim, sedikit pewarna kuning dan kacaukan lagi sehingga sebati
  • tuangkan adunan ke dalam bekas dan simpankan di dalam freezer sehingga ianya separuh beku
  • selepas itu keluarkan dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan yang besar
  • pukul dengan menggunakan mixer sehingga ianya gebu dan double-up the volume
  • masukkan semula ke dalam bekas dan simpan di dalam freezer sehingga ianya beku
  • selepas itu bolehlah dihidangkan

note: boleh dikurangkan gula kepada 1/4 cawan dan tambahkan 1 tin jagung krim

source: murnie

4 December 2008

Coffeemate ice-cream

Bahan-bahan:
150gm coffeemate
100gm gula kastor
250ml susu segar
250ml krim putar (whipped cream)
1 camt esen vanila

cara:
  • masukkan coffeemate, gula dan susu ke dalam mangkuk adunan
  • dengan menggunakan whisker pukul sehingga kesemuanya larut dan sebati
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul krim putar sehingga kental
  • campurkan esen vanila dan susu tadi. kacau sehingga sebati
  • kemudian tuangkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam freezer sehingga separuh beku
  • setelah itu keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk adunan
  • dengan menggunakan electric mixer pukul ice-cream tadi dengan kelajuan tahap maksima selama 7-8 min
  • kemudian tuangkan semula ke dalam bekas kedap udara tadi
  • simpan di dalam freezer selama 10 jam

source: puan norzailina

1 June 2008

Strawberry ice-cream

Bahan-bahan (3 cawan):
2 cawan (480ml) half and half - campuran half cream dan half susu segar
5 biji telur kuning
2/3 cawan (130gm) gula pasir
1 1/2 camt esen vanila
2/3 cawan strawberry puree - lihat resepi disini

cara:
  • masukkan cream dan susu di dalam mangkuk tahan panas dan masak dengan api yang sederhana panas sehingga keluar wap
  • jangan masak sampai mengelegak
  • tutupkan api dan biarkan sejuk
  • kemudian itu dengan menggunakan mixer pukul telur kuning dengan gula sehingga kembang dan gebu
  • tuangkan susu dan cream yang telah dimasak tadi ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi
  • setelah itu masaklah dengan menggunakan kaedah double boiler sehingga adunan menjadi pekat sedikit
  • tutupkan api dan sambil dikacau dalam beberapa minit supaya not overcook
  • masukkan esen vanila dan kacau lagi
  • setelah itu masukkan strawberry puree dan kacau sehingga sebati
  • tuangkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam freezer sehingga tepi ice-cream sedikit keras selama 3 jam
  • selepas 3 jam keluarkan dan pukul lagi selama 3-5 min sehingga ice-cream menjadi gebu
  • simpan semula di dalam freezer dan lakukan lagi proses ini sebanyak 2 kali

13 May 2008

Ice cream cones


Bahan-bahan (8 cones):
2 biji telur size besar
1/2 cawan (100gm) gula pasir
4 camb (57gm) mentega tanpa garam - dicairkan & biarkan sejuk pada suhu bilik
2-3 camb susu segar
1/2 camt esen vanila
1/3 cawan (50gm) tepung gandum (all purpose flour)
1/8 camt garam
minyak - untuk sapuan pada kuali non-stick

cara:

1. pukul telur dan gula sehingga kembang dan gebu
2. setelah itu tuangkan mentega cair, susu dan esen vanila sambil dipukul
3. kemudian masukkan tepung dan garam. pukul sehingga sebati
4. adunan mestilah cair dan tidak pekat. boleh ditambahkan susu segar sekiranya adunan terlalu pekat
5. panaskan non-stick pan ukuran 20-23cm. sapukan sedikit minyak dan tuangkan adunan 3-4 camb. pusing kuali dalam bentuk membulat supaya adunan menjadi nipis
6. masak hingga keemasan dalam 3-4 min untuk kedua2 belah kemudian angkat keluarkan dari pan dan gulungkannya seperti bentuk cones. ianya hendaklah dilakukan dengan pantas kerana cones tadi cepat keras dan mudah pecah
8. lakukan proses ini sehingga habis adunan tadi

note: proses membuat ice-cream cones nie kenalah practice banyak kali. kalau boleh gunakan silicone spatula untuk membalikkan adunan. proses ini hendaklah dilakukan dengan perlahan supaya ianya tidak terbelah dua. hati2 apabila membalik2kannya kerana panas. simpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau

Vanilla ice-cream

Bahan-bahan:
225ml susu segar (full cream milk)
135gm gula pasir
500ml whipping atau double cream
1/8 camt garam
1 camt esen vanila
parutan lemon - optional

cara:
  • masukkan 250ml whipping/double cream ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau sehingga panas
  • setelah itu masukkan pula gula dan kacau lagi sehingga gula betul2 larut
  • matikan api dan angkat
  • ketepikan
  • kemudian tuangkan 250ml cream, susu dan esen vanila sambil dikacau rata
  • tuangkan ke dalam bekas kedap udara/tupperware dan simpan di dalam freezer selama 3 jam
  • apabila tepi ice-cream keras sedikit keluarkan dan pukul dengan mengguna mixer selama 5 min
  • simpan semula ke dalam freezer dan ulangi proses ini sebanyak 3-4 kali untuk menghasilkan texture ice-cream yang lembut dan cantik
  • taburkan parutan lemon apabila dihidangkan

note: cara2 di atas utk yang tiada ice-cream maker. kalau ada ice-cream maker setelah disimpan selama 3 jam pertama keluarkan dan masukkan ke dalam ice-cream maker

14 August 2007

Chocolate ice-cream

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan gula kastor
100g cooking chocolate - dihiris
3 biji kuning telur - dipukul sedikit
1/2 camt esen vanila
chocolate chip for deco

cara:
  • letak whipping cream, gula dan chocolate dlm mangkuk tahan panas
  • letak mangkuk atas periuk air mendidih - style double boiler
  • kacau hingga chocolate cair dan gula hancur
  • ketepikan dan biarkan sejuk
  • masukkan telur dan esen vanila dlm adunan dan pukul rata
  • isikan ke dalam bekas tupperware, simpan dlm freezer hingga bahagian tepinya beku (jgn sampai betul2 beku sudah lah about few hours je)
  • keluarkan dan letak di dalam mangkuk dan pukul hingga gebu
  • kemudian tuangkan semula ke dlm tupperware dan simpan didlm freezer hingga betul2 beku
  • lepas tu dah boleh scoop dan hiaskan dengan chocolate chip kalau suka ler

source: puan norzailina nordin

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin