Pages

25 September 2010

Kuih bakar durian

Bahan-bahan (70-80 biji):
260gm tepung gandum
240gm gula
500ml santan pekat
250ml air (campur dgn santan)

6 biji telur saiz besar - dipukul sedikit
300-350 gm isi durian
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh garam atau secukup rasa
sedikit pewarna kuning

secubit serbuk vanilli - optional

cara:

  • lecekkan isi durian bersama gula di dalam mangkuk adunan
  • masukkan minyak sapi dan gaul rata
  • seterusnya masukkan santan berselang seli dengan tepung sambil dikacau sehingga rata dan sebati
  • masukkan pula telur, garam, pewarna kuning dan serbuk vanillik
  • kacaukan rata dan sebati supaya tidak berketul-ketul
  • panaskan acuan tembaga kuih bakar/bahulu cermai di atas api
  • griskan acuan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan
  • dan mulalah membakar kuih sehingga masak
  • jika membakar menggunakan oven bakarlah pada suhu 180C selama 20-30 min atau sehingga masak

source: bro rozzan

19 September 2010

Roti jala resepi II

Bahan-bahan:
240gm tepung gandum
1/2 camt garam
2 biji telur - dipukul sedikit
150ml susu cair
sedikit pewarna kuning
air secukupnya
minyak untuk mengris

cara:

  • ayakkan tepung ke dalam mangkuk adunan
  • masukkan garam, telur, pewarna kuning, susu cair, air secukupnya dan pukulkan sehingga rata
  • bancuh sampai larut adunan
  • pastikan bancuhan tidak begitu pekat atau cair
  • kemudian tapiskan
  • panaskan kuali leper (non-stick) dengan sedikit minyak
  • kemudian letakkan adunan ke dalam botol acuan dan putarkan mengikut corak yang disukai
  • biarkan sebentar dan kemudian angkat
  • lakukan sehingga habis adunan digunakan
  • ambil sekeping roti jala tadi dan gulungkan
  • susunkan ke dalam piring dan hidangkan bersama2 dengan kuah kari atau kuah durian

source: k.nis

15 September 2010

Kek lapis aiskrim soda

Bahan-bahan:
300gm mentega
120gm gula halus
1/2 camt ovalette
6 biji telur saiz besar
250gm susu pekat - kalau tak suka berapa manis boleh kurangkan kepada 220gm
100gm horlicks
1 1/2 camt esen aiskrim soda
1 camt pewarna biru
50gm jem raspberry
1 camt esen raspberry - optional
1 camt pewarna pink
160gm tepung hongkong/gandum/kek

cara:

  • griskan loyang berukuran 7"x7" dan lapikkan dengan kertas minyak/parchment paper di dasarnya
  • ketepikan
  • pukul mentega, ovalette dan gula dengan kelajuan yang tinggi sehingga kembang lebih kurang 7-8 min
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi sehingga sebati lebih kurang 4-5 min
  • kemudian perlahankan kelajuan mixer lalu masukkan susu pekat dan horlicks
  • pukul lagi sehingga rata lebih kurang 2-3 min
  • selepas itu masukkan pula tepung dan pukul lagi sehingga sebati atau boleh jugak dikaupbalikkan tepung sehingga sebati
  • setelah itu bahagikan adunan kepada 3 bahagian
  • campurkan satu bahagian adunan dengan esen aiskerim soda dan pewarna biru
  • kacaukan sehingga sebati
  • satu bahagian lagi dicampurkan dengan jem raspberry dan pewarna pink
  • kacaukan sehingga sebati
  • satu bahagian lagi dibiarkan tanpa warna
  • panaskan ketuhar dengan api atas bawah (grill mode)
  • bubuh 2 senduk atau 5 camb adunan warna asal dan bakar selama 5-7 min atau sehingga keperangan
  • kemudian keluarkan loyang tekan2kan permukaan kek supaya keluarkan angin
  • masukkan pula adunan warna biru dan bakar lagi sehingga masak dan seterusnya warna pink pula
  • biarkan kek berselang-seli warnanya (asal-biru-pink)
  • lakukan sehingga habis semua adunan dibakar
  • untuk bahagian akhir sekali tukarkan kepada mode baking dan bakarlah selama 10-15 min supaya kek tahan lama

source: bro rozzan

5 September 2010

Mihun hong kong

Bahan-bahan:
1 bungkus mihun - direndam
300gm udang
300gm isi ayam - dipotong kecil
300gm daging - dipotong nipis-nipis
300gm sawi - dipotong lebih kurang 2 inci
2 batang karot - dihiris
3 biji buah tomato - dibelah 6
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 ketul kiub pati ayam
garam secukup rasa
minyak

bahan-bahan kisar:
1 inci halia
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

cara:

  • panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi
  • masukkan karot, daging, ayam, lada sulah, lada hitam, kiub ayam, udang dan sedikit air
  • kacaukan rata
  • apabila semua sudah empuk barulah dimasukkan mihun, sawi dan buah tomato
  • bubuh garam secukup rasa dan digaul rata
  • padamkan api dan sedia untuk dihidangkan

source: puan rubiah suparman

4 September 2010

Kek lapis pandan mutiara

Bahan-bahan:
300gm mentega
250gm tepung hongkong atau tepung kek
200gm gula kastor
200ml susu sejat
1/4 cawan air
1 paket (50gm) santan serbuk
10 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 1/2 camb ovalette
1 camt pandan paste

16 batang biskut jejari (fingers biscuits) - kalau berada di UK boleh gunakan chocolate fingers

cara:

  • satukan susu sejat, air dan kacaukan sebati
  • ketepikan
  • satukan tepung bersama santan serbuk dan gaulkan rata
  • ketepikan
  • pukul mentega sehingga putih dan ketepikan
  • kemudian di dalam mangkuk adunan yang lain pukul gula dan ovalette sehingga sebati
  • masukkan kuning, putih telur dan putar lagi sehingga kembang
  • selepas itu perlahankan speed mixer dan masukkan campuran tepung berselang-seli dengan campuran susu sehingga habis sambil dipukul sebati
  • masukkan mentega dan pandan paste
  • dengan menggunakan spatula gaulkan sehingga sebati
  • ketepikan
  • griskan tin kek berukuran 8"x8"x3" dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak
  • sudukan 5 camb adunan ke dalam tin dan bakarkan pada grill mode selama 5 min atau sehingga keperangan
  • lakukan sehingga 5 lapisan
  • pastikan sebelum di letakkan lapisan seterusnya tekan2kan dahulu kek supaya mengeluarkan angin
  • pada lapisan kelima susunkan 8 batang biskut dan bakar lagi
  • kemudian diikuti dengan lapisan biasa sebanyak 4 kali dan lapisan ke 10 di susunkan biskut lagi
  • pada lapisan terakhir tukarkan mode oven kepada baking dan bakarlah selama 15 min
  • pastikan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong secara melintang untuk mendapatkan potongan biskut berbentuk bulat-bulat

source: mat gebu

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin