Pages

30 April 2007

Ikan bawal masak sweet sour

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal yg besar - dipotong 3/4
1 batang serai - diketuk
2 ulas bawang putih - diketuk atau dihiris
1sm halia - dihiris
4 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sweet sos cili
sedikit air
garam & serbuk kunyit

cara:
  • lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng. ketepikan
  • panaskan kuali, masukkan bawang putih, halia dan serai goreng hingga naik bau
  • tuangkan semua jenis sos dan letakkan sedikit air kalau tak mau kuah pekat sangat
  • akhir sekali masukkan ikan goreng dan gaulkan sebati

Sayur Campur / Mix vege


Bahan-bahan:
Udang
brokoli
kubis bunga
carot
sos tiram
2 ulas bawang putih - diketuk

cara:
  • potong semua sayur, cuci dan ketepikan
  • panaskan kuali dan tumiskan bawang putih hingga naik bau
  • masukkan udang dan kacau sebati
  • masukkan semua jenis sayur dan sos tiram
  • tutupkan periuk sekejap dengan api kuat

29 April 2007

Keropok Lekor Terengganu resepi I













Bahan-bahan:
20 ekor ikan mackerel
1 1/2 packet tepung ubi (tapioca)-(500gm + 250gm)
garam
ajinomoto
sedikit air

cara:
  • bersihkan ikan
  • buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor
  • ambil isi ikan sahaja
  • potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend
  • blend isi ikan hingga hancur
  • selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan
  • gaul sehingga ke semua tepung habis
  • masukkan garam dan ajinomoto
  • ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan pencanai
  • ulang sampai habis
  • panaskan air di dalam periuk
  • masukkan keropok setelah air mendidih
  • angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan (bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalau masuk peti ais
  • keropok yg belum direbus tadi boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style)
  • sedap dimakan panas2
  • untuk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan
  • lepas tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa
  • bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto
  • masukkan cuka dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos
source: minami, myr

28 April 2007

Selamat Hari Ibu

Tengah dok bege my own blog nie sambil dengar Hot FM tiba2 dengar pulak ucapan2 Hari Ibu keluar kat radio. Tiba2 lak teringat pada arwah ibu yang dah lama pergi meninggalkan kami semua di saat kami masih lagi amat memerlukannya. Jasamu tidak dapat kami balas dan kaulah ibu yang terbaik di dunia dan akhirat (Hajjah Siti Samsiah Hj Mohd Tawil). Kalaulah masa tu boleh diputarkan kembali, tak mau rasanya berpisah dengan ibu walaupun sesaat pun.

Pada ibu2 di luar sana "Selamat Menyambut Hari Ibu". Pada kalian yang masih lagi ada ibu hargailah ibu anda kerana tanpa ibu tiadalah kamu di muka bumi ini. Cubalah luangkan sebanyak masa yang boleh dengan ibubapa kita ialah sementara mereka masih lagi hidup. Bukan kekayaan yang mereka pinta tapi kehadiran kita di sisi mereka. Janganlah kita sekali2 abaikan tanggungjawab kita terhadap kedua ibubapa kita yang telah bersusah payah membesar dan mendidik kita sehingga kita berjaya menjadi orang2 yang berguna di dunia ini.

New Toys


Hari nie cuaca bagus betul. So apa lagi tak reti2 ke nak keluar jenjalan kat town tu. Ingat tadi saja je nak cuci mata tak mau beli apa2 pun tapi bila terpandang je Jamie Oliver's muffin mould brand tefal apa lagi terus je cekup. Kebetulan ada pulak sale so apa lagi belilah jugak. Then masa nak ke counter tiba2 ternampak bende hok come nie apa lagi cekup lagi. Sejak dua menjak dah reti masak nie kopak jugaklah poket dok beli bahan2 masakan nie.

Jeruk Mangga


Hari tu gi kedai cina kat sini dalam pada dok tengok barang apa nak beli aleh2 terpandang botol jeruk mangga nie. Apa lagi terus je lah cekup balik rumah rasa wow dapat jugak lepas gian nak makan jeruk.

Mee goreng mamak resepi I

Bahan-bahan (2 org):
1 paket mee kuning
Udang
Tauhu goreng
Taugeh dan sawi
3 biji telur
2 sudu besar cili mesin/boh
3 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu besar serbuk kari - dicampurkan dengan air dan dijadikan pes

Bahan-bahan sos:

3 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
5-6 sudu besar kicap masin

cara:
  • telur digoreng terlebih dahulu dan diketepikan
  • udang, tauhu, sayuran di goreng terlebih dahulu dan diketepikan
  • bahan2 sos digoreng terlebih dahulu dan diketepikan
  • tumiskan bawang tumbuk dan cili mesin sehingga berbau
  • kacau sebati
  • masukkan serbuk kari dan gaulkan sebati
  • masukkan mee kuning dan gaulkan sebati
  • masukkan semua bahan2 goreng dan bahan2 sos dan gaulkan sebati

source: k.mona

Sarapan pagi


Hari nie ntah dalam pada ada penyakit "M" sempat lagi buat blueberry muffin. Lepas tu pekene ngan teh tarik wow kelako betul. Ialah mana pernah orang puteh makan muffin ngan teh tarik ... tak apalah style baru.
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin