Pages

31 December 2008

Kek marble susu

Bahan-bahan:
250 gm mentega
230 gm gula kastor
2 camt ovalette
4 biji telur
270 gm tepung superfine/tepung kek
1 camt baking powder
60 gm susu pekat
2 camb serbuk koko
2 camb susu segar/cair
1 camt pes coklat/emulco

cara:

  1. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
  2. pukul mentega, gula dan ovalette sehingga gebu dan kembang
  3. masukkan sebiji demi sebiji telur sambil dipukul hingga sebati
  4. dengan menggunakan spatula kaupbalikkan tepung sehingga rata
  5. masukkan susu, gaul sebati
  6. kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian
  7. masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian
  8. bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin 22 cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak
  9. ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis
  10. akhir sekali ambil chopstick dan kacaukan ikut putaran jam supaya menjadi bentuk marble apabila kek sudah masak
  11. bakar pada 180 C selama 40-45 min atau hingga masak

source: puan norzailina

29 December 2008

Rendang padang

Bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang - potong kecil2
beberapa helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
4 sudu makan gula melaka
3 cm lengkuas - ditumbuk kasar
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa
700 gm kelapa parut + 3 cawan air diperah ambil santannya
kerisik

Bahan2 kisar:
13 batang cili padi - kalau nak pedas boleh lebihkan
4 batang cili merah
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia

cara:
  1. masukkan kesemua bahan kecuali kerisik, gula & garam di dalam kuali
  2. masak dengan api yang sederhana
  3. gaul dari masa ke semasa sehingga mendidih
  4. apabila agak kering, barulah dimasukkan kerisik, gula dan garam
  5. kacau sehingga rata
  6. hidangkan dengan nasi putih

source: k.nis

Gulai nangka muda

Bahan-bahan:
3 cawan nangka muda – dibuang kulit dan dipotong kiub
½ cawan ikan bilis – rendam sekejap
2cm halia – ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih – ditumbuk
5 biji bawang merah – ditumbuk
4 camb serbuk kari ayam/daging – campurkan dengan ½ cawan air jadikan paste
¾ cawan santan atau yogurt
3 cawan air
4 camb minyak
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 penumis:
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

cara:
  1. rebus nangka sehingga lembut, toskan airnya dan letak tepi
  2. panaskan minyak di dalam periuk tumiskan bahan2 penumis sehingga naik wangi
  3. masukkan rempah kari dan kacaukan rata sehingga garing
  4. kemudian masukkan air, nangka, ikan bilis dan biarkan sehingga mendidih
  5. setelah itu masukkan pula santan, garam dan gula secukup rasa
  6. renehkan selama 5-10 min
  7. hidangkan dengan nasi putih

note: boleh gantikan ikan bilis dengan ayam atau daging dipotong kiub

source: 1001

27 December 2008

Milo chiffon cake


Bahan-bahan (loyang size 16cm):
Bahan2 A:
1 camb milo
20ml air panas
2 biji kuning telur
20gm gula kastor
20ml olive oil
40gm tepung naik sendiri (self raising flour) - diayak

Bahan2 B:
2 biji putih telur
1/4 camt cream of tartar
50gm gula kastor

cara:
  1. Bahan2 A: satukan milo dan air panas ke dalam cawan dan kacau sehingga milo betul2 larut. ketepikan dan biarkan sejuk pada suhu bilik
  2. masukkan kuning telur dan gula kastor ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga gula betul2 larut
  3. kemudian masukkan milo dan minyak, kacaukan sehingga sebati
  4. masukkan tepung ke dalam adunan dan kaupbalikkan sehingga rata. ketepikan
  5. Bahan2 B: di dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan putih telur dengan cream of tartar sehingga sebati dan berbuih
  6. setelah itu masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali dan pukul sehingga menjadi krim
  7. kaupbalikkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan Bahan2 A sebanyak 3 kali sehingga sebati
  8. tuangkan ke dalam acuan chiffon cake yang bersaiz 16cm dan bakar pada suhu 170C selama 25-30min atau sehingga masak
  9. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min. tujuannya supaya kek tidak akan mendap setelah dikeluarkan dari oven
  10. kemudian keluarkan kek dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

Mee hongkong

Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - direndam atau dicelur dengan air panas supaya lembut
150gm udang
150gm sotong - dipotong bulat
150gm daging - dihiris nipis
1 ikat sawi - dipotong
1 cawan air
2 sudu besar sos tiram
garam dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk lada putih/sulah

cara:
  • panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau dan betul2 masak
  • masukkan sos tiram dan gaulkan rata bersama garam dan serbuk perasa secukupnya
  • kemudian masukkan pula daging, sotong dan 1 cawan air
  • biarkan daging dan sotong masak
  • setelah itu masukkan udang dan biarkan sehingga masak
  • masukkan sawi dan gaulkan rata
  • akhir sekali masukkan mee hoon dan gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • angkat dan hidangkan dengan cili jeruk

note: kalau suka mee hoon yang agak basah bolehlah dilebihkan air dan sos tiram

source: D

24 December 2008

Ikan kukus serai


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap atau kerapu - bersihkan dan kelar2

Bahan2 hiris:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam - jika perlu
1 sudu besar sos nampla (sos ikan)

Bahan2 hiasan:
daun ketumbar/daun sup - dipotong kecil
hirisan carrot
jus limau kasturi/lemon/limau nipis secukupnya

cara:
  • Sediakan bekas untuk mengukus
  • Bersihkan ikan dan letakkan ke atas manguk kaca (tahan panas)
  • Taburkan bahan2 yang telah dihiris ke atas ikan tadi
  • Taburkan sos nampla dan sedikit garam (jika perlu)
  • Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus
  • Masak/biarkan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit
  • Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jus limau, perasakan
  • Hidangkan dengan nasi putih

source: k.hanieliza

22 December 2008

Mexican bun


Bahan-bahan (14 biji):
400gm tepung roti
2 camt yis
1 camt garam
50gm mentega - dicairkan
60gm gula pasir
1 biji telur
100ml susu segar
110ml air sejuk

Bahan2 topping:
100gm mentega
100gm tepung kek - tepung gandum pun boleh
80gm gula aising
2 biji telur
1-2 camt serbuk kopi segera/nescafe - dibancuh dengan 1 camt air panas

cara:
  1. cara membuat topping: pukul mentega dan gul aising pada kelajuan sederhana selama 5 min sehingga adunan ringan dan gebu
  2. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  3. setelah itu masukkan serbuk kopi
  4. kemudian masukkan pula tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati
  5. masukkan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia digunakan
  6. cara membuat roti: masukkan kesemua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan setting untuk doh
  7. tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
  8. setelah siap keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  9. tumbuk2kan doh tadi dan bentukkan menjadi bulat yang besar
  10. rehatkan doh tadi selama 10-15 min
  11. setelah itu bahagi2kan doh kepada setiap satu seberat 50gm dan bentukkan menjadi bola
  12. susunkan doh tadi di dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu dan pastikan jarak di antara doh supaya ianya tidak melekat
  13. kemudian tutupkan loyang tadi dengan cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45 min
  14. pada yang tinggal di negara sejuk bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven tanpa on kan dan letakkan dua cawan air panas dikiri kanan loyang tadi
  15. tutupkan oven dan biarkan doh naik dua kali ganda
  16. setelah itu bolehlah dipaipkan dengan topping tadi dengan bentuk spiral bermula dari tengah
  17. lakukan sehingga habis doh tadi dipipekan dengan topping
  18. bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak
  19. enak dihidangkan ketika masih panas

source: noormasri - diubahsuaikan sedikit

20 December 2008

Chocolate & nut chiffon cake

Bahan-bahan:
110gm putih telur
55gm gula kastor
5gm tepung jagung

40gm kuning telur
36gm air
36gm minyak sayur/ganola oil
9gm serbuk koko
42gm tepung gandum
10gm gula kastor

60gm chocolate bar - dicincang

15gm walnut - dicincang
15gm almond - dicincang
3gm pistachio nut - dicincang

cara:
  1. dengan menggunakan electric mixer pukul putih telur sehingga kembang
  2. kemudian masukkan gula (55gm) sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga kental
  3. setelah itu barulah dimasukkan tepung jagung. pukul cukup sekadar sebati. ketepikan
  4. di dalam mangkuk adunan yang lain satukan bahan2 B dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga sebati
  5. kemudian masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan bahan2 B. kaupbalikkan sehingga rata
  6. masukkan lagi 1/2 adunan putih telur dan ulangi sehingga habis. kaubalikkan adunan sehingga rata
  7. kemudian masukkan cokelat yang telah dicincang ke dalam adunan. cukup sekadar dikacau sehingga sebati tetapi jangan diputar
  8. tuangkan adunan ke dalam chiffon tin bersaiz 18cm
  9. akhir sekali barulah ditaburkan kesemua kacang yang telah dicincang dan bakar pada suhu 170C selama 40 min atau sehingga masak
  10. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  11. kemudian barulah dikeluarkan dan biarkan kek betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin dan potong

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

Cheesy sausage prata

Bahan-bahan:
beberapa keping roti prata frozen
beberapa ketul sosej
beberapa keping american cheese - optional

1 biji telur - dipukul sedikit
1 sudu besar susu segar

cara:
  • ambil sekeping roti prata yang telah lembut
  • letakkan sekeping cheese
  • kemudian letakkan sosej di atas cheese tadi
  • dan gulungkan roti prata bersama2 dengan cheese dan sosej seperti swiss roll
  • hiriskan bahagian atas roti tadi dan sapukan dengan campuran telur dan susu segar
  • bakar pada suhu 180C selama 40 min atau sehingga masak
  • setelah masak bolehlah dipotongkan dan hidangkan panas2
  • sesuai sebagai hidangan pagi dan petang

Gulai daging


Bahan-bahan:
500gm daging lembu atau kambing - dipotong kiub
400gm ubi kentang - dikupas dan dibelah 4 atau 6
1 labu bawang besar - dihiris halus
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisik
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
3 cawan air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 rempah:
1 sudu besar rempah ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan2 kisar:
12-14 tangkai cili kering - direndam
1.5cm halia
1 batang serai
1cm lengkuas

cara:
  1. masukkan daging, bahan2 kisar, bahan2 rempah dan kerisik ke dalam mangkuk. gaulkan sebati. ketepikan
  2. panaskan minyak di dalam periuk
  3. masukkan bawang yang dihiris, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. tumiskan sehingga naik bau
  4. kemudian masukkan daging tadi dan tumiskan beberapa minit
  5. tuangkan air dan renih dengan api yang kecil sehingga daging empuk
  6. kemudian tuangkan santan dan kacaukan selama 2-3 min
  7. setelah itu barulah dimasukkan ubi kentang dan masak sehingga ubi kentang empuk
  8. hidangkan dengan nasi putih atau dengan roti

source: rossya

Roti bebola bergula

Bahan-bahan:
200gm tepung roti
4gm instant yeast
20gm gula pasir/kastor
3gm garam
10gm tepung susu atau skim milk
20gm unsalted butter
130ml air

mentega dan gula kastor secukupnya

cara:
  1. masukkan kesemua bahan ke dalam breadmaker
  2. tekankan untuk setting dough dan tunggu sehingga siap (lebih kurang 1 1/2 jam)
  3. setelah siap keluarkan dari breadmaker dan letakkan doh di atas papan pencanai
  4. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
  5. kemudian bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan biarkan doh rehat selama 10-15 min
  6. setelah itu bahagi2kan doh kepada beberapa bola kecil dengan setiap satu seberat 20gm (ini bergantung pada size yang disukai)
  7. bentukkan setiap doh kecil menjadi bola dan susunkan ke dalam tin/dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu
  8. tutupkan tin tadi dengan cling film atau tuala lembab dan biarkan doh naik dua kali ganda (lebih kurang 45min - 1jam)
  9. note: pada negara 4 musim bolehlah disimpan doh ini di dalam oven tanpa on kannya dan letakkan dua cawan air panas kiri dan kanan tin tadi dan tutupkan pintu oven
  10. setelah doh naik bolehlah dibakar pada suhu 180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  11. sesudah masak bolehlah dikeluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan gula halus
  12. hidangkan sebagai minuman petang

source: choppy, myr (telah diubahsuaikan)

16 December 2008

Pandan coconut chiffon cake


Bahan-bahan:
Bahan2 A:
110gm (3 biji) putih telur
55gm gula kastor
5gm tepung jagung

Bahan2 B:
40gm (2 biji) kuning telur
50gm santan + 1 camt pandan emulco - dikacau rata (kalau nak letak pandan paste pun boleh untuk menaikkan lagi warna hijau)
36gm minyak sayur/ganola oil
55gm tepung gandum
10gm gula kastor
24gm dessicated coconut (kelapa kering)

cara:
  1. dengan menggunakan electric mixer pukul putih telur sehingga kembang
  2. kemudian masukkan gula (55gm) sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga kental
  3. setelah itu barulah dimasukkan tepung jagung. pukul cukup sekadar sebati. ketepikan
  4. di dalam mangkuk adunan yang lain satukan bahan2 B dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga sebati
  5. kemudian masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan bahan2 B. kaupbalikkan sehingga rata
  6. masukkan lagi 1/2 adunan putih telur dan ulangi sehingga habis. kaubalikkan adunan sehingga rata
  7. akhir sekali barulah dimasukkan dessicated coconut ke dalam adunan. cukup sekadar dikacau sehingga sebati tetapi jangan diputar
  8. tuangkan adunan ke dalam chiffon tin bersaiz 18cm atau 17cm dan bakar pada suhu 160C selama 40 min atau sehingga masak
  9. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  10. kemudian barulah dikeluarkan dan biarkan kek betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin dan potong

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

14 December 2008

Pandan marble cake

Bahan-bahan:
4 biji telur
100gm gula pasir
1 camb ovalette
25ml pati santan atau susu segar
50gm minyak jagung
100gm tepung gandum
1/2 camt garam
1/2 camt baking powder
1 camt pandan paste
1 camt pandan emulco
1 camt cokelat emulco

cara:
  1. griskan tin kek dan lapikkan dengan kertas minyak. ketepikan
  2. ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder. ketepikan
  3. pukul gula dan ovalette di dalam mangkuk adunan sehingga rata
  4. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi dengan kelajuan yang maksimum sehingga kembang dan pekat
  5. perlahankan kelajuan mixer pada tahap minimum dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga rata
  6. masukkan minyak jagung dan pati santan/susu segar, gaulkan sehingga sebati
  7. bahagikan adunan kepada dua bahagian
  8. satu bahagian dicampurkan dengan pandan paste dan emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan
  9. satu bahagian lagi dicampurkan dengan cokelat emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan
  10. masukkan kedua2 adunan berselang seli ke dalam tin kek
  11. kemudian ambil chopstick buatkan beberapa pusingan
  12. bakar pada suhu 180C selama 30min atau sehingga masak
  13. setelah masak tutupkan switch oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  14. keluarkan dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan hidangkan

source: r-lin

Kacang buncis goreng

Bahan-bahan:
100gm kacang buncis - dipotong memanjang serong
50gm ubi kentang - dipotong wedges
1 biji bawang merah - dimayang
1 batang lada merah - dihiris
1 batang lada hijau - dihiris
1 sudu kecil halia - di tumbuk halus
1 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil air
2 biji buah tomato - dipotong dadu kasar
segenggam bijan - disangar
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

cara:
  1. panaskan minyak
  2. tumiskan bawang, lada merah, lada hijau, halia dan daun kari
  3. setelah bawang layu masukkan ubi kentang
  4. goreng sehingga ubi kentang separuh masak
  5. masukkan pula kacang buncis, serbuk kunyit, air, garam dan gula secukup rasa
  6. masak lagi sambil dikacau supaya sebati
  7. setelah ubi kentang hampir empuk, masukkan pula buah tomato
  8. kacau sehingga sebati
  9. sebelum diangkat taburkan dengan bijan
  10. hidangkan bersama2 dengan nasi putih

source: rossya

12 December 2008

Nutella banana muffin

Bahan-bahan:
2 biji telur
125gm mentega - pada suhu bilik
100gm gula pasir
2 biji pisang ranum - dilenyek
100gm nutella
100ml susu segar
1 camt soda bikarbonat
250gm tepung gandum
2 camt baking powder

cara:
  1. ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk adunan, ketepikan
  2. di dalam bekas lain, pukul telur, mentega dan telur sehingga sebati
  3. kemudian masukkan pisang dan nutella. gaul rata
  4. di dalam mangkuk lain satukan susu dan soda bikarbonat. gaul rata
  5. masukkan bancuhan tepung dan susu bergilir2 ke dalam mangkuk adunan pisang sehingga habis
  6. kacau sehingga adunan sebati
  7. tuangkan adunan ke dalam muffin cup cases yang telah di susunkan ke dalam muffin tin
  8. bakar pada suhu 180C selama 25-30 min atau sehingga masak

Pandan kaya butter cake

Bahan-bahan:
250gm mentega
200gm gula pasir
1 camb kaya
6 biji telur
300gm tepung kek
1 camt baking powder
200gm santan
1/4 camt garam
3 camb tepung susu
1 camt pandan paste/emulco
beberapa titik pewarna hijau

cara:
  1. pukul mentega dan gula sehingga gebu dan creamy
  2. masukkan kaya sambil dipukul lagi
  3. kemudian masukkan telur satu persatu sehingga habis sambil dipukul lagi. pastikan telur telah dipukul sehingga sebati barulah dimasukkan satu biji lagi
  4. setelah itu masukkan santan dan garam, pukul lagi
  5. masukkan pandan paste dan pewarna hijau
  6. akhir sekali masukkan tepung kek, tepung susu dan baking powder sambil dipukul sehingga sebati
  7. tuangkan ke dalam tin kek yang telah digris dan dilapikkan dengan greaseproof paper
  8. bakar pada suhu 175C selama 60 min atau sehingga masak
  9. keluarkan dari oven dan biarkan sejuk barulah dipotong

note: jika inginkan kek lebih gebu, bolehlah ditambahkan 25gm ovalette, 30gm jus pandan dan 3 camb tepung jagung ke dalam bahan2 di atas. caranya - pukul dulu mentega dan garam sehingga creamy, masukkan kaya dan ketepikan. ayakkan tepung kek, baking powder dan tepung susu, ketepikan. di dalam mangkuk lain pukul telur, gula, ovalette dan tepung jagung, ketepikan. kaupbalikkan adunan mentega tadi ke dalam adunan telur sehingga sebati. masukkan pandan paste dan jus pandan, kacau sebati. setelah itu kaupbalikkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan ini sehingga sebati. tuangkan adunan ke dalam tin kek yang telah digris dan dilapik dengan greaseproof paper. bakar pada suhu 175C selama 50-60min atau sehingga masak

source: aunty yochana

Kari ayam resepi I

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
3 biji ubi kentang - dipotong 4
1 biji bawang merah - dimayang
1 paket serbuk kari ayam - dicampur dengan sedikit air panas supaya menjadi pes
1 sudu besar cili kisar
4 cawan santan
4cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
2cm halia
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:
  1. panaskan minyak di dalam periuk
  2. tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah dan daun kari
  3. goreng sehingga wangi
  4. masukkan bahan2 kisar, cili kisar dan rempah kari. tumis sehingga naik minyak
  5. setelah itu masukkan pula ayam, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  6. renehkan sehingga ayam separuh masak
  7. kemudian masukkan santan dan ubi kentang
  8. didihkan perlahan2 sehingga ayam dan ubi kentant menjadi empuk
  9. masak sehingga kepekatan yang dikehendaki
  10. hidangkan bersama2 dengan nasi putih atau roti jala

source: noormasri

10 December 2008

Orange swiss roll

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
3 biji telur
2oz (57gm) gula kastor
1/2 camt baking powder
1/4 camt orange emulco
1/2 camt orange sunquick
1/2 camb ovalette
1.5oz (43gm) tepung gandum
1/2 camb tepung susu
beberapa titik pewarna orange

Bahan2 B:
2oz (57gm) mentega cair

Bahan2 C (Optional):
beberapa titik pewarna - merah, cokelat, hijau - ikut suka masing2

Buttercream icing secukupnya

cara:
  1. masukkan semua bahan2 A & Bahan2 B ke dalam mangkuk adunan
  2. pukul menggunakan electic mixer pukul dengan kelajuan maximum selama 5-7 min
  3. setelah itu ketepikan 2 camb adunan tadi dan masukkan ke dalam 3 mangkuk
  4. kemudian campurkan setiap mangkuk dengan setiap warna dan gaulkan rata
  5. masukkan ke dalam 3 piping bag dan ketepikan
  6. tuangkan adunan ke dalam tin kek yang telah dilapik dengan greaseproof paper
  7. pipekan 3 warna adunan tadi ke atas tin kek
  8. setelah itu bakar pada suhu 170C selama 20 min
  9. setelah masak biarkan di dalam oven selama 5 min dan barulah dikeluarkan
  10. biarkan sejuk seketika dan kemudian angkat greaseproof paper dan terbalikkan ke atas sehelai lagi greaseproof
  11. trimkan kek dan sapukan buttercream ke sekeluruhan kek
  12. gulungkan kek perlahan2 dan balutkan dengan clingfilm
  13. keep in the refrigerator for the buttercream to set sebelum dipotong dan dihidangkan

source: mamafami

Ayam goreng berempah resepi II

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka
serbuk kunyit
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1cm lengkuas
1cm halia

cara:
  1. gaul rata kesemua bahan dan perapkan seketika atau semalaman
  2. goreng hingga masak dan garing
  3. hidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak

6 December 2008

Sup tulang singapura

Bahan-bahan:
3kg tulang lembu (steak bones)
1 camb rempah sup
3 biji ubi kentang
3 senduk cili kisar
3 senduk sos tomato
1 biji telur - dipukul sedikit
garam, gula, serbuk lada sulah dan ajinomoto secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
6 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1cm halia

cara:
  1. rebus tulang lembu bersama2 dengan rempah sup sehingga lembut dan empuk lebih kurang 2-3 jam
  2. sementara itu kupas ubi kentang dan belah 4, rebus sehingga lembut dan blend bersama dengan sedikit air supaya menjadi puree. ketepikan
  3. panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan cili kisar bersama2 dengan bahan2 kisar sehingga garing
  4. kemudian masukkan tulang lembu yang telah empuk, sos tomato dan juga stok tulang lembu tadi
  5. jangan digunakan kesemua stok tulang lembu tadi kerana kuah sup tulang ini mestilah pekat
  6. masukkan garam, gula, serbuk lada sulah dan ajinomoto. kacaukan sebati
  7. setelah itu masukkan ubi kentang yang telah diblend tadi dan kacau sehingga kuah menjadi pekat
  8. akhir sekali bolehlah dimasukkan telur yang telah dipukul sedikit tadi dan kacau rata
  9. biarkan sekejap sahaja dan bolehlah dimatikan api dapur
  10. angkat dan hidangkan bersama2 roti atau nasi putih

note: very highly recommended. rasa sup tulang ini seperti stew daging

source: rossya

5 December 2008

Buttercream icing

Bahan-bahan (3 cawan):
1/2 cawan vegetable shortening
1/2 cawan (115gm) mentega atau marjerin
1 camt esen vanila
4 cawan (440gm) gula aising - diayak
2 camb susu segar

cara:
  • di dalam mangkuk adunan, pukul shortening dan mentega dengan electric mixer sehingga menjadi cream
  • masukkan esen vanila sambil dipukul lagi
  • kemudian masukkan gula aising yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati
  • masukkan susu sambil dipukul lagi sehingga gebu dan ringan
  • bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam fridge supaya ianya boleh tahan selama 2 minggu
  • jika ingin digunakan sementara menunggu swiss roll siap bolehlah ditutupkan dengan tuala lembab

note: bolehlah dikurang gula aising jika tidak mahu terlalu manis

Mashed potato

Bahan-bahan:
1kg ubi kentang
1/4 cawan susu segar
2 camb mentega
1/4 camt serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Bahan-bahan sos:
200gm tulang lembu
2 cawan air
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 batang karot - dipotong kecil
1 batang celery - dipotong kecil
sedikit tepung jagung
sedikit serbuk lada hitam

cara:
  • ubi kentang dikupas dan dipotong 4
  • kemudian direbus di dalam air mendidih bersama dengan garam sehingga empuk
  • setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
  • letak kembali periuk di atas dapur dengan api yang sederhana sambil dimasukkan susu, serbuk lada hitam dan mentega
  • lenyekkan bersama2 dengan kentang tadi sehingga gebu dan sebati
  • matikan api dan masukkan ke dalam mangkuk sementara menunggu sos siap
  • cara membuat sos: tulang lembu dipanggang di dalam oven sehingga perang
  • kemudian direbus bersama karot, bawang besar, celery dan serbuk lada hitam sehingga mendidih dan air menjadi berkurangan
  • tapis stok tersebut kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air dan kacau sebati
  • didihkan selama 10 min
  • setelah agak pekat bolehlah dihidangkan bersama2 mashed potato

source: noormasri

4 December 2008

Coffeemate ice-cream

Bahan-bahan:
150gm coffeemate
100gm gula kastor
250ml susu segar
250ml krim putar (whipped cream)
1 camt esen vanila

cara:
  • masukkan coffeemate, gula dan susu ke dalam mangkuk adunan
  • dengan menggunakan whisker pukul sehingga kesemuanya larut dan sebati
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul krim putar sehingga kental
  • campurkan esen vanila dan susu tadi. kacau sehingga sebati
  • kemudian tuangkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam freezer sehingga separuh beku
  • setelah itu keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk adunan
  • dengan menggunakan electric mixer pukul ice-cream tadi dengan kelajuan tahap maksima selama 7-8 min
  • kemudian tuangkan semula ke dalam bekas kedap udara tadi
  • simpan di dalam freezer selama 10 jam

source: puan norzailina

2 December 2008

Bingka daging berlauk


Bahan-bahan:
Bahan2 A:
250gm tepung gandum
600ml santan
100gm mentega cair
5 biji telur
1 camt garam

Bahan2 B:
200gm daging cincang - kalau nak guna ayam pun boleh ikut suka masing2
1 camt jintan putih
1 camt serbuk lada sulah
secubit garam
sedikit oregano

Bahan2 C:
100ml santan
50gm keju cheddar parut
1 camt tepung gandum

Bahan2 hiasan:
5 batang cili merah - dihiris
daun bawang dan daun sup - dihiris
bawang goreng

cara:
  1. alaskan loyang saiz 9"x9" dengan aluminium foil dan sapukan dengan sedikit mentega. ketepikan
  2. Bahan2 B: kisarkan jintan putih bersama2 dengan serbuk lada putih sehingga halus. kemudian panaskan kuali, tumiskan bahan2 kisar dan masukkan daging cincang bersama2 dengan garam dan oregano. kacau sehingga daging bertukar warna tetapi jangan sampai terlalu kering nanti bila bakar tak cantik. biar berminyak sedikit. ketepikan
  3. Bahan2 A: masukkan kesemua bahan2 A ke dalam blender dan kisarkan sehingga sebati. kemudian tapiskan ke dalam mangkuk tahan panas. masak di atas api yang sederhana sehingga naik wap. proses ini hendaklah sentiasa dikacau supaya adunan tidak menjadi keras. tutupkan api
  4. cara membakar: tuangkan Bahan2 A tadi ke dalam loyang dan taburkan separuh Bahan2 B ke atas Bahan2 A dan bakar pada suhu 180C selama 30 min atau sehingga masak
  5. sementara menunggu bingka masak bolehlah di sediakan bahan2 C
  6. Bahan2 C: masukkan kesemua bahan2 C ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau sehingga ianya sebati dan pekat. matikan api dan ketepikan
  7. setelah bingka tadi masak bolehlah di tuang dan ratakan bahan2 C tadi ke atas bingka dan taburkan lagi separuh bahan2 B. akhir sekali taburkan bahan2 hiasan dan bakar lagi selama 5-10 min
  8. setelah masak bolehlah dikeluarkan dari oven
  9. potong dan hidangkan panas2

source: rashidah (telah diubah sedikit)

Roti goreng inti sosej


Bahan-bahan (20-25 biji):
250gm tepung roti
1/2 camt garam
1 camb gula pasir
2 biji telur kuning
1 camt instant yeast
90ml air suam
40gm mentega

2 biji putih telur
golden/natural breadcrumbs secukupnya
ayamas koktail sosej - pada yg tinggal di luar negara bolehlah gunakan sosej dan potongkan kecil
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara:
  1. masukkan tepung, garam, gula, yis dan kuning telur ke dalam mangkuk adunan
  2. tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan mixer sehingga sebati
  3. kemudian masukkan mentega dan pukul lagi sehingga terbentuk menjadi doh
  4. setelah itu ulikan doh sehingga tidak melekat di tangan
  5. bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 20-25gm bergantung pada berapa besarnya sosej
  6. kemudian bentukkan doh tadi menjadi bola dan rehatkan selama 15 min
  7. setelah itu ambil satu doh dan leperkan
  8. bubuh satu sosej dan bentukkan semula menjadi bola
  9. buat sehingga habis doh digunakan
  10. ambil satu doh, celupkan ke dalam putih telur dan kemudian olekkan ke atas breadcrumb
  11. lakukan proses ini sehingga habis dan kemudian goreng dengan minyak terendam sehingga garing dan keperangan
  12. angkat dan hidangkan panas2
  13. sesuai sebagai hidangan pagi dan petang

source: jun (ubah sedikit)

Buttery orange cake


Bahan-bahan:
250gm mentega - biar pada suhu bilik
2 camb parutan buah orange
330gm gula kastor
4 biji telur
225gm tepung naik sendiri (self-raising flour)
75gm tepung gandum
180ml jus orange

cara:
  1. panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150C
  2. griskan tin kek size 22cm dan taburkan sedikit tepung supaya senang nak keluarkan kek nanti. ketepikan (cara ikut masing2)
  3. ayakkan kedua2 tepung dan ketepikan
  4. masukkan mentega, parutan buah orange dan gula ke dalam mangkuk adunan
  5. pukul dengan electric mixer sehingga kembang dan gebu
  6. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  7. kemudian masukkan tepung diselang-selikan dengan jus orange sebanyak dua kali
  8. kaupbalikkan aduanan sehingga sebati
  9. tuangkan ke dalam tin kek dan bakar pada suhu 150-160C selama 1 jam 10 min atau sehingga masak
  10. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya lebih kurang 10 min
  11. kemudian barulah dikeluarkan dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

note: kalau buat separuh je adunan guna tin kek bersaiz 18cm

1 December 2008

Apam blueberry

Bahan-bahan (20 biji bergantung pada size muffin cup):
2 biji telur
1 cawan (225gm) gula pasir
1 camt ovalette
2 camt esen vanila
1 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri - diayak
beberapa pewarna
jem bluberry secukupnya - boleh letak ape2 jenis jem yang disukai

cara:
  1. panaskan kukus terlebih dahulu
  2. masukkan telur, gula, esen vanila dan ovalette ke dalam mangkuk adunan
  3. pukul dengan kelajuan yang laju sehingga kembang dan gebu
  4. kemudian masukkan susu segar dan kacau rata
  5. masukkan tepung yang telah diayakkan dan kaupbalikkan adunan sehingga sebati
  6. bahagikan adunan kepada 3 bahagian
  7. masukkan satu warna ke dalam satu adunan dan tinggalkan satu tanpa warna
  8. tuangkan 1 camt setiap adunan yang berwarna ke dalam muffin cup dan letakkan 1 camt jem blueberry
  9. kemudian tutupkan semula dengan 2 camt adunan
  10. kukuskan selama 10-15 min atau sehingga masak

source: masriyah

30 November 2008

Nasi beriani

Bahan-bahan:
1kg beras basmathi - dicuci bersih dan toskan
1 camb pes halia dan pes bawang putih
1 camb rempah beriani
1 1/2 liter air atau secukupnya
1 camb pewarna kuning
2 camb air mawar
2 genggam gajus goreng
1/2 tin (200gm) susu cair - evaporated milk
1 ikat daun pudina
1 ikat daun ketumbar
garam secukupnya
sedikit bawang goreng
minyak sapi - boleh digantikan dengan minyak jagung atau minyak sayur

Bahan2 menumis:
2 labu bawang besar - dihiris bulat
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
3 helai daun pandan - diikat

cara:
  1. panaskan periuk non-stick dan panaskan minyak
  2. masukkan bahan2 penumis dan tumis sehingga garing dan wangi
  3. kemudian masukkan pes halia dan bawang putih
  4. kacau sebentar
  5. setelah itu barulah dimasukkan beras, susu, daun pudina, daun ketumbar, air dan garam secukupnya
  6. gaulkan rata
  7. biarkan nasi kering lalu dikacau sekali lagi baru ditutup periuk, kecilkan api dan tanak sehingga nasi masak
  8. jika masak menggunakan rice cooker selepas step 6 pindahkan nasi ke dalam rice cooker dan masak seperti masak nasi
  9. setelah nasi masak buatkan lubang kecil ditengah2 nasi dengan menggunakan belakang sudu dan tuangkan campuran air mawar + pewarna ke dalam lubang tadi
  10. tutup semula lubang tadi dengan nasi
  11. tutup semula periuk nasi dan masak lagi lebih kurang 10 min
  12. akhir sekali kacaukan nasi perlahan2 supaya warna nasi menjadi sekata
  13. hidangkan dan taburkan dengan bawang goreng dan gajus goreng

source: rossya

Chocolate batik swiss roll

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
3 biji telur
2 oz (56gm) gula kastor
1/2 camt baking powder
1/2 camt esen vanila
1/2 camb ovalette
1.5 oz (42gm) tepung gandum
1/2 camb susu tepung

Bahan2 B:
2 oz (56gm) mentega cair

Bahan2 C:
1 1/2 camb serbuk koko

Buttercream icing secukupnya

cara:
  1. griskan tin kek yang bersaiz triangle (kalau boleh khas untuk swiss roll)
  2. lapikkan dengan greaseproof/parchment paper dan ketepikan
  3. masukkan semua bahan2 A dan Bahan2 B ke dalam mangkuk adunan
  4. pukul dengan kelajuan yang tinggi selama 5-7 min
  5. kemudian ketepikan 1 1/2 camb adunan tadi dan masukkan ke dalam piping bag
  6. masukkan serbuk koko ke dalam adunan yang banyak dan pukul lagi selama 1-2 min
  7. tuangkan adunan bercampur koko tadi ke dalam tin kek dan ratakan
  8. setelah itu pipekan adunan yang telah diketepikan tadi ke atas adunan koko dan bentukkan menjadi seperti batik atau ape2 pattern yang disuka
  9. bakar pada suhu 170C selama 20 min
  10. keluarkan tin kek dari oven dan biarkan sejuk sekejap tapi jangan dibiarkan terlalu lama nanti kek akan menjadi keras dan susah untuk digulungkan
  11. angkatkan/keluarkan greaseproof paper dan terbalikkan ke atas satu lagi greaseproof paper
  12. trimkan kiri dan kanan kek dan barulah disapukan buttercream secukupnya ke atas kek tadi
  13. gulungkan perlahan2 (dengan greaseproof paper) supaya tidak pecah
  14. akhir sekali balut dengan cling film dan simpan di dalam fridge supaya buttercream menjadi keras sedikit
  15. setelah itu bolehlah dipotong dan hidangkan

source: mamafami

26 November 2008

Serimuka durian

Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
2 cawan pulut
2 cawan santan cair + secubit garam

Lapisan atas:
3 cawan santan pekat
1 cawan (200gm) gula perang
1 cawan isi durian
1/2 cawan (60gm) tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung atau tepung kastard
1 camt garam

cara:
  1. untuk lapisan bawah - masukkan semua bahan ke dalam loyang yang telah disapukan sedikit dengan minyak dan kukuskan sehingga masak lebih kurang 30 min
  2. setelah masak tekankan pulut tadi supaya padat dan tuangkan bahagian lapisan atas
  3. kukuskan semula lagi selama 30 min
  4. untuk lapisan atas - masukkan santan, gula dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan
  5. kemudian tuangkan bahan kisar tadi ke dalam mangkuk
  6. ayakkan kedua2 tepung ke dalam mangkuk santan tadi
  7. masukkan gula dan garam. kacau sebati sehingga tidak berbentil
  8. panaskan bahagian lapisan atas ke dalam mangkuk non-stick sehingga naik wap
  9. tuangkan adunan ke atas pulut tadi (lapisan bawah) dan kukus lagi selama 30 min dengan api yang sederhana panas
  10. pastikan penutup kukus di balut dengan tuala supaya air wap tidak jatuh ke atas adunan
  11. bila sudah masak biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: k.hanieliza

Ikan potong cili bawang

Bahan-bahan:
4 keping ikan tenggiri - dilumur dengan garam dan serbuk kunyit, goreng sehingga masak
2 batang cili merah & hijau - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - dimayang
1 mangkuk kecil air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

cara:
  1. panaskan kuali dengan sedikit minyak
  2. masukkan kedua2 cili dan kedua2 bawang, tumis sehingga wangi dan garing
  3. tuangkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. gaul rata
  4. akhir sekali barulah dimasukkan ikan goreng tadi dan gaulkan sehingga sebati
  5. setelah mendidih, matikan api
  6. angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan lauk2 yang lain

source: rossya

25 November 2008

Ayam berlada

Bahan-bahan:
1/2kg ayam - dipotong kecil, dicuci bersih dan dilumurkan dengan sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak

Bahan2 kisar:
6 batang cili hijau
2 batang cili merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1cm halia
1cm lengkuas
1 batang serai
Perahan 3 biji air limau nipis - kisar sebiji kulit limau

cara:
  • panaskan kuali dan gorengkan ayam sambil dibalik2kan sehingga ayam setengah masak
  • kemudian masukkan bahan2 kisar tadi dan gaulkan sebati dengan ayam
  • setelah itu masukkan garam dan gula secukup rasa
  • gaul rata
  • biarkan sehingga ayam masak dan sebati dengan kuah
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih

note: jika inginkan lauk berkuah lebihkan air sewaktu blend bahan2 kisar dan jika mau kuah kering bolehlah dimasak di atas api yg kecil sehingga kuah agak kering

source: rossya (cara diubah sedikit)

22 November 2008

Coney dog sauce



Sweet Dinner Rolls Gambar version 2 - resepi lihat disini

Bahan-bahan:
250gm minced beef
1/4 cawan air
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - crush
1/4 cawan sos tomato
1/2 camt cili serbuk
garam dan serbuk perasa secukupnya

beberapa ketul hotdog - dikukus sekejap
hotdog bun - lihat resepi disini (cuma bentukkan doh menjadi bun atau hotdog bun - seperti di dalam gambar)

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi
  • masukkan mince beef dan kacau rata sehingga daging bertukar warna
  • kemudian masukkan sos tomato, cili serbuk, air, garam dan serbuk perasa secukupnya
  • kacau sehingga sebati
  • biarkan sehingga mendidih dan agak kering sedikit (nie bergantung pada kesukaan masing2)
  • setelah puas hati bolehlah diangkat dan biarkan sejuk
  • ambil satu biji hotdog bun, belahkan ditengahnya dan letakkan hotdog, tuangkan sauce
  • hidangkan

source: allrecipes (diubah sedikit)

Kuih bom / onde-onde


Bahan-bahan (15 biji):
Bahan2 untuk doh:
200gm tepung pulut
1 camb tepung gandum
1 camt air kapur
200ml air
secubit garam

bijan secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan2 inti:
1/2 biji kelapa parut
60gm gula melaka/gula merah
20gm gula pasir
50ml air

cara:
  1. cara membuat inti: jerang gula melaka, gula pasir dan air sehingga larut
  2. kemudian tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut
  3. kacau di atas api sederhana panas sehingga inti agak kering
  4. angkat dan biarkan sejuk sementara membuat doh
  5. cara membuat doh: masukkan kedua2 tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan, kacau rata
  6. kemudian masukkan air kapur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan
  7. bahagikan doh kepada 15 biji dengan setiap satu seberat 30gm (saiz bergantung pada masing2) dan bentukkan menjadi bulat
  8. setelah itu ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan dan isikan 1 camt inti kelapa, tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat
  9. lakukan proses ini sehingga habis doh tadi digunakan
  10. ambil satu doh golekkan ke atas bijan supaya elok melekat menutupi keseluruhan
  11. lakukan sehingga habis
  12. panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan gorengkan sehingga masak dan keperangan
  13. angkat dan hidangkan
  14. sesuai sebagai hidangan pagi dan petang
  15. jika tidak mau digoreng kesemuanya bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara tanpa digolekkan dengan bijan

note: petua untuk kuih bom tidak meletup dan merekah - minyak mesti banyak dan biar digoreng terendam, minyak jangan terlalu panas, jangan digoreng terlalu lama, terus menggoreng selepas siap dibuat dan jangan dibiarkan pada suhu bilik

20 November 2008

Pandan kaya sponge sandwiches

Bahan-bahan:
160gm gula kastor
125gm tepung gandum/tepung kek/self-raising flour
1 camb ovalette
5 biji telur
1 camt baking powder
40ml santan pekat
1 camt pandan emulco/pandan paste/apa2 perasa pun boleh
75gm (190ml) minyak jagung/minyak ganola

seri kaya/jem secukupnya - untuk filling

cara:
  • griskan 2 tin kek dan ketepikan
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder, ketepikan
  • pukul gula dan ovalette ke dalam mangkuk adunan sehingga gula bertukar warna menjadi kuning dan seperti breadcrumb
  • kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi sehingga sebati
  • setelah itu masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan dan kacau rata dengan menggunakan spatula
  • masukkan santan dan pandan emulco dan pukul lagi sehingga gebu
  • akhir sekali masukkan minyak jagung dan kaupbalikkan adunan dengan menggunakan spatula sehingga sebati
  • tuangkan adunan ke dalam dua bekas tin kek dan bakar pada suhu 180C selama 20 min (jika tak ada masa bolehlah di bakar dalam satu tin kek dan lebihkan masa kepada 30-40 min atau sehingga masak)
  • keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk
  • ambil satu keping kek dan sapukan seri kaya ke atasnya dan lapikkan sekeping lagi kek
  • potonglah kek ikut suka masing2
  • kalau hanya menggunakan satu tin kek bolehlah dipotong dua kek tadi

Daging masak merah resepi II

Bahan-bahan:
1kg daging batang pinang
2 batang cili merah/hijau - dihiris
2 labu bawang besar kuning - dihiris kasar
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air - bancuh
stok daging secukupnya - air rebusan daging jangan dibuang
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun sup - dihiris kasar

Bahan2 kisar:
1 1/2 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
3-4 helai cili kering - kalau nak pedas boleh tambahkan (direndam dengan air panas)

cara:
  • untuk penyediaan daging: daging direbus hingga emputk (biar seketul besar jangan dipotong). jangan dibuang airnya
  • bila sudah empuk hiriskan daging tadi dan kemudian gorengkan sehingga separuh garing
  • masukkan sedikit pewarna merah dan gaulkan daging tadi. angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi dan garing
  • kemudian masukkan sos cili, sos tiram, gula dan garam secukup rasa. kacau sekejap
  • setelah itu masukkan air rebusan daging tadi dan kacau rata
  • masukkan daging, air tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi pekat
  • akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan hirisan daun sup
  • kacau sehingga sebati dan bawang agak layu
  • angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi putih

source: azie norazie

18 November 2008

Ayam goreng mentega

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka
1/2 biji bawang bombay (bawang kuning) - dhiris kasar
1 batang daun bawang - dipotong kasar
1 biji limau nipis - diambil jusnya
lada sulah secukupnya
garam secukupnya
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar mentega
sedikit air - jika perlu

Bahan2 tumbuk:
4 ulas bawang putih
2cm halia

Bahan2 sos:
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin

cara:
  1. perapkan ayam bersama2 dengan garam, lada sulah dan jus limau
  2. biarkan lebih kurang 10-15 min dan kemudian goreng sehingga masak. ketepikan
  3. panaskan kuali dengan 2 sudu besar minyak + 3 sudu besar mentega
  4. tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi
  5. kemudian masukkan bahan2 sos dan kacau rata
  6. masukkan pula bawang besar dan kacau lagi sehingga bawang agak layu
  7. setelah itu barulah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaulkan sehingga sebati
  8. jika inginkan sedikit kuah bolehlah dimasukkan sedikit air
  9. akhir sekali masukkan daun bawang dan kacau sehingga sebati
  10. hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan ulam2an

source: herti kitchen gallery (diubah sedikit)

Seri kaya resepi II

Bahan-bahan (500ml):
1/2 cawan (115gm) gula pasir
3 biji telur
1 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
1 cawan gula pasir (225gm)
1 cawan air

cara:
  • masukkan 1 cawan gula pasir dan air ke dalam mangkuk dan masak sehingga menjadi gula hangus dengan api sederhana panas
  • angkat dan sejukkan - proses membuat gula hangus ini mengambil masa agak lama sedikit tetapi jangan ditingal2kan nanti hangus dan warna kaya tidak cantik
  • dengan menggunakan whisker pukul 1/2 cawan gula pasir bersama2 dengan telur sehingga sebati
  • proses membuat seri kaya: mula2 masukkan gula yang telah dipukul dengan telur ke dalam mangkuk, diikuti dengan santan, tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air dan akhir sekali gula hangus
  • kacau dengan api sederhana panas sehingga menjadi pekat dan mendidih - kepekatan seri kaya ini bergantung pada kesukaan masing2
  • apabila sudah puas hati dengan kepekatan seri kaya bolehlah ditutupkan api dan biarkan sejuk
  • kemudian barulah disimpan ke dalam balang/bekas kedap udara
  • jika inginkan kaya pandan bolehlah di campurkan dengan sedikit emulco pandan dan kacaukan sebati

note: warna seri kaya bergantung pada warna gula hangus. jika selepas gula hangus tadi sejuk menjadi keras tidak mengapa jangan panik. apa yang perlu dilakukan ialah masukkan gula dan telur yang telah dipukul ke dalam gula hangus, kemudian masukkan santan dan tepung jagung. masak seperti step No. 5. gula hangus yang keras tadi akan menjadi cair setelah berada di atas api. kaya nie lebih elok disimpan di dalam fridge supaya tahan lebih lama.

source: sarah

17 November 2008

Tempura chicken fried rice

Bahan-bahan (4 orang):
Bahan2 untuk nasi goreng:
1 mangkuk nasi putih
1 cawan sayur campur
200gm udang kecil - dibuang kulit
2 sudu makan sos ikan (sos nampla)
1 sudu makan kicap pekat
garam & serbuk perisa secukup rasa

2-3 biji telur

Bahan2 dikisar/ditumbuk:
12 biji cili padi - kalau nak pedas boleh lebihkan
1 sudu makan udang kering - direndam terlebih dahulu
1 batang serai - dihiris halus
5 ulas bawang putih

Bahan2 untuk ayam tempura:
300gm isi ayam - dipotong memanjang atau ikut suka
1 paket tepung tempura - yang siap dijual
air sejuk secukupnya - air di dalam fridge
sedikit serbuk lada sulah

cara:
  1. panaskan minyak dan gorengkan telur. pecah2kan dan ketepikan
  2. Untuk membuat nasi goreng: kemudian masukkan sedikit lagi minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi dan garing
  3. masukkan udang, kacau sebentar
  4. kemudian masukkan pula nasi, sayur campur, sos ikan, kicap, garam dan serbuk perisa secukupnya
  5. kacau sehingga rata dan sebati (garam jangan terlalu banyak sebab sos ikan sudah masin)
  6. akhir sekali masukkan telur goreng tadi dan gaulkan sehingga sebati
  7. angkat dan masukkan ke dalam pinggan
  8. untuk ayam tempura: bancuh tepung dengan air sejuk (peraturan ada ditulis di kotak/packaging)
  9. masukkan sedikit serbuk lada sulah dan kacaukan sehingga sebati
  10. panaskan minyak biar banyak dan celupkan ayam ke dalam adunan
  11. goreng sehingga masak dan garing secara deep fry
  12. angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi goreng tadi

note: nasi goreng nie memang sedap lain dari yang lain

source: chef tania (telah diubah sedikit)

16 November 2008

Sweet dinner rolls


Bahan-bahan (16 biji):
470gm tepung roti/tepung gandum
7gm (2 1/4 camt) yis
120ml air suam
120ml susu segar suam
1 biji telur
75gm mentega - pada suhu bilik
65gm gula pasir
1 camt garam

55gm mentega - pada suhu bilik

cara:
  • masukkan kesemua bahan kecuali 1/4 cawan mentega ke dalam bread machine
  • tekankan butang untuk doh dan biarkan sehingga doh siap
  • selepas itu keluarkan dan letakkan doh ke atas papan pencanai yang telah di taburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bahagian kepada dua bahagian dengan setiap satu seberat lebih kurang 410gm
  • bentukkan setiap doh tadi menjadi bulat (gambar Step 1)
  • rehatkan doh selama 10 min
  • setelah itu ambil satu doh dan canaikan selebar 12 inci (gambar Step 2) dan potongkan kepada 8 bahagian (gambar Step 3)
  • sapukan doh tadi dengan mentega (1/4 cawan) dan ambil satu keping, gulungkan dengan ketat bermula pada bahagian lebar (gambar Step 4)
  • lakukan sehingga habis dan aturkan ke atas dulang yang telah digris supaya tidak melekat
  • tutupkan dulang tadi dengan tuala bersih atau cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45min ke 1 jam
  • note: pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah diletakkan dulang doh tadi ke dalam oven dan letakkan 2 cawan air panas di sisi dulang. tidak perlu on kan oven
  • setelah itu bakar pada suhu 200C selama 12 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan mentega atau olive oil supaya permukaan roti akan sentiasa lembut

note: roti nie sesuai dihidangkan bersama2 dengan mentega dan jam untuk hidangan pagi, petang dan malam

source: allrecipes

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin