Pages

Showing posts with label chiffon-cake. Show all posts
Showing posts with label chiffon-cake. Show all posts

17 August 2010

Basic chiffon cake

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
4 biji telur kuning
115ml air
85ml minyak
1/4 camt garam
100gm gula pasir - kalau tak suka berapa manis boleh kurangkan kepada 80gm sahaja
150gm tepung gandum
1 camt baking powder

Bahan2 B:
4 biji putih telur
90gm gula pasir - boleh kurangkan kepada 70-80gm
1/8 camt cream of tartar

1 camt pandan emulco/strawberry emulco/blueberry emulco - perasa ikut selera masing2

cara:


  • ayakkan tepung gandum dengan baking powder dan ketepikan
  • satukan bahan2 A ke dalam mangkuk adunan dan pukulkan dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati
  • ketepikan
  • kemudian pukul pula putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • kemudian masukkan sedikit demi sedikit gula sambil dipukul sehingga kental (pastikan apabila di terbalikkan mangkuk adunan tidak jatuh)
  • kaupbalikkan adunan putih telur ke dalam adunan bahan2 A sehingga sebati
  • kemudian masukkan perasa yang disukai dan kacaukan rata
  • tuangkan ke dalam loyang kek chiffon bersaiz 20cm atau 23cm
  • bakar pada suhu 175C selama 40 min atau sehingga masak

note: pastikan loyang jangan digriskan hanya sekadar mengelapkan sahaja

source: alex goh (cara diubah ikut style sendiri)

2 August 2010

Yogurt chiffon cake

Bahan-bahan:
bahan2 A:
4 biji telur kuning
30gm gula kastor
110gm plain yogurt
20gm jus lemon
2 camb minyak masak
40gm tepung gandum
40gm tepung jagung
1 camt baking powder

bahan2 B:
4 biji putih telur
30gm gula kastor

cara:
  • ayakkan kedua2 tepung, baking powder dan ketepikan
  • kemudian satukan semua bahan2 A yang lain di dalam mangkuk adunan
  • pukul dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati
  • kaupbalikkan campuran tepung tadi sebanyak 3 kali sehingga sebati
  • selepas itu pukul putih telur sehingga berbuih
  • kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga kental (pastikan apabila diterbalikkan mangkuk, adunan tidak jatuh)
  • kaupbalikkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan tepung sehingga sebati
  • tuangkan adunan ke dalam tin chiffon cake
  • bakar pada suhu 170C selama 40 min atau sehingga masak
  • setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek didalamnya selama 5 min
  • kemudian keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin kek
  • potong dan hidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu 'memegang' kek yang di dalam proses mengembang naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu, ringan dan berongga

source: yani, myr (cara diubah sedikit)

29 April 2010

Gula melaka chiffon cake

Bahan-bahan:
100gm gula melaka
67gm santan
4 biji telur kuning
2 1/2 camb minyak
1/8 camt garam
93gm tepung gandum
4 biji telur putih
1/8 camt cream of tartar
33gm gula kastor

cara:
  • masukkan gula melaka dan santan ke dalam periuk
  • masak dengan api sederhana sehingga gula larut dan sebati
  • padamkan api dan biarkan betul2 sejuk
  • kemudian tuangkan ke dalam mangkuk adunan dan ketepikan
  • satukan kuning telur, minyak dan garam ke dalam gula melaka tadi
  • pukul dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati
  • kemudian masukkan tepung dan pukul lagi sehingga rata
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul telur putih sehingga berbuih
  • kemudian masukkan cream of tartar dan pukul lagi
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila diangkat adunan dengan spatula ianya tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan gula melaka sehingga sebati
  • lakukan lagi sehingga habis adunan putih digunakan
  • tuangkan adunan ke dalam tin kek chiffon yang berukuran 20cm
  • bakar pada suhu 170C selama 30-40min atau sehingga masak
  • setelah itu padamkan api dan biarkan kek di dalam oven selama 5 min
  • kemudian keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin
  • potong dan hidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu 'memegang' kek yang di dalam proses mengembang naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu, ringan dan berongga

source: baking friends unite

7 March 2010

Longan almond chiffon cake

Bahan-bahan:
bahan2 A:
3 biji telur kuning
20gm gula kastor
20ml minyak jagung
60gm longan - dicincang
30ml sirap longan dari tin
70gm tepung naik sendiri
30gm serbuk almond (ground almond)
20gm kacang almond - dicincang
1 camb chocolate rice - optional
1/2 camt esen vanila

bahan2 B:
3 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
65gm gula kastor

cara:
  • campurkan semua bahan2 A ke dalam mangkuk adunan
  • kacaukan rata dan ketepikan
  • pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan diangkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan campuran bahan2 A ke dalam campuran putih telur sehingga sebati
  • tuangkan adunan ke dalam chiffon tin bersaiz 18cm
  • bakar dengan suhu 175C selama 40min atau sehingga masak
  • biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan kek dari tin

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. Dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu 'memegang' kek yang di dalam proses mengembang naik. Chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu, ringan dan berongga

source: aunty yochana

9 February 2010

Mango & coconut chiffon cake

Bahan-bahan:
bahan2 A:
110gm putih telur
55gm gula kastor
5gm tepung jagung

bahan2 B:
50gm telur kuning
36gm air
36gm minyak masak/canola oil
55gm tepung gandum/kek
10gm gula kastor
50gm manggo juice
25gm dried manggo - dipotong kecil
24gm kelapa parut putih atau kelapa kering

cara:
  • pukul putih telur sehingga berbuih
  • kemudian masukkan 55gm gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga menjadi gebu
  • akhir sekali masukkan tepung jagung dan pukul cukup sekadar sebati
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain
  • satukan kuning telur, minyak, air, manggo juice, tepung dan gula kastor
  • kacaukan sehingga sebati
  • masukkan pula dried mango dan kacau rata
  • kaupbalikkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan kacaukan sebati
  • kemudian masukkan lagi 1/2 adunan putih telur dan lakukan sehingga habis
  • masukkan kelapa parut/kering dan kacaukan rata (jangan overmix adunan)
  • tuangkan adunan ke dalam tin chiffon yang berukuran 17cm
  • bakar pada suhu 160C selama 35 min atau sehingga masak
  • padamkan api oven dan biarkan kek didalamnya selama 5 min
  • kemudian keluarkan loyang kek tadi dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. Dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu 'memegang' kek yang di dalam proses mengembang naik. Chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu, ringan dan berongga

9 December 2009

Mango chiffon cake

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
3 biji telur kuning
20gm gula pasir
1/2 camt esen mango
35gm minyak jagung
90gm mango puree
20gm air
beberapa titik pewarna kuning

Bahan2 B:
90gm tepung kek
1/8 camt baking powder

Bahan2 C:
3 biji telur putih
40gm gula pasir
1/4 camt cream of tartar

cara:
  • ayakkan bahan2 B dan ketepikan
  • dengan menggunakan mixer pukul bahan2 A sehingga sebati
  • kemudian masukkan Bahan2 B yang telah di ayak tadi dan pukul lagi sehingga rata
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk yang lain pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan ringan (apabila adunan diangkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh)
  • selepas itu kaupbalikkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur sehingga sebati
  • tuangkan ke dalam tin chiffon berukuran 18cm dan bakar pada suhu 175C selama 30-35 min atau sehingga masak
  • setelah masak padamkan api oven dan biarkan tin kek di dalamnya selama 5 min
  • kemudian barulah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin
  • potong dan hidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: happy flour

31 October 2009

Caramel chiffon cake

Bahan-bahan:
Bahan2 caramel:
75gm gula pasir
2 camt air
75ml whipping cream atau susu segar

Bahan2 kek:
3 biji telur kuning
25gm gula pasir
1/4 camt garam
75ml caramel
2 camb air
2 camb minyak jagung
85gm tepung kek - kalau berada di UK gunakan sponge flour

4 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
35gm gula pasir

cara:
  • cara membuat caramel: masukkan gula, air ke dalam periuk tahan panas dan masak sehingga menjadi warna perang dengan api yang sederhana panas
  • padamkan api dan tuangkan sedikit demi sedikit whipping cream/susu segar ke dalam mangkuk tadi sambil dikacau
  • panaskan semula periuk tadi dan masak sehingga adunan mendidih dan pekat
  • padamkan api dan biarkan sejuk sebelum digunakan (jangan risau jika caramel agak keras kerana selepas dipukul dengan bahan2 kek ianya akan menjadi lembut)
  • ayakkan tepung kek dan ketepikan
  • untuk membuat kek: pukul telur kuning, gula pasir dan garam sehingga gebu
  • masukkan air, minyak, caramel dan pukul sehingga rata
  • kemudian masukkan tepung dan pukul lagi
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil dipukul sehingga menjadi gebu lebih kurang 5 min (pastikan adunan tidak mudah jatuh apabila diangkat dengan spatula)
  • selepas itu kaupbalikkan 1/2 adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur
  • kacau sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis
  • tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon kek yang bersaiz 18cm
  • bakar pada suhu 175C selama 40-50 min atau sehingga masak
  • keluarkan tin kek dari oven dan biarkan sejuk barulah dikeluarkan dari acuan
  • potong dan hidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: florence

21 July 2009

Maple syrup chiffon cake


Bahan-bahan:
3 biji telur kuning
35gm minyak jagung
1/4 camt garam
65gm maple syrup
30gm susu segar
90gm tepung kek
1/8 camt baking powder

3 biji putih telur
35gm gula kastor
1/4 camt cream of tartar

cara:
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan garam
  • ketepikan
  • kemudian dengan menggunakan hand whisker pukul kuning telur dengan maple syrup sehingga sebati
  • masukkan pula minyak dan susu dan pukul lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau rata
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
  • kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan tepung tadi sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
  • setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 18cm (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
  • bakar pada suhu 175C selama 35-40 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
    potong dan hidangkan sebagai minuman petang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: happy flour

1 July 2009

Chocolate cream cheese chiffon cake

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
50gm mentega
120gm philadelphia cream cheese
20gm susu segar

Bahan2 B:
5 biji kuning telur
30gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1 camb serbuk koko
1 camt esen vanila

Bahan2 C:
5 biji telur putih
80gm gula kastor
1/4 camt cream of tartar

cara:
  • masak bahan2 A secara double boiler sehingga sebati
  • angkat dan biarkan sejuk. ketepikan
  • kemudian masukkan bahan2 B ke dalam bahan2 A dan kacaukan sehingga sebati. ketepikan
  • setelah itu pukul telur putih dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
  • kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan cream cheese tadi sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
  • setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 20cm (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
  • bakar pada suhu 180C selama 35-40 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
    potong dan hidangkan sebagai minuman petang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

18 June 2009

Butter chiffon cake


Bahan-bahan:
50gm mentega
3 biji telur kuning
15gm gula kastor
35gm air
70gm tepung kek
1/4 camt baking powder
25gm serbuk badam (ground almond)

4 biji putih telur
65gm gula kastor
secubit cream of tartar - optional

cara:
  • cairkan mentega di dalam periuk tahan panas sehingga bertukar warna keperangan
  • angkat dan biarkan sejuk
  • ayakkan tepung, baking powder dan serbuk badam. ketepikan
  • pukul kuning telur dengan gula sehingga kembang
  • masukkan mentega cair tadi dan pukul sehingga rata
  • setelah itu kaupbalikkan campuran tepung dan kacau sehingga rata. ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
  • kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan mentega tadi sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
  • setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 18cm atau 20cm (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
  • bakar pada suhu 175C selama 35-40 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan sebagai minuman petang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: happy flour

16 June 2009

Cream cheese chiffon cake


Bahan-bahan:
70gm susu segar
65gm philadelphia cream cheese
30gm mentega
75gm tepung kek
1/4 camt baking powder
4 biji telur kuning
1/4 camt garam

4 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
85gm gula kastor

cara:
  • masak mentega, cream cheese dan susu segar secara double boiler (lihat gambar) sehingga semuanya sebati dan pekat
  • ketepikan dari api dan biarkan sejuk
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
  • pukul kuning telur dan garam sehingga sebati
  • kemudian masukkan campuran adunan cheese tadi dan pukul lagi sehingga rata
  • selepas itu kaupbalikkan tepung ke dalam adunan sehingga sebati
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
  • kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan cheese tadi sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
  • setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
  • bakar pada suhu 175C selama 40-45 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan sebagai minuman petang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: alex goh

19 May 2009

Honey lemon chiffon cake


Bahan-bahan:
Bahan2 A:
3 biji telur kuning
50gm madu
1 biji lemon - diparut
2 camt jus lemon
1 camb water
45gm minyak jagung
85gm tepung kek - diayak
secubit garam

Bahan2 B:
4 biji putih telur
1/8 camt cream of tartar
50gm gula pasir/kastor

cara:
  • dengan menggunakan hand whisker pukul kuning telur, madu, parutan lemon, jus lemon, air dan minyak jagung sehingga sebati
  • kemudian masukkan tepung dan gaulkan rata. ketepikan
  • pukul telur putih dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil dipukul sehingga gebu dan adunan menjadi ringan (apabila di angkat dengan spatula adunan tidak jatuh)
  • tuangkan 1/2 adunan Bahan2 B ke dalam adunan A sambil dikaupbalikkan sehingga sebati
    lakukan sehingga habis
  • tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon size 16 cm dan hentakkan sikit tin kek supaya keluarkan lebihan angin
  • kemudian bakar pada suhu 180C selama 20-25 min
  • setelah masak tutupkan api oven dan biarkan tin kek di dalamnya selama 5 min
  • kemudian keluarkan dan biarkan sejuk
  • bolehlah dipotong dan hidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: baking friends

24 April 2009

Marble chiffon cake

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
3 biji kuning telur
40gm gula pasir
1/8 camt garam
1/2 camt esen vanila
40gm minyak jagung/canola
50ml susu segar - pada suhu bilik
75gm tepung kek

Bahan2 B:
4 biji putih telur
1/4 camt cream of tartar
40gm gula pasir

1/2 camt chocolate emulco - kalau tiada boleh digantikan dengan 6gm serbuk koko

cara:
  1. ayakkan tepung kek dan ketepikan
  2. Bahan2 A: pukul kuning telur, garam, esen vanila dan gula sehingga gebu
  3. masukkan minyak jagung, susu dan pukul lagi sehingga sebati
  4. perlahankan mixer dan masukkan tepung sambil dipukul sehingga rata
  5. ketepikan
  6. Bahan2 B: pukul putih telur sehingga berbuih
  7. masukkan pula cream of tartar sambil dipukul lagi
  8. kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil dipukul sehingga gebu dan adunan menjadi ringan (apabila di angkat dengan spatula adunan tidak jatuh)
  9. tuangkan 1/2 adunan Bahan2 B ke dalam adunan A sambil dikaupbalikkan sehingga sebati
  10. lakukan sehingga habis
  11. setelah itu ketepikan 1/4 adunan ke dalam mangkuk yang lain dan masukkan chocolate emulco
  12. kacaukan adunan sehingga sebati
  13. tuangkan 2 senduk adunan plain ke dalam chiffon cake tin size 18cm dan 1 senduk adunan chocolate
  14. lakukan berselang-seli sehingga habis kedua2 adunan digunakan
  15. ambil chopstick dan buatkan bulatan supaya terbentuknya marble (nie ikut seni masing2 cara untuk membuat marble)
  16. akhir sekali bakar pada suhu 175C selama 35-45 min atau sehingga masak
  17. setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

11 January 2009

Orange chiffon cake

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
4 biji kuning telur
75ml jus oren
40ml air
85ml minyak jagung
90gm gula pasir
150gm tepung hongkong atau tepung kek
3gm garam
1 camt baking powder
1/2 camt oren emulco

Bahan2 B:
5 biji putih telur
1/8 camt cream of tartar
100gm gula pasir

cara:
  1. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan garam di dalam mangkuk adunan
  2. kemudian masukkan kesemua bahan2 A dan gaulkan sebati. ketepikan
  3. pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga sebati selama 1 min
  4. masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis sambil dipukul sehingga kental (apabila diterbalikkan mangkuk adunan tidak jatuh)
  5. kaupbalikkan adunan putih telur ke dalam adunan A sehingga sebati
  6. tuangkan adunan ke dalam chiffon tin saiz 23cm dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak
  7. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  8. kemudian keluarkan dari oven dan biarkan kek betul2 sejuk barulah dipotong

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: aunty yochana

3 January 2009

Matcha chiffon cake


Bahan-bahan:
1 camb green tea powder
30ml susu segar
2 biji telur kuning
20gm gula kastor
20ml minyak sayur (vegetable oil)
40gm tepung naik sendiri (self-raising flour)

2 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
50gm gula kastor

sedikit chocolate chips untuk taburan

cara:
  1. ayakkan tepung bersama2 dengan green tea powder dan ketepikan
  2. satukan kuning telur dan 2ogm gula kastor dan pukul sehingga sebati dengan menggunakan whisker
  3. masukkan susu, minyak dan pukul sehingga rata
  4. setelah itu kaupbalikkan tepung dengan menggunakan spatula sehingga adunan sebati. ketepikan
  5. di dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan putih telur dengan cream of tartar sehingga sebati
  6. setelah itu masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak tiga kali sambil dipukul sehingga kental dan berkrim (pastikan adunan tidak jatuh walaupun di terbalikkan mangkuk)
  7. kaupbalikkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan kuning telur sebanyak 3 kali sehingga sebati
  8. kemudian tuangkan 1/3 adunan ke dalam tin chiffon cake saiz 16cm dan taburkan chocolate chips
  9. masukkan kesemua adunan ke dalam tin dan bakar pada suhu 175C selama 25-30 min atau sehingga masak
  10. setelah masak matikan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  11. keluarkan dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan kek dari tin dan bolehlah dipotong dan dihidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

27 December 2008

Milo chiffon cake


Bahan-bahan (loyang size 16cm):
Bahan2 A:
1 camb milo
20ml air panas
2 biji kuning telur
20gm gula kastor
20ml olive oil
40gm tepung naik sendiri (self raising flour) - diayak

Bahan2 B:
2 biji putih telur
1/4 camt cream of tartar
50gm gula kastor

cara:
  1. Bahan2 A: satukan milo dan air panas ke dalam cawan dan kacau sehingga milo betul2 larut. ketepikan dan biarkan sejuk pada suhu bilik
  2. masukkan kuning telur dan gula kastor ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga gula betul2 larut
  3. kemudian masukkan milo dan minyak, kacaukan sehingga sebati
  4. masukkan tepung ke dalam adunan dan kaupbalikkan sehingga rata. ketepikan
  5. Bahan2 B: di dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan putih telur dengan cream of tartar sehingga sebati dan berbuih
  6. setelah itu masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali dan pukul sehingga menjadi krim
  7. kaupbalikkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan Bahan2 A sebanyak 3 kali sehingga sebati
  8. tuangkan ke dalam acuan chiffon cake yang bersaiz 16cm dan bakar pada suhu 170C selama 25-30min atau sehingga masak
  9. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min. tujuannya supaya kek tidak akan mendap setelah dikeluarkan dari oven
  10. kemudian keluarkan kek dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

20 December 2008

Chocolate & nut chiffon cake

Bahan-bahan:
110gm putih telur
55gm gula kastor
5gm tepung jagung

40gm kuning telur
36gm air
36gm minyak sayur/ganola oil
9gm serbuk koko
42gm tepung gandum
10gm gula kastor

60gm chocolate bar - dicincang

15gm walnut - dicincang
15gm almond - dicincang
3gm pistachio nut - dicincang

cara:
  1. dengan menggunakan electric mixer pukul putih telur sehingga kembang
  2. kemudian masukkan gula (55gm) sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga kental
  3. setelah itu barulah dimasukkan tepung jagung. pukul cukup sekadar sebati. ketepikan
  4. di dalam mangkuk adunan yang lain satukan bahan2 B dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga sebati
  5. kemudian masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan bahan2 B. kaupbalikkan sehingga rata
  6. masukkan lagi 1/2 adunan putih telur dan ulangi sehingga habis. kaubalikkan adunan sehingga rata
  7. kemudian masukkan cokelat yang telah dicincang ke dalam adunan. cukup sekadar dikacau sehingga sebati tetapi jangan diputar
  8. tuangkan adunan ke dalam chiffon tin bersaiz 18cm
  9. akhir sekali barulah ditaburkan kesemua kacang yang telah dicincang dan bakar pada suhu 170C selama 40 min atau sehingga masak
  10. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  11. kemudian barulah dikeluarkan dan biarkan kek betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin dan potong

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

16 December 2008

Pandan coconut chiffon cake


Bahan-bahan:
Bahan2 A:
110gm (3 biji) putih telur
55gm gula kastor
5gm tepung jagung

Bahan2 B:
40gm (2 biji) kuning telur
50gm santan + 1 camt pandan emulco - dikacau rata (kalau nak letak pandan paste pun boleh untuk menaikkan lagi warna hijau)
36gm minyak sayur/ganola oil
55gm tepung gandum
10gm gula kastor
24gm dessicated coconut (kelapa kering)

cara:
  1. dengan menggunakan electric mixer pukul putih telur sehingga kembang
  2. kemudian masukkan gula (55gm) sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga kental
  3. setelah itu barulah dimasukkan tepung jagung. pukul cukup sekadar sebati. ketepikan
  4. di dalam mangkuk adunan yang lain satukan bahan2 B dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga sebati
  5. kemudian masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan bahan2 B. kaupbalikkan sehingga rata
  6. masukkan lagi 1/2 adunan putih telur dan ulangi sehingga habis. kaubalikkan adunan sehingga rata
  7. akhir sekali barulah dimasukkan dessicated coconut ke dalam adunan. cukup sekadar dikacau sehingga sebati tetapi jangan diputar
  8. tuangkan adunan ke dalam chiffon tin bersaiz 18cm atau 17cm dan bakar pada suhu 160C selama 40 min atau sehingga masak
  9. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  10. kemudian barulah dikeluarkan dan biarkan kek betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin dan potong

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

26 October 2008

Pandan chiffon cake resepi III



Bahan-bahan:
Bahan2 A (diayak sebanyak 3 kali, ketepikan):
150gm tepung kek
1 camt baking powder

Bahan2 B:
4 biji kuning telur
70gm gula kastor
1/4 camt garam

Bahan2 C:
85ml minyak jagung/canola
115ml jus pandan - blend 10 helai daun pandan bersama2 dengan 150ml air masak & perahkan menggunakan saputangan kecil supaya habuk2 daun pandan tadi tidak akan bercampur dengan jus pandan

Bahan2 D:
4 biji putih telur
70gm gula kastor
1/2 camt cream of tartar

cara:
  1. satukan bahan2 B dan pukul dengan mixer
  2. tuangkan minyak jagung/canola dan teruskan memukul sehingga kembang
  3. masukkan jus pandan dan teruskan memukul sehingga sebati
  4. boleh ditambahkan pewarna hijau jika suka untuk menaikkan lagi warnanya
  5. setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan menggunakan spatula sehingga adunan sebati dan tidak lagi nampak tepung ( jangan terlebih kacau adunan cukup sekadar ianya sebati)
  6. ketepikan adunan
  7. di dalam mixing bowl yang lain pukulkan putih telur sehingga kembang dengan kelajuan yang tinggi
  8. masukkan cream of tartar dan pukul lagi
  9. kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga adunan kental dan tidak tumpah jika diterbalikkan mixing bowl (jangan putar terlalu lama)
  10. masukkan separuh adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur tadi dan kaupbalikkan adunan dengan menggunakan spatula
  11. lakukan proses ini sehingga habis adunan putih telur (jangan risau jika adunan kelihatan lumpy atau berketul2 kerana ini akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga)
  12. kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati
  13. tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon (size 20cm) dan bakar selama 35-40 min
  14. jangan digris atau dilapikkan kertas minyak pada acuan chiffon, cukup sekadar dilapkan dengan kain bersih. dasar dan keseluruhan acuan chiffon yang tidak bergris akan membantu memegang kek yang di dalam proses mengembang-naik
  15. setelah kek masak segera keluarkan dari oven. jika bimbang kek akan mendap, cepat2 terbalikkan dengan segera

note: pada sapa2 yang tinggal di UK jika tiada tepung kek boleh guna tepung Supreme Sponge Premium brand McDougalls dan boleh dibeli di Tesco, Morrison, Sainsbury

source: irene chia & k.rinnchan (cara telah diubahsuai)

14 August 2008

Earl grey chiffon cake


Bahan-bahan:
Bahan2 A:
1 camb serbuk earl grey tea
100gm tepung kek
1 1/2 camt baking powder
1/2 camt garam
3 biji kuning telur
40gm gula kastor
50ml vegetable oil
75ml air

Bahan2 B:
3 biji putih telur
40gm gula kastor

cara:

1. griskan chiffon tin atau bundt tin dan taburkan dengan sedikit tepung. ratakan keseluruhannya supaya kek tidak melekat bila dikeluarkan. ketepikan
2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan garam. ketepikan
3. asingkan telur putih dan kuning, ketepikan
4. masukkan kuning telur di dalam mixing bowl dan pukulkan dengan whisk sehingga gebu dan kembang. kemudian masukkan sedikit demi sedikit (3 kali) gula sambil dipukul rata
5. kemudian masukkan pula minyak dan pukul lagi sehingga rata. setelah itu masukkan air dan pukul lagi
6. masukkan tepung sambil dipukul supaya adunan menjadi sebati. kemudian masukkan pula serbuk teh, kacau rata
7. di dalam mixing bowl yang lain pukul putih telur dengan menggunakan electric mixer sehingga kembang sambil di masukkan gula sedikit demi sedikit (3 kali). pukul sehingga gebu
8. dengan menggunakan spatula kaupbalikkan adunan putih telur (sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali) ke dalam adunan kuning telur sehingga sebati
9. kemudian tuangkan adunan ke dalam tin dan bakar pada suhu 170C selama 45-50min atau sehingga masak
10. keluarkan dari oven dan tunggu sehingga kek betul2 sejuk barulah boleh dipotong

note: selain dari earl grey boleh jugak guna perasa lain
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin