Pages

31 March 2009

Apam seri ayu

Bahan-bahan:
3 biji telur
240gm gula pasir
240ml santan atau susu segar
1 camb jus pandan atau pandan emulco
270gm tepung gandum
1 camt ovalette

1 camb tepung kanji/ubi
1/2 biji kelapa parut - ambil putih sahaja
garam

cara:
  1. sapukan sedikit minyak pada acuan dan ketepikan
  2. gaulkan kelapa, garam dan tepung kanji sehingga rata. ketepikan
  3. panaskan kukus dengan api sederhana panas sementara menyediakan adunan
  4. pukul telur dan gula sehingga kembang dan ringan (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh)
  5. masukkan santan/susu segar, ovalette dan tepung gandum sambil dipukul lagi sehingga rata
  6. cara memasak apam: ambil sedikit kelapa tadi dan tekankan ke dalam acuan sehingga padat
  7. tuangkan adunan ke atas kelapa tadi
  8. kukuskan selama 15 min
  9. angkat dan hidangkan

source: kak hanieliza

Ayam masak cili kering bergajus

Bahan-bahan:
1/2kg ayam - dipotong kecil

Bahan2 A:
4 sudu teh tepung jagung
1 biji telur
serbuk lada sulah dan garam secukupnya
serbuk perasa - optional
gula secukupnya
minyak bijan

Bahan2 B:
3 tangkai cili kering - dipotong kecil
1cm halia - dimayang
1 labu bawang besar - dipotong dadu

Bahan2 C:
1 cawan air
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cuka
1 sudu makan kicap cair
garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya
sedikit stok ayam
gajus - toasted

cara:
  1. satukan semua bahan2 A ke dalam mangkuk dan perapkan ayam sebentar
  2. kemudian goreng ayam sehingga masak dan ketepikan
  3. panaskan minyak
  4. tumiskan bahan2 B sehingga wangi
  5. masukkan pula bahan2 C kecuali gajus dan kacaukan sebati
  6. setelah itu masukkan ayam goreng tadi dan gaulkan sebentar
  7. akhir sekali masukkan gajus dan gaulkan rata
  8. angkat dan hidangkan

source: baby batriesya

29 March 2009

Buttermilk sesame buns

Bahan-bahan (16 biji):
500gm tepung roti
1 1/2 camt garam
3 camb madu
1/2 cawan air suam
1 cawan buttermilk - pada suhu bilik
20gm mentega cair
2 camt instant yeast

sesame seeds secukupnya - untuk taburan atas roti

cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam breadmachine dan tekankan untuk setting doh
  2. tunggu sehingga siap
  3. keluarkan dan letakkan atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  5. bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 15 min
  6. setelah itu bahagikan doh kepada 16 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
  7. bentukkan doh menjadi bulat dan susunkan ke atas baking tray yang telah digris terlebih dahulu
  8. biarkan doh naik sekali lagi selama 45-60 min
  9. setelah itu spraykan permukaan doh dengan air atau sapukan dengan sedikit telur yang telah dipukul sedikit
  10. kemudian taburkan dengan sesame seeds
  11. bakar pada suhu 180C selama 18-20 min atau sehingga masak dan keperangan
  12. keluarkan dari oven dan biarkan sejuk

note: roti nie boleh dijadikan sebagai roti burger

source: florence

28 March 2009

Nasi goreng telur asin

Bahan-bahan:
4 cawan nasi sejuk
200gm isi ayam - dipotong dadu/kecil
3 biji telur
1 biji telur asin - dilenyekkan dengan sudu
2 sudu besar kicap
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Bahan2 tumbuk:
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi - kalau suka pedas boleh lebihkan
1 sudu besar udang kering - direndamkan sekejap

cara:
  1. panaskan minyak dan goreng telur secara scramble. angkat dan ketepikan
  2. panaskan lagi minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk sehingga garing dan wangi
  3. masukkan isi ayam dan kacau sehingga sebati
  4. biarkan isi ayam empuk
  5. setelah itu masukkan telur asin, kicap, garam, serbuk lada hitam, telur goreng dan nasi
  6. gaulkan semuanya sehingga rata
  7. angkat dan hidangkan

24 March 2009

Mee kari special

Bahan-bahan:
1kg mee kuning - dicelur
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
5 sudu besar rempah kari ayam - dicampurkan dengan sedikit air panas supaya menjadi pes
2 sudu besar serbuk cili atau cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1.5 - 2 liter santan
100gm fish ball - dibelah 2
2 keping fish cake - dihiris
5 keping tahu kering - dihiris
200gm kerang atau mussel - direbus
2 keping asam keping
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 hiasan:
sawi secukupnya - dipotong dan dicelur
taugeh secukupnya - celur atau tidak bergantung pada selera masing2
4 tangkai cili merah - dihiris
4 tangkai cili hijau - dihiris
bawang goreng secukupnya
limau kasturi secukupnya - dibelah 2

Bahan2 tumis:
2 batang serai - diketuk
5 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
2cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan2 kisar:
2.5cm halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:
  • panaskan minyak
  • masukkan bahan2 tumis dan goreng sehingga garing dan wangi
  • kemudian masukkan bahan2 kisar, pes serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit
  • kacau sehingga sebati dan pecah minyak (pastikan sampai pecah minyak dan garing barulah sedap)
  • masukkan santan, ayam dan asam keping
  • biarkan sehingga ayam empuk dan kuah pecah minyak barulah dimasukkan fish ball, fish cake, tahu kering, kerang dan garam secukup rasa
  • biarkan kuah mendidih seketika barulah di matikan api oven
  • cara menghidang mee: masukkan mee di dalam mangkuk dan bahan2 hiasan. kemudian tuangkan kuah kari di atasnya
  • hidangkan panas2

note: sedap dan highly recommended

source: noormasri

Kek lapis batik sutera

Bahan-bahan:
450gm mentega
250gm gula kastor
10 biji telur
170gm seri kaya
397gm susu pekat (condensed milk)
100gm horlicks powder
1 camt esen vanila
200gm tepung gandum atau tepung hongkong

cara:
  • griskan pada dasar dan sekeliling loyang 8"x 8"
  • kemudian alaskan dengan kertas minyak (parchment paper) dan griskan lagi (jika menggunakan loyang non-stick hanya perlu griskan sahaja tidak perlu alaskan dengan kertas minyak
  • ketepikan
  • pukul mentega dengan gula sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh)
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga habis telur digunakan
  • kemudian masukkan seri kaya, susu manis, horlicks dan esen vanila
  • pukul lagi sehingga rata
  • setelah itu kaupbalikkan tepung sehingga rata atau boleh jugak dipukul sehingga rata
  • cara membuat design kek bergantung pada kreativiti masing2
  • 6 senduk lapisan plain + 10 senduk lapisan warna + 6 senduk lapisan plain + 10 senduk lapisan warna + 6 senduk lapisan plain (1 lapis kek gunakan 2 senduk adunan)
  • 20 senduk lapisan warna tadi dibahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap satu ikut suka masing2
  • manakala 18 senduk adunan plain tadi dibahagikan kepada 3 mangkuk dengan 6 senduk setiap satu mangkuk
  • panaskan oven dengan menggunakan grill mode pada suhu 200-220C bergantung pada oven masing2
  • mula2 letakkan 2 senduk lapisan plain dan bakar selama 5-6 min atau sehingga keperangan
  • buat lagi untuk lapisan kedua dan ketiga dengan menggunakan lapisan plain
  • setelah itu letakkan 2 sudu lapisan warna dan bakar lagi dan lakukan sehingga 5 warna/lapis digunakan (10 senduk kesemuanya)
  • kemudian bakar lagi dengan menggunakan lapisan plain sehingga 3 lapis (6 senduk)
  • ulangi step 15 dan 16
  • akhir sekali mestilah 3 lapisan adunan plain
  • selepas habis membakar lapisan terakhir tukarkan oven kepada baking mode 150C dan bakar lagi selama 10 min supaya kek lebih tahan lama

note: gambar hanya menggunakan separuh adunan sahaja

source: bro rozzan

22 March 2009

Soto resepi I

Bahan-bahan (5-6 orang):
1/2 ekor (900gm) ayam - dipotong dua
1 sudu besar rempah serbuk sup
9-10 cawan air atau 2.5 liter air
garam secukupnya

nasi impit secukupnya
kacang goreng secukupnya
taugeh secukupnya
suhun goreng secukupnya
daun bawang - dihiris
daun sup - dihiris
bawang goreng secukupnya

Bahan2 penumis:
3cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Bahan2 kisar:
4-5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
1cm lengkuas
1 batang serai
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu kecil lada sulah
2 biji buah keras

Bahan2 sambal kicap:
10 biji cili padi
7 sudu besar kicap manis
1 ulas bawang putih

Bahan2 untuk pegedil - lihat resepi disini

cara:
  1. panaskan minyak
  2. tumis bahan2 penumis sehingga wangi
  3. kemudian masukkan bahan2 kisar dan serbuk sup
  4. goreng sehingga wangi dan garing
  5. masukkan air, ayam dan garam secukup rasa
  6. masak dengan api yang sederhana sehingga ayam empuk
  7. setelah ayam masak keluarkan dan toskan
  8. ambil isinya dan siat2kan dan ketepikan
  9. masukkan semula tulang ke dalam sup tadi
  10. cara membuat sambal kicap: blend semua bahan sehingga halus
  11. cara menghidang: potong nasi impit dan masukkan ke dalam mangkuk
  12. masukkan suhun, taugeh, isi ayam, pegedil, kacang goreng, bawang goreng, daun sup, daun bawang dan sambal kicap
  13. tuangkan kuah sup dan hidangkan

source: noormasri

Jemput-jemput roti

Bahan-bahan:
14 keping roti - koyak2kan menjadi kepingan kecil
80gm isi ayam - dipotong dadu kecil
80gm udang - dicincang/dihiris
1 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji telur - dipukul sedikit
1 labu bawang besar - dipotong dadu
2 biji cili merah - dihiris halus
50gm jagung dalam tin
sedikit daun sup/bawang - dihiris
2 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
8-10 sudu besar tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara:
  1. masukkan roti tadi ke dalam mangkuk adunan
  2. tuangkan air dan susu dan biarkan sebentar sehingga air/susu meresap ke dalam roti
  3. masukkan telur, isi ayam, udang, cili merah, bawang, jagung dan daun sup/bawang
  4. gaulkan sebati
  5. akhir sekali masukkan serbuk lada sulah, garam secukupnya dan tepung jagung
  6. gaulkan rata
  7. jika adunan cair bolehlah ditambahkan lagi roti atau tepung jagung (adunan janganlah terlalu cair atau terlalu keras)
  8. panaskan minyak dan gorengkan adunan seperti menggoreng jemput2
  9. angkat dan hidangkan dengan sos cili

note: sesuai sebagai hidangan pagi atau petang

source: bro rozzan

17 March 2009

Apam indon

Bahan-bahan:
5 biji telur
1 camt ovalette
1/2 camt esen vanila
300gm tepung gandum
300gm gula kastor
250ml santan atau susu segar
1/2 camt baking powder
secubit garam
3 jenis pewarna

cara:
  • alaskan kertas minyak (greaseproof paper) ke dalam loyang dan ketepikan (tin tidak perlu digris)
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking power dan ketepikan
  • masukkan garam ke dalam santan dan kacau rata. jika menggunakan susu segar garam tadi bolehlah diayakkan bersama2 dengan tepung dan baking powder
  • pukul telur bersama2 dengan ovalette sehingga gebu dan kembang
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi
  • perlahankan mixer
  • masukkan tepung berselang-seli dengan santan/susu sambil dipukul sehingga rata
  • kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian dengan setiap satu di titikkan dengan satu perwarna sambil dikacau rata
  • setelah tuangkan satu pewarna ke dalam loyang sambil diratakan dan kukus selama 10 min atau sehingga permukaan atas apam tidak melekat
  • pastikan kukus telah dipanaskan dan lapikkan penutup kukus dengan kain atau dengan aluminium foil
  • tuangkan satu lagi adunan dengan warna lain dan kukus lagi
  • lakukan sehingga habis ketiga2 adunan digunakan dan untuk lapisan terakhir kukuskan selama 25-30 min dengan kepanasan sederhana
  • jika rajin bolehlah dibuat berlapis2 seperti kek lapis

source: maklang (ubah sedikit)

15 March 2009

Nasi tomato berlauk

Bahan-bahan:
1kg ayam - dipotong kecil
1 sudu besar kicap cair
3 cawan beras basmathi
3 cawan air - kandungan air bergantung pada jenis beras
3/4 cawan susu cair
1 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar rempah kari daging/ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji buah tomato - dicincang atau dipotong dadu kecil
2 sudu besar tomato puree
1/2 cawan kacang peas
2 sudu besar kismis
2 tangkai daun pudina - dihiris 2cm
3 tangkai daun ketumbar - dihiris 2cm
garam secukup rasa
bawang goreng - sebagai taburan

Bahan2 tumis:
3 sudu besar minyak sapi atau marjerin
6 biji bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2cm halia - dimayang
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan

cara:
  1. lumurkan ayam dengan sedikit garam dan kicap cair
  2. kemudian panggangkan di dalam oven sehingga masak (suhu dan masa bergantung pada oven masing2 lihat pada manual)
  3. setelah ayam masak ketepikan
  4. setelah itu panaskan minyak sapi atau marjerin di dalam periuk
  5. masukkan bawang merah, bawang putih dan halia
  6. goreng sehingga wangi dan garing
  7. kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan
  8. kacau sebentar
  9. masukkan rempah kari, rempah kurma, serbuk lada sulah dan kacau rata
  10. setelah itu masukkan air, susu cair, garam, buah tomato dan tomato puree
  11. kacau lagi dan bila mengelegak barulah dimasukkan beras
  12. kacau sehingga sebati (bolehlah di ubahkan ke dalam rice cooker jika suka dan masak seperti biasa) dan masak nasi seperti biasa
  13. apabila nasi hampir2 masak bolehlah dimasukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis, kacang peas dan ayam
  14. tutupkan semula periuk dan biarkan nasi sehingga masak
  15. setelah itu bolehlah digaulkan nasi perlahan2 sehingga rata
  16. bolehlah diangkat dan ditaburkan dengan sedikit bawang goreng
  17. hidangkan bersama2 dengan dalca dan lauk pauk yang lain

source: noormasri

14 March 2009

Bun pandan berkismis


Bahan-bahan (12 biji):
300gm tepung roti
2 camt instant yeast
45gm gula pasir
1/2 camt bread improver - optional
1/2 camt garam
1/2 camt pandan emulco atau pandan paste
1/2 camb susu tepung
1/2 biji telur
20gm unsalted butter
60ml susu segar
105ml air
100gm kismis - boleh digantikan dengan chocolate chips jika suka

sedikit olive oil - untuk sapuan

cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting doh
  2. tunggu sehingga siap lebih kurang 1 jam 30 min
  3. selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah di taburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  5. kemudian bentukkan doh supaya menjadi bulat yang besar
  6. rehatkan sekejap selama 15 min
  7. selepas itu potong2kan doh kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
  8. bentukkan setiap doh menjadi bulat yang kecil
  9. dan susunkan ke atas baking tray atau susunkan ke dalam tin kek dan jarakkan di antara satu doh selebar 1 jari atau boleh jugak di susunkan ke atas muffin cup (cara bergantung pada selera masing2)
  10. kemudian biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45 min atau 1 jam
  11. pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah disimpan di dalam oven dan diapitkan dengan dua cawan air panas dan tutupkan pintu oven tanpa perlu ON kan
  12. setelah itu bolehlah dibakar pada suhu 175C selama 25 min atau sehingga masak dan keperangan
  13. keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil di atas permukaan roti tadi supaya ianya kekal lembut

note: cara2 membuat roti yang membezakannya ialah jika diuli dengan tangan atau menggunakan bread machine. yang paling penting apabila membuat roti ialah sewaktu penaikan doh. saya lebih suka menggunakan unsalted butter kerana texture roti lebih cantik. penggunaan bread improver adalah untuk melembutkan lagi roti tetapi jika tiada texture roti tetap lembut. harap tips ini berguna kepada sesiapa yang gemar membuat homemade bread

11 March 2009

Tiramisu resepi II

Bahan-bahan:
250gm cream cheese (philadelphia)
250gm whipping cream
100gm gula pasir
1 camt esen vanila
1-2 camb serbuk koko atau serbuk kopi - optional
chocolate swissroll atau savoiardi ladyfingers
serbuk koko secukupnya - untuk taburan

cara:
  1. pukul cream cheese dan 50gm gula sehingga gebu. ketepikan
  2. selepas itu pukul pula whipping cream dan 50gm gula sehingga gebu
  3. setelah itu satukan kedua2nya dan gaulkan sebati
  4. masukkan esen vanila dan 1-2 camb serbuk koko (kalau digunakan). gaulkan rata
  5. cara untuk menyediakan: kalau menggunakan swissroll potongkan mengikut berapa besar mangkuk yang digunakan dan susunkan. jika menggunakan ladyfingers aturkan ke dalam mangkuk
  6. taburkan sedikit serbuk koko di atasnya
  7. selepas itu tuangkan campuran adunan cream cheese tadi dan ratakan
  8. susunkan lagi swissroll atau ladyfingers, taburkan serbuk koko dan tuangkan adunan cream cheese
  9. lakukan sehingga habis dan simpankan semalaman di dalam fridge
  10. apabila sudah betul2 sejuk barulah ditaburkan dengan serbuk koko
  11. potong dan hidangkan

source: cikgu sue/maklang/D

Custard Bun

Bahan-bahan (9 biji):
Bahan2 untuk custard:
2 biji telur kuning
20gm gula pasir
30gm tepung roti
130gm susu segar

Bahan2 untuk doh:
250gm tepung roti
30gm gula pasir
1/2 camt garam
1 camt instant yeast
15gm tepung susu
25gm unsalted butter
100gm air

cara:
  1. cara membuat custard: satukan telur kuning dan tepung roti di dalam mangkuk. gaulkan sehingga sebati. tambahkan satu camb susu segar jika adunan kering dan keras sedikit
  2. satukan susu dan gula di dalam mangkuk tahan panas dan masak sehingga gula larut tetapi jangan sampai mendidih
  3. kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk yang berisi adunan kuning telur. kacau sehingga adunan sebati
  4. selepas itu tuangkan semula ke dalam mangkuk tahan panas tadi dan masak sehingga adunan pekat sambil dikacau selalu
  5. setelah siap tutupkan dengan cling film dan simpan di dalam fridge selama 1 jam
  6. cara untuk membuat doh: masukkan semua bahan bersama separuh custard (pastikan ianya berada pada suhu bilik) tadi ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting doh
  7. tunggu sehingga siap lebih kurang 1 jam 30 min
  8. selepas siap keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  9. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  10. kemudian bentukkan doh tadi menjadi bentuk bola dan biarkan rehat selama 15 min
  11. bahagikan doh kepada 9 biji dengan setiap satu seberat 55gm dan bentukkan setiap satu menjadi bola
  12. setelah itu susunkan ke dalam tin yang telah digris terlebih dahulu dan biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45min ke 1 jam
  13. pada yang berada dinegara 4 musim bolehlah dimasukkan tin tadi ke dalam oven tanpa ON kan dan masukkan 2 cawan air panas. letakkan dikiri kanan tin tadi dan tutupkan pintu oven dan tunggu sehingga doh naik
  14. pipekan separuh lagi custard tadi ke atas doh tadi dan bakar pada suhu 190C selama 25 min atau sehingga masak dan keperangan

source: kitchen corner

9 March 2009

Sambal ikan

Bahan-bahan:
6 ekor ikan kembung
2 keping asam keping/gelugur
8 tangkai cili kering - dikisar
garam dan gula secukup rasa


Bahan2 tumbuk:
sedikit belacan
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah

cara:
  1. ikan kembung dilumur dengan kunyit serbuk dan garam
  2. goreng sehingga garing
  3. angkat dan ketepikan
  4. panaskan minyak tumiskan bahan2 tumbuk sehingga naik bau
  5. kemudian masukkan cili kisar dan asam keping
  6. gaulkan rata
  7. bubuhkan garam dan gula secukup rasa
  8. tumis sehingga pecah minyak
  9. masukkan ikan goreng tadi dan gaulkan rata
  10. angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain

7 March 2009

Kek lapis dwi-berry


Bahan-bahan:
450gm mentega
160gm gula pasir
1/2 camb ovalette

10 biji telur - saiz besar
200gm susu pekat manis (condensed milk)

300gm tepung hongkong (kalau tak ada tepung gandum pun boleh)
100gm horlicks powder
80gm jem strawberry + sedikit pewarna merah (untuk dapatkan warna)
80gm jem blueberry + sedikit pewarna biru (untuk dapatkan warna)
50gm keju - parut (optional)

cara:
  • griskan tin cake yang bersaiz 4 segi 9x9 dan alaskan dengan kertas minyak
  • ketepikan
  • pukul mentega, gula dan ovalette di dalam mangkuk adunan sehinga kembang
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga habis telur digunakan
  • setelah itu perlahankan speed mixer dan masukkan susu pekat sambil dipukul lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan tepung hongkong dan horlick berselang-seli sambil dipukul dengan kelajuan yang rendah sehingga adunan rata
  • selepas itu ketepikan 12 senduk adunan ke dalam mangkuk yang lain (dijadikan sebagai adunan plain)
  • lebihan adunan dibahagikan kepada dua bahagian
  • satu bahagian dimasukkan dengan jem strawberry dan pewarna merah
  • kacau sehingga rata
  • satu bahagian lagi dimasukkan dengan jem blueberry dan pewarna biru
  • kacau sehingga rata
  • mula2 bakarkan 3 lapisan plain yang pertama dengan setiap lapisan dibubuhkan 2 senduk adunan dan ratakan dipermukaan tin kek
  • taburkan sedikit parutan cheese untuk setiap lapisan kek
  • bakar pada grill mode (200-230C) atau baking mode (180C) selama 5-7 min atau sehingga keperangan
  • selepas satu lapisan kek masak keluarkan dari oven dan tekan2 kek tadi dengan menggunakan belakang sudu supaya mengeluarkan angin
  • selepas 3 lapisan kek plain masak bolehlah dimasukkan 2 senduk adunan strawberry dan bakar lagi dan diselang-selikan dengan adunan blueberry (2 senduk adunan strawberry - 2 senduk adunan blueberry - 2 senduk adunan strawberry - 2 senduk adunan bluberry) sehingga habis semua adunan digunakan
  • akhir sekali bakar lagi 3 lapisan adunan plain
  • untuk lapisan terakhir bakar pada suhu biasa pada 180C selama 10-15 min supaya kek tahan lebih lama (ini jika bakar menggunakan grill mode)

source: bro rozzan (cara diubah sedikit mengikut cara sendiri)

5 March 2009

Stew tulang

Bahan-bahan:
700gm tulang rusuk
400gm ubi kentang - dipotong dadu
1 batang karot - dipotong dadu/bulat
2 batang celery - dipotong pendek
5 biji buah tomato - dipotong dadu
10 biji cendawan butang - dibelah 4
1 bungkus/bunjut rempah sup tulang
1 labu bawang besar - dihiris bulat
3cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu besar lada hitam
garam secukupnya
air secukupnya

daun sup - diracik

cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam slow-cooker (kalau ada) dan setkan pada setting low
  2. pada yang tiada slow cooker bolehlah dimasukkan semua bahan ke dalam periuk dan rebuskan tulang sehingga lembut lebih kurang 3-4 jam lamanya dengan api yang sederhana panas
  3. apabila tulang sudah lembut keluarkan separuh ubi kentang yang direbus bersama2 dengan tulang dan lecekkan
  4. kemudian masukkan semula ke dalam periuk supaya kuah menjadi agak pekat sedikit
  5. setelah masak tutupkan api
  6. masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan dengan sedikit daun sup
  7. hidangkan bersama2 dengan sambal belacan, nasi putih, roti arab dan sebagainya

note: senang dan sedap

source: k.hanieliza (cara diubah sedikit)

3 March 2009

Vanilla peppermint cupcakes

Bahan-bahan (10 biji bergantung pada size muffin cases):
170gm tepung gandum (all purpose flour)
1 camt baking powder
1/4 camt garam
1/2 cawan susu segar - pada suhu bilik
1 camt esen vanila
1 camt esen peppermint
115gm unsalted butter - pada suhu bilik
225gm gula pasir
1 biji telur - pada suhu bilik
2 biji telur putih - pada suhu bilik

cara:
  1. susunkan muffin cases ke dalam muffin pan dan ketepikan
  2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan garam. ketepikan
  3. satukan susu, esen vanila dan esen peppermint. ketepikan
  4. pukul mentega sehingga gebu dan ringan (apabila dikaup dengan spatula adunan tidak jatuh)
  5. masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi
  6. perlahankan mixer dan masukkan telur, putih telur sambil dipukul sehingga sebati
  7. masukkan pula adunan campuran susu dan pukul lagi
  8. setelah itu masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga sebati
  9. sudukan 3/4 adunan ke dalam muffin cases yang telah disediakan tadi
  10. kemudian bakar pada suhu 175-180C selama 20-25 min atau sehingga masak

source: oprah.com

Ayam masak serai

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil atau ikut suka masing2
6 batang serai - dititik sehingga pecah bawahnya (kalau tidak nanti serai lambat kering)
2 keping asam keping/gelugor
garam dan kunyit secukupnya

Bahan2 kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering

cara:
  1. ayam dilumur dengan garam dan kunyit
  2. goreng separuh masak
  3. angkat dan toskan minyaknya
  4. ketepikan
  5. tumiskan bahan2 kisar sehingga agak garing
  6. masukkan ayam tadi bersama dengan asam keping dan serai
  7. goreng sehingga serai menjadi kering
  8. sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk dimakan
  9. setelah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama2 dengan nasi putih bersama dengan lauk pauk yang lain

note: ayam jangan dipotong terlalu besar nanti bahan2 kuah dan serai tidak meresap bersama2 dengan ayam

source: mak lang

1 March 2009

Pai tee



Bahan-bahan (lebih kurang 25 biji):
1/2 cawan (75gm) tepung beras
125ml air
2 camb telur
1/2 camt air kapur
1/2 camt garam

Inti - lihat resepi disini

cara:
  1. satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan dan gaulkan sebati
  2. panaskan minyak yang banyak (mesti terendam acuan pai tee) dengan api yang sederhana panas
  3. celupkan acuan pai tee sekejap ke dalam minyak panas tadi
  4. kemudian celupkan ke dalam adunan tetapi jangan sampai celup sehingga penuh cukup sekadar 3/4 (pastikan bahagian bawah pun tercelup sama)
  5. masukkan ke dalam kuali panas tadi dan biarkan seketika sehingga kulit pai tee keras sedikit
  6. kemudian tolakkan kulit perlahan2 dengan garpu sehingga terjatuh ke dalam minyak panas tadi
  7. balik2kan sekali-sekala sehingga kekuningan dan barulah diangkat dan ditoskan di atas kitchen towel
  8. lakukan sehingga habis adunan digunakan
  9. bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara sementara menunggu inti siap
  10. isikan kulit pai tee tadi dengan inti dan bolehlah dimakan bersama2 dengan sos

source: zaliana

Ayam goreng rempah

Bahan-bahan:
12 - 15 keping kepak ayam (mid wing)

Bahan2 A:
1 camb serbuk kunyit
2 camb serbuk ketumbar
1/2 camt serbuk jintan putih
garam secukup rasa

Bahan2 B:
1 camb cili kisar
1 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang
1 camt sos ikan
3 camb air - boleh tambahkan kalau nak lebih kuah
1 batang karot - dipotong bulat atau ikut suka masing2
1 biji timun - dibuang empulur dan dipotong kiub
daun bawang - dihiris
gula dan garam secukup rasa

cara:
  • perapkan ayam bersama2 dengan bahan2 A selama 40 min
  • kemudian gorengkan setengah masak, angkat dan ketepikan
  • panaskan kuali dan tumiskan kedua2 bawang sehingga wangi
  • kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing
  • masukkan gula dan gaul lagi
  • bubuhkan sos ikan, air dan ayam yang digoreng tadi
  • gaulkan sebati
  • masukkan karot dan timun
  • perasakan dengan garam
  • masak sehingga karot lembut dan ayam masak
  • taburkan daun bawang dan tutupkan api oven
  • bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi putih

source: k.nis

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin