Pages

1 March 2009

Ayam goreng rempah

Bahan-bahan:
12 - 15 keping kepak ayam (mid wing)

Bahan2 A:
1 camb serbuk kunyit
2 camb serbuk ketumbar
1/2 camt serbuk jintan putih
garam secukup rasa

Bahan2 B:
1 camb cili kisar
1 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang
1 camt sos ikan
3 camb air - boleh tambahkan kalau nak lebih kuah
1 batang karot - dipotong bulat atau ikut suka masing2
1 biji timun - dibuang empulur dan dipotong kiub
daun bawang - dihiris
gula dan garam secukup rasa

cara:
  • perapkan ayam bersama2 dengan bahan2 A selama 40 min
  • kemudian gorengkan setengah masak, angkat dan ketepikan
  • panaskan kuali dan tumiskan kedua2 bawang sehingga wangi
  • kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing
  • masukkan gula dan gaul lagi
  • bubuhkan sos ikan, air dan ayam yang digoreng tadi
  • gaulkan sebati
  • masukkan karot dan timun
  • perasakan dengan garam
  • masak sehingga karot lembut dan ayam masak
  • taburkan daun bawang dan tutupkan api oven
  • bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi putih

source: k.nis

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin