Pages

30 June 2007

Iced nestlo de coco


Bahan-bahan (2 gelas):
60ml susu segar
30ml sirap gula
2 sudu teh serbuk nescafe
2 susu teh milo
Krim
Ais

cara:
  • masukkan susu ke dlm pengisar dan kisar seketika
  • kemudian masukkan serbuk nescafe, milo dan sirap gula
  • campurkan kiub ais dan kisar lagi
  • kemudian masukkan adunan minuman ke dlm gelas dan letakkan krim diatasnya
  • sedia dihidangkan

source: majalah rasa

Pandan layered cake

Bahan-bahan (Saiz kek (8 x 8 x 3)inci):
bahan untuk kek:
5 biji telur Gred A
160 g gula
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 g minyak jagung
15 g ovallate
1 camca teh paste pandan
2 camca besar susu segar/cair

bahan untuk kastard:

1050 g santan - boleh campurkan dengan susu atau air dan boleh dikurangkan
225 g gula
10 g serbuk jelly
1 camca teh paste pandan
100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
Secubit garam

cara:
  • UNTUK KEK: Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan
  • pukul hingga kembang dan gebu
  • perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis
  • masukkan juga susu
  • gaul rata
  • masukkan minyak jagung dan gaul rata
  • tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas
  • sapukan juga permukaan kertas dgn mentega
  • bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit
  • bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan
  • kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci
  • kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping
  • UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas
  • masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan whisk, kacau hingga pekat dan berkilat
  • mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek
  • UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci
  • tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan
  • lapiskan dgn sekeping kek
  • tekan sedikit
  • tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek
  • ratakan biar memenuhi bhg yg kosong
  • lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek
  • isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard
  • kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam
  • keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering
  • bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah
  • ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek

note: gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan

source: mat gebu

Strawberry cheese tart


29 June 2007

Pasta goreng

Bahan-bahan (5-6 org):
50 g pasta, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
1 cawan isi kupang
1 cawan hirisan cendawan butang
10 - 15 ekor udang besar, dibersihkan
4 batang putik jagung, dihiris menyerong
2 batang sosej, dihiris nipis

Bahan2 kisar:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji cili merah

Bahan2 sos disatukan:
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair

cara:
  • panaskan kuali dgn minyak masak (kurang lebih 3 camca besar), goreng cendawan hingga kuning keemasan
  • tolak ketepi dan tumis bahan2 kisar hingga wangi
  • masukkan sos tadi dan kacau goreng hingga terbit minyak
  • tambah sedikit minyak jika kurang
  • masukkan kesemua bahan di atas kecuali pasta
  • kacau goreng hingga semua bergaul mesra, tambah sedikit air
  • bila mendidih, masukkan pasta dan gaul hingga kesemuanya mesra
  • rasa masinnya, jika kurang tambah lagi kicap cair hingga mencapai tahap kemasinan yg dikehendaki
  • angkat dan hidangkan panas, boleh juga dimakan dgn cili jeruk jika suka

source: mat gebu

28 June 2007

Pau resepi I



resepi dari Yani

Bahan-bahan (8 biji):
300g tepung gandum
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur

cara:
- masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata
- campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut
- masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin
- masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat
- penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk
- utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik
- tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit
- ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat
- Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus
- kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan

27 June 2007

Nasi beriani Batu Pahat

resepi dari mrsdayat

Bahan-bahan (4 org):
3 cawan beras basmathi
sedikit rempah tumis
6 ulas bawang merah - blend
5 ulas bawang putih - blend
2"halia - blend
setengah biji bawang besar - dihiris
sedikit daun pudina, daun bawang, daun sup
2-3 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan - goreng
2 sudu makan rempah beriani
4 setengah cawan air
setengah cawan susu cair

cara:
  • panaskan minyak sapi, kemudian tumis rempah tumis dan rempah beriani
  • masukkan bawang hiris gorengkan sebentar. kemudian masukkan pula 2 sudu besar campuran bawang merah, halia dan bawang putih yg di blend tadi (baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
  • masukkan air dan tunggu sampai mendidih
  • masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras. kacaukan
  • pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan biar nasi masak
  • bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya. titikkan pewarna dan kacaukan
  • masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi. kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
  • masukkan gajus dan kismis. sedia untuk di hidangkan.

Kuah daging beriani

Bahan-bahan (4 org):
1/2 kg daging lembu - potong kiub
1/2 biji bawang besar - hiris
bawang merah - blend
halia - blend
bawang putih - blend
1 biji tomato saiz besar - belah 4
3-4 biji cili hijau
2 sudu makan tomato puree
1 sudu makan sos tomato
1/4 cawan susu cair
sedikit ghee
sedikit rempah tumis
3 sudu makan rempah baryani
garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
sedikit daun sup, daun bawang dan daun pudina
1 sudu makan yogurt

cara:

  • gaul daging dengan yogurt. sementara tu panaskan minyak sapi (anggaran rata bawah periuk)
  • tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris. biar bawang agak garing sedikit
  • masukkan bawang blend dan kacau sampai naik bau
  • masukkan daging dan gaulkan sebati
  • masukkan tomato dan cili hijau
  • masukkan semua jenis daun, garam, ajinomoto, gula dan kacaukan sebati
  • tutup periuk dan biarkan lebih kurang 10-15 min supaya daging lembut (pastikan kuah tu sama rata dengan daging. tambahkan air kalau tak sama rata)
  • ambil seketul daging dan picitkan untuk tengok dah lembut ke belum
  • bila daging dah agak empuk, masukkan sos tomato, tomato puree dan susu cair. kecilkan api dan kacaukan dan biar lagi atas dapur
  • last sekali masukkan rempah beriani dan kacaukan sebati

Burger Malaysia


resepi dari Yani

Bahan-bahan (8 biji):
200g tepung gandum
140ml susu/ air
2 sudu besar butter/margerin
2 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
sambal ikan bilis
timun

cara:

1. masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda
kalau nak taw doh dah naik taburkan sedikit tepung dan tekan dengan jari kalau ada lubang maksudnya doh dah naik

2. lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat
3. biarkan naik 2 kali ganda lagi. kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan
4. belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

26 June 2007

Coffee cheesecake stick


resepi dari Yani

Bahan-bahan (18x18 cm):
210g cream cheese
45g butter
60g gula halus
3 biji telur kuning
6 sudu besar fresh cream/whipping cream
6 sudu kecil corn starch/ tepung jagung
2 sudu kecil instant coffee
75g butter-dicairkan
3 sudu besar coconut flake
150g biskut

cara:
- kisar biskut. Kemudian campurkan dengan butter cair dan coconut flake. Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biar padat. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga hendak digunakan.
- biarkan cream cheese, butter dan telur dalam suhu bilik.
- pukul cream cheese dan butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga sebati.
- kemudian masukkan pula kuning telur -> fresh cream-> corn starch. Masukkan bahan2 ikut turutan sambil dikacau.
- akhir sekali masukkanlah instant coffee. Kacau lagi.
- tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada biskut tadi. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.
- bila dah siap, sejukkan lebih kurang 1-2 jam. Kemudian potonglah dengan lebar 1.5cm

note: utk dapat rasa yg sedap, simpan dulu semalaman sebelum dimakan

Laksa Johor resepi I


Bahan-bahan (1 family):
500gm ikan kembung - direbus, ambil isi & tumbuk atau blend
40gm udang kering - direndam air panas & tumbuk
2 sudu makan serbuk ketumbar ) dibancuh
2 sudu makan rempah kari daging ) dengan air
2 sudu makan pes cili ) jadi
1 sudu makan serbuk jintan manis ) pes
2 liter santan - dari 11/2 biji kelapa
100ml minyak masak
1 sudu makan asam jawa dicampurkan dengan 50ml air - diperah & ditapis
8 tangkai daun kesum
garam & gula secukup rasa

Bahan sampingan:
500gm spagheti - direbus lembut
6-8 biji limau kasturi - dibelah 2
300gm tauge
2 biji bawang besar - dihiris
1 biji timun - dihiris
40gm daun selom - dihiris
40gm daun selasih - dihiris

Bahan sambal belacan (dikisar):

6 biji cili merah
7-8 biji cili padi
2 sudu makan air asam jawa
2 sm belacan - dibakar
garam & gula secukup rasa

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sm halia
3 sm lengkuas
2 batang serai

cara:
  • panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga berbau
  • masukkan pes rempah, kacau hingga keluar minyak
  • bubuh santan dan kacau sekali sekala hingga menggelegak
  • masukkan pula isi ikan, udang kering, air asam jawa dan daun kesum
  • kacau sampai menggelegak, bubuh garam dan gula pasir
  • bila keluar minyak semula, tutup api
  • utk menghidang, letak spagheti ke dalam mangkuk
  • taburkan taugeh, bawang besar, timun, daun selom dan daun selasih
  • bubuhkan sambal belacan dan tuangkan kuah panas2

Lepat ubi



Bahan-bahan:
750gm ubi kayu (ubi kayu yg besar)
1/2 biji kelapa parut putih
8-10 helai daun pisang potong 17.5cm x 12.5cm
Garam secukup rasa

Bahan air gula:
120 gm gula pasir
100 gm gula melaka
90 gm gula merah
125 ml air
4 helai daun pandan - disimpulkan

cara:
- untuk air gula: jerang semua bahan sambil dikacau hingga gula larut. Tapiskan dan biar sejuk.
- parut halus atau blend guna food processor ubi kayu kemudian isikan ke dalam kain maslin atau letak dlm tapis dan perah dalam mangkuk utk mengeluarkan airnya.
- biar airnya mendap selama 20 minit, kemudian buangkan bahagian yg jernih.
- ambil bahan mendap (sagu), campurkan dgn ubi kayu dan kisar dgn kelapa parut di dlm mesin memproses makanan.
- satukan air gula dgn campuran ubi dan garam.
- adunan jgn terlalu keras kalau keras letak santan sikit.
- letakkan adunan dlm daun pisang dan kukus selama 15-20 minit

Ayam serai thai


resepi dari Skyblue

Bahan-bahan (2 org):

* 6 ketul kepak ayam, bahagian tengah
* 1 sudu kecil sos ikan
* 1 sudu besar jus lemon
* *3 batang serai, guna bahagian putih sahaja
* *2-3 biji cili api (*dikisar)
* 1 sudu kecil gula, boleh diganti dgn syrup atau honey
* Garam secukup rasa
* 1 sudu kecil minyak masak
* Daun sup dan lemon untuk hiasan

cara:
- masukkan semua bahan2 kecuali yg bertanda * ke dalam zip lock bag. Gaulkan sehingga rata. Simpan/perap dalam peti sejuk selama 1 jam. Nak sedap lagi, simpan overnight.
- panaskan ketuhar pada suhu 200C.
- lapiskan baking tray degan aluminum foil, sapukan degan minyak masak. Letakkan ayam yang telah diperap ke atasnya dengan bahan perap sekali.
- bakar selama 15 minit untuk bahagian atas dan bawah. Lepas itu, oven grill sehingga permukaannya jadi perang sikit.
- letak ayam didalam pinggan dan tuangkan kuah dia ke atasnya, hiaskan dgn daun sup dan lemon.

Ikan siakap goreng tiga rasa resepi I

Bahan-bahan (2-4 org):
Ikan siakap - dilumurkan dengan garam dan tepung jagung dan digoreng dgn minyak terendam hingga garing
2 ulas bawang putih - dicincang
5 - 6 biji cili padi - dihiris halus dan ikut kepedasan masing2
5 sudu makan sos tiram
sedikit lada sulah
sedikit air
sedikit tepung jagung + sedikit air utk memekatkan kuah

cara:
  • ikan yg telah digoreng tadi di letak tepi
  • dlm kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih
  • masukkan cili padi dan di kacau hingga sebati dan cili padi sedikit lembut
  • masukkan sedikit lada sulah dah dikacau sehingga sebati
  • masukkan air utk dapatkan kuah
  • masukkan tepung jagung utk memekatkan kuah
  • kacau dlm 2-3 min dan angkat
  • kuah tadi bolehlah dituangkan di atas ikan
  • masukkan sos tiram

24 June 2007

Simple marble cheese cake

Light cheese cake




Bahan-bahan:
500g cream cheese
100g gula kastor
1/2 camt pes lemon atau 1 camt jus lemon/limau susu
3 biji kuning telur Gred A
200g whipping cream
30g tepung gandum - diayak
10g tepung jagung - diayak

Bahan A:

3 biji telur putih Gred A
40g gula kastor

cara:
- pukul cream cheese hingga halus, masukkan gula dan pukul hingga gebu
- masukkan pes lemon, kacau 1 min
- bubuh sebiji kuning telur, putar sebati
- ulangi hingga habis
- kemudian tuangkan sedikit demi sedikit whipping cream sambil dipukul rata2
- bubuh pula campuran tepung, pukul sebati dan kental
- dalam mangkuk dan pemutar bersih, pukul bahan A hingga kental
- kaupbalikkan 1/3 putih telur ke dalam adunan cream cheese
- ulangi hingga habis
- tuangkan ke dalam tin pembakar 22cm yg beralas kertas minyak dan dilengser dengan mentega cair
- letak tin dalam loyang berisi air panas dan panas pada 170 c selama 1 jam atau hingga masak
- biar kek dalam oven hingga sejuk (renggangkan pintunya sedikit dengan meletakkan sebatang sudu keluli)

note: jika menggunakan api atas dan bawah, anda akan mendapatkan permukaan yg keemasan. jika tin anda 'bercantum' di bawah kelilingnya, letak tin di atas sekeping foil yg besar (utk membalut bawah dan tepinya) supaya air dari loyang tidak akan meresap ke dalam kek dan menjejaskannya

Madeleine - sejenis kuih bahulu



resepi dari k.nis

Bahan-bahan (2 loyang):
7 tbsp (100gm) butter tanpa garam
5 biji telor yang besar
1/2 cup (115gm) + 3 tbsp gula
1 1/4 cup (140gm) tepung gandum, diayak
1 tsp baking powder
secubit garam
sedikit parutan dari kulit lemon

cara:
- dalam periuk yang kecil, cairkan butter tanpa garam diatas api yang kecil hingga menjadi keperang-perangan
- sejukkan seketika dan tapis butter dalam mangkuk yang lain
- pukul telor dan gula hingga gebu. Masukkan pula butter, gaul hingga sebati
- masukkan tepung yang telah diayak, baking powder dan garam. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula pada satu arah
- taburkan parutan kulit lemon & kaup balik lagi
- masukkan adunan ini kedalam paiping beg dengan 1/4" nozzle plain
- sejukkan didalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam atau semalaman
- bila sedia untuk membuatnya, panaskan oven pada suhu 190c
- paipkan adunan kedalanm loyang madeleines hingga 3/4 penuh
- bakar selama 12min atau hingga perang
- sejukkan Madeleines dan simpan dalam bekas kedap udara

22 June 2007

Kuih bakar

Bahan-bahan:
220gm tepung gandum
150gm gula pasir
400ml santan - dari 1 biji kelapa
200ml air
10 helai daun pandan
3 biji telur
3-4 sudu makan bijan - jika suka
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau
minyak utk melengser

cara:
  • kisar daun pandan dan air hingga halus
  • tapiskan dan perah utk mendapatkan jus pandan
  • kacau jus pandan, santan, gula, telur dan tepung hingga larut (gunakan food processor supaya adunan menjadi halus)
  • masukkan esen vanila, garam dan pewarna hijau
  • kacau sebati dan tapiskan
  • lengser acuan kuih dengan minyak. tuangkan adunan ke dalamnya
  • bakar pada suhu 190C dengan kepanasan atas dan bawah selama 8-10 min atau hingga bahagian kelilingnya masak
  • taburkan bijan kemudian bakar semula selama 30-35 min atau hingga keperangan atasnya

18 June 2007

Strawberry mousse


Bahan-bahan (6-8 orang):
10g(2tbsp) gelatin
100ml air panas
200g strawberry
70g gula
200ml fresh cream/whipping cream
1 sudu besar lemon jus

cara:
  • campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul. Boleh juga panaskan dengan microwave
  • buang tangkai strawberry. Dengan mixer/blander kisar strawberry, gula, fresh cream sehingga semua sebati
  • masukkan pula gelatin dan s lemon. Mix sekejap. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan

17 June 2007

Blueberry mousse


resepi disini

Moist chocolate cake


resepi dari fida daud

Bahan-bahan:
220gm tepung
50gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
190gm mentega
330gm gula kastor
1 1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (gred A)
250ml air sejuk

cara:
- ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat tiga kali. Ketepikan dahulu
- pukul mentega dan gula sehingga kembang
- masukkan telur dan kacau sebati
- masukkan bahan-bahan yang telah diayak dan air ke dalam adunan, kacau lagi.
- tuangkan adunan ke dalam acuan yg telah disapu dengan mentega dan dibakar dalam ketuhar 180degree selama 30-35 minit (sehingga masak)

16 June 2007

Nasi goreng kampung / Kampung fried rice


Bahan-bahan:
nasi sejuk
sambal belacan
ikan bilis - digoreng dahulu dan ketepikan
kacang panjang
garam dan sos ikan

- panaskan minyak dan tumiskan sambal belacan
- masukkan garam, sos ikan dan kacang panjang
- kemudian masukkan nasi, ikan bilis dan goreng sehingga sebati

Karipap pusing resepi I


Kulit karipap (30 biji)
Doh minyak:
80-100gm marjerin
100gm tepung gandum
Campurkan kesemua bahan dan diuli sehingga doh licin dan tidak melekat dan bahagikan doh kepada 6

Doh biasa:
300gm tepung gandum
1 biji telur
Air garam
Campurkan kesemua bahan dan diuli sehingga licin seperti diatas dan bahagikan doh kepada 6

cara:
- ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh minyak didlmnya dan tutup semula supaya menjadi doh besar
- ambil doh besar tadi di canaikan dan gulung
- ambil doh yg digulung tadi dicanai sekali lagi. Buat kaedah nie sehingga 3 kali canai
- potong doh yg telah digulung tadi kepada 4 bahagian
- ambil potongan doh dan dicanaikan semula dan letaklah inti karipap didlm dan klim. Kalau tak reti klim guna je acuan karipap senang

note: karipap nie boleh disimpan dijadikan frozen. caranya letakkan karipap di atas tray dan diletakkan didlm fride selama 1-2 jam. selepas tu bolehlah dikeluarkan dari fridge dan balutlah karipap dgn cling film satu persatu supaya karipap tidak melekat

D'Fusion udon goreng (Japanese fried noodle)


Bahan-bahan (2 orang):
1 paket udon jepun
100 gram sawi, dibersihkan
60 gram daging, dihiris nipis
3 ekor udang
2 biji telur
3 sudu besar tomato sos
4 sudu besar kicap
½ cawan air
Bawang goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Sedikit gula
Minyak secukupnya

Bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
4 tangkai lada kering, rendam dengan air panas

cara:
  • panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng telur dipecah-pecahkan setengah masak
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan lagi sedikit minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau
  • masukkan tomato sos, kicap, air, garam, gula dan serbuk perasa
  • gaul rata
  • masukkan pula daging
  • bila daging telah masak, masukkan udang dan telur
  • gaul rata
  • kemudian masukkan udon mee
  • jika udon belum kembang dan masak boleh tambah sedikit air
  • akhir sekali masukkan sawi dan bawang goreng dan gaul sebati
  • bila sawi telah layu, padamkan api dan hidangkan bersama keropok beras dan jika mahu lada jeruk

source: D

Inti karipap



5-6 biji ubi kentang
2 ulas bawang putih - blend
6-7 bawang kecil - blend
11/2 sudu besar rempah kari daging
Daging cincang
Sedikit udang kering - blend
Sedikit air dan garam
Daun kari kalau suka
Daun sup - hiris


Blend bawang kecil, bawang putih dan udang kering






Ubi kentang di potong dadu





Tumiskan bahan2 blend dan juga rempah kari (masukkan sedikit air utk jadikan paste)dan daun kari
Kacau sehingga betul2 sebati







Masukkan daging dan ubi kentang dan kacau supaya sebati
Masukkan air dan garam
Bila hampir kering masukkan daun sup (kalau ada)


Inti karipap nie mudah dibuat dan sedap lagipun tidak memerlukan banyak bahan

14 June 2007

13 June 2007

Tom yam (Thai menu)




resepi dari kak zara

Bahan-bahan (3-4 org):
½ ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
2 batang serai (dititik)
1 sudu besar pes tom yam
4 helai daun limau purut
2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
3-4 cawan air
garam & perasa
sedikit minyak
sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

cara:
- panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang
- masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar)
- masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau
- masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
- kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
- last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.

note: tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau

Kailan ikan masin / Kailan (vege) fried with salted fish

Bahan-bahan:
200gm sayur kailan
2 keping ikan kurau masin
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji cili merah - dihiris
minyak dan sos tiram

cara:
- sayur kailan dibersihkan dan dipotong
- ikan kurau digoreng hingga masak. ketepikan
- tumiskan bahan yg ditumbuk hingga berbau
- masukkan sayur kailan dan sos tiram. goreng hingga separuh masak
- masukkan ikan masin, cili merah dan goreng lagi hingga sayur layu

12 June 2007

Apple cake

Bahan-bahan (18x18 cm):
1 biji epal
100g mentega-suhu bilik
80g gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml fresh cream/whipping cream
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

cara:
1. bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit
2. pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih
3. masukkan telur satu persatu sambil dipukul
4. lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati
5. kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
6. akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang
7. bakar selama 35 minit dengan suhu 180C

source: yani, myr

Abok-abok sago






Bahan-bahan:
140gm sagu biji
130gm kelapa parut putih
90-110gm gula melaka - dihiris halus
3 helai daun pandan - potong 3sm kecil
20 helai daun pisang selebar 20sm x 15 sm
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

cara:
- letak sagu di dalam penapis dan kocak dibawah air paip tetapi jgn terlalu lama, kerana ia akan kembang
- isikan sagu di dalam mangkuk, campurkan dengan garam dan kelapa parut
- saputkan sedikit minyak pada sehelai daun pisang. bentukkan seperti kon
- masukkan 2 sudu makan campuran sagu ke dalam daun pisang
- taburkan gula melaka dan tutup dengan sedikit lagi campuran sagu
- susun atas rak pengukus dan kukus selama 20-25 min atau hingga masak

Sambal petai udang (Chilli prawn with petai)


Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin