Pages

30 December 2009

Tuna rolls

Bahan-bahan (15-18 biji):
425gm tepung roti
60gm gula pasir
2/3 camt garam
3 camt yis
55gm (1 biji saiz sederhana) telur
128ml susu segar
125gm water roux starter - lihat resepi disini
33gm mentega

sedikit olive oil atau mentega - untuk sapuan atas roti
inti tuna/sardin secukupnya - inti ikut selera masing2

cara:
  • satukan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
  • setelah siap keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 55/60gm (saiz bergantung pada kesukaan masing2)
  • ambil satu doh tadi dan bentukkan menjadi doh yang bulat
  • lakukan sehingga habis dan kemudian rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tangan
  • letakkan 1 camt inti dan tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat semula
  • susunkan di dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • lakukan sehingga habis
  • kemudian biarkan ianya naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven dan letakkan dua cawan air panas
  • selepas itu bakar pada suhu 180C selama 15-18 min atau sehingga masak dan keperangan
  • setelah masak bolehlah dikeluarkan loyang tadi dan sapukan permukaan roti tadi dengan sedikit olive oli/mentega supaya permukaannya sentiasa kekal lembut

note: roti ini sentiasa lembut selepas 3 hari dan lihatlah texture roti dengan menggunakan water roux starter tanpa menggunakan bread improver

29 December 2009

Ikan bawal berlado

Bahan-bahan:
1kg ikan bawal hitam - siang dan cuci bersih, jika besar potong 2 jika kecil jangan dipotong
3 biji limau kasturi - optional
2 helai daun limau purut - dihiris
1 batang serai - dititik
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar/tumbuk:
20-30 biji cili merah -
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

cara:
  • ikan dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng sehingga masak tetapi jangan terlalu garing
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan serai sehingga wangi
  • masukkan bahan2 kisar dan tumis lagi sehingga garaing dan naik minyak
  • kemudian masukkan daun limau purut dan kacau rata
  • masukkan ikan goreng tadi dan perlahan2 balik2kan supaya ikan bergaul cantik dan rata dengan rempahnya
  • setelah rata barulah dialihkan ke dalam pinggan
  • semasa menghidang perahkan limau kasturi menurut selera masing2
  • enak di makan dengan nasi putih atau roti

source: puan asmah laili

28 December 2009

Coffee buns

Bahan-bahan (11 biji bergantung pada saiz):
190gm tepung roti
50gm gula pasir
1/2 camt garam
2 camt yis
1/2 camt bread improver
1 biji kuning telur
50gm susu segar
60gm water roux starter - lihat resepi disini
30gm mentega
12gm instant coffee - dibancuhkan dengan sedikit air ataupun digantikan dengan 1 camt coffee emulco atau boleh gunakan capuccino paste ikut selera masing2

sedikit olive oil

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
  • keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
  • selepas itu potongkan doh tadi dengan setiap satu seberat 35gm dan bentukkan menjadi bulat yang kecil
  • susunkan doh2 kecil tadi ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven dan letakkan dua cawan air panas
  • proses ini penting untuk penaikan doh yang cepat
  • selepas itu bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan loyang dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil ke atas permukaan roti tadi supaya ianya sentiasa kekal lembut

source: ayin yin (cara telah diubah mengikut cara saya sendiri)

Water roux starter

Bahan-bahan:
50gm tepung gandum
250ml air

cara:
  • satukan semua bahan di dalam mangkuk tahan panas
  • masak di atas api sederhana panas selama 2-3 min sehingga timbul buih2 kecil dan tidak berbentil2 (masak seperti masak kanji)
  • selepas itu pastikan adunan dikacau sentiasa sehingga buih2 tu hilang
  • padamkan api dan tuangkan adunan ke dalam mangkuk
  • tutupkan dengan cling film dan pastikan ianya cecah ke atas permukaan adunan supaya mengelakkan adunan cepat kering (lihat gambar)
  • setelah sejuk bolehlah disimpan di dalam fridge dan tahan selama 3 hari
  • apabila hendak menggunakannya keluarkan dari fridge dan biarkan pada suhu bilik

note: Water Roux Starter is something used in bread making to make bread/buns springy. The springiness is fairly noticeable when you have let the bread/buns cool. By using this starter it will make bread stays fresh and soft without using bread improver

27 December 2009

Kuih bakar jagung

Bahan-bahan:
250gm tepung gandum
230gm gula pasir - boleh kurangkan jika tidak suka terlalu manis
400ml santan
200-250ml air - agak2 kecairan atau kepekatan adunan
4 biji telur - dipukul sedikit
380gm krim jagung (cream style corn)
50gm jagung (whole kernel corn) - optional
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh serbuk vanili - kalau tiada boleh letak esen vanila

cara:
  • satukan tepung gandum, gula pasir, minyak sapi, air dan santan di dalam mangkuk
  • kacaukan sehinga sebati
  • kemudian masukkan pula krim jagung, jagung, telur, serbuk vanili/esen vanila, pewarna kuning dan garam
  • kacaukan lagi sehingga sebati
  • griskan loyang dengan sedikit minyak atau minyak sapi dan panaskan di dalam oven sekejap
  • selepas itu keluarkan loyang tadi dan tuangkan adunan
  • bakar pada suhu 180C selama 40-50 min atau sehingga masak
  • jika menggunakan acuan kuih cara/bahulu bakar selama20-25 min atau sehingga masak
  • setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk barulah dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan

source: bro rozzan

26 December 2009

Ayam bakar madu resepi II

Bahan-bahan:
2 ekor ayam (spring chicken) - cuci bersih

Bahan2 kisar:
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 1/2 sudu teh serbuk jintan halus
2 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/4 inci lengkuas
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 sudu besar air limau kasturi (kalau susah dapat boleh digantikan dengan limau nipis/lemon)
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula merah
3 sudu besar madu
garam secukup rasa
serbuk perasa - optional jika suka

cara:
  • lumurkan ayam dengan bahan2 kisar
  • kemudian perapkan ayam selama 30 min atau semalaman supaya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam (masukkan semua ke dalam freezer bag)
  • aturkan ayam di atas loyang dan letakkan sedikit mentega di atas ayam tadi supaya bila dibakar rasanya lebih sedap
  • bakar pada suhu 180C selama 30 min atau sehingga ayam masak
  • angkat dan hidangkan

source: Diana

25 December 2009

Ikan masak benggali

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerisi/tenggiri
2 labu bawang besar - dihiris
air asam jawa secukupnya
3-4 cawan air
garam secukup rasa
serbuk perasa - optional jika suka
1 ikat daun ketumbar - dihiris
2 biji buah tomato - dibelah 2 atau 4
sayur bendi/terung secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
2 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh serbuk kunyit

cara:
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bawang besar hiris sehingga separuh layu
  • masukkan bahan2 kisar dan tumis lagi sehingga garing dan naik bau
  • bubuh sedikit air jika perlu lalu masukkan daun ketumbar
  • kacau dan biarkan sebentar lebih kurang 1-2 min
  • selepas itu masukkan air, ikan dan sayur bendi/terung
  • biarkan sebentar
  • kemudian barulah dimasukkan air asam jawa, serbuk perasa dan garam secukup rasa
  • akhir sekali masukkan buah tomato
  • kacau sebentar sebelum dipadamkan api
  • hidangkan dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain

source: bro rozzan

24 December 2009

Apam eno

Bahan-bahan:
300gm tepung beras
10 sudu besar gula pasir
1 sudu besar yis
300ml air
3 sudu kecil eno
sedikit pewarna merah, hijau, biru

sedikit kelapa parut putih digaulkan dengan sedikit garam

cara:
  • bancuh tepung dengan air sedikit demi sedikit
  • kemudian masukkan yis dan gula
  • kacaukan sebati
  • tutupkan mangkuk dan biarkan adunan semalaman (bancuh malam dan kukus keesokan pagi)
  • kacaukan adunan dan bahagikan kepada 3 bahagian (kalau tak suka letak pewarna boleh dibiarkan pada warna asal dan tidak perlu dibahagikan adunan)
  • letakkan setiap mangkuk dengan pewarna merah/hijau/biru atau biarkan pada warna asal
  • masukkan 1 sudu kecil eno untuk setiap mangkuk dan kacaukan sehingga berbuih
  • susunkan acuan apam ke dalam loyang dan letakkan 3/4 adunan ke dalamnya
  • panaskan kukusan dan kukuskan apam selama 5-10min atau sehingga masak
  • hidangkan dengan kelapa parut

source: zira - cari.com

Kek lapis mango cheese

Bahan-bahan:
450gm mentega
1 tin kecil (397gm) susu pekat manis (condensed milk)
250gm cream cheese
10 biji telur
150gm gula halus
200gm tepung hongkong/kek
1 sudu besar ovalette
100gm horlicks
120gm preserved mango (manga kering dipotong kecil2 dan digaulkan dengan mango puree supaya lembut)
2 sudu besar mango puree
sedikit mango esen

cara:
  • griskan loyang 4 segi berukuran 9"x9" dan lapikkan dengan kertas minyak
  • taburkan dengan sedikit tepung dan ratakan
  • ketepikan
  • pukul mentega, susu pekat dan cream cheese sehingga putih dan gebu
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk yang lain pukul gula, telur, tepung, horlick dan ovalette sehingga kembang dan pekat
  • kemudian satukan kedua2 adunan ini dan kacaukan sebati dengan menggunakan spatula
  • bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan pewarna oren/kuning, esen mango, mango puree dan kacaukan sebati
  • bakar lapisan pertama dengan meletakkan 4 sudu besar adunan warna kuning dengan sudu 180-200C (grill mode) selama 5 min
  • setelah masak keluarkan loyang dan tekan2kan kek dengan menggunakan belakang sudu supaya mengeluarkan angin
  • sebelum di letakkan adunan warna asal pastikan adunan dikacau dahulu supaya sekata
  • taburkan preserved mango dan bakar lagi
  • lakukan sehingga habis kedua2 adunan digunakan
  • pada lapisan terakhir tukarkan grill mode kepada baking mode pada suhu 180C dan bakar selama 10-12 min atau sehingga masak
  • cara ini untuk memastikan kek tahan lama
  • setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah keluarkan kek dari loyang dan potong

source: bro rozzan

20 December 2009

Nasi goreng ikan masin

Bahan-bahan:
4 mangkuk nasi
1 keping ikan tenggiri masin
3 biji telur
1 mangkuk kecil sayur campur
200gm udang/isi ayam
1 sudu makan kicap manis
garam dan pepper secukupnya

bahan2 tumbuk halus:
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 sudu makan udang kering - direndamkan sekejap sebelum ditumbuk

cara:
  • cuci bersih ikan masin dan potongkan kecil2
  • selepas itu gorengkan sekejap dan angkat
  • kemudian gorengkan pula telur secara scramble
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan lagi minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi dan garing
  • masukkan udang/isi ayam dan kacaukan rata sehingga udang masak (kalau guna cooked prawn cukup sekada kacaukan rata selama 1 min)
  • kemudian masukkan sayur campur, nasi, telur, ikan masin, kicap manis, garam dan pepper secukup rasa
  • kacaukan sebati selama 5 min
  • angkat dan hidangkan

19 December 2009

Rendang ayam pedas resepi III

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
2 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - diracik halus atau dikoyak2kan
garam dan gula secukup rasa


bahan2 kisar:
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering
25 biji cili padi

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati
  • masak dengan api sederhana panas sehingga ayam empuk, kuahnya pekat dan naik minyak
  • akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa
  • apabila kuahnya sudah pekat dan agak kering sedikit bolehlah dipadamkan api dapur
  • angkat dan hidangkan dengan pulut kuning atau nasi

source: k.hanieliza

Pulut kuning

Bahan-bahan:
1kg beras pulut - dicuci dan toskan
3 keping asam keping/gelugur
3 sudu besar serbuk kunyit - bancuh dengan air dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut
3 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa

cara:
  • rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan serbuk kunyit selama beberapa jam
  • pastikan digaul sekali sekala untuk mendapatkan warna kuning yang sekata
  • selepas itu toskan beras pulut dan letakkan di dalam loyang
  • panaskan kukusan
  • masukkan loyang yang berisi beras pulut tadi dan kukuskan sehingga naik wap
  • kemudian keluarkan loyang dan masukkan beras pulut ke dalam mangkuk besar
  • tuangkan santan yang telah digaulkan dengan gula dan garam secukup rasa
  • gaul dan kacaukan rata santan dan pulut
  • masukkan semula ke dalam loyang tadi dan kukuskan semula sehingga naik wap selama lebih kurang 20-25 min
  • bila sudah masak padamkan api dapur
  • hidangkan dengan rendang atau gulai ayam atau daging

source: k.hanieliza

16 December 2009

Ayam panggang satay

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil atau boleh juga digunakan chicken leg

Bahan2 kisar:
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah/putih
2 sudu makan madu
2 sudu makan gula perang
1 sudu makan minyak masak
garam secukupnya

cara:
  • kisarkan dulu ketumbar, jintan putih dan jintan manis dengan menggunakan coffee grinder (boleh juga ditumbuk halus dahulu)
  • kemudian barulah disatukan dengan bahan2 yang lain dan kisar (tak perlu letak air) lagi sehingga halus (saya menggunakan kenwood electric chopper, kalau tiada boleh ditambah sedikit air)
  • perapkan ayam dengan bahan2 kisar tadi selama beberapa jam atau semalaman
  • bakar pada suhu 1800-200C (bergantung pada jenis oven masing2) selama 30-45min atau sehingga masak
  • sapukan rempah yang berlebihan ke atas ayam setiap 20 min
  • sedia dihidangkan dengan kuah kacang atau boleh diratah begitu saja

source: hana

13 December 2009

Lemon and mint pilaf rice

Bahan-bahan (untuk 4 orang):
2 cawan (450gm) basmathi - cuci dan toskan
140gm mentega
1 labu bawang besar - dicincang
1/2 cawan gajus
2 helas fresh bay leaves - kalau susah dapat boleh juga gunakan dried bay leaves
1 batang serai - diketuk
2 helas daun parsley - dicincang/hiris
parutan kulit lemon dari 2 biji lemon
2 1/2 cawan (560ml) stok ayam (chicken stock)
2 sudu besar chicken stock granules
4 sudu besar golden raisins
1 camt garam
1/2 cawan mint leaves - cincang
1 sudu besar jus lemon

cara:
  • panaskan mentega di dalam periuk tahan panas
  • tumiskan bawang besar, gajus, bay leaves, serai dan daun parsley sehingga wangi dan garing
  • masukkan beras, parutan lemon dan kacaukan sehingga rata
  • kemudian masukkan stok ayam, chicken stock granules, raisins dan garam
  • kacaukan rata dan biarkan sehingga mendidih
  • boleh tambahkan air jika kurang
  • selepas itu masukkan mint leaves dan jus lemon
  • kacau rata
  • tutupkan periuk dan masak di dalam oven pada suhu 180C selama 20 min (masak cara ini akan membuatkan nasi bertambah lembut dan ringan)
  • boleh juga ubahkan nasi ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa
  • hidangkan dengan ayam masak merah, rendang dan lauk pauk yang lain

source: chef wan

12 December 2009

Pandan swiss roll bread

Bahan-bahan:
Bahan2 kek:
75gm tepung gandum - diayak
30gm gula kastor
40ml minyak
60ml susu segar
3 biji kuning telur
3 biji putih telur
sedikit garam
1 camt pandan emulco/paste
45gm gula kastor
kismis - optional

Bahan2 doh:
230gm tepung roti
50gm susu tepung
80ml susu segar
50gm gula pasir
1 biji telur
2 camt instant yeast
1 camt bread improver - optional
50gm mentega
1/2 camt garam

sedikit olive oil - untuk sapuan

cara:
  • untuk membuat kek: satukan tepung gandum, 30gm gula kastor, minyak dan susu segar di dalam mangkuk adunan
  • pukul sehingga sebati
  • kemudian masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lagi sehingga sebati
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk yang lain pukul putih telur dengan garam sehingga berbuih
  • masukkan 45gm gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh)
  • kemudian kaupbalikkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur sehingga sebati
  • masukkan pandan emulco dan kacaukan adunan sehingga sebati
  • tuangkan ke dalam loyang berukuran 20x30cm yang telah digris dan dilapikkan dengan parchment paper
  • bakar pada suhu 180C selama 10 min
  • setelah masak keluarkan loyang dari oven dan biarkan sejuk barulah dipotong dua
  • ketepikan
  • untuk membuat roti: masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • setelah itu siap keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengelurkan angin
  • bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
  • kemudian bahagikan doh kepada dua bahagian dengan setiap satu seberat 250gm dan bentukkan menjadi bulat
  • ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk rectangular (pastikan ukuran sama dengan kek)
  • selepas itu ambil satu keping kek tadi dan letakkan di atas doh yang telah dicanai
  • taburkan dengan kismis jika suka
  • gulungkan seperti swiss roll dan susunkan di dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • ulangi proses ini dengan doh yang satu lagi
  • kemudian biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45 min ke 1 jam
  • pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven dan letakkan dua cawan air panas di dalamnya
  • bakar pada suhu 160C selama 20-25 min atau sehingga masak dan keperangan
  • setelah masak keluarkan loyang dari oven dan sapukan permukaan roti dengan sedikit olive oil supaya permukaannya sentiasa lembut
  • biarkan sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: ayin yin (telah diubah sedikit)

9 December 2009

Mango chiffon cake

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
3 biji telur kuning
20gm gula pasir
1/2 camt esen mango
35gm minyak jagung
90gm mango puree
20gm air
beberapa titik pewarna kuning

Bahan2 B:
90gm tepung kek
1/8 camt baking powder

Bahan2 C:
3 biji telur putih
40gm gula pasir
1/4 camt cream of tartar

cara:
  • ayakkan bahan2 B dan ketepikan
  • dengan menggunakan mixer pukul bahan2 A sehingga sebati
  • kemudian masukkan Bahan2 B yang telah di ayak tadi dan pukul lagi sehingga rata
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk yang lain pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan ringan (apabila adunan diangkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh)
  • selepas itu kaupbalikkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur sehingga sebati
  • tuangkan ke dalam tin chiffon berukuran 18cm dan bakar pada suhu 175C selama 30-35 min atau sehingga masak
  • setelah masak padamkan api oven dan biarkan tin kek di dalamnya selama 5 min
  • kemudian barulah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin
  • potong dan hidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: happy flour

7 December 2009

Rendang ayam kurma

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
1 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
1/3 cawan kerisik
1/2 cawan buah kurma - dihiris
1 helai daun kunyit - dihiris
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kurma

cara:
  • masukkan ayam dan bahan2 kisar di dalam kuali
  • masakkan dengan api sederhana panas supaya ayam sedikit kecut dan separuh masak selama 20 min
  • kemudian masukkan santan, asam keping, kerisik, buah kurma, garam dan gula secukup rasa
  • kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga ayam empuk
  • apabila kuah sudah agak pekat taburkan daun kunyit
  • gaulkan rata
  • padamkan api dan angkat
  • hidangkan dengan nasi putih

source: k.ida, 1001

6 December 2009

Chocolate coffee cake

Bahan-bahan:
Bahan2 untuk streusel:
63gm tepung gandum
50gm gula perang (light brown sugar)
1/4 camt serbuk kulit kayu manis
45gm cold unsalted butter
70gm mini chocolate chips
secubit garam

Bahan2 untuk kek:
120gm tepung gandum
30gm tepung kek
30gm serbuk koko
1/2 camt soda bikarbonat
1/2 camt baking powder
1/4 camt garam
65gm unsalted butter
100gm gula pasir
1 biji telur
1 biji telur kuning
160gm sour cream
1 camt esen vanila
1 camt esen chocolate - optional

cara:
  • griskan tin kek berukuran 4 segi 8"x 8" atau bulat 20"x 20" dan taburkan dengan sedikit tepung. ketepikan
  • untuk membuat streusel: gaulkan tepung, gula perang, garam dan serbuk kulit kayu manis sehingga sebati
  • kemudian masukkan unsalted butter yang telah dipotong kecil2 dan gaulkan dengan menggunakan jari sehingga menjadi serbuk roti
  • masukkan chocolate chips dan gaulkan rata
  • ketepikan
  • untuk membuat kek: ayakkan tepung gandum, tepung kek, serbuk koko, garam, baking powder dan soda bikarbonat dan ketepikan
  • di dalam mangkuk yang lain pukulkan mentega dan gula sehingga gebu dan kembang
  • kemudian masukkan telur, telur kuning dan pukul lagi sehingga sebati
  • masukkan pula esen vanila, esen chocolate dan pukul lagi
  • setelah itu masukkan pula campuran tepung berselang-seli dengan sour cream sebanyak 3 kali (tepung-sour cream-tepung-sour cream-tepung-sour cream) sambil dipukul dengan sehingga sebati
  • perlahankan kelajuan mixer dan pukul lagi adunan selama 2 min sehingga gebu
  • tuangkan ke dalam tin kek dan taburkan di atasnya dengan streusel
  • bakar pada suhu 180C selama 40-45 min atau sehingga masak dan permukaan atas keperangan
  • setelah masak keluarkan tin kek dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin dan potong
  • hidangkan sebagai sajian minuman petang

source: The Williams sonoma Collection

Kuih laman sari

Bahan-bahan:
Bahan2 lapisan bawah:
1 3/4 cawan tepung kacang hijau
1 1/2 cawan gula pasir
3 1/2 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
1 sudu teh air mawar
3 biji telur - dipukul sedikit
secubit garam

Bahan2 lapisan atas:
6 biji telur - dipukul sedikit
2 1/2 cawan santan pekat - dari 1 1/2 biji kelapa
1 1/2 cawan gula pasir - boleh dikurangkan jika tak mau terlalu manis
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air mawar
1/2 sudu teh garam

cara:
  • lapisan bawah: gaulkan semua bahan atau boleh juga dikisar sehingga sebati dan tapiskan
  • kemudian masak di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sedikit
  • tuangkan ke dalam loyang bulat berukuran 26cm yang telah disapukan dengan sedikit minyak
  • kukuskan selama 1/2 jam (pastikan penutup kukus dibalut dengan aluminium foil atau kain supaya air kukusan tidak jatuh di atas kuih)
  • lapisan atas: gaulkan semua bahan atau boleh juga dikisar sehingga sebati dan tapiskan
  • kemudian masak di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sedikit
  • tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan kukuskan lagi selama 40-45 min
  • setelah masak keluarkan loyang dari kukus dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: bro rozzan

3 December 2009

Ayam kacang peas

Bahan-bahan:
500gm ayam - dipotong kecil
1 tin kacang peas atau yang frozen
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 inci halia - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang
3 biji cili merah - dihiris
sedikit daun sup - dicincang
garam dan gula secukup rasa
minyak

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi
  • masukkan ayam (seelok2nya ditutup kuali supaya cepat masak)
  • kemudian masukkan kedua2 sos dan kacau rata
  • selepas itu masukkan kacang peas, cili merah, bawang besar dan kacau rata
  • masukkan garan dan gula secukup rasa
  • taburkan daun sup dan padamkan api
  • angkat dan hidangkan dengan roti bakar atau garlic bread atau nasi

source: k.hanieliza

1 December 2009

Kek lapis kukus

Bahan-bahan:
10 biji telur
250gm tepung gandum atau 150gm tepung gandum + 100 biskut marie yg dikisar halus
100gm horlicks
500gm mentega
200gm gula kastor
5 sudu besar seri kaya
1/3 tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar pandan emulco
6 sudu besar serbuk koko + 1 sudu besar nescafe - dibancuh dengan 5 sudu besar air panas
1/2 sudu besar strawberry emulco - boleh ditambahkan sedikit pewarna merah jika suka

cara:
  • gris dan lapikkan loyang berukuran 8" x 8" dan taburkan dengan sedikit tepung
  • ketepikan
  • panaskan kukusan
  • pukulkan mentega dengan gula sehingga gebu dengan kelajuan yang tinggi
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi dengan kelajuan sederhana
  • selepas itu masukkan susu pekat dan pukul lagi
  • masukkan pula seri kaya dan pukul lagi sehingga rata
  • setelah itu masukkan horlicks dan pukul lagi
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga rata
  • kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi
  • setelah itu bahagikan adunan kepada 4 bahagian tetapi lebihkan sedikit untuk lapisan pandan
  • setiap bahagian dicampurkan dengan pandan emulco, strawberry emulco, pes cokelat dan satu lagi biarkan kosong tanpa warna
  • mula2 tuangkan lapisan pandan terlebih dahulu kemudian kukus selama 5-8 min atau sehingga adunan tidak cair
  • pastikan penutup kukus di bungkus dengan aluminum foil supaya air kukusan tidak menitik di atas adunan
  • selepas itu letakkan pula adunan pes cokelat dan kukus lagi (pandan-cokelat-strawberry-plain)
  • pada lapisan yang terakhir iaitu lapisan pandan pastikan ianya di kukus selama 1 jam supaya kek betul2 masak
  • setelah masak keluarkan loyang dari kukus dan biarkan sejuk barulah dikeluarkan kek dari loyang
  • bolehlah dipotong dan dihidangkan

note: rasanya bakar lagi sedap dari kukus itu pendapat saya

source: dayang jack

28 November 2009

Siakap kukus cili padi

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap seberat 1.5kg - dicuci bersih, gaul rata dengan sedikit garam dan jus lemon, toskan

Bahan2 digaul rata:
2 batang serai - ambil bahagian putihnya sahaja dan dihiris
4 helai daun limau purut - dihiris
2 batang karot - dihiris seperti batang mancis
50gm daun bawang - dihiris halus memanjang
3 biji cili merah - dibuang biji dan dihiris
50gm halia - dihiris
2 labu bawang besar - dihiris
50gm bawang putih - dicincang
50gm cili padi - dihiris
50gm cendawan shitake - dibelah 2

Bahan2 sos digaul rata:
1 sudu makan light soy sauce
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil black pepper sauce

1 sudu makan light soy sauce - untuk dilumurkan pada ikan
1 sudu makan sesame oil - untuk dilumurkan pada ikan

cara:
  • gaul rata serai, daun limau purut, karot, daun bawang, cili merah, halia dan bawang besar
  • ambil separuh bahagian dan aturkan di dasar pinggan kukusan
  • ikan dilumurkan dengan sedikit garam, jus lemon serta 1 sudu makan light soy sauce dan sesame oil
  • kemudian letakkan dengan mekas di atas timbunan bahan2 hirisan
  • taburkan lebihan bahan2 hirisan di atas ikan dengan rata
  • taburkan juga cili padi, bawang putih dan cendawan shitake
  • tuangkan pula sos di atas ikan sehingga rata
  • panaskan kukusan dan letakkan pinggan berisi ikan ke dalamnya
  • kukuskan sehingga masak
  • enak disaji panas2

source: puan asmah laili

27 November 2009

Laksa sarawak resepi II

Bahan-bahan:
150gm pes laksa sarawak
1 paket bihun - direndam, cuci dan dicelur
200gm udang basah
200gm santan
2 keping tauhu - digoreng dan dihiris
100gm tauge - dicelur
3 keping dada ayam - direbus dan dicarik halus
1 1/2 liter air
2 sudu besar cili kisar
2 batang serai - diketuk
1 helai daun limau purut
sedikit daun ketumbar/daun sup - diracik
4 biji limau kasturi - dibelah 2
2 biji telur - digoreng dan dihiris halus
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 sambal:
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar udang kering - direndam
1/2 inci belacan
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit air asam jawa

cara:
  • untuk membuat sambal: kisar bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering sehingga halus
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan cili kisar sehingga pecah minyak
  • kemudian masukkan bahan2 kisar dan kacau sehingga sebati
  • masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • angkat dan ketepikan
  • untuk membuat kuah laksa: panaskan air sehingga mendidih
  • masukkan udang (dengan kulit dan kepalanya) dan rebus sehingga masak
  • kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan
  • masukkan semula air rebusan ke dalam periuk dan masakkan semula
  • masukkan pes laksa, cili kisar serta serai
  • masak dengan menggunakan api yang kecil dan biarkan sehingga kuah mendidih
  • masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa
  • renihkan sebentar sehingga mendidih semula
  • padamkan api
  • cara menghidang: masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan2 lain ke dalam mangkuk
  • tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dengan daun ketumbar/sup dan perahkan limau
  • enak dimakan ketika panas

source: dayang jack

Pes laksa sarawak resepi II

Bahan-bahan:
Bahan2 kisar A:
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10-12 tangkai cili kering
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
2-3 batang serai
1 inci belacan - dibakar dahulu

Bahan2 kisar B:
1/4 cawan kacang tanah - digoreng
1/4 cawan bijan - digoreng

garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar halus:
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

cara:
  • satukan bahan2 kisar B, bahan2 kisar halus dengan bahan2 kisar A
  • kacau sehingga rata
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bahan2 tadi sehingga garing dan wangi
  • tambahkan garam dan gula secukup rasa
  • angkat dan masaklah untuk kuah laksa
  • boleh juga disimpan di dalam fridge sekiranya ingin menyimpan lama

source: dayang jack

24 November 2009

Cakoi

Bahan-bahan (lebih kurang 10 biji):
1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 camt instant yeast
1 camt gula pasir
1 camt garam
3/4 camt tawas (alum)
1/2 camt soda bikarbonat
1/2 camt amonia atau nutre powder - optional (kegunannya untuk menghasilkan cakoi yang rangup)
1 camb minyak

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam (ini bergantung pada jenis BM)
  • keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi dan bahagikan kepada dua bahagian
  • bentukkan doh2 tadi menjadi bentuk panjang berukuran 40cm
  • susunkan ke atas loyang dan tutupkan loyang tersebut supaya doh naik dua kali ganda selama 45 min
  • ratakan doh tadi dengan tangan dan biarkan menjadi setinggi berukuran 1cm dan setebal 5-6cm
  • potong 2-2.5cm dan biarkan ianya rehat selama 15 min
  • panaskan minyak dengan banyak (deep-fry) dengan api yang sederhana panas
  • ambil sekeping doh yang telah dipotong tadi, celupkan lidi sate ke dalam air dan letakkan ke atas doh tadi
  • kemudian ambil satu lagi doh kecil tadi dan lapikkan di atas doh yang pertama
  • celupkan sekali lagi lidi sate ke dalam air dan letakkan ke atas doh
  • tekankan di tengah2
  • pegang kedua2 hujung dan tarik perlahan2 biar menjadi sepanjang 15-20cm dan terus masukkan ke dalam kuali tadi
  • kacau sikit apabila dia dah mula timbul kat permukaan minyak supaya ianya tidak menjadi lebih kembang
  • goreng sehingga keperang2an

note: doh ini agak lembut jadi kena taburkan tepung yang banyak. doh yang betul2 naik senang nak ditarik menjadi bentuk panjang

source: lydia

21 November 2009

Pai pau (sweet bread)



Bahan-bahan (9 biji bergantung pada saiz):
Bahan2 pre-fermented dough:

125gm tepung roti
80ml air
1/2 camt instant yeast
secubit garam

Bahan2 sweet bread:
250gm tepung roti
1/2 camt garam
1 1/2 camt instant yeast
2 camb susu tepung
50gm gula pasir
1 biji kuning telur + susu segar = 120ml
75ml whipping cream
1 camb susu pekat (condensed milk)
50gm pre-fermented dough
40gm mentega

cara:
  • cara membuat pre-fermented dough: masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap selama lebih kurang 1 1/2 jam (bergantung pada jenis BM)
  • keluarkan dan tumbuk2kan sekejap
  • ketepikan 50gm untuk membuat sweet bread dan lebihnya boleh disimpan di dalam freezer
  • apabila hendak menggunakannya bolehlah dikeluarkan dan biarkan pada suhu bilik
  • cara membuat sweet bread: masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap selama lebih kurang 1 1/2 jam (bergantung pada jenis BM)
  • keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bahagikan doh kepada 9 bahagian dengan setiap satu seberat 65gm (jika mau banyak bolehlah ditimbang seberat 50gm/55gm/60gm
  • bentukkan setiap satu doh tadi menjadi bulat kecil dan rehatkan sebentar selama 15 min
  • ambil satu doh dan bentukkan mengikut kesukaan masing2 (nak biarkan bentuk bulat atau bentukkan menjadi hotdog bun - jika nak letak inti pun boleh ikut selera masing2)
  • susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dan pastikan jarak di antara satu doh sebesar ibu jari
  • biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada pada negara 4 musim bolehlah loyang tadi disimpan di dalam oven tanpa perlu 'ON' kan
  • apitkan kiri/kanan atau letak bahagian atas dengan dua cawan air panas
  • selepas itu bolehlah dibakar pada suhu 190C selama 15-20 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan loyang dari oven dan sapukan permukaan roti dengan sedikit olive oil supaya permukaan roti akan sentiasa kekal lembut

note: inilah resepi roti yang dicari selama ini kerana kelembutannya seperti yang dijual dikedai. permukaan roti memang terlalu lembut (lihat gambar no. 2). walaupun prosesnya agak lama tetapi hasilnya memang terlalu memuaskan

source: florence

Ayam masak bali resepi II

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
garam secukup rasa

Bahan2 A kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan2 B:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kerisik
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
1/2 cawan susu cair/susu segar/santan
1 keping asam keping atau air asam jawa
1 helai daun pandan - disimpul
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

bahan2 B kisar:
5 biji bawang merah
1/2 labu bawang besar
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

cara:
  • gaulkan ayam dengan bahan2 A dan bahan2 A kisar selama 1 jam
  • kemudian gorengkan sehingga garing dan ketepikan
  • panaskan kuali
  • tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang, bahan2 kisar, cili kisar dan daun pandan sehingga wangi dan garing
  • masukkan kerisik dan tumis lagi sehingga pecah minyak
  • kemudian masukkan kedua kicap dan sedikit air
  • kacau dan biarkan sehingga mendidih
  • masukkan pula susu cair/susu segar/santan dan asam keping
  • gaul rata
  • selepas itu masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan sebati
  • masukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu
  • setelah kuahnya agak pekat atau kering bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih

source: dayang jack

17 November 2009

Steamed soft chocolate cake

Bahan-bahan:
95gm unsalted butter
110gm gula pasir
2 biji telur
75gm tepung kek
1/2 camt baking powder
1/4 camt soda bikarbonat
30gm serbuk koko
80gm susu sejat (evaporated milk) atau susu segar
2 1/2 camb horlicks
1/4 camt esen vanila
secubit garam

cara:
  • panaskan kukusan di atas dapur dengan api sederhana panas
  • griskan loyang berukuran 7" dan ketepikan
  • ayakkan serbuk koko dan ketepikan
  • kemudian ayakkan pula tepung, baking powder, soda bikarbonat dan ketepikan
  • bancuhkan susu, horlicks, esen vanila sehingga sebati dan ketepikan
  • pukul mentega, garam dan gula sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi sehingga rata
  • selepas itu masukkan campuran tepung diselang-selikan dengan campuran bancuhan horlicks dan serbuk koko sebanyak tiga kali sambil dipukul sehingga rata tetapi jangan sampai overmix (tepung-bancuhan horlicks-serbuk koko)
  • tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan aluminium oil supaya air kukusan tidak jatuh ke atas kek
  • kukuskan selama 1 1/2 jam dengan api yang kuat sehingga masak
  • setelah masak keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sehingga sejuk
  • keluarkan dari loyang, potong dan hidangkan

note: lembut dan sedap

source: happy flour

15 November 2009

Nasi goreng beriani resepi II

Bahan-bahan:
2 cawan beras basmati
3 sudu besar rempah beriani
500gm daging - potong kiub
200gm udang - optional
sayuran - optional
1 biji cili hijau atau capsicum hijau - dipotong kecil
1 biji buah tomato - potong 8
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
1 kiub perasa daging
bawang goreng secukupnya

cara:
  • masak beras dan biarkan sejuk
  • panaskan minyak sapi
  • tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, rempah beriani dan sedikit air sehingga wangi
  • kemudian masukkan kiub perasa daging dan kacau rata
  • masukkan pula daging dan masak sehingga daging empuk
  • tambahkan air jika terlalu kering
  • setelah daging empuk masukkan nasi dan gaulkan sehingga sebati
  • masukkan bahan2 lain dan kacaukan rata
  • tambahkan garam jika perlu
  • taburkan dengan bawang goreng
  • angkat dan hidangkan

source: k.ida, 1001

Two tone coconut bread


Bahan-bahan:
Bahan2 gelatinized dough:
100gm tepung roti
70gm air panas (boiling water)

Bahan2 doh A:
400gm tepung roti
100gm susu tepung
25gm serbuk santan (coconut milk powder)
75gm gula pasir
7gm garam
2 1/2 camt instant yeast

Bahan2 doh B:
165gm air
1 biji telur

Bahan2 doh C:
75gm mentega

Bahan2 doh D:
beberapa titik pewarna hijau
80gm raisins

sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti

cara:
  • cara membuat gelatinized dough: satukan air panas dengan tepung roti dan kacaukan sehingga sebati
  • kemudian uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
  • kemudian biarkan pada suhu bilik
  • tutupkan dan simpan di dalam fridge sehingga 12 jam
  • cara membuat doh: keluarkan gelatinized dough yang telah disimpan di dalam fridge sebelum digunakan sekurang2nya 10-15 min
  • pukulkan bahan2 A dengan menggunakan dough hook sehingga sebati
  • kemudian masukkan bahan2 B dan pukul lagi dengan kelajuan yang sederhana sehingga menjadi doh yang lembut
  • masukkan pula gelatinized dough dan pukul lagi sehingga sebati
  • akhir sekali masukkan bahan2 C dan pukul lagi sehingga menjadi doh yang lembut dan elastik (tidak melekat di tangan)
  • keluarkan 400gm doh tadi dan campurkan dengan bahan2 D sehingga sebati
  • kemudian masukkan gelatinized dough dan pukul lagi sehingga sebati (taburkan sedikit tepung jika doh melekit)
  • selepas itu bentukkan kedua2 doh tadi menjadi bulat yang besar dan rehatkan supaya ianya naik dua kali ganda (pastikan di simpan di dalam dua mangkuk)
  • selepas itu keluarkan dan tumbuk2kan doh2 tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian rehatkan selama 10 min
  • canaikan kedua2 doh tadi menjadi bentuk rectangular
  • letakkan doh berwarna hijau tadi di atas doh plain (lihat gambar)
  • kemudian gulungkan seperti swiss roll dan potongkan kepada beberapa bahagian (ini bergantung pada saiz loyang yang digunakan) dan susunkan ke dalam loyang (lihat gambar)
  • rehatkan selama 45 min ke 1 jam supaya ianya naik dua kali ganda
  • bakar pada suhu 175C selama 20-25 min atau sehingga masak dan menjadi perang
  • keluarkan loyang dari oven dan sapukan permukaan roti dengan sedikit olive oil supaya ianya sentiasa menjadi lembut

note: jika ingin menggunakan BM letakkan semua bahan kecuali bahan2 D dan tekankan untuk setting dough. apabila doh telah menjadi sebati dan naik sedikit barulah dikeluarkan dari BM. kemudian ketepikan 400gm doh tadi dan campurkan dengan bahan2 D dan ikuti cara seterusnya seperti di atas

source: alex goh

13 November 2009

Sup tulang ala mamak

Bahan-bahan:
1kg tulang
2 sudu besar minyak makan
3 sudu besar rempah sup/kurma - bancuh dengan sedikit air supaya dijadikan paste
4 biji ubi kentang - dibelah 4
1 batang karot - dipotong kecil atau bulat
1 pokok daun sup dan daun bawang - dihiris halus
1 batang serai - diketuk
2 biji buah tomato - dibelah 4
garam secukup rasa
bawang goreng - untuk taburan
air secukupnya

bahan2 tumbuk/kisar:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
1 sudu kecil lada hitam

bahan2 rempah tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

cara:
  • tulang dipotong kecil, basuh dah toskan
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 tumbuk/kisar dan rempah tumis sehingga naik bau
  • masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata
  • rebuskan sehingga daging tulang betul2 lembut
  • masukkan ubi kentang, karot, air dan garam
  • biarkan sehingga mendidih
  • renihkan sehingga ubi kentang dan karot lembut
  • padamkan api dan masukkan buah tomato
  • masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang

source: k.hanieliza

Ayam bam bam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 4 atau 8
2 mangkuk santan - dari 1 biji kelapa
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng

bahan2 kisar:
15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
8 biji buah keras
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
2cm lengkuas
jika suka pedas boelh dimasukkan 3-4 tangkai cili padi

cara:
  • ayam dibersihkan dan dilumurkan dengan sedikit garam
  • panaskan minyak
  • gorengkan ayam sehingga 3/4 masak dan ketepikan
  • panaskan sedikit minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan pecah minyak
  • kemudian masukkan santan, daun limau purut, daun salam, garam dan gula secukup rasa
  • masak sehingga kuah menjadi agak pekat
  • akhir sekali masukkan ayam dan masaklah sehingga ayam empuk
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih

source: k.noormasri

10 November 2009

Steak daging india selatan

Bahan-bahan:
500gm daging lembu batang pinang - cuci bersih dan potong setebal 1cm
1 sudu teh lada hitam - dikisar kasar

3 sudu teh serbuk kari daging
2 sudu teh tomato puree
1 sudu makan kicap pekat
1/2 cawan air atau secukupnya
200gm ubi kentang - direbus dengan kulit sehingga empuk kemudian buang kulit dan potong 4 atau boleh juga digoreng
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 biji buah tomato - dibelah 4
beberapa tangkai daun ketumbar - dipotong kasar2
garam dan serbuk perasa (jika suka) secukupnya

Bahan2 kisar:
3 ulas bawang putih
1cm halia

cara:
  • gaul daging dengan bahan2 kisar, lada hitam kisar, serbuk kari, tomato puree dan kicap
  • gaul rata dan perap sekurang2nya 1/2 jam
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • masukkan daging yang sudah diperap tadi dan taburkan garam dan serbuk perasa secukupnya
  • tumis sehingga naik aroma rempahnya
  • garingkan sedikit baru dimasukkan air
  • kacau dan biarkan mendidih sehingga dagingnya empuk
  • masukkan bawang besar, daun ketumbar dan gaul sehingga rata
  • bila dagingnya benar2 empuk, rempahnya sudah pekat dan sebati dengan dagingnya barulah dimasukkan ubi kentang, buah tomato dan kacau rata
  • matikan api
  • enak disajikan dengan roti prata, roti perancis, roti naan, nasi putih ataupun nasi minyak

source: paun asmah laili

8 November 2009

Salad buah mangga

Bahan-bahan (2-3 orang):
2 biji buah mangga muda - sebesar saiz tapak tangan
15gm belacan - dibakar
2 biji bawang merah - dimayang halus
3 batang cili padi hijau - dicincang / dihiris halus
2 batang cili padi merah - dicincang / dihiris halus
2 camt sos ikan nampla
2 biji limau kasturi - ambil jusnya (boleh digantikan dengan limau nipis)
garam dan gula secukupnya
3 camb kacang yang telah ditumbuk kasar

cara:
  • hancurkan belacan dengan menggunakan belakang garpu supaya hancur berderai dan ketepikan
  • buah mangga dikupas kulit dan disagat memanjang dan ketepikan
  • di dalam mangkuk yang besar satukan semua bahan kecuali kacang dan garam
  • gaul perlahan2 sehingga sebati
  • jika kurang masinnya bolehlah ditambahkan garam
  • hidangkan di dalam mangkuk dan taburkan dengan kacang tumbuk
  • sedap dimakan bersama2 nasi putih, kari ikan dan lauk pauk yang lain

source: k.nis

7 November 2009

Roast chicken ala barat

Bahan-bahan:
1 ekor ayam seberat anggaran 1 1/2kg hingga 2 kg - jangan dibelah dan jangan dibuang kulitnya

2 camt serbuk buah pala
2 camb serbuk lada hitam yang kasar
2 camb kicap cair
1 camb kicap pekat
1 biji lemon - ambil jusnya
mentega / olive oil secukupnya - untuk sapuan pada ayam

Bahan2 sayuran:
sedikit garam - untuk tabur atas sayuran
1 labu bawang besar - belah 4
500gm kentan kecil - dicuci bersih dan jangan kupas kulit
10 biji brokoli -potong hujung dan cuci bersih
2 biji buah tomato - belah 4
beberapa biji cherry tomato
beberapa biji baby karot - kukus sebentar jika suka

cara:
  • cuci bersih ayam dan toskan lalu dilumurkan dengan sedikit garam
  • alas tin pembakar dengan aluminium paper yang lebih lebar dari dulangnya
  • panaskan oven pada suhu 180C
  • gaulkan kedua2 kicap, serbuk buah pala, jus lemon dan serbuk lada hitam di dalam mangkuk
  • lumurkan pada ayam
  • masukkan sedikit mentega dan lebihan bahan2 perapan tadi di dalam perut ayam
  • biarkan sebentar supaya semuanya meresap ke dalam ayam
  • terbalikkan ayam dan ikat kedua2 kakinya dengan benang putih kasar supaya bila dimasak kakinya bercantum
  • setelah itu alihkan ayam tadi ke dalam dulang pembakar dengan bahagian belakang di atas
  • curahkan lebihan bahan2 perapan ke atas ayam
  • sapukan lagi ayam dengan mentega terutama di dalam perutnya
  • selitkan ubi kentang di tepi2 ayam terutama dibawahnya
  • masukkan juga ubi kentang, cherry tomato dan brokoli ke dalam perut ayam
  • hiaskan sekeliling ayam dengan lebihan tomato, brokoli dan bawang besar
  • masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30 min
  • jika terdapat banyak cecair yang keluar sendukkan dan sira ke atas ayam
  • masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi selama 20 min atau sehingga masak (jika ubi kentang belum empuk biarkan kentang masak beberapa minit lagi)
  • potongkan ayam dan hidangkan dengan chips, coleslaw, sayur2an dan black pepper sauce

source: puan asmah laili

Bun pandan resepi II

Bahan-bahan (lebih kurang 12 biji):
250gm tepung roti
50gm tepung gandum/kek
1 biji telur
140ml air suam
1 camt yis
2 camb gula pasir
2 camb marjerin/butter/unsalted butter
1/2 camt garam
1 camt pandan emulco atau beberapa titik pewarna hijau atau boleh dicampurkan kedua2nya
1 camt bread improver atau dough softener - optional

dessicated coconut secukupnya - untuk taburan
inti kaya pandan atau sekaya secukupnya - optional

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam (ini bergantung pada jenis BM)
  • selepas siap keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
  • selepas itu bahagikan doh tadi kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 50gm
  • bentukkan setiap doh kecil tadi menjadi bentuk bola
  • ambil satu doh dan leperkan di atas tapak tangan
  • isikan 1/2 - 1 camt inti kaya dan tutupkan semula menjadi bulat (nak letak inti atau tidak bergantung pada selera masing2)
  • susunkan doh tadi di dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • kemudian rehatkan doh tadi selama 45min ke 1 jam supaya ianya naik sekali lagi
  • kalau berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven tanpa perlu 'ON' kan oven
  • apitkan kiri/kanan atau atas/bawah loyang tadi dengan dua cawan air panas
  • selepas itu pancutkan permukaan doh tadi dengan air dan taburkan dengan dessicated coconut
  • bakar pada suhu 180C selama 20 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • hidangkan

source: onigiri (telah diubah suai sedikit)

4 November 2009

Cotton sponge cake


Bahan-bahan:
Bahan2 A:

60gm (4 camb / 0.26 cawan) mentega - dicairkan
80gm (2/3 cawan) tepung gandum
80ml susu segar
1 biji telur + 5 biji telur kuning

Bahan2 B:
5 biji telur putih
120gm (1/2 cawan) gula pasir
secubit garam

Butter cream:
80gm gula pasir
25gm air
60gm telur putih
220gm mentega
40gm shortening
2 camt instant coffee - bancuhkan dengan sedikit air panas untuk jadikan paste

cara:

  • untuk membuat buttercream: masakkan gula dengan air di dalam periuk tahan panas sehingga pekat dan larut
  • padamkan api
  • pukulkan putih telur sehingga berbuih
  • kemudian tuangkan air gula tadi sambil dipukul lagi sehingga sebati
  • masukkan mentega, shortening, coffee paste dan pukul lagi sehingga gebu dan sebati
  • selepas itu simpankan di dalam fridge sementara hendak digunakan
  • cara membuat kek: griskan tin kek empat segi berukuruan 8" dan ketepikan
  • pukul 1 biji telur dan 5 biji telur kuning sehingga gebu dan kembang
  • masukkan tepung berselang-seli dengan susu sebanyak 3 kali sambil dipukul rata
  • kemudian masukkan mentega cair dan pukul rata
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur, secubit garam dan gula sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan adunan telur putih tadi ke dalam adunan kuning telur sehingga sebati
  • tuangkan adunan ke dalam tin kek dan bakar pada suhu 170C selama 25 min atau sehingga masak
  • setelah masak keluarkan tin kek dari oven dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan
  • potong kek kepada beberapa bahagian dan sapukan dengan buttercream atau boleh jugak dipotong tanpa buttercream

source: baking mum

1 November 2009

Nasi minyak

Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi - cuci bersih dan toskan
air mengikut paras beras dan lebihkan sedikit
1 cawan minyak sapi
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan pes bawang putih
3 sudu makan pes bawang besar
1/2 cawan gajus - dikisar halus
2 sudu makan air mawar
1/2 tin susu cair (evoporated milk)
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 jari kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 labu bawang besar - dihiris
2 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan daun pudina - dihiris
garam secukup rasa

Bahan2 tabur:
1/2 cawan bawang goreng
1/4 cawan badam hiris - digoreng
1/4 cawan kismis - digoreng

cara:
  • cairkan minyak sapi
  • tumiskan hirisan bawang besar sehingga wangi
  • masukkan daun pandan, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang
  • tumis sehingga naik aromanya
  • masukkan pula pes halia, pes bawang putih, pes bawang besar dan tumis lagi sehingga garing sedikit
  • curahkan air, susu , air mawar, gajus kisar dan gaul rata
  • tutup periuk dan biarkan ia mendidih
  • masukkan garam secukup rasa
  • kemudian masukkan pula beras (boleh juga di alihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti menanak nasi biasa)
  • setelah kering taburkan hirisan daun pudina, karihkan sedikit, tutup periuk dan biarkan sehingga nasinya masak
  • semasa menghidang, taburkan bawang goreng, badam goreng dan kismis goreng
  • enak dimakan dengan apa sahaja jenis lauk

source: puan asmah laili

Daging kerutup

Bahan-bahan:
1kg daging
3 cawan santan - dari 1 biji kelapa
3 sudu besar kerisik
3 sudu besar rempah kerutup
2 sudu besar gula merah
1 inci kulit kayu manis
3 sudu besar minyak - untuk menumis
1/2 cawan air asam jawa
garam secukupnya

bahan2 kisar:
15 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas

cara:
  • daging dipotong dadu
  • bancuh bahan2 kisar dengan rempah kerutup dan ketepikan
  • panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis
  • masukkan bahan2 rempah tadi dan kacau rata sehingga naik minyak dan wangi
  • kemudian masukkan pula daging dan kacau rata
  • masukkan santan, air asam jawa, gula merah dan garam secukup rasa
  • masak dengan api sederhana panas sehingga daging empuk
  • akhir sekali masukkan kerisik dan gaulkan rata
  • renehkan sehingga kuah pekat dan padamkan api
  • hidangkan dengan nasi dhall, nasi minyak atau nasi tomato

source: k.hanieliza

31 October 2009

Sup gear box

Bahan-bahan:
Bahan2 stok:
1 kg tulang lembu bersum-sum / ekor
2cm halia - diketuk
1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil garam kasar
1 biji tomato - dibelah 8
1 batang saderi - dihiris 3cm
2.5 liter air atau secukupnya

Bahan2 kisar:
4 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2cm halia
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan2 rempah tumis:
4cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan2 sampingan:
4 sudu besar minyak
1 bunjut rempah sup tulang
garam secukup rasa
jus limau nipis dari 1/2 biji - jika suka
6 biji cili padi
bawang goreng
hirisan daun bawang & daun sup

cara:
  • jerang bahan2 stok sehingga menggelegak, perlahankan api dan masak sehingga tulang lembu / ekor lembut dan empuk selama lebih kurang 3-4 jam
  • bila air rebusan tinggal 2 liter, tapiskan ke dalam mangkuk besar
  • asingkan semua bahan kecuali tulang/ekor dan ketepikan
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bahan2 kisar dan rempah tumis sehingga wangi dan garing
  • masukkan air rebusan, tulang/ekor, rempah bunjut dan garam secukup rasa
  • biarkan sehingga mendidih dan padamkan api
  • masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan jus limau dan cili padi sebiji-sebiji
  • taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup
  • hidangkan panas2 dengan nasi, sambal belacan dan lauk pauk yang lain

source: noormasri

Caramel chiffon cake

Bahan-bahan:
Bahan2 caramel:
75gm gula pasir
2 camt air
75ml whipping cream atau susu segar

Bahan2 kek:
3 biji telur kuning
25gm gula pasir
1/4 camt garam
75ml caramel
2 camb air
2 camb minyak jagung
85gm tepung kek - kalau berada di UK gunakan sponge flour

4 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
35gm gula pasir

cara:
  • cara membuat caramel: masukkan gula, air ke dalam periuk tahan panas dan masak sehingga menjadi warna perang dengan api yang sederhana panas
  • padamkan api dan tuangkan sedikit demi sedikit whipping cream/susu segar ke dalam mangkuk tadi sambil dikacau
  • panaskan semula periuk tadi dan masak sehingga adunan mendidih dan pekat
  • padamkan api dan biarkan sejuk sebelum digunakan (jangan risau jika caramel agak keras kerana selepas dipukul dengan bahan2 kek ianya akan menjadi lembut)
  • ayakkan tepung kek dan ketepikan
  • untuk membuat kek: pukul telur kuning, gula pasir dan garam sehingga gebu
  • masukkan air, minyak, caramel dan pukul sehingga rata
  • kemudian masukkan tepung dan pukul lagi
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil dipukul sehingga menjadi gebu lebih kurang 5 min (pastikan adunan tidak mudah jatuh apabila diangkat dengan spatula)
  • selepas itu kaupbalikkan 1/2 adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur
  • kacau sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis
  • tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon kek yang bersaiz 18cm
  • bakar pada suhu 175C selama 40-50 min atau sehingga masak
  • keluarkan tin kek dari oven dan biarkan sejuk barulah dikeluarkan dari acuan
  • potong dan hidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: florence

27 October 2009

Ayam masak madu

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam - dipotong kecil
garam
serbuk kunyit
1 sudu makan rempah kari ayam
1 labu bawang besar - dihiris bulat
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula merah
3 sudu besar tomato puree atau sos tomato
sedikit air - ini bergantung pada kepekatan atau kecairan kuah

bahan2 tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 inci halia

cara:
  • perapkan ayam dengan garam, serbuk kunyit, rempah kari dan bahan2 tumbuk lebih kurang 1/2 jam
  • selepas itu ketuk2kan yang untuk asingkan dengan bahan rempah perapan dan ketepikan
  • kemudian gorengkan ayam sehingga masak dan ketepikan
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu
  • masukkan bahan rempah perapan tadi dan cili kisar
  • tumiskan sehingga terbit minyak
  • masukkan tomato puree/sos, madu, gula merah dan sedikit air
  • kacaukan rata
  • jika suka ayam lembut masukkan semasa kuah masih banyak
  • jika suka yang garing tunggu sehingga kuah pekat barulah dimasukkan ayam goreng tadi
  • kacau rata
  • siap untuk dihidangkan dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain

source: k.lynn/ayu - frd

24 October 2009

Ayam tandoori goreng


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
1 paket rempah tandoori maggi
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
5 sudu besar tepung goreng ayam
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

cara:
  • gaulkan semua bahan dengan ayam dan perapkan selama 1/2 jam
  • kemudian gorengkan sehingga garing dan kekuningan
  • hidangkan panas2

source: k.hanieliza

Mee rebus resepi II

Bahan-bahan:
500g mee kuning
500g tauge - dibuang ekor

Bahan2 kuah:
500g ubi keledek - direbus dan dikisar halus
250g tetel/daging lembu - dicuci bersih dan direbus hingga lembut
sedikit minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan2 kisar:
3 sudu makan taucho - cuci sedikit jika tidak mahu terlalu masin
4 sudu makan rempah kari daging
6 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
1 ibu jari lengkuas
2 ibu jari halia
2 batang serai
1 sudu besar udang geragau kering (kalau tiada boleh guna udang kering) - disangar

Bahan2 taburan:
telur rebus
tauhu goreng
limau kasturi
hirisan cili hijau
hirisan daun sup/bawang
bawang goreng

cara:
  • panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar
  • bila sudah berbau wangi, masukkan air rebusan dan tetel/daging lembu
  • kemudian masukkan keledek, garam dan serbuk perasa secukupnya
  • jika hendak manis, masukkan sedikit gula (lebih enak kalau menggunakan gula merah)
  • bila kuah sudah mendidih padamkan api dapur
  • celur mee dan taugeh, lalu toskan
  • cara menghidang: masukkan mee dan tauge ke dalam mangkuk
  • tuangkan kuahnya dan taburkan dengan bahan2 taburan
  • hidangan ini elok dimakan semasa panas

source: k.rossya

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin