Pages

31 August 2009

Kuih kosui pandan lapis

Bahan-bahan:
Lapisan gula merah:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu makan tepung pulut
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
2 camt air kapur makan

Lapisan pandan:
7 helai daun pandan
150ml air
3/4 cawan gula pasir
400ml air
sedikit pewarna hijau - optional
150gm tepung beras
70gm tepung ubi
1 camt air kapur makan

kepala parut putih
sedikit garam

cara:
  • untuk lapisan gula merah: kisar semua bahan sehingga sebati dan tapiskan
  • ketepikan
  • untuk lapisan pandan: kisar daun pandan dengan 150ml air dan tapiskan
  • kemudian campurkan dengan semua bahan2 yang lain dan kisarkan
  • tapis dan ketepikan
  • lapikkan loyang ukuran 11 inci dengan plastik dan griskan dengan sedikit minyak supaya senang untuk keluarkan kuih
  • panaskan kukusan
  • sukatkan 1 1/2 cawan adunan gula merah dan tuangkan ke dalam loyang
  • kukuskan selama 10 min atau sehingga adunan keras sedikit
  • kemudian sukatkan lagi 1 1/2 cawan adunan lapisan pandan dan tuangkan ke atas lapisan gula merah yang telah dikukuskan tadi
  • lapiskan satu persatu sehingga habis kedua2 adunan digunakan
  • setelah masak keluarkan loyang dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong
  • sebelum dihidangkan gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam

source: k.rinnchan

30 August 2009

Talam ubi

Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
700gm ubi kayu yang telah diparut
200ml air
75gm kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam

Bahan2 air gula:
180ml air
210gm gula melaka
150gm gula pasir

Lapisan bawah:
1160ml santan
120gm tepung beras
40gm tepung kanji/ubi/jagung
30gm gula pasir
1 sudu teh garam

cara:
  • masak semua bahan air gula sehingga larut
  • tapis dan sejukkan
  • gaulkan ubi parut dengan air dan tapiskan atau letakkan ke dalam kain maslin dan perah ke dalam mangkuk untuk mengeluarkan airnya
  • biar airnya mendap selama 20 min, kemudian buangkan bahagian yang jernih
  • ambil bahan mendap (sagu), campurkan dengan ubi kayu, kelapa parut, garam dan air gula
  • gaulkan sebati dan tuangkan ke dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu
  • kukuskan selama 20 min
  • untuk lapisan bawah: bancuhkan semua bahan sehingga sebati dan tapiskan
  • setelah lapisan bawah masak, lorekkan2 bahagian atasnya dengan garfu sebelum dituangkan adunan lapisan atas
  • kukuskan lagi selama 25-30 min atau sehingga masak (pastikan penutup loyang ditutup dengan kain atau dengan alumininium foil supaya air kukus tidak menitik)
  • keluarkan dari kukus dan biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong

source: bro rozzan (ubah sedikit)

28 August 2009

Kuih bakar kentang

Bahan-bahan:
500gm ubi kentang
250gm tepung gandum
350gm gula pasir
3 biji telur
550ml santan pekat
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak sapi
sedikit pewarna kuning

cara:
  • ubi kentang di rebus dan dilecek sehingga halus
  • kemudian sejukkan
  • satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacaukan sehingga sebati dan tidak berbentil
  • boleh jugak di kisar di dalam food processor
  • tapiskan dan tuangkan ke dalam acuan kuih bakar atau loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak
  • bakar pada suhu 200C selama 40 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan

source: bro rozzan

27 August 2009

Ayam salut serai

Bahan-bahan:
beberapa batang serai - ini bergantung berapa besar kepalan campuran minced chicken
1/2 sudu teh garam

Bahan2 kisar:
100gm chicken minced
1cm halia
1cm kunyit hidup
1cm lengkuas
1 biji cili merah
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

cara:
  • gaulkan bahan2 kisar dengan garam sehingga sebati dan dikepal
  • bahagikan kepada beberapa bahagian. saiz bergantung pada selera masing2
  • kemudian salutkan pada batang serai
  • goreng sehingga kekuning-kuningan dan masak
  • bolehlah diangkat
  • hidangkan panas2 dengan kuah cili

note: boleh juga dikepal macam pegedil. batang serai yang telah digoreng tadi boleh digunakan kembali

source: majalah rasa

26 August 2009

Daging masak arab

Bahan-bahan:
500gm daging - dipotong dadu
2 biji bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1-2 sudu besar tomato puri
250ml santan atau 25gm serbuk santan campur dengan 250ml air
1 sudu besar minyak sapi
50ml minyak
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
1 biji buah tomato
6 biji bawang merah
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1cm halia
1cm kunyit hidup
1 sudu teh serbuk lada hitam

cara:
  • perap daging bersama bahan2 kisar selama 1 jam
  • panaskan minyak dan minyak sapi
  • tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan garing
  • kemudian masukkan tomato puri, garam dan gula secukup rasa
  • biarkan mendidih seketika dan kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi
  • gaul rata
  • masukkan santan dan biarkan mendidih
  • masak sehingga kuah menjadi pekat dan sehingga daging empuk
  • angkat dan sedia untuk dihidangkan

source: majalah rasa

25 August 2009

Nasi ayam belanga

Bahan-bahan:
2 pot/cawan beras
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap manis
1 batang serai - dititik
2 helas daun pandan - disimpul
air secukupnya untuk merebus ayam dan untuk dijadikan stok masak nasi
2 sudu besar minyak sapi / marjerin

Bahan2 tumbuk:
1cm halia
3 ulas bawang putih

Bahan2 rempah:
3 kuntuk bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
1/2 - 1 sudu kecil jintan manis
1/2 - 1 sudu kecil jintan putih

cara:

  • rebuskan ayam dengan garam dan serai sehingga empuk
  • angkat dan toskan
  • simpan stok ayam untuk memasak nasi
  • perapkan ayam dengan bahan2 tumbuk, minyak bijan dan kicap manis sekejap
  • panaskan minyak sapi
  • tumiskan bahan2 rempah sehingga naik bau
  • masukkan beras dan kacau rata
  • kemudian masukkan stok ayam dan kacau rata
  • bolehlah ubahkan beras ke dalam rice cooker dan tutupkan
  • apabila nasi sudah hampir masak bolehlah diletakkan ayam dan daun pandan
  • biarkan sebentar dan kacau2kan supaya masak sekata
  • lebihan stok ayam tadi bolehlah dibuatkan sup
  • hidangkan dengan sup, kicap cair, kuah cili atau makan begitu saja

note: sedap

source: buku resepi traditional keluarga

24 August 2009

Acar ikan

Bahan-bahan:
500gm ikan bawal - dalam 2 ekor
garam dan kunyit serbuk secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan2 kisar:
8-10 tangkai cili kering
1/4 sudu makan ketumbar biji
1/4 sudu makan jintan putih
1cm halia
1cm kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

Bahan2 tumis:
1/2 sudu teh halba
1/4 sudu teh biji sawi
2 sudu makan cuka
120gm air - tambah jika mau kuah lebih
10gm kismis - optional
80gm karot - dihiris memanjang
80gm timun - dibuang hatinya dan dihiris memanjang
2 biji lada merah - di belah dua
2 biji lada hijau - dibelah dua
80g bawang kecil - di belah dua
Minyak untuk menumis
garam & gula secukupnya

cara:
  • lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
  • goreng sehingga masak dan keperangan
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak lagi
  • tumiskan bahan2 kisar, masukkan biji sawi dan halba
  • tumis sehingga garing dan wangi
  • tuangkan air, cuka, garam dan gula secukupnya
  • bila mendidih masukkan ikan, bawang kecil, lada merah & hijau, karot dan timun
  • kacau rata
  • angkat dan hidangkan

source: rossya

22 August 2009

Kuih koleh kacang


Bahan-bahan:
1 cawan tepung kacang hijau
2 cawan (500ml) santan
secubit garam

Bahan2 air gula:
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1 cawan (250ml) air
sehelai daun pandan - disimpul

Bahan2 tahi minyak:
1 cawan (250ml) santan pekat

cara:
  • masakkan 1 cawan santan pekat ke dalam mangkuk non-stick sehingga menjadi tahi minyak lebih kurang 1/2 jam dan sentiasa kacaukan
  • selepas itu tapiskan tahi minyak tadi dan jangan dibuang lebihan minyak
  • masukkan semula minyak tadi ke dalam mangkuk tadi
  • masak semua bahan2 air gula sehingga larut
  • tutupkan api dan biarkan sejuk
  • tapiskan air gula tersebut
  • selepas itu satukan tepung kacang hijau, air gula, garam dan 2 cawan santan ke dalam mangkuk
  • kacaukan sehingga sebati dan tidak berbentil
  • masukkan ke dalam mangkuk yang berisi minyak tadi
  • kacaukan adunan sehingga pekat dan likat seperti kastard
  • pastikan adunan dikacau selalu dan tidak berbentil
  • setelah itu tuangkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • biarkan kuih keras dahulu sebelum dipotong dan ditaburkan dengan tahi minyak

source: che 'iza, myr

Chocolate and vanilla marble cake

Bahan-bahan:
225gm mentega - pada suhu bilik
225gm gula kastor
4 biji telur
2 camt esen vanila
225gm tepung gandum
2 camt baking powder
50ml susu segar
50gm serbuk koko

cara:
  • griskan loyang springform ukuran 20cm dan ketepikan
  • pukul mentega sehingga kembang dengan menggunakan mixer atau sudip kayu
  • kemudian masukkan gula sambil dipukul lagi sehingga gebu
  • setelah itu pecahkan kesemua telur ke dalam mangkuk lain dan masukkan esen vanila sambil di pukul sehingga sebati dengan menggunakan spatula
  • masukkan campuran telur tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi sambil dipukul sehingga rata
  • selepas itu ayakkan tepung dan baking powder ke dalam adunan tadi
  • masukkan juga susu segar sambil dikaupbalikkan adunan sehingga sebati tetapi jangan overmix
  • kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • satu bahagian dibiarkan kepada warna asal
  • ayakkan serbuk koko ke dalam satu lagi bahagian adunan dan kacaukan sehingga sebati
  • masukkan kedua2 adunan diselang-seli ke dalam loyang yang telah digris tadi
  • ambil chopstick bentukkan adunan menjadi swirl
  • bakar pada suhu 180C selama 45 -55 min atau sehingga masak
  • keluarkan loyang dari oven dan biarkan sejuk sebelum dipotong

source: rachel allen

21 August 2009

Talam abuk-abuk

Bahan-bahan:
180gm sago - direndam selama 15 min, cuci dan toskan
120gm kelapa parut putih
140gm gula melaka - diracik kasar
1 camt garam

cara:
  • satukan sago dengan kelapa parut dan garam
  • gaulkan rata
  • bahagikan kepada dua bahagian
  • masukkan satu bahagian ke dalam loyang saiz 8" x 8" yang telah digriskan dengan sedikit minyak
  • kemudian taburkan gula melaka ke atasnya
  • akhir sekali masukkan satu lagi bahagian sago ke atas taburan gula melaka tadi
  • tekan2kan sedikit dengan belakang sudu
  • kukuskan selama 1 jam atau sehingga masak
  • keluarkan dari kukus dan biarkan sejuk sebelum dipotong

note: sesuai untuk pada yang susah untuk mendapatkan daun pisang

source: rossya

Hati dan pedal masak kicap

Bahan-bahan:
200gm hati ayam
200gm hempedal ayam
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - dihiris halus
3 ulas bawang merah - dihiris halus
1 tangkai cili merah dan 1 tangkai cili hijau- dihiris
rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
3 sudu besar atau secukupnya kicap manis
3 sudu besar atau secukupnya kicap masin

cara:
  • gorengkan hati dan hempedal ayam separuh masak
  • angkat dan ketepikan
  • jika suka boleh digaulkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. gorengkan separuh masak dan angkat
  • panaskan minyak
  • tumiskan 4 sekawan sehingga naik bau
  • masukkan semua bahan2 hiris serta hati dan hempedal yang telah digoreng tadi
  • kacaukan rata
  • akhir sekali masukkan kedua2 kicap dan rasalah mengikut cita rasa masing2
  • jika suka bolehlah diletakkan sedikit garam dan gula
  • tuangkan sedikit air asam jawa jika suka atau boleh juga diperahkan dengan sedikit air limau sahaja

source: majalah saji - diubah sedikit

Nasi goreng thai

Bahan-bahan:
2 mangkuk nasi sejuk
2 biji telur
2 sudu kecil pes tomyam / 1 kiub pati tomyam
1/4 cawan sayur campur
4 tangkai cili padi - ditumbuk (boleh ditambah jika suka pedas)
1 sudu besar cili kisar - boleh ditambah jika suka pedas
2 helai daun limau purut
2 sudu besar kicap manis
1 batang serai - dihiris halus
1 sudu kecil lengkuas - dicincang halus
200gm udang
200gm chicken breast - dipotong dadu/kecil
garam secukupnya

cara:
  • goreng telur secara scramble dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • masukkan cili kisar, cili padi, serai dan lengkuas
  • tumiskan sehingga naik bau dan garing
  • masukkan ayam dan kacaukan rata sehingga ayam separuh masak
  • kemudian masukkan pula udang, pes tomyam, kicap dan kacau sehingga sebati
  • masukkan sayur campur, daun limau purut dan kacau rata
  • akhir sekali masukkan nasi, telur goreng dan garam secukup rasa
  • kacaukan semua bahan sehingga sebati
  • angkat dan hidangkan

source: majalah saji

19 August 2009

Cheese & salami twist




Bahan-bahan (6 biji):
200gm tepung roti
1 camt instant yeast
20gm gula pasir
1/2 camt garam
20gm unsalted butter
140gm susu segar

40gm salami - dipotong kecil -boleh ditukar ikut selera masing2 (gambar no. 11)
40gm mozarella cheese - diparut (gambar no. 12)
mayonnaise secukupnya

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam (ini bergantung pada jenis BM masing2)
  • keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung (ini bergantung jika doh lembik atau tidak)
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin dan kemudian bentukkan menjadi bulat yang besar
  • rehatkan sekejap selama 10 min
  • selepas itu canaikan doh tadi menjadi bentuk rectangular 30cm x 25 cm (gambar no. 1)
  • kemudian taburkan salami dan mozarella cheese di setengah bahagian doh tadi (gambar no. 2)
  • tutupkan doh tadi (gambar no. 3) dan tekankan bahagian tepi supaya tidak tercabut (gambar no. 4)
  • letakkan rolling pin ke atas doh tadi dengan tujuan untuk melekatkan lagi doh tadi (gambar no. 5)
  • jangan di canai/gelekkan rolling pin di atas doh
  • potong doh kepada 6 bahagian (gambar no. 6)
  • ambil satu doh dan potong bahagian tengah sahaja tetapi jangan sampai putus (gambar no. 7)
  • di salah satu bahagian hujung lipatkan ke dalam sebanyak dua kali supaya terbentuk menjadi 'TWIST' (gambar no. 8)
  • lakukan sehingga habis dan susunkan di atas baking sheet atau loyang yang telah digris (gambar no. 9)
  • biarkan doh naik sekali lagi selama lebih kurang 45 min atau 1 jam
  • pada yang berada di negara 4 musim bolehlah di simpan loyang tadi di dalam oven tanpa perlu 'ON' kannya
  • letakkan dua cawan air panas di apit kiri dan kanan atau atas atau bawah loyang tersebut
  • kaedah ini untuk mempercepatkan proses penaikan doh
  • selepas itu picitkan mayonnaise ke atas 6 biji doh (gambar no. 10) tadi dan bakar pada suhu 180C selama 10-12 min atau sehingga masak dan keperangan
  • hidangkan sebagai minuman petang

source: dd

18 August 2009

Roti canai

Bahan-bahan (lebih kurang 8 keping):
3 cawan (330gm) tepung gandum
1 cawan air sejuk
2 sudu besar susu pekat (condensed milk)
1 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
sedikit marjerin untuk sapuan

cara:
  • campurkan air, susu, garam, marjerin dan telur
  • kacaukan sehingga sebati
  • kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli selama 25 min atau sehingga kental dan tidak melekat di tangan
  • bahagikan adunan kepada 8 biji dengan setiap satu seberat 100gm
  • bentukkan menjadi bulat dan sapukan dengan marjerin di sekeliling doh bulat tadi supaya tidak melekat antara satu sama lain
  • simpan di dalam bekas kedap udara di dalam fridge sekurang2nya 8 jam
  • ambil satu doh dan tebarkan
  • goreng dengan sedikit minyak
  • hidangkan dengan kuah dal dan sambal

source: noormasri

17 August 2009

Mee soto

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
air secukupnya untuk merebus ayam
600gm mee kuning atau mee hoon - celurkan sekejap
300gm taugeh - dibuang ekor dan celurkan sekejap
2 biji ubi kentang yang telah direbus
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 helai daun salam (bay leaves)

Bahan2 kisar:
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar ketumbar biji - disangar
1 sudu makan jintan halus/manis - disangar
1 sudu kecil jintan kasar/putih - disangar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai
1 inci lengkuas
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 biji buah keras
serbuk lada sulah/putih secukupnya

Bahan2 taburan:
bawang goreng
daun sup
isi ayam yang telah disiat2
pegedil

Bahan2 cili kicap:
15 tangkai cili padi
1 cawan kicap manis

cara:
  • rebus ayam di dalam periuk dengan air secukupnya
  • masukkan bahan2 kisar, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, daun salam dan masak sehingga ayam empuk
  • angkat ayam dan toskan
  • kemudian siat2kan ayam tadi dan ketepikan
  • didihkan lagi kuah soto dan masukkan garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • kisar ubi kentang rebus dengan sedikit kuah soto dan masukkan ke dalam kuah soto
  • kacau sehingga tidak berbentil dan sebati
  • renihkan sekejap sebelum dimatikan api
  • boleh jugak di panaskan periuk
  • tumiskan bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga naik bau
  • kemudian masukkan bahan2 kisar dan kacaukan sehingga garing
  • masukkan ayam, daun salam dan air secukupnya
  • renihkan sehingga ayam empuk
  • kemudian angkat ayam dan toskan
  • renihkan lagi kuah soto dan masukkan ubi kentang rebus yang telah dikisar dengan sedikit kuah soto
  • untuk cili kicap: kisar sehingga halus bersama2 dengan tangkai cili padi
  • cara menghidang mee soto: letakkan mee ke dalam mangkuk, letakkan daun taugeh, tuangkan kuah soto dan hiaskan dengan bahan2 taburan

source: k.rossya - diubah sedikit

Pegedil ayam

Bahan-bahan:
300gm ubi kentang
150gm minced chicken
1 batang karot - dipotong dadu kecil
1 tangkai cili merah - ditumbuk halus (optional)
1 labu bawang merah - dipotong dadu atau tumbuk
garam secukupnya
3/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh bawang goreng
sedikit daun ketumbar - dihiris halus

1 biji telur - dipukul sedikit

cara:
  • ubi kentang di kupas kulit dan dipotong secara wedges atau 8
  • goreng selama 5 min atau sehingga keperangan
  • angkat dan toskan
  • kemudian lenyekkan ubi kentang tadi dan ketepikan
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga naik bau
  • masukkan minced chicken dan karot
  • kacau rata dan biarkan sehingga masak
  • angkat dan toskan
  • campurkan minced chicken tadi dengan ubi kentang yang telah dilenyek bersama2 dengan bahan2 lain
  • gaulkan sehingga sebati
  • kemudian ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat
  • lakukan sehingga habis
  • panaskan kuali dengan minyak yang banyak
  • celupkan satu pegedil ke dalam telur dan goreng sehingga keperangan
  • lakukan sehingga habis dan toskan ke atas kitchen towel supaya menyerapkan minyak
  • hidangkan dengan soto atau nasi

source: k.rossya

Kek lapis dewi pandan

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
250gm tepung gandum atau tepung hongkong
250gm gula kastor
200 susu cair/sejat
50gm santan serbuk/segera
10 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 sudu besar ovalette

Bahan2 B:
300gm mentega
1 camt pandan emulco - kalau tak ada boleh gunakan sedikit pandan esen atau pandan paste
sedikit pewarna hijau
kelapa parut kering (dessicated coconut) - optional

cara:
  • griskan loyang empat segi saize 8" x 8" dan ketepikan
  • pukul bahan2 A sehingga gebu dan kembang
  • ketepikan
  • kemudian pukul mentega sehingga kembang dan ringan (apabila diangkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh)
  • masukkan ke dalam bahan2 A tadi dan kacau sehingga sebati
  • bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • satu bahagian dibiarkan kepada warna asal
  • satu bahagian lagi di campurkan dengan pandan emulco dan kacaukan rata
  • panaskan oven pada suhu gril
  • gunakan satu senduk lauk atau kira2 5-6 sudu besar untuk setiap lapisan dan bakar selama 5-7 min atau sehingga keperangan
  • selepas setiap lapisan dibakar pastikan ianya ditekan dengan menggunakan sudu supaya mengeluarkan angin
  • selepas itu sendukkan pula adunan warna hijau dan taburkan sedikit dessicated coconut dan bakar lagi
  • lakukan sehingga habis kedua2 adunan dibakar
  • akhir sekali tukarkan oven kepada suhu biasa 180C dan bakar lagi selama 5 min tujuannya supaya kek lapis tidak cepat basi
  • keluarkan dari oven dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang

note: jangan bubuh terlalu banyak dessicated coconut kerana ini akan membuat kek menjadi kering sedikit dan kurang lembab (moist). penggunaan dessicated coconut ini juga akan mengurangkan kemanisan pada kek

source: bro rozzan

15 August 2009

Kuih lopes resepi III

Bahan-bahan (50 biji):
1 kg beras pulut
air secukupnya untuk merebus
40-50gm abuchang - ditumbuk kasar2
daun pisang secukupnya
tali secukupnya

1 biji kelapa parut putih - kalau tinggal di negara yang susah dapat kelapa parut fresh bolehlah digunakan dessicated coconut, letakkan sedikit air dan letakkan dalam microwave sekejap
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan - optional

Bahan2 air gula:
500gm gula melaka
4 sudu besar gula pasir
500ml air
3 helai daun pandan

cara:
  • cuci beras pulut dengan bersih
  • kemudian direndam dengan abuchang selama 2 jam
  • toskan
  • layurkan daun pisang dan potong ikut berapa besar kuih lopes yang dikehendaki
  • ambil sekeping daun pisang and lipatkan seperti melipat samosa
  • bubuhkan 2 sudu makan beras pulut ke dalamnya dan padatkan isinya
  • bungkus dengan rapi dan lakukan sehingga habis
  • setelah itu ambil dalam 3-5 biji dan ikat ketat dengan tali
  • lakukan sehingga habis
  • rebus selama 2 jam atau sehingga masak
  • sementara itu kukuskan kelapa parut dengan sehelai daun pandan
  • sejukkan dan gaulkan dengan garam
  • masak semua bahan air gula sehingga larut
  • angkat dan tapiskan. biarkan sejuk
  • cara menghidang: gaulkan kuih lopes dengan kelapa parut dan tuangkan air gula
  • hidangkan sebagai minuman pagi atau petang

source: bro rozzan

Ayam masak padang

Bahan-bahan:
1 ekor (1 1/2 kg) ayam - dipotong kecil
3 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa atau 400ml santan dalam kotak dicampur dengan 200ml air
1 cawan air
4 biji bawang merah - dihiris
8 helai daun limau purut
jus limau kasturi dari 1-2 biji - kalau tak ada boleh gantikan dengan jus limau nipis tetapi jangan perah jus nya terlalu banyak cukup sekadar untuk mendapatkan kuah masam2 manis
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
2 1/2 sudu besar ketumbar biji
8 biji cili merah
8 tangkai cili kering - direndam dengan air panas sekejap supaya lembut
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 inci lengkuas
1 batang serai
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

cara:
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bawang hiris sehingga naik bau
  • kemudian masukkan bahan2 kisar dan daun limau purut
  • masak sehingga rempahnya garing
  • setelah itu masukkan 1/2 cawan air dan biarkan sehingga terbit minyak
  • masukkan lagi 1/2 cawan air dan biarkan sehingga terbit minyak sekali lagi
  • selepas itu masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih
  • akhir sekali barulah dimasukkan ayam, jus limau, garam dan gula secukup rasa
  • kacaukan sebati dan biarkan ayam sehingga empuk dan masak
  • bolehlah diangkat dan hidangkan dengan nasi putih

source: bro rozzan

13 August 2009

Kuih lepat ubi resepi II

Bahan-bahan:
600gm ubi kayu parut
120gm kelapa parut putih
2 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
daun pisang secukupnya

Bahan2 air gula:
100gm gula melaka
220ml air
100gm gula pasir

cara:
  • masak semua bahan air gula sehingga gula larut
  • angkat dan biarkan sejuk
  • letakkan ubi parut ke dalam kain maskulin dan perahkan kanjinya ke dalam mangkuk
  • biarkan sekejap
  • selepas itu campurkan ubi parut dengan kanjinya tadi dan gaulkan dengan air gula, santan, kelapa parut dan garam sehingga sebati
  • ambil sekeping daun pisang yang telah dipotong kecil
  • letakkan 2-3 sudu makan adunan ubi parut tadi dan lipatkan kiri dan kanan
  • lakukan sehingga habis dan kukuskan selama 30 min atau sehingga masak

source: bro rozzan

11 August 2009

Kerepek ubi kentang

Bahan-bahan:
2kg ubi kentang
minyak untuk menggoreng

Bahan2 sos:
2-3 camb pes cili - kalau nak pedas boleh tambah
2 cawan (450gm) gula pasir
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 camb asam jawa - dibancuh dengan 1 cawan air
garam secukup rasa

cara:
  • kupas ubi kentang dan hiris nipis terus ke dalam minyak panas. pastikan minyak yang banyak
  • goreng sehingga keperangan
  • angkat dan toskan minyaknya
  • sementara itu panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  • masukkan pes cili, gula dan air asam jawa
  • jerang semua bahan sos sehingga mendidih dan pekat serta hampir kering
  • kemudian barulah dimasukkan ubi kentang goreng tadi dan kacau tanpa henti sehingga bersalut elok
  • angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara

note: sukatan gula agak banyak supaya kerepek kekal rangup walaup disimpan lama. boleh jugak dikurangkan sedikit gula jika tidak mahu manis atau tambah cili pes

source: puan norzailina nordin

10 August 2009

Nasi serai

Bahan-bahan:
4 cawan basmathi
4 cawan air atau secukupnya
2 helai daun pandan - disimpulkan

Bahan2 tumis:
1 sudu makan rempah kurma - dibancuhkan dengan sedikit air
2 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
3 sudu makan butter/marjerin
sedikit empat sekawan - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
5 batang serai - dititik
bawang goreng
garam secukup rasa

cara:
  • panaskan butter/marjerin di dalam periuk
  • tumiskan bawang dan halia sehingga naik bau
  • masukkan empat sekawan, rempah kurma, serai dan garam secukup rasa
  • kacau sehingga sebati dan naik bau
  • setelah itu masukkan beras dan air
  • kacau sehingga beras sedikit kembang
  • tuangkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa
  • taburkan bawang goreng apabila hendak menghidang
  • nasi ini sesuai dimakan dengan sebarang lauk
source: k.muza

Ayam penyek

Bahan-bahan:
6 keping chicken leg atau 1 1/2 kg peha ayam
2-3 liter air
3 batang serai - ambil bahagian putih sahaja dan dititik
3 cm lengkuas - dititik
6 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu makan ketumbar biji - ditumbuk kasar
1/2 sudu makan jintan halus (jintan putih) - ditumbuk kasar
1 ibu jari halia - dititik
4 helai daun salam - optional pada yang susah dapat
4 sudu besar gula merah
2 sudu makan rata garam atau secukup rasa

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali ayam
  • gaulkan rata dan rasakan garamnya
  • setelah itu barulah dimasukkan ayam dan pastikan airnya cukup menutupi ayam
  • masak di atas api yang sederhana
  • biarkan ayam 3/4 masak lebih kurang 20 min
  • matikan api dan toskan ayam tadi dan biarkan sejuk
  • sementara itu tapiskan air rebusan ayam tadi
  • air yang jernih diketepikan untuk membuat sup jika suka
  • rempah ketumbar dan jintan halus diambil dan dilumurkan pada ayam tadi
  • perapkan ayam tadi dengan sedikit air rebusan seelok2nya semalaman atau beberapa jam
  • selepas itu bolehlah digoreng ayam tadi sehingga garing dan keperangan
  • bolehlah dihidangkan dengan nasi ayam atau nasi lemak dan sebagainya
note: pastikan ayam digoreng garing untuk memastikan kesedapannya

source: puan asmah laili

8 August 2009

Kek lapis pandan choc-berry

Bahan-bahan:
500gm mentega
150gm gula pasir
1 camb ovalette
10 biji telur
1 tin (397gm) susu pekat (condensed milk)
260gm tepung hongkong - kalau tak ada boleh guna tepung gandum
100gm horlicks
2 camb serbuk koko - dibancuh dengan 2-3 camb air panas
1 camb chocolate emulco
1 camt pewarna cokelat - kalau tak letak pun tak apa sebab choc emulco dah gelap
50gm jem strawberry - boleh juga ditukar kepada perasa lain
1 camt pewarna merah
50gm kaya
1/2 camt pandan emulco - kalau tak ada boleh guna pandan paste + 1 camt pewarna hijau

cara:
  • griskan loyang 10" x 7" dan ketepikan
  • pukul mentega, gula dan ovalette sehingga gebu dan kembang
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata
  • kemudian masukkan susu dan pukul lagi dengan kelajuan sederhana
  • masukkan pula tepung dan horlicks sambil dipukul lagi pada kelajuan yang rendah sehingga sebati
  • selepas itu bolehlah dibahagikan adunan kepada 4 bahagian/mangkuk
  • biarkan satu mangkuk tanpa warna
  • satu mangkuk di campur dengan bancuhan serbuk koko dan chocolate emulco
  • kacaukan sehingga sebati
  • satu mangkuk lagi dicampurkan dengan jem strawberry dan pewarna merah
  • kacaukan sehingga sebati
  • mangkuk yang akhir di masukkan kaya dan pandan emulco
  • kacaukan sehingga sebati
  • bakar dengan menggunakan api grill dengan lapisan plain dahulu selama 6 min atau keperangan
  • keluarkan loyang dan tekan2kan kek tadi dengan menggunakan belakang sudu supaya mengeluarkan lebihan angin (lakukan proses ini untuk setiap lapisan yang telah dibakar)
  • kemudian barulah dimasukkan adunan untuk lapisan kedua letakkan lapisan chocolate dan bakar lagi
  • lapisan ketiga letakkan lapisan merah dan akhir sekali lapisan hijau
  • untuk memastikan kek tidak cepat basi selepas lapisan akhir dibakar bolehlah ditukarkan kepada suhu biasa 180C dan bakarkan selama lebih kurang 10 min
  • setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin
  • potong dan hidangkan

note: 16 lapisan kesemuanya dengan 4 lapisan untuk setiap warna dengan meletakkan 2 1/2 senduk untuk setiap lapisan - ini bergantung pada jenis senduk yang digunakan (di dalam gambar saya hanya buat separuh adunan sahaja)

source: bro rozzan (diubah sedikit)

Lontong atau kuah lodeh resepi II

Bahan-bahan:
Nasi impit secukupnya - dipotong kiub
sambal/kuah kacang/rendang/serunding
Telur rebus

Bahan2 sayuran:
1/2 biji kobis - dipotong kecil
5 batang kacang panjang - dipotong kecil
1 biji karot - dipotong kecil
tahu goreng - digoreng dan dipotong dadu
tempe - digoreng dan dipotong dadu
sengkuang - dipotong kecil (kalau di UK boleh guna white turnip)
cili merah - dihiris
bawang besar - dimayang
suhun dan fucuk - direndam supaya lembut

Bahan2 kisar:
5 biji cili merah
3 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan2 lain:
5 cawan santan - dari 1 biji kelapa
250gm udang basah
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

cara:
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi
  • masukkan udang, santan dan sayuran yang keras (karot, kobis, kacang panjang)
  • biarkan sehingga lembut
  • selepas itu barulah di masukkan sayuran yang lain (sengkuang, tahu goreng, tempe goreng, cili merah, bawang merah, suhun dan fucuk) dan garam secukup rasa
  • pastikan kuahnya sentiasa di kacau supaya tidak pecah minyak
  • angkat dan hidangkan dengan nasi impit, telur rebus, sambal/kuah kacang/rendang/serunding

source: k.hanieliza

7 August 2009

Kuew teow goreng

Bahan-bahan:
1kg kuew teow
taugeh secukupnya
daun kucai secukupnya
300gm udang basah
fish ball secukupnya
3 keping tahu goreng - dipotong kecil
4 biji telur
garam dan gula secukupnya
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato

Bahan2 kisar:
5-6 biji cili padi - kepedasan terpulang pada selera masing2
10 tangkai cili kering
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih
1-2 labu bawang besar

cara:
  • gorengkan telur secara scramble dan biarkan basah2 sikit
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan wangi
  • masukkan kicap manis, sos tomato, garam dan gula secukup rasa
  • kemudian masukkan udang dan fish ball
  • kacau rata
  • setelah itu masukkan kuew teow, taugeh, daun kucai, telur dan tahu goreng
  • kacau sehingga sebati
  • angkat dan hidangkan dengan cili jeruk

6 August 2009

Nutella twist bread


Bahan-bahan:
250gm tepung roti
25gm gula kastor
1 camt garam
1 camt instant yeast
120ml susu segar
1 biji telur - dipukul sedikit
30gm unsalted butter

nutella secukupnya
sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti

cara:
  • masukkan semua bahan doh ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bentukkan semula doh menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min
  • kemudian canaikan doh tadi menjadi bentuk rectangular (seperti dalam gambar)
  • potong dua doh yang telah dicanai tadi
  • kemudian sapukan kedua2 doh tadi dengan nutella (lihat gambar)
  • gulungkan setiap satu seperti swiss roll (lihat gambar)
  • kemudian ambil kedua2nya dan ditwistkan (cara ikut selera masing2)
  • letakkan ke dalam loayng yang telah digris terlebih dahulu
  • setelah itu biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • kemudian bakar pada suhu 180C selama 30-35 min atau sehingga masak dan keperangan
  • setelah itu keluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti tadi dengan sedikit olive oil supaya ianya sentiasa lembut
  • setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan untuk minuman petang

source: happy home baking

Kerala chicken curry

Bahan-bahan:
1kg ayam - dipotong kecil
1 labu bawang besar - dikisar/ditumbuk
2 biji buah tomato - dicincang halus
3 sudu kecil serbuk ketumbar
1 1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3/4 sudu kecil serbuk garam masala
1 cawan santan
2 sudu kecil ginger paste
2 sudu kecil garlic paste
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit daun ketumbar untuk taburan

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang sehingga wangi
  • kemudian masukkan ginger dan garlic paste
  • kacau rata
  • masukkan buah tomato dan kacau selama 2 min
  • setelah itu masukkan pula serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk garam masala dan serbuk kunyit
  • kacaukan sebati
  • masukkan sedikit air dan renehkan selama 15 min supaya rempah masak betul
  • setelah itu masukkan ayam dan kacaukan sehingga sebati dengan rempah
  • masak dengan api sederhana panas sehingga ayam masak lebih kurang 45 min
  • pastikan ayam empuk dan kuah menjadi pekat barulah di masukkan santan
  • kacaukan sebentar sebelum ditaburkan dengan daun ketumbar
  • tutupkan api dan hidangkan dengan nasi putih

source: muna

5 August 2009

Chocolate banana muffin

Bahan-bahan (16 biji bergantung pada saiz muffin cases):
1/2 cawan (115gm) butter
1/2 cawan (100gm) gula perang
1/2 cawan (115gm) gula kastor
2 biji telur
1 1/2 cawan pisang lecek
3 camt esen vanila
2 cawan (220gm) tepung gandum
3 camt soda bikarbonat
1 cawan kacang walnut - dicincang
1 cawan choc chips
2 camb serbuk koko - optional

cara:
  • susunkan muffin cases ke dalam muffin pan atau griskan muffin pan dan ketepikan
  • ayakkan tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. ketepikan
  • pukul butter, gula perang dan gula kastor sehingga gebu dan kembang (apabila adunan diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  • kemudian masukkan pisang lecek dan esen vanila
  • pukul lagi sehingga sebati
  • masukkan choc chips dan kacang walnut ke dalam campuran tepung
  • gaulkan rata
  • setelah itu kaupbalikkan campuran tepung ke dalam adunan sebanyak 3 kali sehingga sebati
  • masukkan 3/4 adunan ke dalam muffin cases
  • bakar pada suhu 180C selama 15-25 min atau sehingga masak

source: taste of home & k.rinnchan

4 August 2009

White choc chips muffin

Bahan-bahan (7-8 biji):
180gm tepung kek - kalau di UK guna sponge flour
1/2 camt baking powder
1/2 camt garam
180ml susu segar
100gm unsalted butter
60gm gula pasir
1 biji telur
100gm white choc chips
almond flakes - untuk taburan

cara:
  • susunkan muffin cases ke dalam muffin pan atau griskan muffin pan dan ketepikan
  • ayakkan tepung, baking powder dan garam. ketepikan
  • pukul butter sehingga kembang
  • kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi
  • masukkan pula telur dan pukul rata
  • setelah itu masukkan campuran tepung berselang seli dengan susu sebanyak 3 kali (tepung-susu-tepung-susu-tepung) sambil dipukul
  • masukkan white choc chips ke dalam adunan dan kacaukan adunan sehingga sebati dengan menggunakan spatula
  • penuhkan 3/4 adunan ke dalam muffin cases dan taburkan almond flakes ke atasnya
  • bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak

source: dd

3 August 2009

Karipap rangup

Bahan-bahan (45-50 biji):
500gm tepung gandum - diayak
1/2 sudu besar garam
94gm marjerin/butter/shortening/vegetable fat - boleh letak 1/2 butter & 1/2 shortening
1 biji telur
1/2 cawan ais
250ml air

inti karipap secukupnya

cara:
  • masukkan tepung yang telah diayak ke dalam mangkuk adunan yang besar. ketepikan
  • kemudian masukkan ais dan garam ke dalam air
  • kacaukan rata dan ketepikan
  • pecahkan telur ke dalam tepung tadi dan gaulkan rata sehingga menjadi serbuk roti
  • ketepikan
  • sementara itu panaskan butter/marjerin/shortening dengan api sederhana panas sehingga kesemua cair dan hampir mendidih
  • angkat dan tuangkan ke dalam adunan tepung tadi
  • gaulkan dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti
  • setelah itu tuangkan campuran air tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan (campuran air tidak digunakan kesemuanya cukup sekadar adunan menjadi doh)
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 1 jam. tutupkan mangkuk adunan tadi dengan kitchen towel
  • setelah itu bahagikan doh tadi kepada dua bahagian
  • ambil satu bahagian doh tadi dan canaikan menjadi nipis (ketebalan kulit bergantung pada selera masing2)
  • kemudian gulungkan bahagian paling panjang seperti swiss roll
  • potong doh tadi sebanyak 20-25 biji dan ulangi lagi proses ini sehingga habis
  • ambil satu biji doh kecil tadi dan canaikan menjadi bentuk bulat
  • isikan 1 sudu besar inti dan kelimkan bahagian tepi atau boleh juga menggunakan acuan karipap
  • lakukan sehingga habis
  • selepas itu bolehlah digoreng dengan api yang sederhana panas sehingga garing dan keperangan
  • hidangkan sebagai minuman pagi atau petang
  • karipap atau doh bolehlah disimpan di dalam freezer
  • apabila hendak menggoreng bolehlah keluarkan dan biarkan sekejap sebelum digoreng
  • karipap sentiasa garing

note: pada penggemar karipap ini adalah salah satu resepi karipap yang sedap, mudah dan sentiasa garing - this is a keeper

source: nasuha, myr

Kepak ayam panggang nenas

Bahan-bahan:
1/2 kilo kepak ayam - dalam 7 keping

Bahan2 perap:
100gm nenas - diparut halus
2 sudu besar madu
1 sudu besar kicap manis
6 biji bawang besar - dikisar/tumbuk
1/2 inci halia - dikisar/ditumbuk
garam secukup rasa
segenggam daun ketumbar - dihiris halus
sedikit minyak zaiton

cara:
  • perapkan ayam dengan bahan2 perap selama 1 jam atau lebih
  • panggang dengan menggunakan api grill sehingga masak dan kering
  • balik2kan ayam supaya kedua2 belah kepak nampak masak sama rata
  • sedap dimakan panas2 dengan nasi atau diratah begitu saja

source: k.nis

1 August 2009

Creme de coffee



Bahan-bahan (8 biji):
Bahan2 doh:
240gm tepung roti
60gm tepung kek
55gm gula kastor
5gm (1 camt) garam
10gm susu tepung
2 camt instant yeast
1/2 biji telur
150ml air sejuk
30gm mentega atau unsalted butter
10gm instant coffee granules - nescafe atau ape2 brand

almond flakes - untuk taburan atas roti

Bahan2 inti coffee cream:
60gm gula pasir
20gm susu tepung
15gm tepung jagung
1 biji telur
1/4 camt esen vanila
150ml susu segar
10gm mentega
8-10gm instant coffee granules - nescafe atau ape2 brand

cara:
  • cara memasak inti: satukan gula, susu tepung, tepung jagung, telur dan esen vanila di dalam mangkuk
  • kacaukan dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati dan ketepikan
  • panaskan susu, mentega dan coffee granules ke dalam mangkuk dan kacaukan sehingga sebati
  • kemudian tuangkan separuh adunan ke dalam adunan tepung tadi dan kacaukan rata
  • tuangkan semula adunan tadi ke dalam adunan susu dan kacau sehingga likat dan pekat
  • angkat dan biarkan sejuk barulah disimpan di dalam fridge sementara menunggu doh siap (inti boleh dibuat sehari sebelumnya)
  • masukkan semua bahan doh ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bentukkan semula doh menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min
  • kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian dengan setiap satu seberat 70gm
  • ambil satu doh dan bentukkan menjadi bulat kecil dan lakukan sehingga habis (gambar no. 1)
  • kemudian ambil satu doh tadi dan canaikan menjadi bentuk rectangle (gambar no. 2)
  • ambil inti dan letakkan ke atas doh (gambar no. 3)
  • kemudian potongkan kepada 6 bahagian (gambar no. 4)
  • gulungkan bahagian inti tadi (gambar no. 5)
  • setelah itu tutupkan dengan potongan 6 (gambar no. 6 & 7)
  • susunkan di atas loyang yang telah digris atau dilapikkan dengan non-stick paper (gambar no. 8)
  • biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh (gambar no. 9)
  • setelah itu sapukan doh dengan egg wash dan taburkan dengan flakes almond
  • kemudian bakar pada suhu 180C selama 15min atau sehingga masak dan keperangan
  • sedap dimakan untuk minuman petang

Yogurt cake

Bahan-bahan:
110gm yogurt perasa biasa
3 biji telur
150gm gula perang
200gm tepung gandum
1 camt baking powder
50gm mentega cair

cara:
  • griskan tin kek either square size atau loaf pan dan ketepikan
  • ayakkan tepung dengan baking powder dan ketepikan
  • pukul telur dengan gula perang sehingga kembang
  • kemudian masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan kelajuan yang perlahan
  • masukkan yogurt dan mentega cair sambil dipukul sehingga sebati
  • tuangkan adunan ke dalam tin kek dan hentakkan sedikit tin supaya mengeluarkan lebihan angin
  • bakar pada suhu 190C selama 30 min atau sehingga masak
  • setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

note: kek memang sedikit berat tapi lembut

Masak lemak cili api daging

Bahan-bahan:
500gm daging
1 liter air
2 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
2 batang serai - diketuk
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit - disiat2kan
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
10-15 tangkai cili padi - kepedasan bergantung pada selera masing2
3cm halia
2 biji bawang merah
3cm kunyit hidup

cara:
  • daging dihiris nipis
  • kemudian direbus dengan 1 liter air dan serai sehingga lembut dan air rebusan tinggal sama banyak dengan daging
  • kemudian masukkan bahan2 kisar, santan, asam keping, daun kunyit, garam dan gula secukupnya
  • masak sehingga mendidih dan kuah pekat
  • hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan ulam2an

note: daging boleh digantikan dengan perut

source: k.hanieliza

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin