Pages

22 August 2009

Chocolate and vanilla marble cake

Bahan-bahan:
225gm mentega - pada suhu bilik
225gm gula kastor
4 biji telur
2 camt esen vanila
225gm tepung gandum
2 camt baking powder
50ml susu segar
50gm serbuk koko

cara:
  • griskan loyang springform ukuran 20cm dan ketepikan
  • pukul mentega sehingga kembang dengan menggunakan mixer atau sudip kayu
  • kemudian masukkan gula sambil dipukul lagi sehingga gebu
  • setelah itu pecahkan kesemua telur ke dalam mangkuk lain dan masukkan esen vanila sambil di pukul sehingga sebati dengan menggunakan spatula
  • masukkan campuran telur tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi sambil dipukul sehingga rata
  • selepas itu ayakkan tepung dan baking powder ke dalam adunan tadi
  • masukkan juga susu segar sambil dikaupbalikkan adunan sehingga sebati tetapi jangan overmix
  • kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • satu bahagian dibiarkan kepada warna asal
  • ayakkan serbuk koko ke dalam satu lagi bahagian adunan dan kacaukan sehingga sebati
  • masukkan kedua2 adunan diselang-seli ke dalam loyang yang telah digris tadi
  • ambil chopstick bentukkan adunan menjadi swirl
  • bakar pada suhu 180C selama 45 -55 min atau sehingga masak
  • keluarkan loyang dari oven dan biarkan sejuk sebelum dipotong

source: rachel allen

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin