Pages

13 August 2009

Kuih lepat ubi resepi II

Bahan-bahan:
600gm ubi kayu parut
120gm kelapa parut putih
2 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
daun pisang secukupnya

Bahan2 air gula:
100gm gula melaka
220ml air
100gm gula pasir

cara:
  • masak semua bahan air gula sehingga gula larut
  • angkat dan biarkan sejuk
  • letakkan ubi parut ke dalam kain maskulin dan perahkan kanjinya ke dalam mangkuk
  • biarkan sekejap
  • selepas itu campurkan ubi parut dengan kanjinya tadi dan gaulkan dengan air gula, santan, kelapa parut dan garam sehingga sebati
  • ambil sekeping daun pisang yang telah dipotong kecil
  • letakkan 2-3 sudu makan adunan ubi parut tadi dan lipatkan kiri dan kanan
  • lakukan sehingga habis dan kukuskan selama 30 min atau sehingga masak

source: bro rozzan

2 comments:

Anonymous said...

Salam.....kenapa mesti di perah dulu air ubi kayu tu?

Anonymous said...

utk buang sagunya..

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin