Pages

31 October 2009

Sup gear box

Bahan-bahan:
Bahan2 stok:
1 kg tulang lembu bersum-sum / ekor
2cm halia - diketuk
1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil garam kasar
1 biji tomato - dibelah 8
1 batang saderi - dihiris 3cm
2.5 liter air atau secukupnya

Bahan2 kisar:
4 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2cm halia
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan2 rempah tumis:
4cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan2 sampingan:
4 sudu besar minyak
1 bunjut rempah sup tulang
garam secukup rasa
jus limau nipis dari 1/2 biji - jika suka
6 biji cili padi
bawang goreng
hirisan daun bawang & daun sup

cara:
  • jerang bahan2 stok sehingga menggelegak, perlahankan api dan masak sehingga tulang lembu / ekor lembut dan empuk selama lebih kurang 3-4 jam
  • bila air rebusan tinggal 2 liter, tapiskan ke dalam mangkuk besar
  • asingkan semua bahan kecuali tulang/ekor dan ketepikan
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bahan2 kisar dan rempah tumis sehingga wangi dan garing
  • masukkan air rebusan, tulang/ekor, rempah bunjut dan garam secukup rasa
  • biarkan sehingga mendidih dan padamkan api
  • masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan jus limau dan cili padi sebiji-sebiji
  • taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup
  • hidangkan panas2 dengan nasi, sambal belacan dan lauk pauk yang lain

source: noormasri

Caramel chiffon cake

Bahan-bahan:
Bahan2 caramel:
75gm gula pasir
2 camt air
75ml whipping cream atau susu segar

Bahan2 kek:
3 biji telur kuning
25gm gula pasir
1/4 camt garam
75ml caramel
2 camb air
2 camb minyak jagung
85gm tepung kek - kalau berada di UK gunakan sponge flour

4 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
35gm gula pasir

cara:
  • cara membuat caramel: masukkan gula, air ke dalam periuk tahan panas dan masak sehingga menjadi warna perang dengan api yang sederhana panas
  • padamkan api dan tuangkan sedikit demi sedikit whipping cream/susu segar ke dalam mangkuk tadi sambil dikacau
  • panaskan semula periuk tadi dan masak sehingga adunan mendidih dan pekat
  • padamkan api dan biarkan sejuk sebelum digunakan (jangan risau jika caramel agak keras kerana selepas dipukul dengan bahan2 kek ianya akan menjadi lembut)
  • ayakkan tepung kek dan ketepikan
  • untuk membuat kek: pukul telur kuning, gula pasir dan garam sehingga gebu
  • masukkan air, minyak, caramel dan pukul sehingga rata
  • kemudian masukkan tepung dan pukul lagi
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil dipukul sehingga menjadi gebu lebih kurang 5 min (pastikan adunan tidak mudah jatuh apabila diangkat dengan spatula)
  • selepas itu kaupbalikkan 1/2 adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur
  • kacau sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis
  • tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon kek yang bersaiz 18cm
  • bakar pada suhu 175C selama 40-50 min atau sehingga masak
  • keluarkan tin kek dari oven dan biarkan sejuk barulah dikeluarkan dari acuan
  • potong dan hidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: florence

27 October 2009

Ayam masak madu

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam - dipotong kecil
garam
serbuk kunyit
1 sudu makan rempah kari ayam
1 labu bawang besar - dihiris bulat
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula merah
3 sudu besar tomato puree atau sos tomato
sedikit air - ini bergantung pada kepekatan atau kecairan kuah

bahan2 tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 inci halia

cara:
  • perapkan ayam dengan garam, serbuk kunyit, rempah kari dan bahan2 tumbuk lebih kurang 1/2 jam
  • selepas itu ketuk2kan yang untuk asingkan dengan bahan rempah perapan dan ketepikan
  • kemudian gorengkan ayam sehingga masak dan ketepikan
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu
  • masukkan bahan rempah perapan tadi dan cili kisar
  • tumiskan sehingga terbit minyak
  • masukkan tomato puree/sos, madu, gula merah dan sedikit air
  • kacaukan rata
  • jika suka ayam lembut masukkan semasa kuah masih banyak
  • jika suka yang garing tunggu sehingga kuah pekat barulah dimasukkan ayam goreng tadi
  • kacau rata
  • siap untuk dihidangkan dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain

source: k.lynn/ayu - frd

24 October 2009

Ayam tandoori goreng


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
1 paket rempah tandoori maggi
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
5 sudu besar tepung goreng ayam
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

cara:
  • gaulkan semua bahan dengan ayam dan perapkan selama 1/2 jam
  • kemudian gorengkan sehingga garing dan kekuningan
  • hidangkan panas2

source: k.hanieliza

Mee rebus resepi II

Bahan-bahan:
500g mee kuning
500g tauge - dibuang ekor

Bahan2 kuah:
500g ubi keledek - direbus dan dikisar halus
250g tetel/daging lembu - dicuci bersih dan direbus hingga lembut
sedikit minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan2 kisar:
3 sudu makan taucho - cuci sedikit jika tidak mahu terlalu masin
4 sudu makan rempah kari daging
6 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
1 ibu jari lengkuas
2 ibu jari halia
2 batang serai
1 sudu besar udang geragau kering (kalau tiada boleh guna udang kering) - disangar

Bahan2 taburan:
telur rebus
tauhu goreng
limau kasturi
hirisan cili hijau
hirisan daun sup/bawang
bawang goreng

cara:
  • panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar
  • bila sudah berbau wangi, masukkan air rebusan dan tetel/daging lembu
  • kemudian masukkan keledek, garam dan serbuk perasa secukupnya
  • jika hendak manis, masukkan sedikit gula (lebih enak kalau menggunakan gula merah)
  • bila kuah sudah mendidih padamkan api dapur
  • celur mee dan taugeh, lalu toskan
  • cara menghidang: masukkan mee dan tauge ke dalam mangkuk
  • tuangkan kuahnya dan taburkan dengan bahan2 taburan
  • hidangan ini elok dimakan semasa panas

source: k.rossya

20 October 2009

Agar-agar santan resepi II

Bahan-bahan:
Bahan2 lapisan bawah:
900ml air
1 camb serbuk agar-agar
130gm gula pasir
1/2 camt esen ros
sedikit pewarna merah

Bahan2 lapisan atas:
450ml santan - dari 1 biji kelapa
1/2 camb serbuk agar-agar
90gm gula pasir
1 helai daun pandan - disimpulkan

cara:
  • jerang semua bahan2 lapisan bawah dengan api sederhana panas
  • kacau sekali-sekala sehingga mendidih
  • padamkan api dan tuangkan ke dalam loyang berukuran 25cm yang telah dibasahkan dengan sedikit air
  • biarkan sehingga keras
  • kemudian jerang pula bahan2 lapisan atas dengan api sederhana panas
  • kacau selalu
  • bila mendidih padamkan api dan keluarkan daun pandan
  • bila lapisan bawah sudah hampir keras sendukkan agar2 bersantan ke atasnya
  • biar keras baru disimpan di dalam peti sejuk

source: puan norzailina nordin

18 October 2009

Asam pedas ikan dan nenas style baba & nyonya

Bahan-bahan:
2 ekor ikan siakap sederhana besar atau 3-4 ekor kembong
10 keping kepah yang dibuang sebelah kulitnya sahaja
1 cawan cili kisar - kepedasan ikut selera masing2
2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
1 biji nenas sederhana besar - buang empulur dan dipotong serong atau gunakan nenas dlm tin (boleh gantikan dengan bendi jika suka)
1 camb asam jawa - dibancuh dengan 1 cawan air
garam, gula dan serbuk perasa (jika suka) secukupnya
minyak untuk menumis

bahan2 tumbuk/kisar:
3 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1/2 cm halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 ibu jari belacan
1/2 inci kunyit hidup

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali (jika menggunakan ikan siakap) atau periuk
  • tumiskan bahan2 tumbuk/kisar sehingga wangi
  • masukkan cili kisar dan terus menumis sehingga terbit minyak
  • kemudian masukkan nenas dan kacau sebati dengan bahan2 rempah tadi
  • tuangkan sedikit air jika perlu
  • biarkan sehingga mendidih dan masukkan ikan, kepah dan bungan kantan
  • kacau rata
  • perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biarkan sehingga mendidih dan ikan masak
  • masukkan garam, gula dan perasa secukupnya
  • setelah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih bersama ulam2

source: mat gebu (telah diubah sedikit untuk pelbagaikan resepi)

Nasi arab

Bahan-bahan:
1kg beras basmathi - cuci dan toskan (kalau boleh cukup sekadar dua bilasan saja supaya beras tidak pecah apabila dimasak nanti - petua dari chef wan)
1.5 liter air
500gm ayam - dipotong kecil
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah - dibelah 2 jangan putus
3 biji cili hijau - dibelah 2 jangan putus
1 pokok daun sup - dihiris halus
1 pokok daun ketumbar - dihiris halus
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
bawang goreng secukupnya
gula dan garam secukup rasa

Bahan2 tumis:
5 biji bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
3cm halia - dimayang
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

cara:
  • bancuhkan serbuk jintan manis dan jintan putih dengan sedikit air. ketepikan
  • panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 tumis sehingga wangi
  • masukkan serbuk jintan yang telah dibancuh tadi dan kacau rata
  • kemudian masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam secukup rasa
  • kacau rata
  • biarkan sehingga mendidih dan ayam empuk
  • masukkan pula beras dan masaklah seperti menanak nasi biasa
  • boleh dialihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa
  • apabila nasi sudah masak taburkan kedua2 daun, bawang goreng, kacang pease dan kismis
  • tutup sebentar
  • bila nasi agak kering gemburkan nasi dan bolehlah dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah, ayam tandoori, ayam masak merah dan sebagainya

source: k.hanieliza

17 October 2009

Chocolate oil cake


Bahan-bahan (12 biji):
1 1/2 cawan (280gm) gula pasir
1 1/2 cawan (210gm) tepung gandum
1 camt soda bikarbonat
1/4 camt garam
1/4 cawan (25gm) serbuk koko
1/2 camb chocolate emulco
1 cawan air
1/2 cawan minyak sayur - boleh digantikan dengan mentega cair
1/2 camt esen vanila

cara:
  • susunkan papercup muffin ke dalam muffin pan dan ketepikan
  • ayakkan tepung, soda bikarbonat, garam dan serbuk koko ke dalam mangkuk adunan
  • kemudian masukkan gula dan gaulkan rata
  • satukan pula air, minyak, esen vanila, chocolate emulco dan kacaukan sebati
  • tuangkan ke dalam adunan tepung tadi dan kacaukan rata
  • kemudian tuangkan ke dalam papercup muffin yang telah disediakan tadi
  • bakar pada suhu 175C selama 20 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • hidangkan sebagai minuman petang

note: sukatan di dalam gram mengikut sukatan cawan yang saya gunakan

source: D (cara telah diubah sedikit)

14 October 2009

Ayam malindo

Bahan-bahan:
10 keping ayam
2 biji buah tomato - dibelah 4
3 camca besar bawang goreng
2 batang serai - dititik
3 labu bawang besar - dihiris halus, digoreng dan dimesin kasar
3 keping asam keping
santan dari sebiji kelapa
segenggam daun ketumbar
10 biji badam yang telah digoreng
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar:
15 tangkai cili kering
4 camca besar kismis hitam
2 camca besar biji ketumbar
1 camca besar jintan manis
8 biji buah keras

bahan2 penumis:
1cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 penumis sehingga naik wangi
  • kemudian masukkan bahan2 kisar dan tumiskan sehingga garing
  • masukkan ayam lalu dikecutkan selama 10 min
  • setelah itu masukkan santan, asam keping dan serai
  • kacau rata
  • masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat
  • setelah itu masukkan bawang besar yang telah dikisar dengan buah tomato
  • gaulkan sebati
  • tambahkan garam dan gula secukup rasa
  • sajikan bersama hirisan daun ketumbar dan badam

source: chef wan

12 October 2009

Mee jawa resepi II

Bahan-bahan:
1kg mee kuning - dicelur
1/2 kg daging - direbus sehingga lembut dan dihiris nipis
300gm taugeh - dibuang ekor
2 tangkai daun bawang - dihiris
5 biji cili merah - dihiris
3 keping tauhu goreng - dihiris nipis
3 biji telur rebus - dibelah 2
3 biji limau nipis - dipotong wedges atau dibelah 6
sedikit bawang goreng

bahan2 kuah:
1/2 kg keledek - direbus dan dikisar halus
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari daging
air rebusan daging secukupnya
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

bahan2 kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
100gm udang kering - direndam dahulu supaya lembut

cara:
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar, rempah kari dan cili kisar sehingga garing
  • masukkan keledek kisar dan kacau rata
  • kemudian masukkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • biarkan sehingga kuah mendidih
  • angkat dan hidangkan dengan bahan2 yang lain

source: k.hanieliza

11 October 2009

Honey coconut buns


Bahan-bahan (12-16 biji):
300gm tepung roti
50gm madu
30gm unsalted butter
4gm (2/3 camt) garam
1 camt yis
1 biji telur + susu segar untuk dijadikan seberat 200gm

dessicated coconut secukupnya
inti kelapa secukupnya - boleh digantikan dengan inti lain

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker
  • tekankan untuk membuat doh dan tunggu sehingga 1 1/2 jam tetapi ini bergantung pada jenis breadmaker masing2
  • setelah siap keluarkan dari BM dan letakkan doh tadi di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • setelah itu bentukkan doh tadi menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
  • kemudian bahagikan doh kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm atau bahagikan kepada 16 bahagian dengan setiap satu seberat 50gm (saiz bergantung pada selera masing2)
  • bentukkan setiap bahagian menjadi bulat yang kecil dan lakukan sehingga habis
  • ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di atas tapak tangan
  • letakkan satu sudu kecil inti kelapa dan tutupkan semula menjadi bentuk bulat
  • susunkan di dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • lakukan sehingga habis
  • kemudian biarkan doh naik sekali lagi selama 30-45 min
  • pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven tanpa perlu 'ON' kan oven tersebut
  • ambil dua cawan air panas dan apitkan kiri/kanan atau atas loyang tersebut supaya proses penaikan doh akan menjadi cepat
  • setelah itu spraykan permukaan atas doh tadi dengan air dan taburkan dengan dessicated coconut
  • bakar pada suhu 180C selama 20 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan loyang tadi dari oven dan biarkan sejuk
  • hidangkan sebagai hidangan pagi atau petang

source: kitchen corner (cara telah diubah)

10 October 2009

Ayam goreng mamak resepi II

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong ikut suka
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil kunyit serbuk
daun kari secukupnya
garam secukup rasa

bahan2 kisar:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
5 tangkai cili kering
1 inci halia

cara:
  • gaulkan ayam dengan semua bahan
  • perapkan selama 1/2 jam atau lebih
  • selepas itu gorengkan sehingga garing dan keemasan
  • hidangkan panas2 dengan nasi lemak atau nasi putih

source: k.hanieliza

Kambing hyderabad

Bahan-bahan:
1kg daging kambing/lembu - dipotong ikut suka
3 labu bawang besar - dihiris bulat
2 sudu makan pes bawang besar
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan pes bawang putih
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan pes tomato
1 sudu makan serbuk ketumbar
4 sudu makan tairu (yogurt)
1 sudu makan rempah masala kambing - kalau tiada boleh gantikan dengan rempah beriani
1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 biji buah tomato - belah 4
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 jari kulit kayu manis
1/2 cawan daun pudina - hiris atau petik saja
1/2 cawan daun ketumbar - hiris atau petik saja
2 cawan air
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

cara:
  • masukkan semua bahan kecuali yogurt ke dalam periuk/kuali
  • masak dengan api sederhana sehingga daging lembut
  • tambah air selagi perlu
  • setelah daging lembut masukkan yogurt
  • masak lagi sehingga kuahnya pekat dan naik minyak
  • dikacau sekali sekala supaya tidak hangus
  • angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti

source: puan asmah laili

7 October 2009

Ikan masak masam manis

Bahan-bahan:
1 ekor ikan - dilumurkan dengan telur putih dan tepung jagung
5 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
10 tangkai cili kering - dikisar halus
1 labu bawang besar - dipotong 6
2 biji buah tomato - dipotong dadu
capsicum - dipotong dadu
nenas - dipotong kecil atau dadu
karot - dipotong memanjang
timun - dibuang hatinya dan dipotong dadu
daun bawang - dihiris panjang
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
beberapa titik minyak bijan
1 kiub stok ayam
sedikit tepung jagung - dibancuh dengan seikit air
300ml air
garam dan serbuk lada sulah secukupnya

cara:
  • goreng ikan sehingga garing
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang putih, halia dan cili kisar sehingga garing
  • selepas itu masukkan stok ayam, sos tiram, sos tomato, minyak bijan, semua sayuran dan bawang besar
  • kacau rata dan tumiskan sebentar
  • kemudian barulah dimasukkan air dan rasa
  • tambahkan garam jika perlu dan serbuk lada sulah
  • pekatkan kuah dengan bancuhan air tepung jagung
  • akhir sekali masukkan hirisan daun bawang
  • tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi
  • hidangkan dengan nasi dan lauk yang lain

source: k.rossya

5 October 2009

Tauhu poket

Bahan-bahan (10 keping):
5 keping tauhu
5ogm isi udang - dicincang halus
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
1 inci karot - disagat
2 helai daun ketumbar - dihiris halus
2 sudu besr telur - lebih kurang 1/2 biji
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil pati ikan bilis
garam secukup rasa

cara:
  • tauhu dipotong dua
  • kemudian dikorek isinya dengan menggunakan sudu kecil
  • jangan dibuang isinya tetapi di letakkan di dalam mangkuk dan hancurkan dengan menggunakan belakang sudu
  • kemudian satukan isi tauhu tadi dengan bahan2 yang lain dan gaulkan sebati
  • isikan ke dalam tauhu yang telah dikorekkan isinya tadi dan lakukan sehingga habis
  • goreng dengan minyak yang terendam (deep fry) sehingga kekuningan
  • hidangkan panas2 dengan cili sos

source: che iza, myr

4 October 2009

Kek lapis chocolate peppermint

Bahan-bahan:
300gm mentega
120gm gula halus
6 biji telur saiz besar
80gm sekaya
250gm susu pekat manis (condensed milk)
80gm horlicks
2 sudu teh esen peppermint
160gm tepung hongkong / kek
pewarna hijau
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar air panas

cara:
  • griskan loyang saiz 7" x 7" dan ketepikan
  • bancuhkan serbuk koko, esen vanila dan air panas sehingga menjadi pes cokelat. ketepikan
  • pukul mentega bersama gula dengan kelajuan tinggi sehingga kembang lebih kurang 7-8 min
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi selama 4-5 min
  • kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan sekaya, susu dan horlicks
  • pukul sehingga rata selama 2-3 min
  • selepas itu masukkan pula tepung dan pukul sehingga sebati selama 1-2 min tetapi jangan terlalu lama atau boleh juga dikaupbalikkan tepung ke dalam adunan sehingga sebati
  • bahagikan adunan kepada dua bahagian/mangkuk
  • satu bahagian dibubuh esen peppermint dan pewarna hijau
  • kacaukan sebati
  • satu lagi bahagian di campurkan dengan pes cokelat yang telah dibancuh tadi dan kacaukan sehingga sebati
  • bubuh 4 sudu makan adunan cokelat sebagai lapisan pertama dan bakar pada suhu 180-190C (api atas & bawah) selama 6-7 min
  • selepas itu keluarkan dari oven dan tekan2kan permukaan kek lapisan pertama tadi dengan belakang sudu supaya mengeluarkan angin
  • kemudian letakkan pula adunan hijau dan bakar pada suhu 200C (grill mode) api atas saja selama 6-7 min
  • lakukan sehingga habis kedua2 adunan digunakan
  • pada lapisan terakhir bolehlah ditukarkan kepada api atas & bawah
  • setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari loyang kek
  • potong dan hidangkan

source: bro rozzan

3 October 2009

Ayam masak merah ala maghribi

Bahan-bahan:
10 keping ayam
2cm halia - dicincang
2 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk halus
1 sudu kecil saffron
3 ulas bawang putih - dicincang
2 labu bawang besar - dipotong dadu
1cm kulit kayu manis
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 tin (227gm) chopped tomato
2 sudu besar tomato puri
2 sudu besar madu
jus lemon dari 1/2 biji
segenggam daun ketumbar - dihiris
15 biji buah zaiton hitam
air secukupnya
minyak dan garam secukup rasa

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan kulit kayu manis sehingga naik bau
  • masukkan ayam dan digorengkan sebentar dengan serbuk ketumbar dan lada hitam
  • setelah ayam sudah agak garing sedikit, masukkan air, chopped tomato, madu dan saffron
  • kacau rata
  • masaklah sampai ayam betul2 masak dan empuk barulah dimasukkan garam, buah zaiton, jus lemon serta daun ketumbar
  • angkat dan hidangkan dengan nasi pilaf, nasi tomato, nasi minyak atau nasi putih

note: jika di makan keesokan harinya akan bertambah sedap

source: chef wan

Nasi pilaf istanbul

Bahan-bahan:
4 cawan basmathi
2 labu bawang besar - potong dadu kecil
2 keping dada ayam - dipotong kecil
1/4 cawan kacang badam
1/4 cawan kacang pistachios
secubit koma-koma (safron)
2 camt herba dill
2 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis
150gm mentega
1/4 cawan minyak
air rebusan ayam secukupnya - untuk sukatan beras
garam secukup rasa

cara:
  • panaskan minyak dan mentega
  • layukan bawang besar dan kedua2 kacang
  • masukkan daun bay, kulit kayu manis dan ayam
  • kacaukan rata dan biarkan ayam masak
  • setelah itu tuangkan air rebusan ayam
  • masukkan herba dill, koma2 dan garam secukup rasa
  • biarkan sehingga mendidih sebelum dimasukkan beras
  • kacaukan rata
  • boleh juga di alihkan ke dalam rice cooker
  • masaklah seperti menanak nasi biasa
  • hidangkan dengan ayam masak merah, rendang atau dalca

source: chef wan

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin