Pages

Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

29 July 2008

Lasagne resepi I

Bahan-bahan (3-4 org):
Lasagne sheets - penggunaan ikut size caserole dish yang akan digunakan
Parutan mozarella cheese secukupnya
Parutan cheddar cheese secukupnya

Bahan2 inti daging/ayam:
450gm daging/ayam kisar
2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 camb cili kisar
2 helai bay leaf - fresh atau dried sekadar untuk mendapatkan bau
1 camt serbuk lada hitam
1 tin crushed tomato
1 camb rempah kari daging
2 camb tomato puree
1 tin cendawan butang atau fresh - dihiris nipis
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 tumbuk:
3 ulas bawang putih
1cm halia

Bahan2 utk white sauce:
600ml susu segar
3 camb tepung gandum
1/2 camt serbuk lada hitam
secubit garam

cara:

1. panaskan air mendidih, campurkan 1 camt minyak dan celurkan kepingan lasagne sehingga lembut (atau ikut peraturan pada packaging cara2 untuk merebus). angkat dan susunkan sekeping2 di atas baking tray yang telah digriskan terlebih dahulu supaya lasagne tidak melekat. jangan ditindihkan diantara satu sama lain kerana ianya akan melekat
2. inti: panaskan kuali, tumiskan bahan2 tumbuk, tomato puree dan cili kisar sehingga wangi. masukkan pula rempah kari, bawang besar, bay leaf dan gaulkan sebati
3. setelah itu masukkan pula daging cincang dan kacau sehingga daging berubah warna. kemudian masukkan crushed tomato, cendawan butang dan serbuk lada hitam. masak sehingga mendidih
4. masukkan garam dan gula secukup rasa. masak sehingga daging empuk dan kuahnya sedikit kering. dah masak angkat dan ketepikan
5. white sauce: masukkan susu, serbuk lada hitam, garam dan tepung ke dalam mangkuk tahan panas dan kacaukan dengan menggunakan whisk dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat
6. cara2 penyediaan lasagne: griskan dahulu caserole dish supaya selepas masak senang untuk dikeluarkan. letakkan beberapa sudu inti daging ke dalam caserole dish dan ratakan. kemudian tutupkan dengan sekeping lasagna sheet dan taburkan parutan cheddar cheese. tuangkan white sauce di atasnya dan letakkan sekeping lagi lasagna sheet. ulangi proses ini sehingga beberapa lapis dan akhir sekali letakkan inti daging dan taburkan dengan parutan mozarella cheese
7. bakar pada suhu 175C selama 30-35 min

source: mat gebu

1 February 2008

Spaghetti with prawns in a creamy tomato sauce

Bahan-bahan (4 org):
500gm cooked prawn - ataupun di rebus sekejap dengan air panas dan tapiskan airnya
600gm cherry tomatoes
2-3 batang daun bawang - dicincang halus
1 biji cili merah - buangkan biji dan dicincang halus
1 ulas bawang putih - dicincang
sea salt & pepper secukupnya
500gm spaghetti
1 camb olive oil
200ml double cream - yg nie agak2lah kalau nak kuah lebih
segenggam daun basil - dicincang halus

cara:

1. masukkan tomato, daun bawang, cili, bawang putih dan olive oil ke dalam kuali dan masakkan dengan api yg sederhana besar sehingga tomato menjadi lembut. selepas itu masukkan pepper dan kacau sebati sehingga lembut
2. sementara itu panaskan air dlm periuk dan letakkan sedikit garam dan sedikit olive oil. rebuskan spaghetti sehingga lembut. setelah itu toskan spaghetti dan ketepikan sementara menunggu sos masak
3. setelah tomato tadi menjadi lembut bolehlah di masukkan udang, cream dan daun basil. kacau
sehingga sebati dan bolehlah di masukkan pula sea salt dan kacau lagi dalam beberapa minit sebelum dituangkan ke atas spaghetti
4. bolehlah dihidangkan panas2

28 January 2008

Chicken and cheese pasta bake

Bahan-bahan (4 org):
1 x basic chicken roast - lihat resepi disini
400gm dried penne/tortiglioni/rigatoni pasta
1 camb olive oil
2 ulas bawang putih - crushed
1 biji bawang besar (size kecil) - dicincang halus
500gm tomato pasta sauce/crushed tomatoes/diced tomatoes
2 cawan parutan mozarella cheese
50gm button mushroom - dihiris halus

cara:

1. chicken roast diambil isi dan dihiris nipis. ketepikan
2. panaskan oven pada suhu 180C
3. masakkan pasta di dalam boiling salted water dan ikut instruction pada packaging dalam 10-15 min atau sehingga lembut. setelah itu tapiskan pasta tadi dan ketepikan
4. sementara itu panaskan minyak dan masukkan kedua2 jenis bawang tadi dan tumiskan sehingga naik bau
5. masukkan pula mushroom dan gaul rata sehingga lembut. setelah itu bolehlah dimasukkan pasta sauce, ayam, 3/4 mozarella cheese dan gaulkan sebati
6. bolehlah dimasukkan garam dan pepper
7. setelah itu bolehlah dimasukkan ke dalam baking dish yg telah digriskan terlebih dahulu dan taburkan kesemua mozarella cheese yg ada ke atasnya. bakar selama 15-20min sehingga bahagian atas keperangan
8. bolehlah dihidangkan panas2

27 January 2008

Sausage & mushroom penne pasta

preparation time: 5 mins
cooking time 15 mins

Bahan-bahan (4 org):
350gm dried penne pasta
1 camb olive oil
3 batang sausage - dihiris
100gm button mushrooms - dihiris
200gm udang
1 ulas bawang putih - crushed
400gm diced/crashed tomatoes - boleh beli dalam can atau jar
parutan parmesan atau apa2 cheese yg disukai secukupnya
garam & pepper secukupnya

cara:

1. jerangkan periuk yang telah berisi dengan air dan garam sehingga separuh mendidih
2. rebuskan pasta (mengikut instruction pada packaging) dalam masa 10-15 min atau sehingga lembut sambil dikacau sekali sekala supaya pasta tidak melekat pada mangkuk
3. setelah itu tapiskan pasta tadi dan ketepikan
4. panaskan minyak dan gorengkan sausage dan udang dalam 3-4 min. masukkan bawang putih dan mushroom dan kacau lagi sehingga mushroom lembut sedikit
5. tuangkan tomato dan kacau sehingga kuah mendidih dan pekat sedikit. setelah itu bolehlah dimasukkan pasta tadi dan kacau sebati
6. bolehlah diperasakan pasta tadi dengan garam dan pepper secukupnya
7. setelah itu bolehlah dihidangkan dan taburkan parutan cheese ke atas pasta

23 January 2008

Lasagna resepi II


Bahan-bahan (8 org):
450gm mince beef or chicken
400gm chopped tomatoes
100gm mushrooms
4 biji bawang merah - dicincang
4 ulas bawang putih - crushed
2 camt italian seasoning
bay leaves
keju mozarella atau cheddar - diparut
lasagna sheets

white sauce:
300ml susu segar
25gm mentega
25gm tepung

cara:

1. griskan mangkuk caserole atau mane2 mangkuk tahan panas dan ketepikan
2. panaskan kuali tumiskan bawang merah hingga sedikit keperangan selepas itu masukkan pula bawang putih. kacau sehingga bau wangi
3. setelah itu masukkan mince beef, italian seasoning dan bay leaves dan kacau hingga sebati
4. biarkan sehingga daging benar2 lembut dan kuah menjadi pekat. ketepikan
5. untuk membuat white sauce: panaskan kuali dengan mentega biarkan ianya cair. setelah itu masukkan tepung dan susu, kacau sehingga kuah menjadi pekat
6. masukkan garam dan pepper secukup rasa
7. ratakan sos berlauk ke dalam mangkuk caserole tadi, susunkan kepingan lasagna ke atasnya, ulangi proses lapisan tersebut sehingga habis. akhiri dengan lapisan sos putih dan taburkan keju mozarella ke atasnya
8. bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 ke 50 minit atau sehingga lapisan atas berwarna coklat keemasan. hidangkan panas-panas
9. untuk lasagna sheet: ikut arahan di dalam paket lasagna atau boleh juga direndam lasagna ke dalam air panas selama 15 min atau sehingga lembut

23 August 2007

Spaghetti carbonara

Bahan-bahan (2-3 org):
450g spaghetti
2 camb minyak jagung
1 labu bawang besar
200g udang - dibuang kepala & kulit
115g keju cheddar
3 biji telur
3 camb susu segar @ 4 camb whipping cream
garam, serbuk lada hitam secukupnya
3 camb hirisan daun parsli @ dried parsley

cara:
  • jerang air yg banyak, bila mendidih, masukkan 1 camb minyak, garam dan spaghetti
  • cincang bwang, panaskan minyak dan goreng bawang hingga layu dan keemasan
  • masukkan udang dan kacau hingga udang masak
  • parutkan keju
  • pukul telur dengan garfu
  • bila udang masak, masukkan susu atau whipping cream dan bubuh garam serta serbuk lada hitam
  • tuskan spaghetti kemudian letak semula di dlm periuk
  • masukkan telur dan keju, kacau cepat
  • campurkan dengan bahan gorengan kemudian sajikan
  • hias dengan daun parsley

19 August 2007

Spaghetti bolognese

hari nie kita ubah sikit selera ke western lak yo lah hari2 dok masak msian recipe je nak gak try masakan org putih sekali sekala. lagi pun tekak cam rasa tak sodap yo nie mesti pasai weather keep changing kojap paneh kojap sojuk so apo laei selero pun samo gak kena gak tukar. tanya asben nak makan spaghetti dia cam tak fancy lak pada hal dio lagi lamo tinggal sini tapi tak suka lak lantoklah ko sudin yg ponting den dapek lopaih goram makan western

Bahan-bahan (1 family):
2 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 labu bawang besar (jenis putih) - dipotong kiub
1 helai daun bay kering
400gm mince beef
400gm tomato dlm tin - beli yg chopped punya senang tak yah blend
500ml air
2 sudu besar tomato puree
1 kiub stok daging
2 sudu besar oregano kering
500gm spaghetti - direbus dengan sedikit minyak supaya tidak melekat
parutan keju secukupnya
gula & garam secukup rasa

cara:
  • panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan bay leaf hingga keemasan
  • masukkan daging, kacau hingg berubah warna dan kering airnya
  • campurkan tomato, air, stok, tomato puree, oregano, gula dan garam
  • kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api
  • masak selama 45min atau hingga kuah pekat
  • sajikan panas2 dengan spaghetti dan keju parut

29 June 2007

Pasta goreng

Bahan-bahan (5-6 org):
50 g pasta, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
1 cawan isi kupang
1 cawan hirisan cendawan butang
10 - 15 ekor udang besar, dibersihkan
4 batang putik jagung, dihiris menyerong
2 batang sosej, dihiris nipis

Bahan2 kisar:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji cili merah

Bahan2 sos disatukan:
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair

cara:
  • panaskan kuali dgn minyak masak (kurang lebih 3 camca besar), goreng cendawan hingga kuning keemasan
  • tolak ketepi dan tumis bahan2 kisar hingga wangi
  • masukkan sos tadi dan kacau goreng hingga terbit minyak
  • tambah sedikit minyak jika kurang
  • masukkan kesemua bahan di atas kecuali pasta
  • kacau goreng hingga semua bergaul mesra, tambah sedikit air
  • bila mendidih, masukkan pasta dan gaul hingga kesemuanya mesra
  • rasa masinnya, jika kurang tambah lagi kicap cair hingga mencapai tahap kemasinan yg dikehendaki
  • angkat dan hidangkan panas, boleh juga dimakan dgn cili jeruk jika suka

source: mat gebu

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin