Pages

18 June 2009

Butter chiffon cake


Bahan-bahan:
50gm mentega
3 biji telur kuning
15gm gula kastor
35gm air
70gm tepung kek
1/4 camt baking powder
25gm serbuk badam (ground almond)

4 biji putih telur
65gm gula kastor
secubit cream of tartar - optional

cara:
  • cairkan mentega di dalam periuk tahan panas sehingga bertukar warna keperangan
  • angkat dan biarkan sejuk
  • ayakkan tepung, baking powder dan serbuk badam. ketepikan
  • pukul kuning telur dengan gula sehingga kembang
  • masukkan mentega cair tadi dan pukul sehingga rata
  • setelah itu kaupbalikkan campuran tepung dan kacau sehingga rata. ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
  • kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan mentega tadi sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
  • setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 18cm atau 20cm (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
  • bakar pada suhu 175C selama 35-40 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan sebagai minuman petang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: happy flour

1 comments:

Simonne said...

can i know where u got ur heart shape chiffon mould?

Thanks

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin