Pages

13 June 2009

Ginger beef kuew teow

Bahan-bahan (2 orang):
250gm kuew teow
2 cawan stok daging
100gm daging - dihiris lebar & nipis
1/2 cawan kobis cina & karot - dihiris
2 sudu besar halia muda - dihiris nipis & lebar
1 ulas bawang putih - diketuk
1 biji telur
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam - saiz yang kecil
air bancuhan tepung jagung - untuk memekatkan kuah
minyak
daun bawang - dihiris panjang

cara:
  • gaulkan kuew teow dengan kicap masin dan sedikit minyak
  • kemudian gorengkan sekejap kuew teow tadi
  • angkat dan letakkan di dalam pinggan
  • tuangkan sedikit minyak di dalam kuali yang sama
  • gorengkan daging bersama halia sehingga daging garing dan masak
  • angkat dan letakkan di atas kuew teow goreng tadi
  • letakkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan
  • masukkan stok daging dan biarkan sehingga mendidih
  • kemudian masukkan sos tiram, kiub ayam, kedua2 sayur dan bancuhan tepung jagung
  • kacaukan rata
  • selepas itu bolehlah dipecahkan telur dan kacaukan kuah perlahan2
  • akhir sekali bolehlah dituangkan kuah ke atas kuew teow
  • taburkan dengan daun bawang dan hidangkan bersama2 dengan cili jeruk

source: sunkist, myr (ubah sedikit)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin