Pages

28 April 2007

Selamat Hari Ibu

Tengah dok bege my own blog nie sambil dengar Hot FM tiba2 dengar pulak ucapan2 Hari Ibu keluar kat radio. Tiba2 lak teringat pada arwah ibu yang dah lama pergi meninggalkan kami semua di saat kami masih lagi amat memerlukannya. Jasamu tidak dapat kami balas dan kaulah ibu yang terbaik di dunia dan akhirat (Hajjah Siti Samsiah Hj Mohd Tawil). Kalaulah masa tu boleh diputarkan kembali, tak mau rasanya berpisah dengan ibu walaupun sesaat pun.

Pada ibu2 di luar sana "Selamat Menyambut Hari Ibu". Pada kalian yang masih lagi ada ibu hargailah ibu anda kerana tanpa ibu tiadalah kamu di muka bumi ini. Cubalah luangkan sebanyak masa yang boleh dengan ibubapa kita ialah sementara mereka masih lagi hidup. Bukan kekayaan yang mereka pinta tapi kehadiran kita di sisi mereka. Janganlah kita sekali2 abaikan tanggungjawab kita terhadap kedua ibubapa kita yang telah bersusah payah membesar dan mendidik kita sehingga kita berjaya menjadi orang2 yang berguna di dunia ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin