Pages

Showing posts with label Jem-Kaya. Show all posts
Showing posts with label Jem-Kaya. Show all posts

9 May 2009

Homemade kaya pandan

Bahan-bahan:
3 biji telur
300gm gula kaster
200ml santan
100ml jus pandan - dari 10 helai daun pandan
beberapa titik pewarna hijau - jika suka

cara:
  • pukul telur dan gula sehingga sebati dengan menggunakan whisker
  • pastikan gula hancur dan adunan pekat
  • kemudian masukkan jus pandan, pewarna hijau dan santan
  • gaulkan rata
  • tapiskan ke dalam periuk non-stick
  • masak dengan menggunakan api perlahan sehingga pekat
  • pastikan ianya sentiasa dikacau selalu
  • kepekatan yang dikehendaki ialah apabila diangkat kaya tidak mudah jatuh
  • setelah siap tutupkan api dan sejukkan

source: puan norzailina nordin

18 November 2008

Seri kaya resepi II

Bahan-bahan (500ml):
1/2 cawan (115gm) gula pasir
3 biji telur
1 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
1 cawan gula pasir (225gm)
1 cawan air

cara:
  • masukkan 1 cawan gula pasir dan air ke dalam mangkuk dan masak sehingga menjadi gula hangus dengan api sederhana panas
  • angkat dan sejukkan - proses membuat gula hangus ini mengambil masa agak lama sedikit tetapi jangan ditingal2kan nanti hangus dan warna kaya tidak cantik
  • dengan menggunakan whisker pukul 1/2 cawan gula pasir bersama2 dengan telur sehingga sebati
  • proses membuat seri kaya: mula2 masukkan gula yang telah dipukul dengan telur ke dalam mangkuk, diikuti dengan santan, tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air dan akhir sekali gula hangus
  • kacau dengan api sederhana panas sehingga menjadi pekat dan mendidih - kepekatan seri kaya ini bergantung pada kesukaan masing2
  • apabila sudah puas hati dengan kepekatan seri kaya bolehlah ditutupkan api dan biarkan sejuk
  • kemudian barulah disimpan ke dalam balang/bekas kedap udara
  • jika inginkan kaya pandan bolehlah di campurkan dengan sedikit emulco pandan dan kacaukan sebati

note: warna seri kaya bergantung pada warna gula hangus. jika selepas gula hangus tadi sejuk menjadi keras tidak mengapa jangan panik. apa yang perlu dilakukan ialah masukkan gula dan telur yang telah dipukul ke dalam gula hangus, kemudian masukkan santan dan tepung jagung. masak seperti step No. 5. gula hangus yang keras tadi akan menjadi cair setelah berada di atas api. kaya nie lebih elok disimpan di dalam fridge supaya tahan lebih lama.

source: sarah

17 July 2007

Serikaya resepi I


Bahan-bahan:
300gm gula pasir
125ml air panas
3 biji telur
300ml santan dari satu biji kelapa
2 helai daun pandan
1 camb marjerin utk mengilatkan

cara:
  • sediakan gula hangus: ambil 70gm gula, hanguskan di dlm kuali non-stick, masukkan air panas dan masak hingga pekat (pastikan tidak kehitaman kerana ia akan menjadi pahit)
  • kacau baki gula, telur dan masukkan santan
  • tapiskan
  • tuangkan gula hangus ke dlm bancuhan telur
  • bubuh daun pandan
  • kacau di atas api perlahan hingga pekat
  • masukkan marjerin dan kacau rata

note: pastikan kaya benar-benar masak barulah ia akan berkilat

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin