Pages

Showing posts with label Mihun. Show all posts
Showing posts with label Mihun. Show all posts

5 September 2010

Mihun hong kong

Bahan-bahan:
1 bungkus mihun - direndam
300gm udang
300gm isi ayam - dipotong kecil
300gm daging - dipotong nipis-nipis
300gm sawi - dipotong lebih kurang 2 inci
2 batang karot - dihiris
3 biji buah tomato - dibelah 6
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 ketul kiub pati ayam
garam secukup rasa
minyak

bahan-bahan kisar:
1 inci halia
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

cara:

  • panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi
  • masukkan karot, daging, ayam, lada sulah, lada hitam, kiub ayam, udang dan sedikit air
  • kacaukan rata
  • apabila semua sudah empuk barulah dimasukkan mihun, sawi dan buah tomato
  • bubuh garam secukup rasa dan digaul rata
  • padamkan api dan sedia untuk dihidangkan

source: puan rubiah suparman

18 April 2010

Mee hoon sup udang

Bahan-bahan (5 orang):
1/2 paket mee hoon - direndam sehingga lembut
1 ulas bawang putih - dimayang
1 biji bawang merah - dimayang
isi ayam secukupnya
udang secukupnya
fishcake secukupnya - dipotong nipis
1 keping tauhu goreng - dipotong dadu
sayur sawi secukupnya - dipotong
karot secukupnya - dipotong bulat atau memanjang
1 kiub chicken stock
garam dan air secukupnya
telur secukupnya - jika suka
lada hitam yang ditumbuk halus secukupnya - jika suka pedas
minyak

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan kedua2 bawang sehingga wangi
  • masukkan isi ayam, tauhu goreng, fishcake, lada hitam dan garam secukupnya
  • kacaukan rata
  • kemudian masukkan air dan chicken stock
  • kacau dan biarkan sehingga kuah mendidih
  • selepas itu masukkan udang, telur, sawi, tomato dan karot
  • tunggu sehingga karot lembut, udang dan telur masak
  • setelah siap bolehlah dipadamkan api
  • mee hoon yang telah direndam tadi bolehlah dicelurkan sekejap dengan air panas
  • kemudian letakkan ke atas mangkuk dan tuangkan kuah tadi ke atasnya
  • hidangkan dengan cili jeruk

source: farihafaizal, myr

26 March 2010

Mee hoon goreng lada hitam

Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - direndam terlebih dahulu
1 cawan udang
2 keping tauhu - dipotong dadu/kecil
1 paket fishball - dibelah dua
1 1/2 sudu makan lada hitam biji - ditumbuk halus atau boleh juga digantikan dengan serbuk
3 sudu makan sos tiram
secekak daun kucai - dipotong 2 inci
2 genggam taugeh
1 batang karot - dihiris memanjang
sedikit air jika perlu
garam, gula dan perasa secukup rasa


bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 sudu besar udang kering - direndam terlebih dahulu


cara:
  • panaskan minyak
  • gorengkan dahulu tauhu tetapi jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan
  • panaskan lagi minyak
  • masukkan udang dan biarkan masak sehingga kemerahan
  • selepas itu masukkan bahan2 kisar dan tumiskan selama 5 min
  • kemudian masukkan fishball, sos tiram, lada hitam, gula dan gaulkan rata
  • masukkan mee hoon dan kacaukan rata sehingga masak
  • masukkan pula tauhu goreng, daun kucai, taugeh, lobak merah dan kacaukan rata sehingga masak
  • akhir sekali masukkan garam dan perasa secukup rasa
  • gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • tambahkan sedikit air jika terlalu kering
  • padamkan api dan hidangkan dengan cili jeruk

source: waheedeana, myr

16 February 2010

Bihun sup tulang ala utara

Bahan-bahan (3-4 orang):
1/2 paket bihun - rendamkan dengan serbuk kunyit
1kg tulang
300gm daging - kuantiti bergantung pada selera masing2
1 paket sup bunjut
2 batang celery - dipotong serong
2 keping fishcake / fishball - dipotong
2 ulas bawang merah - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
1 sudu kecil lada hitam
air dan garam secukupnya
air secukupnya untuk merebus

bahan2 penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

cara:
  • masukkan daging, tulang dan air yang mencukupi ke dalam periuk
  • kemudian masukkan sup bunjut dan bahan2 penumis
  • rebuskan sehingga daging empuk
  • kalau air agak kering bolehlah ditambahkan lagi
  • masukkan fishcake/fishball, celery dan garam secukup rasa
  • selepas itu masukkan pula lada hitam
  • panaskan sedikit minyak di dalam kuali
  • tumiskan kedua2 bawang sehingga naik bau dan kekuningan
  • kemudian tuangkan ke dalam kuah sup tadi dan gaulkan rata
  • padamkan api
  • celurkan bihun dengan air panas dan toskan
  • keluarkan daging dan hiriskan nipis
  • hidangkan bihun dan letakkan daging hiris tadi
  • kemudian tuangkan kuah ke atasnya
  • taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup jika ada

source: farihafaizal, myr

13 September 2009

Mee hoon beriani

Bahan-bahan:
450gm bihun - direndam dengan air panas supaya lembut
2 camt pewarna kuning - ditaburkan ke atas bihun dan gaulkan supaya warna sekata
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 ekor ayam - dipotong kecil
3 sudu makan minyak sapi/makan
4 biji buah tomato - belah 2 dan dihiris nipis
1 batang cili hijau - dibelah 2 atau hiris
1 batang cili merah - dibelah 2 atau hiris
1 ikat daun pudina - dihiris
1 ikat daun ketumbar - dihiris
1 sudu besar rempah beriani
250ml (1 cawan) air
1 cawan bawang goreng
1 tin kecil kacang peas
secekak sawi - dipotong
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering - kalau nak pedas tambahkan

cara:
  • ayam dilumurkan dengan garam dan serbuk lada hitam
  • perapkan selama 15 min
  • kemudian gorengkan sehingga garing dan ketepikan
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi dan garing
  • masukkan garam, kedua2 cili, rempah beriani, bawang goreng dan kedua2 daun
  • kacaukan selama 2-3 min sehingga sebati
  • tuangkan air dan biarkan sehingga mendidih
  • masukkan ayam dan gaul rata
  • biarkan ayam sebentar dan angkat
  • ketepikan ayam dan biarkan rempah
  • tambah garam jika perlu
  • masukkan sawi, bihun dan gaulkan rata
  • akhir sekali masukkan kacang peas, buah tomato dan ayam tadi
  • gaulkan semua sehingga sebati
  • angkat dan hidangkan

source: k.rossya (ubah sedikit)

23 September 2008

Bihun goreng

Bahan-bahan (4 org):
1/2 paket bihun - dicelur air panas dan ditoskan ataupun direndam semalaman
100gm daging - dihiris nipis
100gm udang
4 biji telur
4 sudu makan kicap
7 sudu makan sos tomato
1/4 cawan air
secekak sawi - dipotong selebar 2 inci
50sen taugeh - dibuang ekor
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
1 biji bawang besar
3 biji cili merah
7 biji cili padi merah/hijau

cara:
  • panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan telur, pecah2kan seperti scrambled egg. jangan terlalu kering biarkan sedikit basah. angkat dan ketepikan
  • tambahkan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 kisar dengan api yang sederhana kecil
  • kemudian masukkan daging dan gaulkan rata
  • masukkan 1/4 cawan air dan tumis rempah sehingga naik bau dan dagingnya empuk
  • kemudian masukkan pula kicap, sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa. gaulkan rata
  • bila rempah sudah masak dengan betul, barulah dimasukkan bihun dan gaulkan sebati
  • masukkan telur dan juga sawi
  • gaulkan lagi supaya semua bahan sebati
  • akhir sekali barulah dimasukkan taugeh dan gaulkan rata
  • angkat dan hidangkan
  • taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup jika suka

source: D

17 April 2008

Mihun goreng hokkien

Bahan-bahan (2-3 org):
200gm mihun - direndam
150gm udang basah - dibuang kulit
100gm isi ayam
100gm kubis cina - dipotong (dlm gambar tak guna cume gantikan dengan sawi nak habiskan stok)
375ml air rebusan ayam
4 sudu makan minyak masak
garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Bahan2 A:
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap cair
1/4 sudu teh kicap pekat

cara:
  • panaskan minyak dalam kuali. goreng ayam hingga separuh masak
  • masukkan udang, sos tiram, kicap cair dan kicap pekat
  • kacau dan bubuh kubis. tuangkan air rebusan ayam
  • campurkan mihun, tutup kuali dan masak atas api kuat
  • tambahkan kicap pekat untuk menggelapkan kuahnya
  • perlahankan api, renihkan sehingga kuah agak kering

29 February 2008

Mihun goreng belacan

Bahan-bahan (4 org):
200gm mihun - direndam
200gm taugeh - dibuang ekor
3 pokok sawi - dipotong
200gm udang
200gm isi ayam
50ml air
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
1-2 sudu makan kicap manis
3 tangkai daun bawang - dipotong
1 biji cili merah - dihiris
4 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
3 biji cili merah
5-6 biji cili padi - kalau suka pedas lebihkan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan

cara:
  • panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar hingga wangi
  • masukkan udang, isi ayam, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap dan air
  • kacau sebati
  • bila mendidih, masukkan sawi, taugeh, mihun, cili merah dan garam
  • kacau hingga sebati dan sawi layu
  • angkat dan taburkan daun bawang sebelum disajikan

29 October 2007

Mihun goreng resepi I

Bahan-bahan:
300gm mihun - direndam
200gm udang basah
100gm udang kering - direndam & ditumbuk
sedikit taugeh & sawi
2-3 sudu besar cili kisar - kepedasan bergantung pada masing2
3 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar taucu - ditoskan airnya
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar kicap masin
1 biji cili merah - dihiris
1 biji buah tomato - dipotong berbaji
garam secukup rasa

cara:
  • panaskan minyak dlm kuali. tumiskan bawang putih, cili kisar dan udang kering
  • masukkan tauchu, udang, taugeh, sawi, sos tomato, sos cili, kicap, garam secukup rasa dan sedikit air. gaulkan hingga rata
  • akhir sekali, masukkan buah tomato dan mihun dan goreng hingga rata
  • hidangkan bersama2 dengan cili jeruk

8 June 2007

Mihun singapore


Bahan-bahan (1 family):
600gm mihun - dicelur
200gm isi ayam - dihiris nipis
200gm udang
200gm sotong - dipotong bulat
150gm sawi - diasingkan batang & daun
100gm tauge - dibuang ekor
60ml minyak
8 tangkat daun bawang - dihiris 2sm
2-3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan stok pekat ayam atau kiub
1-2 sudu makan kicap cair
1-2 sudu teh serbuk lada sulah
sedikit air
garam
cili merah - dihiris

Bahan dikisar:

30gm udang kering - direndam
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
1cm halia

cara:
  • panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga berbau
  • masukkan isi ayam, kacau hingga separuh masak
  • kemudian bubuh udang dan sotong
  • kacau lagi
  • bila udang dan sotong separuh masak, campurkan stok ayam, sos tiram dan batang sawi
  • kemudian renjiskan air
  • masak selama 2-3 min
  • masukkan pula mihun, daun sawi, daun bawang, tauge, serbuk lada sulah, kicap cair dan garam (jika perlu)
  • kacau rata hingga semuanya sebati dan masak
  • tutupkan api dan hidangkan

source: puan norzailina nordin

20 May 2007

Mihun goreng resepi II

Bahan-bahan (6 - 8 orang):
1 bungkus bee hoon cap lada merah (dicelur dengan air panas dan ditoskan)
1/2 kilo tauge, dibersihkan
6 - 8 batang daun kucai, dipotong sepanjang 1 inci
750 ml air
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:
20 tangkai lada kering, direndam dengan air panas
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm belacan
1/2 cawan udang kering, direndam dan dibersihkan
1 cawan taucu (dicuci dengan air sebanyak 3 kali untuk hilangkan masinnya)

Bahan untuk hiasan:

5 biji telur, (direbus, kupas kulitnya dan potong 2)
limau kasturi, dibelah 2
sambal tumis, jika suka

cara:

  • panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau
  • rempah yang telah garing ambil 1/2 cawan diketepikan untuk kuahnya
  • rempah yang dalam kuali, masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka
  • masukkan mi, tauge dan daun kucai
  • gaul sebati hingga masak
  • ketepikan
  • cara untuk kuahnya - Rempah yang telah diketepikan tadi dimasukkan dalam periuk
  • masukkan 1/2 cawan gula, garam dan serbuk perasa jika suka
  • masukkan pula air asam dan air
  • masak sehingga mendidih
  • cara untuk menghidang - Letak mee dalam mangkuk
  • tuang kuahnya dan hiaskan dengan telur rebus, limau kasturi dan sambal tumis jika suka

source: D

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin