Pages

Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

21 March 2010

Creamy potato croquettes

Bahan-bahan:
2 biji ubi kentang saiz besar - direbus dan dilenyek halus
1/2 biji bawang besar - dicincang/dadu halus
2 sudu besar daging/ayam cincang
1 sudu besar mentega
garam dan serbuk lada sulah secukupnya

bahan-bahan sos krim:
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 - 1 cawan susu segar
garam dan serbuk lada sulah secukupnya

1 biji telur - dipukul sedikit
breadcrumbs/serbuk roti secukupnya

bahan-bahan sos pencicah - gaul rata:
mayonaise
sos cili
sos tomato


cara:
  • panaskan mentega di dalam kuali
  • tumiskan bawang besar sehingga naik bau
  • kemudian masukkan daging/ayam cincang, garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • kacau sehingga daging/ayam masak
  • padamkan api
  • masukkan ubi kentang yang telah dilenyekkan tadi dan gaulkan sebati
  • ketepikan
  • panaskan mentega di dalam periuk
  • masukkan tepung dan kacau sehingga ianya bertukar menjadi perang
  • kemudian masukkan susu segar
  • sentiasa kacau supaya tidak berketul
  • masak sehingga pekat
  • kemudian tuangkan ke dalam adunan ubi kentang tadi (jangan tuangkan kesemuanya pandai agak2)
  • gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat (seperti membuat pegedil)
  • lakukan sehingga habis
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • ambil satu adunan bulat tadi, celupkan ke dalam telur dan coverkan dengan breadcrumbs
  • goreng sehingga keperangan
  • angkat dan hidangkan dengan sos pencicah
  • sedap dimakan panas2

source: yani, myr

16 January 2010

Garlic mashed potato

Bahan-bahan (4-5 orang):
8-9 biji ubi kentang saiz besar
air secukupnya untuk merebus
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar mentega
2 sudu besar mayonnaise
1/2 cawan susu segar / fresh cream
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam

bahan-bahan gravy:
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar worcestershire sauce
4 sudu besar kicap manis
1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1 ketul stok ayam
sedikit minyak untuk menumis

cara:
  • kupaskan ubi kentang dan potong nipis secara wedges
  • panaskan air di dalam periuk dan pastikan air mencukupi dan menutupi ubi kentang
  • masukkan ubi kentang, bawang putih dan sedikit garam
  • rebuskan sehingga empuk
  • kemudian toskan sehingga kering
  • masukkan ubi kentang tadi ke dalam mangkuk yang besar
  • selepas itu masukkan mentega, susu segar, mayonnaise dan serbuk lada hitam
  • lecekkan sehingga hancur dan sebati dengan semua bahan
  • setelah itu ketepikan
  • untuk membuat gravy: panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bawang putih, serbuk lada hitam sehingga wangi dan pastikan jangan sampai terlalu garing
  • kemudian masukkan semua bahan2 yang lain kecuali air bancuhan tepung jagung
  • kacaukan sehingga mendidih
  • tuangkan air bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat (kepekatan kuah bergantung pada selera masing2)
  • padamkan api dan tuangkan gravy ke atas mashed potato tadi
  • hidangkan dengan roast chicken, chicken chop dan lain2

source: mommamia, myr

21 June 2009

Marshmallows

Bahan-bahan:
1 cawan (110gm) icing sugar
2 camb + 1 1/2 camt gelatin
1 cawan air sejuk - dibahagi dua
2 cawan (450gm) gula pasir
1/2 cawan light corn syrup - boleh substitute guna golden syrup
1/4 camt garam
2 biji telur putih
1 camb esen vanila

cara:
  • griskan loyang 4 segi bersaiz 13x9x2 dan taburkan sedikit icing sugar
  • ketepikan
  • kemudian satukan gelatin dan 1/2 cawan air sejuk ke dalam mangkuk, kacau dan biarkan sehingga beku
  • panaskan gula pasir, corn/golden syrup, 1/2 cawan air sejuk dan garam dengan api yang sederhana panas
  • kacau sehingga gula larut
  • setelah itu kuatkan api dan biarkan sehingga mendidih tanpa perlu dikacau
  • angkat dan masukkan ke dalam campuran gelatin tadi
  • kacau sehingga sebati
  • pukul adunan sehingga gebu, pekat dan adunan naik 3 kali ganda selama lebih kurang 10 min
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk yang lain pukul putih telur dengan esen vanila sehingga berbuih
  • kemudian tuangkan ke dalam campuran gelatin yang telah dipukul tadi
  • pukul lagi cukup sekadar sebati
  • setelah itu tuangkan ke dalam loyang yang telah disediakan dan taburkan sedikit icing sugar
  • biarkan sekurang2nya 3 jam atau semalaman tanpa perlu ditutup
  • keluarkan dari loyang dan potong marshmallow tadi selebar 1 inci
  • golekkan marshmallows ke atas icing sugar dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara atau hidangkan dengan hot chocolate

source: majalah gourmet

20 December 2008

Cheesy sausage prata

Bahan-bahan:
beberapa keping roti prata frozen
beberapa ketul sosej
beberapa keping american cheese - optional

1 biji telur - dipukul sedikit
1 sudu besar susu segar

cara:
  • ambil sekeping roti prata yang telah lembut
  • letakkan sekeping cheese
  • kemudian letakkan sosej di atas cheese tadi
  • dan gulungkan roti prata bersama2 dengan cheese dan sosej seperti swiss roll
  • hiriskan bahagian atas roti tadi dan sapukan dengan campuran telur dan susu segar
  • bakar pada suhu 180C selama 40 min atau sehingga masak
  • setelah masak bolehlah dipotongkan dan hidangkan panas2
  • sesuai sebagai hidangan pagi dan petang

5 December 2008

Mashed potato

Bahan-bahan:
1kg ubi kentang
1/4 cawan susu segar
2 camb mentega
1/4 camt serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Bahan-bahan sos:
200gm tulang lembu
2 cawan air
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 batang karot - dipotong kecil
1 batang celery - dipotong kecil
sedikit tepung jagung
sedikit serbuk lada hitam

cara:
  • ubi kentang dikupas dan dipotong 4
  • kemudian direbus di dalam air mendidih bersama dengan garam sehingga empuk
  • setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
  • letak kembali periuk di atas dapur dengan api yang sederhana sambil dimasukkan susu, serbuk lada hitam dan mentega
  • lenyekkan bersama2 dengan kentang tadi sehingga gebu dan sebati
  • matikan api dan masukkan ke dalam mangkuk sementara menunggu sos siap
  • cara membuat sos: tulang lembu dipanggang di dalam oven sehingga perang
  • kemudian direbus bersama karot, bawang besar, celery dan serbuk lada hitam sehingga mendidih dan air menjadi berkurangan
  • tapis stok tersebut kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air dan kacau sebati
  • didihkan selama 10 min
  • setelah agak pekat bolehlah dihidangkan bersama2 mashed potato

source: noormasri

15 November 2008

Egg in a toast


Bahan-bahan:
Beberapa keping roti putih atau wholemeal
Beberapa biji telur
Beberapa keping cheese
blackpepper

cara:
  • susunkan 2 keping roti - Step 1
  • ambil sekeping cheese dan potongkan 4 bahagian kalau boleh biar sama size - Step 1
  • susunkan potongan cheese tadi ke atas roti tadi - Step 1
  • kemudian ambil sekeping roti dan potongkan bahagian tengah - Step 1
  • setelah itu letakkan ke atas roti yang telah di susunkan dengan cheese tadi - Step 2
  • pecahkan sebiji telur ke atas roti tadi - Step 3
  • bakar pada suhu 180C selama 10-15 min (suhu bergantung pada jenis oven)
  • keluarkan dari oven dan taburkan dengan sedikit blackpepper - Step 4
  • sesuai sebagai hidangan breakfast

source: BM

15 June 2008

Pain au chocolate

Bahan-bahan (makes 14):
350gm doh croissant - lihat resepi di sini
1 1/2 x 150gm bars chocolate

1 biji telur dipukul dengan secubit garam - untuk sapuan

cara:

1. ikuti resepi dan cara2 untuk buat croissant sehingga up to the point of cutting your rolled rectangle of dough around 30x75cm lengthways into two strips. instead of cutting your strips of dough into triangles, cut each strip crossways into 7 rectangles about 10cm wide (so you end up with 14 reactangles approximately 15x10cm). lay out the rectangles, long side facing you
2. patahkan chocolate bars of around 3 squares (seperti dalam gambar di bawah) dan letakkan ke atas doh dan gulungkan
3. sapukan dengan telur dan bakar pada suhu 200-180C selama 18-20 min

Pain aux raisins


Bahan-bahan (makes 15):
350gm doh croissant - lihat resepi disini
150gm sultanas/raisins

1 biji telur di pukul dengan secubit garam - untuk sapuan

creme patissiere (makes 700gm):
6 biji kuning telur
70gm gula kastor + 70gm extra
50gm tepung - diayak
500gm full-fat milk
1 camt esen vanila

sugar syrup (makes 400gm):
250gm air
200gm gula kastor

cara:
  • mula2 buat creme patissiere: masukkan kuning telur, 70gm gula kastor dan tepung ke dalam mixing bowl
  • gaulkan rata dan ketepikan
  • di dalam mangkuk tahan panas masukkan 70gm gula kastor, susu dan esen vanila
  • kacau dengan suhu sederhana panas sehingga first bubble appears
  • tutupkan api dan tuangkan one-third ke dalam campuran telur sambil di kacau rata
  • kemudian masukkan lagi two-thirds dan kacau lagi
  • setelah itu masukkan semula ke dalam mangkuk tahan panas tadi dan kacau sehingga mendidih
  • tutup api dan kacau lagi supaya menjadi pekat
  • biarkan sejuk
  • untuk membuat sugar syrup: masukkan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau dengan api yang perlahan sehingga gula cair
  • setelah itu naikkan suhu api dan kacau lagi sehingga mendidih selama 3 min
  • tutup api dan ketepikan
  • biarkan sejuk
  • dengan menggunakan doh croissant, canaikan menjadi bentuk rectangle of about 30x40cm
  • set it in front of you, with the long edge towards you
  • sapukan creme patisserie dan taburkan raisins
  • gulungkan seperti swiss roll seperti gambar di bawah dan potong setebal 1 1/2 - 2cm
  • susunkan ke atas baking tray yang telah digriskan dan biarkan ianya naik selama 1 1/2 jam
  • setelah itu sapukan dengan telur yang telah dipukul dengan secubit telur
  • bakar pada suhu 220-230C atau 200-180C selama 18-20min
  • setelah masak sapukan dengan sugar syrup

29 May 2008

Crispy onion rings

Bahan-bahan:
3 biji bawang besar warna kuning
75gm tepung gandum
2 camb tepung jagung
1/2 camt baking powder
1/2 camt serbuk paprika
1/2 camt gula pasir
1 biji telur - dipukul
120ml susu segar
garam dan pepper secukup rasa
minyak untuk menggoreng


cara:

  • panaskan minyak terlebih dahulu di dalam periuk/kuali dengan api yang sederhana panas
  • minyak biarlah banyak supaya onion ring di goreng terendam
  • kemudian bawang dibuang kulit dan di potong bulat2 selebar 1cm
  • setelah itu bawang yang telah dipotong tadi dipisahkan di antara satu dan susunkan di atas baking tray
  • untuk membuat batter: satukan semua bahan2 kering ke dalam mixing bowl dan kacau dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati
  • ketepikan
  • kemudian satukan telur dan susu ke dalam mixing bowl yang lain dan kacau sehingga sebati dengan menggunakan hand whisker
  • tuangkan campuran susu tadi ke dalam bahan2 kering dan kacau sehingga sebati dan tidak berbentil
  • dengan menggunakan garpu celupkan sekeping bawang ke dalam adunan dan gorengkan sehingga keperangan
  • lakukan sehingga habis
  • hidangkan panas2

27 May 2008

Croutons

Bahan-bahan (4 cawan):
4 keping roti putih - lebih pun boleh
garam dan pepper secukup rasa - optional
serbuk bawang putih - optional
parutan parmesean cheese - optional

cara:
  • panaskan oven pada suhu 180C. lapikkan baking tray dengan cooking sheet dan ketepikan
  • buang tepi roti yang keras
  • kemudian potong 1/2 inci memanjang
  • setelah itu ambil setiap potongan tadi potong 1/2 inci bentuk kiub
  • taburkan ke atas baking tray yang telah di lapik dengan baking sheet dan bakar selama 10 min atau sehingga keperangan kedua2 belah
  • sentiasa terbalikkan supaya warna jadi sekata
  • keluarkan dari oven dan taburkan dengan garam/pepper/serbuk bawang putih atau parutan cheese jika suka
  • gaulkan rata
  • croutons ini bolehlah di makan bersama2 dengan salad atau soup
  • boleh disimpan di dalam bekas kedap udara atau simpan di dalam freezer
  • bila hendak digunakan bolehlah dipanaskan di dalam oven pada suhu 160C atau sehingga rangup

25 May 2008

Chocolate chip pancakes



Bahan-bahan (10 keping):
2 cawan tepung gandum
3 camt baking powder
2 camb gula kastor
1 1/2 cawan susu segar
2 biji telur
60gm mentega - dicairkan (masukkan dalam microwave selama 30 saat)
chocolate chips
extra mentega cair - for cooking
maple syrup, gula etc

cara:
  • ayakkan tepung gandum bersama2 dengan baking powder ke dalam mixing bowl
  • kemudian masukkan gula, kacau rata
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk yang lain satukan susu, telur dan mentega cair
  • pukul dengan mengguna whisk dan tuangkan ke dalam adunan tepung
  • kacau sehingga sebati
  • tutupkan mangkuk dan biarkan selama 15 min
  • kemudian panaskan non-stick frying pan dengan api sederhana panas
  • sapukan dengan sedikit mentega cair dan tuangkan 1/3 cawan adunan
  • taburkan chocolate chips dan tunggu sehingga bubbles appear barulah di terbalikkan dan biarkan 2-3 min
  • setelah itu barulah diangkat dan hidangkan bersama2 dengan marple syrup, gula etc
  • buatlah sehingga adunan habis

27 March 2008

Mexican chicken fajitas

Bahan-bahan:
4 keping tortilla
200ml susu cair
100ml double cream
300gm cheddar cheese
2 sudu besar minyak zaitun
200gm chicken breast - dipotong panjang
garam dan lada putih secukupnya
4 helai daun bawang - dirampai
1 biji capcisum merah - dipotong panjang (optional kalau suke)

Salsa souce:
2 biji tomato - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
5 sudu besar daun ketumbar - dirampai
5 batang lada hijau - dirampai
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar jus lemon

cara:
  • panaskan oven pada suhu 220C
  • panaskan susu cair, krim dan cheese di dalam mangkuk sehingga cheese cair dan sebati
  • ketepikan
  • sementara itu panaskan minyak zaitun dalam kuali dan masak ayam selama 2-3 min. selepas itu masukkan pula capsicum dan taburkan garam dan lada putih secukup rasa
  • masukkan daun bawang dan masak untuk seminit lagi
  • letakkan tortilla di atas dulang pembakar dan bahagikan isi ayam ke pada 4 bahagian. isi ayam dibungkus rapi dalam tortilla
  • tuangkan sos cheese dan 1 sudu kecil salsa sauce (kalau suke)
  • bakar selama 10 min atau hingga warnanya keperangan. hidangkan bersama2 dengan salsa sauce dan makan sewaktu tortilla masih panas n crispy
  • salsa sauce: gaulkan kesemua bahan2, garam dan jus lemon digunakan mengikut rasa masam atau manisnya tomato

16 March 2008

Chicken tortilla wrap

Bahan-bahan (3-4 org):
6 keping tortilla
2 keping chicken breast
1 biji capsicum merah - dipotong memanjang berukuran 4cm
1 labu bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang halus
sedikit serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan sampingan:
mayonis atau sour cream kalau suka
daun salad - dipotong ikut suka
timun - dipotong ikut suka
sos tobasco - optional kalau tak letak pun ok

cara:
  • chicken breast dipotong memanjang berukuran 4cm panjang dan 1cm lebar
  • perapkan ayam bersama2 dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk ketumbar
  • panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi
  • masukkan ayam yang telah diperap tadi dan goreng hingga masak
  • akhir sekali masukkan capsicum, kacau seketika dan bolehlah diangkat
  • cara menghidang: ambil tortilla, sapukan dengan sedikit mayonis, letakkan salad, timun, campuran ayam dan sedikit sos tobasco
  • lipatkan tortilla menjadi seperti poket dan sedia untuk dimakan

note: tortilla wrap elok disimpan di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam fridge kalau tak habis

source: normasri

9 March 2008

Cream scones with strawberry jam


Bahan-bahan (8-10 biji):
340gm tepung
1 camb baking powder
75gm gula kastor
1/2 camt garam
125gm mentega tanpa garam - yang sejuk dan dipotong kiub
150ml double cream
50-75ml susu segar
1/2 camt esen vanila
50gm mentega - dicairkan untuk disapukan ke atas scones
gula kastor - untuk ditaburkan ke atas scones

to serve:
250ml clotted cream atau double cream - dipukul menggunakan whisk sehingga pekat/keras
strawberry jam - atau apa2 perasa pun boleh
gula aising - untuk ditaburkan ke atas scones

cara:
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan masukkan ke dalam mixer fitted with paddle attachment bersama2 dengan garam dan gula
  • kemudian masukkan mentega sejuk. mix lagi. selepas itu masukkan cream yang telah dicampurkan dengan susu dan esen vanila
  • mix lagi tetapi jangan over-mix nanti scones akan menjadi keras. cukup sekadar sebati
  • kalau tak ada paddle attachment boleh digaulkan tepung yg telah diayak bersama2 dengan baking power bersama dengan garam dan gula hingga sebati
  • setelah itu masukkan pula mentega sejuk dan gaulkan rata seperti breadcrumb
  • kemudian tuangkan campuran cream, susu dan esen vanila sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga tidak melekat di tangan
  • taburkan papan canai dengan sedikit tepung dan keluarkan adunan tadi dari mixer
  • leperkan doh dengan tangan jadi bentuk empat segi setebal 2cm
  • biarkan doh tadi rehat selama 10 min. selepas itu potong mengguna round cutter 4-5cm dan susunkan ke atas parchment-lined baking sheet. simpankan di dalam fridge selama 10 min
  • sementara itu panaskan oven pada suhu 200C
  • keluarkan scones dari fridge dan sapukan dengan mentega cair dan taburkan sedikit gula kastor
  • bakar selama 12-15 min atau sehingga keperangan
  • scones bolehlah dihidangkan bersama2 dengan cream, strawberry jam dan taburkan sedikit gula aising

25 December 2007

Lemonade scones

preparation time: 10 mins
cooking time: 20 mins

Bahan-bahan (16 biji):
450gm (3 cawan) tepung naik sendiri - ayak
80gm mentega
310ml (1 1/4 cawan) lemonade - guna diet lemonade pun boleh
1/2 cawan whipped cream
strawberry jam
thickened/whipped cream

cara:
  • panaskan oven pada suhu 220C. griskan baking tray dan ketepikan
  • campurkan tepung dan mentega ke dalam food processor dan biarkan adunan menjadi sebati
  • setelah itu keluarkan adunan dan masukkan ke dalam mixing bowl
  • tuangkan sedikit demi sedikit lemonade dan whipped cream ke dalam adunan. kacau rata
  • keluarkan adunan tadi dan letakkan ke atas papan canai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • gaulkan adunan tadi sehingga terbentuknya doh yang lembut
  • setelah itu bolehlah di canaikan setebal 3cm. potong doh dengan menggunakan 5cm diameter scone cutter atau cutter bulat
  • susunkan scones ke atas baking tray dan bakar selama 15-20 min atau sehingga keperangan
  • setelah masak keluarkan dari baking tray dan transferkan ke atas wire rack
  • biarkan sejuk sebelum di hidangkan bersama2 dengan strawberry jam dan cream

note: jangan canaikan doh terlalu lama nanti scones akan menjadi keras. kalau boleh jangan tuangkan ke semua lemonade dan whipped cream sekali. agak2kan supaya doh tidak terlalu lembik. kalau tak ada food processor boleh jugak gunakan electric mixer dengan menggunakan doh blead

16 December 2007

Quick sausage rolls

Bahan-bahan (12):
2-3 keping frozen puff pastry atau roti canai segera - biarkan pada suhu bilik
3/4 cawan parutan cheddar cheese
12 ketul sausage
1 biji telur - dipukul sedikit
1 camb bijan

cara:
  • panaskan oven pada suhu 220C. Letakkan baking paper ke atas baking tray dan ketepikan
  • potong pastry sheets kepada dua dan canaikan supaya menjadi 4 segi
  • taburkan cheese ke atas pastry sheet dan letakkan sausage ke atasnya
  • sapukan telur dibahagian hujung pastry sheet dan gulungkannya supaya ianya melekat
  • belah2kan atas sausage roll dan sapukan telur di bahagian atasnya
  • setelah itu bolehlah ditaburkan bijan dan bakar selama 18-20 min atau sehingga keperangan
  • bolehlah dihidangkan bersama2 dengan cili sos

19 November 2007

Hawaiian pizza

pizza yg telah di sapukan dengan sos dan dihiaskan dengan topping sebelum dibakar
Bahan-bahan:
200gm tepung - diayak
1 camt gula
1 camt yis
1/2 camt garam
1 camt oregano
110ml air
1 camb minyak jagung atau olive oil

Topping:
sos pizza - lihat resepi disini
3 ketul hotdog - dihiris ikut suka dan digoreng sekejap dlm 1-2 min
nenas - dipotong kiub
1 biji bawang besar yg kuning - di potong bulat
1 biji tomato - di potong bulat
1 biji capsicum - dipotong berbaji
mozarella cheese - nie yg paling sedap utk pizza
2 camb garlic oil - goreng bawang putih dengan sedikit minyak

cara:
  • campurkan ke semua bahan ke dalam breadmaker dan tekan utk doh
  • bila dah siap keluarkan dah tumbuk2kan doh untuk keluarkan angin
  • canaikan doh dengan menggunakan tangan kalau boleh biar ditebar macam menebar roti canai supaya kenipisan atau ketabalan doh sekata
  • letakkan doh dlm pizza pan dan cucukkan dengan garpu. rehatkan doh selama 20 min
  • half bake pizza dough selama 10-15 mins dan selepas itu keluarkan dari oven barulah disapukan dengan sos pizza dan topping
  • akhir sekali tuangkan garlic oil dan bakar pada suhu 200C selama 20 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan hidangkan panas2

source: aunty yochana

11 August 2007

Chicken pie



Bahan-bahan (4-6 org):
400gm tepung gandum
sedikit garam
100gm marjerin
100g butter
60-70ml air ais
kuning telur - utk sapu

Bahan-bahan lauk:
3 camca besar minyak
3 biji bawang merah - dicincang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
300gm dada ayam - dipotong kiub
200gm ubi kentang (dlm 2 biji size sederhana) - dipotong kiub dan direbus
200gm cendawan dlm tin - dihiris (kalau beli yg cream mushroom punya pun boleh lepas tu cuci ler)
60gm sayur campur
garam, serbuk lada hitam dan serbuk perisa (kalau suka ler) - secukupnya

Sos putih:
30gm butter
30g tepung gandum
100ml susu segar
200ml air

cara:
  • utk lauk: panaskan minyak dan tumis bawang hingga berbau
  • masukkan ayam dan kacau hingga masak
  • masukkan bahan2 lain, garam, serbuk lada hitam dan serbuk perisa
  • masak hingga kering kemudian angkat
  • utk sos putih: cairkan butter, masukkan tepung dan kacau 1-2 min
  • masukkan susu, air dan kacau hingga pekat
  • angkat dan campurkan dengan cendawan tadi
  • biar sejuk


  • utk pastri: gaul dan ramas tepung, garam, marjerin dan butter
  • masukkan sedikit demi sedikit air (jgn terlalu banyak nanti doh jadi lembik), uli menjadi doh
  • bungkus dan simpan didlm fridge selama 20min
  • canaikan pastri dan terap dengan acuan bulat
  • alas tin pie dengan pastri dan isikan dengan lauk ayam


  • basahkan kelilingnya dan tutup dengan sekeping pastri lagi
  • sapu kuning telur kemudian cucuk atasnya dengan hujung pisau


  • bakar pada 200c selama 35-40 min atau sehingga masak dan keperangan


source: puan norzailina nordin

15 July 2007

Very simple breakfast

Bahan-bahan:
roti secukupnya
baked beans - bawang putih, bawang besar & cili hijau dihiris, lada sulah dan garam
daging burger - digoreng tanpa minyak dan hancur2kan dlm pan
telur - digoreng

source: k.nis

4 July 2007

Caesar salad

cara:

  • caesar salad nie ada jual yg dah siap kat Tesco cuma tambahkan ayam atau pun telur rebus kalau suka
  • breast chicken tu dilumurkan dengan sedikit garam, daun sulah dan serbuk kari dan gaulkan sebati
  • lepas tu goreng hingga garing dan dibiarkan seketika sebelum dipotong memanjang dan bolehlah dicampurkan dengan salad
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin