Pages

31 December 2008

Kek marble susu

Bahan-bahan:
250 gm mentega
230 gm gula kastor
2 camt ovalette
4 biji telur
270 gm tepung superfine/tepung kek
1 camt baking powder
60 gm susu pekat
2 camb serbuk koko
2 camb susu segar/cair
1 camt pes coklat/emulco

cara:

  1. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
  2. pukul mentega, gula dan ovalette sehingga gebu dan kembang
  3. masukkan sebiji demi sebiji telur sambil dipukul hingga sebati
  4. dengan menggunakan spatula kaupbalikkan tepung sehingga rata
  5. masukkan susu, gaul sebati
  6. kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian
  7. masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian
  8. bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin 22 cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak
  9. ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis
  10. akhir sekali ambil chopstick dan kacaukan ikut putaran jam supaya menjadi bentuk marble apabila kek sudah masak
  11. bakar pada 180 C selama 40-45 min atau hingga masak

source: puan norzailina

29 December 2008

Rendang padang

Bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang - potong kecil2
beberapa helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
4 sudu makan gula melaka
3 cm lengkuas - ditumbuk kasar
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa
700 gm kelapa parut + 3 cawan air diperah ambil santannya
kerisik

Bahan2 kisar:
13 batang cili padi - kalau nak pedas boleh lebihkan
4 batang cili merah
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia

cara:
  1. masukkan kesemua bahan kecuali kerisik, gula & garam di dalam kuali
  2. masak dengan api yang sederhana
  3. gaul dari masa ke semasa sehingga mendidih
  4. apabila agak kering, barulah dimasukkan kerisik, gula dan garam
  5. kacau sehingga rata
  6. hidangkan dengan nasi putih

source: k.nis

Gulai nangka muda

Bahan-bahan:
3 cawan nangka muda – dibuang kulit dan dipotong kiub
½ cawan ikan bilis – rendam sekejap
2cm halia – ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih – ditumbuk
5 biji bawang merah – ditumbuk
4 camb serbuk kari ayam/daging – campurkan dengan ½ cawan air jadikan paste
¾ cawan santan atau yogurt
3 cawan air
4 camb minyak
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 penumis:
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

cara:
  1. rebus nangka sehingga lembut, toskan airnya dan letak tepi
  2. panaskan minyak di dalam periuk tumiskan bahan2 penumis sehingga naik wangi
  3. masukkan rempah kari dan kacaukan rata sehingga garing
  4. kemudian masukkan air, nangka, ikan bilis dan biarkan sehingga mendidih
  5. setelah itu masukkan pula santan, garam dan gula secukup rasa
  6. renehkan selama 5-10 min
  7. hidangkan dengan nasi putih

note: boleh gantikan ikan bilis dengan ayam atau daging dipotong kiub

source: 1001

27 December 2008

Milo chiffon cake


Bahan-bahan (loyang size 16cm):
Bahan2 A:
1 camb milo
20ml air panas
2 biji kuning telur
20gm gula kastor
20ml olive oil
40gm tepung naik sendiri (self raising flour) - diayak

Bahan2 B:
2 biji putih telur
1/4 camt cream of tartar
50gm gula kastor

cara:
  1. Bahan2 A: satukan milo dan air panas ke dalam cawan dan kacau sehingga milo betul2 larut. ketepikan dan biarkan sejuk pada suhu bilik
  2. masukkan kuning telur dan gula kastor ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga gula betul2 larut
  3. kemudian masukkan milo dan minyak, kacaukan sehingga sebati
  4. masukkan tepung ke dalam adunan dan kaupbalikkan sehingga rata. ketepikan
  5. Bahan2 B: di dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan putih telur dengan cream of tartar sehingga sebati dan berbuih
  6. setelah itu masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali dan pukul sehingga menjadi krim
  7. kaupbalikkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan Bahan2 A sebanyak 3 kali sehingga sebati
  8. tuangkan ke dalam acuan chiffon cake yang bersaiz 16cm dan bakar pada suhu 170C selama 25-30min atau sehingga masak
  9. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min. tujuannya supaya kek tidak akan mendap setelah dikeluarkan dari oven
  10. kemudian keluarkan kek dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

Mee hongkong

Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - direndam atau dicelur dengan air panas supaya lembut
150gm udang
150gm sotong - dipotong bulat
150gm daging - dihiris nipis
1 ikat sawi - dipotong
1 cawan air
2 sudu besar sos tiram
garam dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk lada putih/sulah

cara:
  • panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau dan betul2 masak
  • masukkan sos tiram dan gaulkan rata bersama garam dan serbuk perasa secukupnya
  • kemudian masukkan pula daging, sotong dan 1 cawan air
  • biarkan daging dan sotong masak
  • setelah itu masukkan udang dan biarkan sehingga masak
  • masukkan sawi dan gaulkan rata
  • akhir sekali masukkan mee hoon dan gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • angkat dan hidangkan dengan cili jeruk

note: kalau suka mee hoon yang agak basah bolehlah dilebihkan air dan sos tiram

source: D

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin