Pages

27 February 2009

Kuih bakar ubi

Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu - yang telah siap diparut
650ml santan pekat
260gm gula pasir
3 biji telur - dipukul sedikit
1 camt garam
1 camt esen vanila
sedikit pewarna kuning

minyak sapi atau mentega - untuk sapuan pada acuan

cara:
  1. sapukan acuan kuih dengan minyak sapu atau mentega. ketepikan
  2. satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan dan kacaukan sehingga gula larut dan semua bahan sebati
  3. tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180-200C (bergantung pada oven masing2) selama 1 jam 10 min atau sehingga masak
  4. setelah masak biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

note: senang dan sedap

source: bro rozzan

25 February 2009

Honey chicken wings

Bahan-bahan:
12 keping chicken wings

Bahan2 perapan:
3 camb madu
2 camb kicap cair (light soya sauce)
2 camb BBQ sauce
1 camb chopped/minced garlic
1 camb chopped/grated ginger
1 camb cili kisar
2 camb minyak sayur/olive oil
garam dan crushed pepper secukup rasa

cara:
  1. satukan bahan2 perapan di dalam mangkuk dan masukkan ayam
  2. gaulkan semua bahan sebati
  3. simpan di dalam fridge untuk beberapa jam
  4. titikkan sedikit minyak ke atas ayam tadi dan kemudian gril di dalam oven pada suhu 180 - 200C (bergantung pada oven masing2)selama 40 min atau sehingga masak
  5. hidangkan panas2

source: k.ida - 1001

23 February 2009

Sambal belacan resepi I

Bahan-bahan:
10 biji cili padi
5 biji cili merah
2 inci belacan - dibakar
1 biji buah tomato
1/2 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh garam

cara:
  • kisar kesemua bahan dan bolehlah ditambahkan gula atau garam jika tak menepati citarasa masing2

source: rossya

Nasi minyak puteri saadong

Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi
5 cawan air
5 sudu makan minyak sapi
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan cili sos
2 biji bawang besar - dimayang
2 sudu makan kismis
2 sudu makan bawang goreng
2 helai daun pandan

Bahan2 rempah tumis:
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

cara:
  1. panaskan minyak sapi
  2. tumiskan rempah tumis bersama bawang besar hingga wangi dan bawang layu
  3. masukkan cili sos, sos tomato dan air
  4. gaulkan sebati
  5. kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa bersama2 dengan daun pandan
  6. biarkan sehingga mendidih barulah dimasukkan beras
  7. kacau rata
  8. kemudian masaklah seperti masak nasi biasa
  9. taburkan kismis dan bawang goreng ke atas nasi yang telah masak tadi
  10. hidangkan bersama2 dengan lauk pauk

note: boleh dimasak dengan rice cooker selepas step 6

source: rossya

22 February 2009

Horlicks layer cake


Bahan-bahan:
450gm mentega
140gm gula pasir
10 biji telur - grade C
510gm condensed milk (susu pekat)
240gm superfine/tepung kek (kalau di UK boleh guna supreme sponge flour)
200gm horlicks powder

cara:
  • ayakkan tepung dengan horlicks powder dan ketepikan
  • griskan square tin cake yang bersaiz 9x9 dan alaskan dengan kertas minyak
  • ketepikan
  • panaskan oven pada setting grill mode pada suhu 230C atau 250C bergantung pada oven masing2
  • pukul gula dan mentega sehingga gebu dan ringan (apabila dikaupkan dengan spatula adunan tidak jatuh)
  • kemudian masukkan telur satu persatu sehingga habis sambil dipukul sehingga sebati
  • masukkan pula condensed milk dan pukul lagi
  • setelah itu kaupbalikkan adunan tepung yang telah diayak tadi sehingga sebati
  • pastikan sebelum adunan dibakar panaskan tin kek terlebih dahulu samada di dalam oven atau direndamkan sekejap di dalam mangkuk yang berisi dengan air panas
  • ambil satu atau dua senduk adunan dan ratakan keseluruhan tin kek dan bakar (grill mode) selama 5-6 min atau sehingga keperangan
  • selepas satu lapisan kek masak keluarkan dari oven dan tekan2 kek tadi dengan menggunakan belakang sudu supaya mengeluarkan angin
  • masukkan lagi adunan dan ulangi step 9 dan 10
  • lakukan sehingga habis
  • untuk lapisan terakhir bakar pada suhu biasa pada 180C selama 10-15 min supaya kek tahan lebih lama
  • keluarkan tin kek dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin
  • potong dan hidangkan

source: bro rozzan (cara diubah sedikit mengikut cara sendiri)

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin