Pages

Showing posts with label Sauce. Show all posts
Showing posts with label Sauce. Show all posts

23 August 2010

Sambal belacan resepi II

Bahan-bahan:
1 cawan cili padi
1/4 cawan gula pasir
garam secukup rasa
1 sudu besar belacan - dibakar/digoreng tanpa minyak
1 biji buah tomato
1/2 labu bawang besar - dibakar/digoreng tanpa minyak
1/2 biji lemon - diambil jusnya
sedikit air masak - optional

cara:

  • kisar semua bahan sehinga halus
  • sedia untuk dihidangkan

note: pada yang tinggal di UK tak perlulah diletakkan 1 cawan cili padi sebab cili padi yang dijual di oriental shop memang terlalu pedas

source: yani, myr

27 November 2009

Pes laksa sarawak resepi II

Bahan-bahan:
Bahan2 kisar A:
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10-12 tangkai cili kering
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
2-3 batang serai
1 inci belacan - dibakar dahulu

Bahan2 kisar B:
1/4 cawan kacang tanah - digoreng
1/4 cawan bijan - digoreng

garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar halus:
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

cara:
  • satukan bahan2 kisar B, bahan2 kisar halus dengan bahan2 kisar A
  • kacau sehingga rata
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bahan2 tadi sehingga garing dan wangi
  • tambahkan garam dan gula secukup rasa
  • angkat dan masaklah untuk kuah laksa
  • boleh juga disimpan di dalam fridge sekiranya ingin menyimpan lama

source: dayang jack

4 May 2009

Kuah sate/kacang

Bahan-bahan:
600gm kacang tanah - digoreng dengan sedikit minyak atau boleh jugak dibakar di dalam oven
60gm asam jawa
240gm gula pasir
2 batang serai - dititik
sejari lengkuas - dititik
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
30 batang cili kering
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
8 biji buah keras
sejari kunyit hidup
40gm belacan

cara:
  • kacang tanah yang telah digoreng tadi dikisar kasar jangan terlalu halus
  • asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan wangi
  • masukkan serai dan lengkuas
  • tuangkan air asam jawa dan kacaukan rata
  • masukkan pula gula pasir dan garam secukup rasa
  • akhir sekali barulah dimasukkan kacang dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana
  • kuah sate ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangus
  • masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan
  • enak dimakan setelah disimpan semalaman

source: rossya

22 April 2009

Sambal belacan siam

Bahan-bahan:
11 biji cili padi
1 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
4inci belacan - dibakar
4-5 biji limau kasturi
2 sudu gula

cara:
  • tumbuk atau blend semua bahan sehingga halus
  • selepas itu perahkan air limau dan gaulkan sebati
  • hidangkan

source: k.rinnchan

23 February 2009

Sambal belacan resepi I

Bahan-bahan:
10 biji cili padi
5 biji cili merah
2 inci belacan - dibakar
1 biji buah tomato
1/2 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh garam

cara:
  • kisar kesemua bahan dan bolehlah ditambahkan gula atau garam jika tak menepati citarasa masing2

source: rossya

14 February 2009

Mushroom sauce


Bahan-bahan:
1 cawan cendawan butang - dihiris
1 labu bawang besar - dicincang/dipotong dadu
2 camb tepung gandum
500ml air rebusan ayam atau 1 kiub chicken cube + 500ml air
2-3 camb kicap pekat
1 camb herba italy atau mix herbs
serbuk lada hitam

garam - jika perlu
2 camb minyak
2 camb mentega

cara:

  • panaskan kuali dengan minyak dan mentega
  • tumiskan bawang besar sehingga wangi
  • kemudian masukkan pula tepung dan kacau sebati
  • setelah itu masukkan bahan2 yang lain dan kacau rata
  • biarkan kuah hingga pekat
  • hidangkan dengan chicken chop (lihat resepi disini/lamb chop/steak, coleslaw, salad atau fries

source: puan norzailina (cara telah diubah sedikit mengikut cara sendiri)

16 January 2009

Tomato sauce for pizza

Bahan-bahan (untuk 2 large pizza):
1 tin chopped/crushed tomato - 400gm
1 ulas bawang putih - crushed
1/2 camb cuka
1 camt gula pasir
garam dan pepper secukup rasa

cara:
  • letakkan kuali di atas oven dengan api perlahan
  • tuangkan tomato ke dalamnya
  • masukkan bawang putih dan gaulkan rata
  • kemudian masukkan cuka dan gula
  • gaulkan sebati dan terus memasak dalam 10-15 min sehingga kuah sedikit kering (nie bergantung pada kesukaan masing2)
  • akhir sekali perasakan dengan garam dan pepper
  • angkat dan masukkan ke dalam bekas kedap udara
  • bolehlah disimpan di dalam fridge

22 November 2008

Coney dog sauce



Sweet Dinner Rolls Gambar version 2 - resepi lihat disini

Bahan-bahan:
250gm minced beef
1/4 cawan air
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - crush
1/4 cawan sos tomato
1/2 camt cili serbuk
garam dan serbuk perasa secukupnya

beberapa ketul hotdog - dikukus sekejap
hotdog bun - lihat resepi disini (cuma bentukkan doh menjadi bun atau hotdog bun - seperti di dalam gambar)

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi
  • masukkan mince beef dan kacau rata sehingga daging bertukar warna
  • kemudian masukkan sos tomato, cili serbuk, air, garam dan serbuk perasa secukupnya
  • kacau sehingga sebati
  • biarkan sehingga mendidih dan agak kering sedikit (nie bergantung pada kesukaan masing2)
  • setelah puas hati bolehlah diangkat dan biarkan sejuk
  • ambil satu biji hotdog bun, belahkan ditengahnya dan letakkan hotdog, tuangkan sauce
  • hidangkan

source: allrecipes (diubah sedikit)

13 August 2008

Kuah kacang

Bahan-bahan:
4 camb minyak
300gm kacang goreng - dikisar kasar
1 cawan air
1/4 cawan air asam jawa - dari 2 camb asam jawa yg di campur dengan 1/4 cawan air
4 camb gula pasir
100gm gula melaka/merah
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
4 batang serai
1cm lengkuas
1cm halia
1 camt jintan putih
1 camb ketumbar
4 camb cili kisar

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan wangi
  • masukkan kacang, air, air asam jawa, gula, gula melaka dan garam secukup rasa
  • kacau sehingga kuah sedikit pekat (kepekatan kuah bergantung pada masing2)
  • hidangkan bersama2 dengan satay atau nasi impit

5 July 2008

Blueberry sauce/filling

Bahan-bahan (3 cawan/720ml):
3/4 - 1 cawan (150-200gm) gula pasir
1/2 camb (8gm) tepung jagung
1/8 camt serbuk kulit kayu manis - optional
1/8 camt garam
2/3 cawan (160ml) air
454gm atau 3 cawan fresh/frozen blueberries
1/8 camt esen vanila - optional
parutan lemon - dari 1 biji
1-2 camt jus lemon

cara:
  • masukkan gula, tepung jagung, serbuk kulit kayu manis, garam dan air ke dalam mangkuk tahan panas
  • kemudian kacau sehingga semuanya sebati
  • setelah itu masukkan blueberries dan kacau sehingga sauce menjadi pekat dengan api yang sederhana panas
  • kalau hendaklah sauce yang cair bolehlah ditambahkan sedikit air
  • boleh ditambahkan gula ikut kemanisan masing2
  • akhir sekali masukkan esen vanila, jus lemon dan parutan lemon
  • kacau sebati
  • tutupkan api oven dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam fridge

13 April 2008

Sambal kicap cili padi

Bahan-bahan:
1/2 cawan kicap manis
segenggam cili padi - cuci bersih dan rebus sebentar kemudian ditoskan
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji limau nipis
5 biji bawang merah - dihiris bulat2
gula secukupnya

cara:
  • kisar halus bawang putih dan cili padi rebus
  • gaulkan dengan kicap, gula, air limau nipis dan hirisan bawang merah dan putih
  • sedap dimakan bersama2 dengan sup medan

source: puan asmah laili

17 February 2008

Kerisik perantauan


1. goreng dessicated coconut (kelapa kering) hingga keperangan tanpa menggunakan minyak tapi jangan pulak sampai hangus

2. kelapa goreng tu hendaklah sentiasa dikacau supaya warnanya sekata

3. selepas itu bolehlah diblend sehingga mengeluarkan minyak dan simpan di dalam bekas kedap udara

28 September 2007

Sambal popia goreng

Bahan-bahan:
100ml minyak
2 labu bawang besar ) di
4 ulas bawang putih ) kisar
5 ulas bawang merah) halus
3 biji cili merah )
2 camb pes cili )
60ml sos cili
3 camb sos tomato
2 camb plum sauce yg merah
1 camb cuka
garam & gula secukup rasa

cara:
  • panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan kacau rata
  • bila terbit minyak dan wangi, bubuh pula semua sos dan gula
  • masak atas api perlahan sampai menggelegak
  • kemudian perlahankan api dan renehkan
  • bila kuahnya agak pekat, tambah garam dan cuka
  • kacau rata dan angkat

source: k.hanieliza

28 July 2007

Kuah / pengat durian



Bahan-bahan (10 org):
15 ulas durian (lebih kurg)
500ml santan
satu senduk gula

cara:
  • masukkan santan dan durian ke dalam periuk
  • letakkan atas api dan kacau hingga mendidih
  • bila dah agak pekat kuahnya, masukkan gula dan kacau
  • tunggu sebentar kemudian padamkan api
  • boleh dimakan dengan roti biasa, pulut atau roti jala

source: akizila, myr

11 June 2007

Pizza sauce


Bahan-bahan (10 piza sederhana):
1/2 labu bawang besar, dicincang lumat
2 tbsp bawang putih cincang
1 cawan tomato cincang, buang empulurnya (1 can chopped tomato)
8oz sos tomato
6oz tomato paste
garam
herba oregano
lada hitam
2 tbsp minyak
Sedikit air

cara:
  • panaskan minyak dalam kuali
  • tumis segala macam bawang yang tertera hingga wangi
  • masukkan semua jenis tomato, herba oregano, garam & lada hitam
  • gaul rata
  • boleh tambahkan air jika terlalu kering
  • biarkan sejuk seketika sebelum dioleskan ke atas pizza

source: k.nis

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin