Pages

30 September 2009

Sesame hot dog buns



Bahan-bahan (10 biji):
250gm tepung roti
50gm tepung gandum - boleh juga digantikan dengan tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur
1/2 camt garam
1 camt susu tepung
1 camt yis
1/4 camt bread improver - optional
160ml air
25gm shortening - boleh juga digantikan dengan butter

10 biji hot dog
bijan secukupnya
egg wash - untuk sapuan

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam dan ini bergantung pada jenis BM masing2
  • keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm/60gm
  • bentukkan setiap doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk rectangular (seperti di dalam gambar)
  • letakkan satu biji hot dog dan potongkan bahagian kiri dan kanan kepada 5 bahagian (lihat gambar)
  • kemudian cantumkan bahagian2 yang dipotong tadi (lihat gambar)
  • lakukan sehingga habis dan susunkan ke dalam loyang/dulang yang telah digris
  • sapukan dengan egg wash dan taburkan dengan bijan
  • kemudian biarkan ianya naik sekali lagi selama 30-45 min
  • pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan ke dalam oven tanpa perlu 'ON' kan oven
  • apitkan kiri/kanan atau atas bawah loyang tadi dengan dua cawan air panas supaya proses penaikan doh akan menjadi cepat
  • selepas itu bakarlah pada suhu 200C selama 5 min
  • kemudian turunkan suhu oven pada 180C dan bakar lagi selama 10-12 min atau sehingga keperangan

source: amy beh

29 September 2009

Chicken pizza

Bahan-bahan (1 keping saiz 30cm)
Bahan2 doh:
120gm tepung gandum
120gm tepung roti
1 camb olive oil
1/4 camt garam
1 camt yis
150-160ml air suam

sedikit olive oil - untuk sapuan atas permukaan doh

bahan2 untuk topping:
sos pizza/pasta secukupnya
200gm chicken breast - direbus/digoreng
1/2 biji cili benggala (capsicum) hijau - dipotong memanjang
5 biji buah zaiton - dipotong bulat
100gm cheese mozarella
sedikit parutan cheese parmesan

bahan2 herb seasoning:
secubit herba thyme
secubit herba rosemary
secubit italian seasoning
secubit herba parsley atau flakes

cara:
  • masukkan semua bahan2 doh ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam (bergantung pada jenis BM masing2)
  • selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
  • selepas itu bolehlah dicanaikan doh menjadi bulat besar di antara 28-30cm
  • letakkan di atas pizza pan yang telah digriskan terlebih dahulu
  • cucuk2kan permukaan doh tadi dengan garfu
  • kemudian sapukan permukaan doh dengan olive oil
  • bakar pada suhu 180C selama 10min
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • selepas itu bolehlah disapukan dengan sos pizza/pasta dipermukaan doh
  • taburkan dengan cheese mozarella, ayam, capsicum, buah zaitun dan bahan2 herb seasoning
  • akhir sekali taburkan lagi cheese mozarella dan parutan cheese parmesan
  • bakar lagi sekali pada suhu 200C selama 10-15 min atau sehingga masak dan garing (bergantung pada selera masing2)
  • hidangkan panas2

note: topping boleh dipelbagaikan ikut selera masing2. kalau pergi makan di domino pizza jangan lupe order garlic sauce then boleh simpan kat umah makan ngan homemade pizza

source: amy beh

28 September 2009

Nasi harrisa

Bahan-bahan:
1kg beras basmathi
air ikut padat beras dan lebihkan 100ml

bahan2 kisar:
1 sudu kecil jintan halus
3cm halia
10 ulas bawang putih

3 labu bawang besar - dihiris
500g lobak merah/karot - diparut kasar
3 ikat daun ketumbar - ambil akarnya, dibersihkan dan kisar bersama 5 batang cili hijau
2 jari kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
10biji buah pelaga
garam secukup rasa
bawang goreng
daun ketumbar
minyak atau mentega untuk menumis

cara:
  • beras dicuci bersih dan ditoskan
  • kemudian gaulkan dengan lobak merah dan tos hingga kering
  • panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu
  • masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
  • kacau sehingga naik bau
  • masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi
  • tumis sehingga garing
  • masukkan air dan garam secukup rasa
  • apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak
  • boleh juga dialihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti nasi biasa
  • setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng
  • tutup periuk rapat-rapat
  • setelah beberapa minit, kacau dan biarkan masak sepenuhnya
  • hidangkan dengan lauk-pauk yang lain

source: k.rossya

Tomato curry chicken

Bahan-bahan:
250gm ayam - potong kecil
1 biji cili merah - belah 2 tapi jangan putus
1 biji cili hijau - belah 2 tapi jangan putus
2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air supaya jadi paste
5 sudu besar minyak
2 sudu besar jus limau nipis
2 ulas bawang putih - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
2 tangkai daun kari
100ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa

bahan2 perapan:
1 sudu besar serbuk halia
3 sudu besar tomato puree
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji buah tomato - cincang
1 sudu besar cili kisar

bahan2 menumis:
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

cara:
  • perapkan ayam dengan bahan2 perapan selama 15-20 min
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bahan2 penumis sehingga naik bau
  • kemudian masukkan bawang2 yang telah dihiris, daun kari dan biarkan sehingga garing
  • masukkan pula rempah kari dan kacau rata
  • masak sehingga rempah garing dan terbit minyak
  • setelah itu masukkan ayam yang telah diperapkan tadi, kedua2 cili dan dengan sedikit air
  • biarkan sehingga kuah mendidih barulah dimasukkan santan
  • kacau rata dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk
  • perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  • sebelum dihidangkan bolehlah diperahkan dengan jus limau nipis
  • hidangkan dengan nasi panas

26 September 2009

Ayam panggang percik

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 8
2 cawan santan
1 batang serai - dititik
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa


bahan2 kisar:
10 biji bawang merah
4 biji cili merah - boleh juga letakkan separuh cili merah dan separuh cili kering


cara:
  • masukkan santan dan bahan2 kisar ke dalam kuali
  • kemudian masukkan pula ayam, serai dan semua serbuk rempah
  • kacaukan rata
  • biarkan ayam masak dan empuk tetapi jangan sampai ayam pecah
  • perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  • keluarkan ayam dan masak kuah sehingga pekat
  • panggang ayam di atas bara api atau dalam oven
  • sapukan ayam dengan kuah yang telah dimasak tadi
  • hidangkan dengan nasi

source: chef wan

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin