Pages

28 February 2010

Nasi goreng tomyam

Bahan-bahan (4 orang):
2 mangkuk nasi sejuk
udang segar secukupnya
sotong secukupnya - dipotong bulat
200gm isi ayam - potong kecil
4 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai - diketuk
4 biji cili padi - dihiris/ditumbuk
1 paket perencah tomyam / 2 kiub stok tomyam
sayur kubis secukupnya - dihiris
1 batang karot - dipotong memanjang
1 biji buah tomato - potong dadu
3 helai daun limau purut - dihiris
2 biji telur
garam secukupnya

cara:
  • tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  • masukkan perencah tomyam dan cili padi
  • kacaukan rata
  • jika terlalu kering bolehlah ditambahkan sedikit air
  • kemudian masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam masak
  • masukkan udang, sotong, karot, tomato, serai dan daun limau purut
  • gaulkan rata
  • pecahkan telur dan taburkan garam secukup rasa
  • masukkan nasi dan gaulkan sebati
  • akhir sekali masukkan sayur kubis dan gaulkan rata
  • padamkan api
  • angkat dan hidangkan

source: hana, myr

27 February 2010

Mee kari udang

Bahan-bahan:
1/2 kg udang
1kg mee kuning - dicelur
2 senduk kecil serbuk kari
1 sudu besar cili kisar - kalau tak suka pedas boleh kurangkan
1 tangkai daun kari
3 keping asam keping
tauhu pok/kering
250ml santan pekat
garam secukup rasa

bahan2 penumis:
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

bahan2 tumbuk/kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar udang kering

bahan2 sampingan:
bawang goreng
sawi - dicelur
taugeh - dicelur
telur rebus
cili hidup - hiris

cara:
  • kopekkan kepala dan ekor udang
  • rebuskan dengan air secukupnya untuk dijadikan stok
  • kemudian tapiskan dan kisarkan kepala dan ekor udang tadi dengan sedikit air
  • ketepikan
  • bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air supaya menjadi paste
  • kemudian campurkan cili kisar dengan serbuk kari tadi dan gaulkan sebati
  • ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan daun kari dan bahan2 penumis sehingga naik bau
  • masukkan bahan2 tumbuk/kisar dan tumiskan lagi sehingga garing
  • kemudian masukkan campuran cili kisar dan serbuk kari dan gaulkan rata
  • tumiskan sehingga naik minyak
  • masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping
  • renihkan dengan api yang perlahan sehingga mendidih dan pecah minyak
  • masukkan pula udang dan kacau rata
  • biarkan mendidih sekali lagi
  • akhir sekali barulah dimasukkan tauhu pok/kering dan kacaukan sekejap
  • padamkan api
  • hidangkan dengan mee kuning dan bahan2 sampingan yang lain

source: qirah75, myr

24 February 2010

Kek lapis horlicks & milo

Bahan-bahan:
10 biji telur
450gm mentega
220gm gula kastor - kalau tak suka manis boleh dikurangkan kepada 200gm
240gm tepung gandum/tepung hongkong/kek
1oogm horlicks
100gm milo
1 tin (397gm) susu pekat (condensed milk)

cara:
  • pukul mentega dan gula sehingga kembang lebih kurang 5 min
  • kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata
  • masukkan pula susu pekat dan pukul lagi
  • akhir sekali masukkan tepung dan kacaukan sehingga sebati
  • bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • satu bahagian dicampurkan dengan horlicks dan kacaukan sebati
  • satu bahagian lagi dicampurkan dengan milo dan kacaukan sebati
  • masukkan 4 sudu besar adunan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • bakarkan lapisan pertama dengan suhu 180-200C pada grill mode selama 6 min atau sehingga perang (suhu bergantung pada oven masing2)
  • setelah masak keluarkan dari oven dan tekankan kek dengan penekan kek lapis atau dengan belakang sudu supaya mengeluarkan angin
  • kemudian masukkan pula lapisan kedua dan bakar lagi
  • ulangi proses ini sehingga kedua2 adunan habis dibakar/digunakan
  • setelah masak keluarkan dari oven
  • biarkan betul2 sejuk barulah kek dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan

source: bro rozzan

20 February 2010

Nasi tomato ayam

Bahan-bahan (8 orang):
1kg beras basmathi - cuci dan toskan
300gm ayam / isi ayam - dipotong kecil
1100ml air atau secukupnya
8 biji buah tomato - dicincang halus
4 sudu besar tomato puri
1 1/4 cawan susu sejat / susu segar
3/4 cawan minyak sapi /marjerin
garam secukup rasa

bahan2 kisar:
3 labu bawang besar
15 biji bawang putih
1 inci halia

bahan2 penumis:
8 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
3 inci kulit kayu manis
4 batang serai - dititik
3 helai daun pandan - disimpul

bahan2 hiasan:
daun sup/bawang, bawang goreng/gajus goreng

cara:
  • rebuskan ayam sehingga masak
  • toskan ayam dan ketepikan
  • panaskan minyak sapi/marjerin di dalam mangkuk
  • tumiskan bahan2 penumis sehingga wangi
  • masukkan bahan2 kisar dan tumis lagi sehingga garing
  • kemudian masukkan pula buah tomato dan tomato puri
  • kacau rata
  • selepas itu masukkan air rebusan ayam, susu cair/segar dan biarkan sehingga mendidih
  • masukkan beras dan masak sehingga hampir kering
  • akhir sekali masukkan ayam dan garam secukup rasa
  • kacaukan sebati
  • tutup periuk dan kecilkan api
  • masak seperti menanak nasi biasa
  • jika ingin masak menggunakan rice cooker selepas dimasukkan beras dan garam kacau sehingga beras kembang
  • kemudian masukkan ke dalam rice cooker dan letakkan ayam
  • masak seperti menanak nasi biasa
  • setelah masak bolehlah dipadamkan api
  • hidangkan dan taburkan dengan bahan2 hiasan

source: kak fida, myr

Hot 'n' crispy fried chicken

Bahan-bahan:
1kg ayam atau kepak ayam - cuci dan toskan airnya
1 sudu besar jus asam jawa
100gm tepung jagung
garam dan gula secukup rasa
ajinomoto - optional kalau suka

bahan2 kisar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1cm kunyit hidup
1 batang serai
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar cili kisar
sedikit air

cara:
  • pastikan ayam betul2 kering barulah digaulkan bersama bahan2 kisar, jus asam jawa, garam, gula, aji dan tepung jagung
  • perapkan selama 1 jam atau lebih
  • gorengkan secara deep fry sehingga garing dan masak
  • angkat dan toskan minyak
  • hidangkan panas

source: love2cook blog

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin