Pages

29 April 2010

Gula melaka chiffon cake

Bahan-bahan:
100gm gula melaka
67gm santan
4 biji telur kuning
2 1/2 camb minyak
1/8 camt garam
93gm tepung gandum
4 biji telur putih
1/8 camt cream of tartar
33gm gula kastor

cara:
  • masukkan gula melaka dan santan ke dalam periuk
  • masak dengan api sederhana sehingga gula larut dan sebati
  • padamkan api dan biarkan betul2 sejuk
  • kemudian tuangkan ke dalam mangkuk adunan dan ketepikan
  • satukan kuning telur, minyak dan garam ke dalam gula melaka tadi
  • pukul dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati
  • kemudian masukkan tepung dan pukul lagi sehingga rata
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul telur putih sehingga berbuih
  • kemudian masukkan cream of tartar dan pukul lagi
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila diangkat adunan dengan spatula ianya tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan gula melaka sehingga sebati
  • lakukan lagi sehingga habis adunan putih digunakan
  • tuangkan adunan ke dalam tin kek chiffon yang berukuran 20cm
  • bakar pada suhu 170C selama 30-40min atau sehingga masak
  • setelah itu padamkan api dan biarkan kek di dalam oven selama 5 min
  • kemudian keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin
  • potong dan hidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu 'memegang' kek yang di dalam proses mengembang naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu, ringan dan berongga

source: baking friends unite

24 April 2010

Roasted chicken rice

Bahan-bahan:
bahan2 untuk nasi:
2 cawan beras basmathi
1 1/2 sudu besar minyak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 1/2 cm halia - dihiris
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 sudu kecil garam
3 cawan chicken stock

bahan2 untuk ayam:
1 ekor ayam dalam 1 1/2 kg - dipotong 4/8 atau ikut suka
1 sudu besar halia parut/tumbuk halus
1 sudu kecil bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil madu
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil five spices powder

bahan2 kuah cili:
5 biji cili merah
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 cm halia - ditumbuk halus
1 1/2 sudu kecil jus lemon
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar chicken stock atau air suam

bahan2 sampingan:
1 biji timun - dipotong
kuah sup secukupnya

cara:
  • untuk memasak nasi: panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga berbau wangi selama lebih kurang 2 min
  • masukkan beras dan kacaukan rata selama 3-4 min
  • kemudian masukkan garam, chicken stock dan kacaukan rata
  • biarkan sehingga mendidih
  • selepas itu perlahankan api dan tutupkan periuk
  • biarkan nasi masak selama 15-20min
  • boleh juga di pindahkan beras selepas kuah mendidih dan tanaklah seperti menanak nasi biasa
  • selepas masak bolehlah digembur2kan sedikit supaya ianya cantik berderai
  • untuk memasak ayam: ayam yang telah dicuci bersih toskan dan lapkan dengan kitchen towel
  • satukan semua bahan dan sapukan keseluruhan ayam
  • perapkan selama beberapa jam
  • bakar pada suhu 190-200C selama 20 min
  • kemudian turunkan suhu oven pada 170C dan masakkan lagi selama 30-40 min atau sehingga masak dan keperangan
  • untuk memastikan ayam betul2 masak cucuk2kan dengan garpu untuk pastikan jusnya keluar
  • untuk membuat kuah cili: kisarkan semua bahan sehingga halus
  • hidangkan nasi dengan ayam, kuah sup, kuah cili dan timun

source: muna

Sup ayam

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 cawan air
2 ulas bawang putih - diketuk
2 biji ubi kentang - dipotong kiub
1 biji karot - dipotong bulat/memanjang
1/2 cawan cherry tomato
5 biji cili padi - diketuk
1 paket sup bunjut
1 ketul chicken cube
1 tangkai daun bawang - dipotong kecil
2 sudu bawang goreng
garam, gula dan pepper secukup rasa
1 sudu besar minyak

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga keperangan
  • masukkan air dan biarkan sehingga mendidih
  • kemudian masukkan ayam, sup bunjut, chicken cube dan biarkan masak selama 10-20 min
  • masukkan pula ubi kentang, karot, cili padi dan masakkan lagi sehingga ubi kentang dan karot lembut
  • selepas itu masukkan cherry tomato, garam, gula dan pepper secukup rasa
  • setelah masak bolehlah ditaburkan dengan daun bawang dan bawang goreng
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih

source: k.ida, 1001

Blackpepper chicken

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil (boleh juga digantikan dengan 1 kg chicken wing)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar tomato puri/sos tomato
1-2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu kecil serbuk lada sulah
garam dan gula secukup rasa

bahan2 tumbuk:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

cara:
  • rebuskan ayam sehingga 3/4 masak
  • kemudian toskan sehingga kering
  • selepas itu gaulkan dengan semua bahan dan perapkan selama 1 jam atau lebih
  • setelah itu bolehlah dibakar atau digoreng sehingga masak
  • hidangkan dengan nasi atau ratah begitu saja

source: dayangjack

18 April 2010

Mee hoon sup udang

Bahan-bahan (5 orang):
1/2 paket mee hoon - direndam sehingga lembut
1 ulas bawang putih - dimayang
1 biji bawang merah - dimayang
isi ayam secukupnya
udang secukupnya
fishcake secukupnya - dipotong nipis
1 keping tauhu goreng - dipotong dadu
sayur sawi secukupnya - dipotong
karot secukupnya - dipotong bulat atau memanjang
1 kiub chicken stock
garam dan air secukupnya
telur secukupnya - jika suka
lada hitam yang ditumbuk halus secukupnya - jika suka pedas
minyak

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan kedua2 bawang sehingga wangi
  • masukkan isi ayam, tauhu goreng, fishcake, lada hitam dan garam secukupnya
  • kacaukan rata
  • kemudian masukkan air dan chicken stock
  • kacau dan biarkan sehingga kuah mendidih
  • selepas itu masukkan udang, telur, sawi, tomato dan karot
  • tunggu sehingga karot lembut, udang dan telur masak
  • setelah siap bolehlah dipadamkan api
  • mee hoon yang telah direndam tadi bolehlah dicelurkan sekejap dengan air panas
  • kemudian letakkan ke atas mangkuk dan tuangkan kuah tadi ke atasnya
  • hidangkan dengan cili jeruk

source: farihafaizal, myr

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin