Pages

31 March 2008

Bun kelapa

Bahan-bahan (20 biji):
500gm tepung roti
240ml air
20gm tepung susu
1 bij telur - dipukul sedikit
80gm lemak sayur (shortening)
100gm gula halus
1/2 camt garam
2 camt yis
1 camt bread improver
1 camt bread softener

Bahan2 inti kelapa:
2 1/2 cawan kelapa parut putih
60gm gula melaka - dipotong kecil2
50gm gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul
1/4 cawan air

cara:

1. untuk doh: masukkan semua bahan2 dalam bread maker dan tekan setting doh dan tunggu hingga siap
2. kalau tak ada bread maker, satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemak sayur, gaul rata dan uli selama 10 min. gaulkan dengan lemak sayur sedikit demi sedikit hingga habis sambil diuli lagi dalam 10-15 min atau hingga doh menjadi kenyal, elastik dan tidak melekat ditangan. setelah itu bentukkan doh menjadi bulat dan letakkan di dalam mangkuk yg telah digriskan dan tutup dengan kain basah atau cling film. biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45-1 jam
3. setelah siap (nie utk kedua2 kaedah uli tangan dan bread maker) keluarkan doh dan tumbuk2kan dan uli sekejap dalam 5 min. bahagikan doh kepada 50gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola. leperkan dan masukkan 1/2 camb inti dan cantumkan semula menjadi bentuk bola
4. susunkan di dalam loyang yg telah digriskan dan tutupkan. biarkan doh naik sekali lagi dalam 45 min. kemudian bakar pada suhu 180C selama 7-10 min atau hingga permukaan roti keperangan. setelah masak keluarkan roti dan sapukan dengan mentega
5. untuk inti kelapa: masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk dan masak sehingga gula cair. tapiskan dan biarkan sejuk. kemudian masukkan kelapa parut di dalam kuali dan tuangkan air gula tadi dan gaulkan rata. masak sehingga inti kelapa sedikit kering tapi masih lembap dengan api sederhana

source: mat gebu

29 March 2008

New York cheese cake resepi III

Bahan-bahan:
Bahan2 untuk base:
85ml mentega cair
140gm biskut digestive - blend
1 camb gula

Bahan2 untuk cheese cake filling:
3 x 300gm philadelphia cream cheese
250gm gula kastor
3 camb tepung
1 camt esen vanila
1 biji lemon - parut ambil yang kuning sahaja dalam 2 camt
2 camb jus lemon
3 biji telur + 1 biji kuning telur
284ml soured cream
secubit garam

Bahan2 untuk soured cream topping:
142ml soured cream
1 camb gula kastor
2 camt jus lemon

cara:

1. panaskan oven pada suhu 160C. letakkan parchment paper ke dalam 23cm springform cake tin dan ketepikan
2. untuk base: campurkan mentega cair, gula dan biskut dan gaulkan rata. tekankan adunan tadi ke dalam springform cake tin dan bakar selama 10 min. letakkan tin in the middle shelf of the oven. setelah itu biarkan ianya sejuk dan ketepikan
3. sementara itu naikkan suhu oven pada 200C. pukul cream cheese pada suhu yang rendah hingga creamy selama 2 min. masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. kemudian masukkan pula tepung dan secubit garam
4. setelah itu masukkan esen vanila, parutan dan jus lemon, pukul lagi. masukkan telur dan telur kuning satu persatu sambil dipukul lagi
5. dengan menggunakan whisk pukul 284ml soured cream dan tuangkan cuma 200ml soured cream tadi ke dalam adunan. pukul lagi tapi jangan over-beat. the batter should be smooth, light and somewhat airy
6. sapukan mentega cair pada tepi tin kek dan lekatkan dengan baking sheet. tuangkan adunan ke atas base yang telah dibakar terlebih dahulu dan bakar selama 10 min. setelah itu turunkan suhu oven pada 110C dan bakar lagi selama 25 min
7. setelah itu turn off the oven dan biarkan pintu oven terbuka sedikit. biarkan cake sejuk di dalam oven sekurang2nya 2 jam
8. sementara itu campurkan lebihan soured cream yang digunakan untuk cheese cake filling tadi dengan 142ml soured cream dengan jus lemon dan gula. pukul sedikit sehingga sebati dan tuangkan ke atas cheese cake. ratakan soured cream topping dan tutup tin kek dengan foil . simpan di dalam fridge sekurang2nya 8 jam atau semalaman
9. pastikan pisau yang digunakan untuk memotong kek sentiasa direndam ke dalam air panas dan lapkan dengan kitchen towel. lakukan untuk setiap potongan kek dan hidangkan

27 March 2008

Mexican chicken fajitas

Bahan-bahan:
4 keping tortilla
200ml susu cair
100ml double cream
300gm cheddar cheese
2 sudu besar minyak zaitun
200gm chicken breast - dipotong panjang
garam dan lada putih secukupnya
4 helai daun bawang - dirampai
1 biji capcisum merah - dipotong panjang (optional kalau suke)

Salsa souce:
2 biji tomato - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
5 sudu besar daun ketumbar - dirampai
5 batang lada hijau - dirampai
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar jus lemon

cara:
  • panaskan oven pada suhu 220C
  • panaskan susu cair, krim dan cheese di dalam mangkuk sehingga cheese cair dan sebati
  • ketepikan
  • sementara itu panaskan minyak zaitun dalam kuali dan masak ayam selama 2-3 min. selepas itu masukkan pula capsicum dan taburkan garam dan lada putih secukup rasa
  • masukkan daun bawang dan masak untuk seminit lagi
  • letakkan tortilla di atas dulang pembakar dan bahagikan isi ayam ke pada 4 bahagian. isi ayam dibungkus rapi dalam tortilla
  • tuangkan sos cheese dan 1 sudu kecil salsa sauce (kalau suke)
  • bakar selama 10 min atau hingga warnanya keperangan. hidangkan bersama2 dengan salsa sauce dan makan sewaktu tortilla masih panas n crispy
  • salsa sauce: gaulkan kesemua bahan2, garam dan jus lemon digunakan mengikut rasa masam atau manisnya tomato

26 March 2008

Ayam roast berempah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12 dan digoreng dengan 1 sudu makan minyak zaitun untuk mematikan darahnya. angkat dan ketepikan
1 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dihiris
sedikit hirisan daun pudina/daun ketumbar - untuk ditaburkan atas ayam
sedikit minyak canola untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
10 biji lada kering - buang biji dan rendam sehingga kembang
20 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 sudu makan ketumbar biji - disangai dahulu
1 sudu teh jintan halus - disangai dahulu
1/2 sudu teh jintan manis - disangai dahulu
1 batang serai - ambil bahagian putihnya sahaja
1/2 jari lengkuas
5 biji kacang gajus

cara:

1. panaskan minyak di dalam kuali. tumis serai sehingga wangi. masukkan hirisan bawang besar dan tumis lagi sehingga bawangnya lembut dan garing sedikit
2. masukkan semua rempah kisar, garam, gula dan kacau sebati. masak sehingga wangi dan sebelum terbit minyak masukkan ayam
3. balik2kan sebentar sehingga ayam bersalut rata dengan rempah
4. kemudian tuang ke dalam dulang pembakar dan bakarlah dengan kepanasan suhu 180C. masak sehingga ayamnya masak dan rempahnya kering. sentiasa balikkan2 ayam supaya kedua2 permukaan masak sekata
5. semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina dan daun ketumbar. enak disajikan dengan nasi dan sebarang roti

note: enak dimakan setelah disimpan semalaman

Sate

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
1 kg kambing/isi ayam/lembu
250gm gula pasir
garam secukup rasa
lidi sate secukupnya

Bahan2 dikisar halus:
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
sejari halia
sejari kunyit hidup
2 batang serai
4 biji bawang putih

Bahan2 B - dibancuh:
1 biji buah keras - ditumbuk
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air
1 sudu makan minyak masak

Bahan2 kuah sate:
600gm kacang tanah - digoreng dengan sedikit minyak
60gm asam jawa
240gm gula pasir
2 batang serai - dititik
sejari lengkuas - dititik
minyak untuk menumis

Bahan2 dikisar halus:
30 batang lada kering
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
8 biji buah keras
sejari kunyit hidup
40gm belacan

cara:

1. cara untuk buat sate: daging/ayam/kambing dicuci bersih dan ditoskan. hiris daging/ayam/kambing mengikut cita rasa masing, tetapi setelah dihiris jangan dicuci lagi
2. gaul hirisan daging/ayam/kambing ini dengan rempah kisar, gula dan garam sehingga rata. perap selama 2 - 3 jam atau semalaman supaya rempahnya meresap
3. barulah dicucuk dengan lidi sate. bakar di atas tempat pembakar sate atau atas grill pan. renjiskan dengan Bahan2 B yang telah dibancuh dan bakarlah sehingga garing dan masak
4. hidangkan dengan kuah sate, ketupat/nasi impit, hirisan timun dan bawang besar
5. cara untuk buat kuah sate: kacang tanah dikisar jangan terlalu halus. asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis
6. panaskan minyak, tumis rempah kisar sehingga garing dan enak baunya. masukkan serai dan lengkuas. tuangkan air asa dan kacau rata
7. masukkan pula gula pasir dan garam. akhir sekali masukkan kacang tanah dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana
8. kuah sate ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangus. masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan
9. kuah sate enak dimakan setelah disimpan semalaman
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin