Pages

31 May 2008

Walnut cinnamon rolls



Bahan-bahan:
210gm tepung roti
90gm tepung gandum
10gm (3 camt) instant yeast
60gm gula pasir
1/2 camt garam
1 biji telur
120ml susu segar
60gm mentega - pada suhu bilik

Bahan2 filling:
2 camb mentega - pada suhu bilik
60gm gula perang
1 camt serbuk kulit kayu manis
30gm kacang walnut - dicincang

1 biji telur - dipukul sedikit untuk disapukan ke atas roti

cara:

1. satukan bahan2 roti kecuali mentega di dalam mixing bowl dan pukul dengan menggunakan mixer with dough hook sehingga terbentuknya doh
2. kemudian masukkan mentega dan pukul lagi sehingga doh menjadi lembut lebih kurang 5 min
3. doh tadi dibentukkan bulat dan letakkan di dalam mangkuk yang telah digris. tutup dengan kain lembab atau cling flim biarkan sehingga doh naik dua kali ganda atau 45min - 1 jam
4. sementara itu bolehlah disediakan filling. satukan semua bahan2 filling kecuali mentega dan gaulkan rata. ketepikan
5. selepas 45min atau 1 jam bolehlah di uji samada doh telah naik atau tidak. taburkan sedikit tepung ke atas doh tadi dan tekan dengan menggunakan jari. kalau ada meninggalkan kesan maksudnya doh telah pun naik
6. tumbukkan2 doh tadi supaya mengeluarkan angin. taburkan sedikit tepung di atas papan canai dan uli sekejap dan bahagikan kepada dua bahagian
7. canaikan satu bahagian doh tadi menjadi bentuk rectangular 20x30cm/8x12in. sapukan dengan mentega dan taburkan filling ke atasnya
8. gulungkan doh tadi seperti menggulung swiss roll dan potong setebal 1". susunkan ke atas baking tray yang telah di gris dan biarkan ianya naik sekali dalam 30 min
9. lakukan proses ini dengan doh yang kedua tetapi jangan potong. selepas digulungkan dan diisikan filling letakkan di dalam loaf pan. biarkan ianya naik sekali lagi selama 30 min
10. kemudian sapukan dengan telur yang telah dipukul tadi dan bakar pada suhu 180C selama 12 min atau sehingga masak dan keperangan. sapukan mentega selepas dikeluarkan dari oven untuk kelihatan berkilat
13. untuk memastikan roti masih lagi lembut selepas disejukkan simpan di dalam bekas kedap udara

source: resepi dari aunty yochana tapi cara telah diubai suai

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin