Pages

27 April 2009

Soft white dinner rolls



Bahan-bahan (16 biji):
Bahan2 doh:
500gm tepung roti
3 camt instant yeast
1/2 camb garam
1 camb gula kastor
375ml susu segar
25gm unsalted butter

Bahan2 topping:
1 biji telur - dipukul sedikit
1 camb susu segar
secubit garam
sesame seeds secukupnya
poppy seeds secukupnya

cara:
  • masukkan kesemua bahan2 doh ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam
  • keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh tadi menjadi bulat besar dan rehatkan selama 15 min
  • selepas itu bahagi2kan doh kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
  • ambil satu doh dan buatkan bentuk bulat
  • susunkan ke dalam tin kek yang telah digris dan jarakkan di antara satu doh dengan yang lain
  • lakukan sehingga habis
  • kemudian tutupkan tin tadi dengan kain atau cling film dan biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah tin kek tadi disimpan di dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan tin tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • sementara menunggu doh naik bolehlah di campurkan telur, susu dan garam
  • kacau sehingga sebati
  • selepas itu bolehlah disapukan ke atas doh2 tadi dan taburkan dengan sesame seeds dan poppy seeds
  • bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak dan keperangan (jika ingin tahu roti tu masak betul ke tidak bolehlah dijentik2kan permukaan bawah roti dan jika ada bunyi bermakna roti sudah masak betul)
  • keluarkan dari oven dan biarkan selama 5 min
  • kemudian keluarkan dari tin dan biarkan sejuk di atas redai
  • roti nie sedap dimakan panas2

note: senang dan sedap

source: nigella lawson (diubah sedikit)

26 April 2009

Fruit tartlet

Bahan-bahan:
Bahan2 pastry - A:
200gm mentega
100gm gula aising
1/4 camt esen vanila

Bahan2 B:
1 biji telur

Bahan2 C:
420gm tepung gandum
1 camb tepung susu

Bahan2 inti kastard:
2 camb tepung gandum
2 camb tepung kastard atau tepung jagung
8 camb gula pasir
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 camb mentega

Bahan2 hiasan:
strawberry - dipotong kecil
buah peach - dipotong kecil
buah kiwi - dipotong kecil

cara:
  • cara membuat pastry: pukul bahan2 pastry (A) sehingga gebu
  • masukkan 1 biji telur dan pukul lagi sehingga sebati
  • perlahankan mixer dan masukkan bahan2 C dan pukul sehingga rata
  • gaulkan doh sehingga tidak melekat di tangan
  • letakkan sekeping freezer bag yang telah dibelah dua
  • ambil sedikit doh dan canaikan menjadi nipis lebih kurang 3cm
  • tekapkan doh tadi ke dalam acuan tart dan potongkan lebihan di tepi2 acuan dengan pisau
  • cucuk2kan dasar tart dengan garpu
  • lakukan sehingga habis
  • bakar pada suhu 160C selama 12-15 min atau sehingga keperangan
  • keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk
  • bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara
  • cara membuat inti kastard: campurkan tepung gandum, tepung kastard/jagung dan gula ke dalam periuk tahan panas
  • masukkan dua camb susu dan kacau rata
  • setelah itu masukkan pula telur dan kacaukan sebati
  • tuangkan lebihan susu tadi dan jerangkan di atas api yang perlahan
  • pastikan adunan dikacau selalu supaya tidak berketul
  • kacau sehingga adunan menjadi pekat dan likat
  • padamkan api dan masukkan mentega
  • kacaukan sebati dan biarkan sejuk
  • ambil satu keping tart, paipkan inti kastard dan hiaskan buah2an
  • bolehlah dihidangkan atau disimpankan dulu di dalam fridge

source: bahan2 pastry (alex goh) dan inti kastard (k.rinnchan)

25 April 2009

Dalca tumis darat

Bahan-bahan:
1/2 kg tetelan/daging/lamb - potong ikut suka
1 cawan kacang dhal - dicuci & toskan
2 biji karot - dipotong bulat atau ikut suka
5 tangkai kacang panjang - dipotong ikut suka
1 biji terung - dipotong bulat atau ikut suka
2 biji ubi kentang - dibelah 4 atau 8
1 cawan santan pekat
2 keping asam keping
garam secukupnya
air secukupnya

Bahan2 kisar:
4 ulas bawang putih
9 biji bawang merah
1 inci halia
3 sudu makan serbuk kari daging

Bahan2 rempah tumis:
1inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan2 tumis:
2 camb minyak sapi
3 tangkai daun kari
3 biji bawang kecil - dihiris
3 batang cili kering - dipotong ikut suka


cara:
  • rebuskan tetelan/daging/lamb dan kacang dhal sehingga separuh empuk
  • masukkan ubi kentang dan karot dan biarkan sehingga empuk
  • setelah itu masukkan rempah tumis dan bahan2 kisar
  • gaulkan rata dan renihkan seketika
  • masukkan santan, asam keping dan garam secukup rasa
  • kacau sehingga sebati
  • apabila mendidih sedikit, masukkan kacang panjang dan terung
  • tunggu hingga mendidih sambil dikacau supaya santan tidak pecah
  • apabila semua bahan2 sudah empuk tutupkan api
  • panaskan kuali lain dengan minyak sapi
  • tumiskan bahan2 tumis: daun kari, bawang kecil dan lada kering sehingga wangi
  • tuangkan ke dalam lauk dalca tadi sambil digauk perlahan2 sehingga sebati
  • bolehlah dihidangkan dengan nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani, roti atau roti paratha

source: k.nis (diubah sedikit)

24 April 2009

Marble chiffon cake

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
3 biji kuning telur
40gm gula pasir
1/8 camt garam
1/2 camt esen vanila
40gm minyak jagung/canola
50ml susu segar - pada suhu bilik
75gm tepung kek

Bahan2 B:
4 biji putih telur
1/4 camt cream of tartar
40gm gula pasir

1/2 camt chocolate emulco - kalau tiada boleh digantikan dengan 6gm serbuk koko

cara:
  1. ayakkan tepung kek dan ketepikan
  2. Bahan2 A: pukul kuning telur, garam, esen vanila dan gula sehingga gebu
  3. masukkan minyak jagung, susu dan pukul lagi sehingga sebati
  4. perlahankan mixer dan masukkan tepung sambil dipukul sehingga rata
  5. ketepikan
  6. Bahan2 B: pukul putih telur sehingga berbuih
  7. masukkan pula cream of tartar sambil dipukul lagi
  8. kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil dipukul sehingga gebu dan adunan menjadi ringan (apabila di angkat dengan spatula adunan tidak jatuh)
  9. tuangkan 1/2 adunan Bahan2 B ke dalam adunan A sambil dikaupbalikkan sehingga sebati
  10. lakukan sehingga habis
  11. setelah itu ketepikan 1/4 adunan ke dalam mangkuk yang lain dan masukkan chocolate emulco
  12. kacaukan adunan sehingga sebati
  13. tuangkan 2 senduk adunan plain ke dalam chiffon cake tin size 18cm dan 1 senduk adunan chocolate
  14. lakukan berselang-seli sehingga habis kedua2 adunan digunakan
  15. ambil chopstick dan buatkan bulatan supaya terbentuknya marble (nie ikut seni masing2 cara untuk membuat marble)
  16. akhir sekali bakar pada suhu 175C selama 35-45 min atau sehingga masak
  17. setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

22 April 2009

Chicken teriyaki

Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 camb madu
4 camb kicap manis
1 camb gula pasir
3 inci halia - diparut atau 2 camt chopped ginger (di UK ada jual dalam botol)
3 ulas bawang putih - diparut atau 2 camt chopped garlic (di UK ada jual dalam botol)
1 camt garam

cara:
  1. gaulkan semua bahan bersama2 dengan ayam sehingga sebati
  2. simpankan di dalam fridge selama 1 jam
  3. bakar pada suhu 180 - 200C selama 30-40 min atau sehingga masak
  4. siramkan lebihan perapan dan sentiasa balik2kan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat
  5. setelah masak bolehlah dihidangan dengan nasi ayam, nasi lemak atau dengan salad

source: k.rinnchan (diubah sedikit)

French blueberry muffins

Bahan-bahan (lebih kurang 12 biji):
225gm tepung gandum
130gm gula pasir
8gm baking powder
1/4 tsp garam
125 gm unsalted butter - dicairkan
75gm telur - 1 biji telur saiz sederhana
150gm susu segar
1 camt parutan kulit lemon
1 cawan fresh blueberries

cara:
  1. ayakkan tepung, garam dan baking powder. ketepikan
  2. susunkan muffin cup ke dalam muffin pan. ketepikan
  3. dengan menggunakan whisker pukul mentega cair, telur, susu dan parutan kulit lemon sehingga sebati
  4. masukkan campuran tepung tadi dan kacaukan rata
  5. kaupbalikkan blueberries ke dalam adunan cukup sekadar sebati (jangan overmix)
  6. tuangkan 3/4 adunan ke dalam muffin pan dan bakar pada suhu 180C selama 25 min atau sehingga masak

source: aunty yochana

Sambal belacan siam

Bahan-bahan:
11 biji cili padi
1 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
4inci belacan - dibakar
4-5 biji limau kasturi
2 sudu gula

cara:
  • tumbuk atau blend semua bahan sehingga halus
  • selepas itu perahkan air limau dan gaulkan sebati
  • hidangkan

source: k.rinnchan

19 April 2009

Sup ayam tumis darat

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam atau 1 kg kepak ayam - dipotong kecil
air secukupnya
4 biji ubi kentang - dibelah 4
1 batang karot - dipotong kecil/bulat
2cm halia - dihiris
1 paket sup bunjut
1 tangkat daun sup/daun bawang - diracik/hiris
bawang goreng
minyak untuk menumis

Bahan2 tumbuk/kisar:
5 ulas bawang kecil
1 inci halia
2 ulas bawang putih

cara:
  1. masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan masukkan hirisan halia
  2. didihkan dengan api sederhana
  3. bila air sudah mula mendidih masukkan ayam, ubi kentang dan karot
  4. masak sehingga ayam dan ubi kentang separuh empuk
  5. sementara itu panaskan kuali dan tumiskan bahan2 tumbuk/kisar sehingga garing dan naik bau
  6. ketepikan minyak ayam yang kelihatan kehitaman
  7. tuangkan ke dalam periuk ayam tadi bersama2 dengan sup bunjut
  8. kacau sehingga rata dan masaklah sehingga ubi kentang menjadi empuk
  9. apabila semuanya sudah masak taburkan daun sup dan bawang goreng
  10. matikan api dan hidangkan

source: k.nis

15 April 2009

Butter cheese cake

Bahan-bahan:
170gm mentega
125gm philadelphia cream cheese
250gm gula kastor
5 biji kuning telur
210gm tepung serbaguna/gandum
1 1/2 camt baking powder
2 camt esen vanila
5 biji telur putih
1/8 camt cream of tartar

cara:
  1. alaskan kertas kalis minyak tin empatsegi 20 atau 22cm dan griskan. ketepikan
  2. ayakkan tepung dan baking powder. ketepikan
  3. pukul mentega dan cream cheese sehingga kembang dan pucat warnanya
  4. masukkan sedikit demi sedikit gula dan pukul lagi sehingga habis
  5. bubuh sebiji demi sebiji kuning telur sambil dipukul lagi sehingga sebati
  6. perlahankan speed mixer dan masukkan pula tepung
  7. selepas itu masukkan esen vanila
  8. di dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan putih telur hingga berbuih
  9. masukkan cream of tartar dan pukul lagi sehingga kental
  10. bubuh 1/3 adunan ke dalam adunan cream cheese dan kaupbalikkan adunan sehingga sebati
  11. ulangi sehingga habis
  12. ratakan adunan ke dalam tin dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga masak
  13. keluarkan dan biarkan di atas redai selama 1omin sebelum dikeluarkan dari tin
  14. pastikan kek betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: puan norzailina nordin

Chicken nugget

Bahan-bahan:
500gm minced chicken
1/4 cawan fresh breadcrumbs - cara untuk membuat lihat disini
1-2 biji telur - dipukul sedikit
sedikit serbuk lada sulah
garam secukupnya
golden breadcrumb secukupnya

cara:
  1. campurkan minced chicken dengan fresh breadcrumb, serbuk lada sulah dan garam
  2. gaulkan sebati
  3. ambil dalam 1 sudu besar adunan dan bentukkan menjadi leper
  4. ulangi sehingga habis adunan digunakan
  5. letakkan telur di dalam satu mangkuk dan letakkan breadcrumb di dalam mangkuk yang lain
  6. kemudian celupkan adunan tadi ke dalam telur dan lepas itu digolekkan ke dalam breadcrumb
  7. ulangi semula (telur - breadcrumb - telur - breadcrumb) supaya mendapat lapisan luar yang tebal
  8. goreng dengan api perlahan dan dengan minyak yang banyak (deep fry) sehingga kekuningan
  9. angkat dan toskan ke atas kitchen towel
  10. bolehlah dihidangkan bersama2 dengan sweet chillie sauce atau ape2 sos

source: noormasri

How to make & freeze breadcrumb

Fresh breadcrumbs freeze well and are a great way to use up leftover bread.

How to make your own breadcrumbs:
You can use bought breadcrumbs to crumb foods, but if you have a food processor it's easy to make your own. Remove the crusts from day-old white bread slices and cut into cubes. Transfer the cubes to the bowl of a food processor and process until finely chopped.

Freezing breadcrumbs:
Once you've made your breadcrumbs, transfer to a sealable plastic bag. Label, date and freeze for up to three months. Place the frozen breadcrumbs in the fridge until thawed, then use instead of bought breadcrumbs in recipes.

Creative crumbing combinations:
Now that you know the basics of crumbing, you can vary the flavours in your coating to create a range of delicious meals. Try these ideas.
1. Add ground spices, such as cumin, paprika or cayenne pepper, to the flour mixture.
A little finely grated cheese, such as parmesan or cheddar, combines well with fresh or dried (packaged) breadcrumbs.

2. Add other flavouring ingredients, such as finely chopped pitted black or green olives, sun-dried tomatoes, finely chopped capers or lightly toasted sesame seeds to the breadcrumb mixture.

3. Add finely chopped fresh herbs, such as continental parsley, rosemary, thyme, oregano, sage and dill, to the breadcrumb mixture. You could also use dried herbs.

4. Add finely grated lemon, lime or orange rind to the breadcrumb mixture. As a guide, lemon rind works well with lamb, veal, chicken and seafood; lime rind is a good match for chicken and seafood; while orange rind is delicious with pork and veal.

5. Instead of breadcrumbs, coat the food with other dried ingredients, such as rolled oats, cornflake crumbs, crushed corn chips, polenta (cornmeal) or cooked couscous.

13 April 2009

Sup ekor resepi III

Bahan-bahan:
1kg ekor - dicuci bersih dan ditoskan
air secukupnya untuk merebus
1 kiub tulang rusuk
1 sup bunjut tulang/bunjut
1 1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
daun sup secukupnya
bawang goreng secukupnya

Bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1cm halia

cara:
  1. rebuskan ekor sehingga lembut lebih kurang 2-3 jam
  2. panaskan minyak tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
  3. kemudian masukkan lada hitam dan sup bunjut tulang
  4. kacaukan sebati
  5. setelah itu tuangkan ke dalam rebusan sup ekor tadi bersama2 dengan kiub tulang rusuk
  6. akhir sekali bolehlah dimasukkan garam
  7. angkat dan taburkan dengan daun sup dan bawang goreng

Ayam goreng ketumbar resepi I

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
serbuk kunyit secukupnya
garam secukupnya
1 sudu kecil ketumbar biji - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dihiris
1 labu bawang besar saiz kecil - dihiris bulat
2 biji cili merah - dihiris
2 tangkai daun ketumbar - dihiris
minyak

cara:
  • ayam diperapkan seketika dengan garam, kunyit serbuk dan ketumbar
  • kemudian gorengkan sehingga masak dan ketepikan
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau
  • kemudian masukkan ayam, bawang besar dan cili merah
  • kacaukan rata
  • angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar

source: noormasri (diubah sedikit)

11 April 2009

Marble cheese brownies


Bahan-bahan:
Bahan2 brownies:
250gm mentega
1 cawan (85gm) serbuk koko
3 biji telur
1 1/2 cawan (340gm) gula kastor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan (170gm) tepung gandum
1 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1 camt esen vanila

Bahan2 cream cheese:
250gm philadelphia cream cheese
1 cawan (225gm) gula kastor
1 biji telur

cara:
  1. cara membuat brownies: ayakkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat. ketepikan
  2. griskan tin 10"x10" dan lapikkan dengan parchment paper. ketepikan
  3. masukkan mentega ke dalam mangkuk tahan panas dan cairkan
  4. kemudian masukkan serbuk koko dan kacaukan rata (pastikan adunan tidak berbentil)
  5. matikan api oven dan ketepikan
  6. sementara itu pukul gula dan telur dengan menggunakan whisker sehingga sebati
  7. tuangkan ke dalam adunan koko tadi dan kacau rata
  8. masukkan susu cair dan kacaukan sebati
  9. setelah itu masukkan tepung dan kacaukan sebati
  10. akhir sekali masukkan esen vanila dan kacaukan rata
  11. ketepikan beberapa sudu besar (agak2lah) adunan untuk di paipkan ke atas cream cheese
  12. tuangkan ke dalam tin kek dan ratakan
  13. bakar pada suhu 175C selama 20-25 min
  14. cara membuat cream cheese: pukul cream cheese sehingga gebu
  15. kemudian masukkan gula dan pukul lagi
  16. akhir sekali masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati
  17. setelah brownies masak keluarkan dari oven dan tuangkan adunan cream cheese ke atasnya
  18. ratakan
  19. kemudian paipkan adunan brownies yang telah diketepikan tadi ke atas cream cheese dan buatkan line seperti di dalam gambar
  20. lorekkan dengan menggunakan batang mancis ikut pattern yang disukai
  21. setelah siap bakar lagi selama 15 min atau sehingga masak
  22. keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuka barulah dipotong

note: jika tidak sukakan topping cream cheese cukup sekadar buat chocolate brownies

source: k.rinnchan (diubah sedikit)

Beriani daging special

Bahan-bahan:
1kg daging atau kambing
1 biji buah tomato - dicincang
2 sudu besar bawang goreng - diramas
4 sudu besar rempah beriani
1/2 cawan yogurt
1/2 cawan susu cair
1/2 biji jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar - diracik
1 tangkai daun pudina - diracik
1/4 tin tomato puree (tin besar)
2 cawan air
1 sudu besar minyak sapi
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa

Bahan2 tumis:
4 labu bawang besar - dihiris
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan2 kisar:
6 ulas bawang putih
4cm halia
2 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1 sudu besar badam
1 sudu besar gajus

cara:
  1. panaskan kuali dengan minyak sapi + minyak masak
  2. masukkan bahan2 tumis
  3. goreng sehingga wangi dan bawang kekuningan
  4. masukkan bahan2 kisar, tomato puree, rempah beriani, bawang goreng dan daging
  5. gaulkan rata
  6. selepas itu masukkan pula daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan air
  7. kacau rata
  8. masak sehingga daging 3/4 masak
  9. kemudian masukkan yogurt, susu cair dan garam
  10. kacaukan rata
  11. akhir sekali setelah daging hampir2 empuk masukkan perahan jus limau nipis dan didihkan sebentar
  12. angkat dan hidangkan dengan nasi beriani, nasi minyak dan sebagainya

source: noormasri

9 April 2009

Sup tulang resepi II

Bahan-bahan:
1kg tulang rusuk lembu
4 biji ubi kentang - dipotong 4
air secukupnya
1 sup bunjut tulang
2 tangkai daun sup - diracik
bawang goreng
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1cm halia

1 sudu kecil jintan putih - disangai & ditumbuk
1/2 sudu kecil jintan manis - disangai & ditumbuk
1 1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk

Bahan2 penumis:
4 biji buah pelaga - diketuk
1cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih

cara:
  1. rebuskan tulang lembu bersama kulit kayu manis sehingga dagingnya lembut
  2. masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga empuk
  3. sementara itu panaskan minyak tumiskan bahan2 kisar, bahan2 tumbuk, sup bunjut tulang dan bahan2 penumis sehingga naik bau
  4. tuangkan ke dalam periuk rebusan tulang tadi
  5. masukkan garam secukup rasa dan kacau rata
  6. akhir sekali masukkan daun sup dan bawang goreng
  7. angkat dan hidangkan

source: majalah saji (telah diubah)

8 April 2009

Pulut panggang


Bahan-bahan:
1kg beras pulut
santan secukupnya
garam secukup rasa

Bahan2 untuk inti - dikisar halus:
300gm kelapa parut
50gm udang kering - direndam sekejap
5 tangkai cili merah
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai

daun pisang secukupnya
lidi secukupnya

cara:
  1. pulut dicuci dan ditoskan
  2. kemudian direndam selama sejam
  3. kemudian gaulkan dengan garam dan santan
  4. kukus sehingga masak lebih kurang 30 min
  5. biarkan sejuk
  6. untuk membuat inti: panaskan minyak kemudian tumiskan bahan2 kisar tadi sehingga garing
  7. selepas itu masukkan kelapa parut dan garam secukup rasa
  8. sangai sehingga kelapa kering
  9. angkat dan sejukkan
  10. cara membalut: layurkan pisang
  11. ratakan pulut di atasnya
  12. masukkan inti ditengah2 dan digulung
  13. sepitkan kiri kanan daun pisang dengan lidi
  14. akhir sekali panggang

source: majalah saji

London cheesecake

Bahan-bahan:
150gm digestive biscuits
75gm unsalted butter - dicairkan atau biarkan berada pada suhu bilik (lembut)
600gm philadelphia cream cheese - biarkan pada suhu bilik
150gm gula kastor
3 biji telur
3 biji telur putih
1 1/2 camb esen vanila
1 1/2 camb jus lemon

Bahan2 untuk topping:
145ml sour cream
1 camb gula kastor
1/2 camt esen vanila

cara:
  1. kisar digestive biscuits sehingga hancur
  2. masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan mentega cair sehingga sebati
  3. kemudian masukkan ke dalam springform tin dan tekankan dengan belakang sudu supaya rata
  4. simpankan di dalam fridge supaya keras sedikit
  5. selepas itu pukul cream cheese sehingga gebu dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga sebati dan ringan (adunan diangkat dengan spatula tidak jatuh)
  6. masukkan telur dan telur putih sambil dipukul
  7. akhir sekali masukkan esen vanila dan jus lemon
  8. pukul rata
  9. tuangkan ke dalam springform tin yang diisi dengan biskut tadi
  10. balutkan springform dengan aluminium foil dan letakkan di atas baking tray
  11. tuangkan air panas ke dalam baking tray tadi dan bakar secara water bath pada suhu 180C selama 50 min
  12. untuk membuat topping: masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga sebati
  13. selepas 50 min keluarkan kek tadi dan sapukan topping sehingga rata
  14. bakar lagi selama 10-15 min
  15. setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk kemudian simpan di dalam fridge dalam 20 min sebelum dipotong

source: nigella lawson (cara diubah sedikit)

5 April 2009

Ayam masak ungkep

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1-2 sudu besar cili kisar - optional
1 batang serai - diketuk
garam secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan2 tumbuk A - disangai & tumbuk hingga lumat:
2 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar jintan halus/putih

Bahan2 tumbuk B - tumbuk hingga lumat:
2cm halia
6 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

cara:
  1. panaskan minyak, masukkan bahan2 tumbuk A dan B, serbuk kunyit, serai dan cili kisar
  2. tumis sehingga garing
  3. masukkan ayam, asam keping dan air secukupnya
  4. renehkan sehingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat (kepekatan kuah bergantung pada suka masing2 tapi kalau boleh buat macam style kuah rendang)
  5. masukkan garam dan gaulkan sebati
  6. angkat dan hidangkan dengan nasi putih

note: rasa seperti asam pedas dan rendang

source: noormasri

4 April 2009

Hot dog bun

Bahan-bahan (5 biji):
160gm tepung roti
28gm tepung gandum
15gm gula pasir
8gm susu tepung
1/4 camt garam
109gm air
15gm telur - dalam setengah biji size kecil
1 camt instant yeast
15gm mentega atau unsalted butter

bijan secukupnya - optional untuk taburan atas roti

cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam bread maker dan tekankan untuk setting doh
  2. tunggu sehingga siap
  3. selepas itu keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  5. kemudian bentukkan menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 15 min
  6. setelah itu bahagikan doh kepada 5 bahagian dengan setiap satu seberat 60-65gm
  7. ambil satu doh dan bentukkan menjadi panjang seperti sosej
  8. lakukan sehingga habis dan susunkan di atas baking tray yang telah digris terlebih dahulu
  9. selepas itu biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45-60 min
  10. sapukan permukaan doh tadi dengan egg wash atau spraykan dengan air dan taburkan dengan bijan
  11. bakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga masak dan keperangan

note: boleh jugak dibentukkan doh menjadi burger bun

2 April 2009

Soft marble cake


Bahan-bahan:
270gm mentega
250gm gula kastor
260gm tepung gandum
1 camt baking powder
6 biji telur
2 camb susu pekat manis (condensed milk)
1 camb ovalette
1 camb air
1 camt esen vanila
10gm serbuk koko
1 camt chocolate emulco - optional tapi kalau ada lagi bagus untuk mendapatkan warna

cara:
  1. griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20-23 cm springform. ketepikan
  2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
  3. satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh). ketepikan
  4. kemudian satukan telur ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata
  5. masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4 dan kacau rata
  6. keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. kacau sehingga sebati
  7. masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin kek dan 1 senduk adunan cokelat
  8. ulangi sehingga habis adunan digunakan
  9. ambil chopstick dan buatkan bentuk marble
  10. kemudian bakar pada suhu 180C selama 45-50 min atau sehingga masak
  11. setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  12. selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong kek tadi

note: sedap, lembut dan senang dibuat

source: puan aini salim (diubah sedikit)

Ayam masak merah resepi III

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam - dipotong kecil
4-5 sudu besar cili kisar - nak lebih pun boleh untuk dapat kuah yang banyak sikit
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar tomato puree
1/4 cawan susu cair atau susu segar
1 biji buah tomato - dibelah 4
kacang peas secukupnya
serbuk kunyit secukupnya
garam dan gula secukupnya

Bahan2 kisar:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
1/4 inci lengkuas


Bahan2 rempah tumis:
1/2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih

cara:
  1. perapkan ayam dengan garam dan kunyit serbuk sebentar
  2. kemudian goreng ayam separuh masak
  3. angkat dan ketepikan
  4. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 rempah tumis sehingga wangi
  5. masukkan bahan2 kisar dan cili
  6. tumis sehingga naik minyak dan garing
  7. kemudian masukkan sos tomato, tomato puree, garam, gula, susu dan sedikit air
  8. gaulkan semua bahan sehingga sebati
  9. setelah itu baru dimasukkan ayam goreng tadi dan kacau sehingga ayam masak dan kuah agak pekat
  10. bila hampir masak masukkan buah tomato dan kacang peas
  11. angkat dan taburkan dengan bawang goreng
  12. siap untuk dihidangkan dengan nasi tomato, nasi minyak dan sebagainya

source: noormasri

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin