Pages

Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

25 September 2010

Kuih bakar durian

Bahan-bahan (70-80 biji):
260gm tepung gandum
240gm gula
500ml santan pekat
250ml air (campur dgn santan)

6 biji telur saiz besar - dipukul sedikit
300-350 gm isi durian
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh garam atau secukup rasa
sedikit pewarna kuning

secubit serbuk vanilli - optional

cara:

  • lecekkan isi durian bersama gula di dalam mangkuk adunan
  • masukkan minyak sapi dan gaul rata
  • seterusnya masukkan santan berselang seli dengan tepung sambil dikacau sehingga rata dan sebati
  • masukkan pula telur, garam, pewarna kuning dan serbuk vanillik
  • kacaukan rata dan sebati supaya tidak berketul-ketul
  • panaskan acuan tembaga kuih bakar/bahulu cermai di atas api
  • griskan acuan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan
  • dan mulalah membakar kuih sehingga masak
  • jika membakar menggunakan oven bakarlah pada suhu 180C selama 20-30 min atau sehingga masak

source: bro rozzan

19 September 2010

Roti jala resepi II

Bahan-bahan:
240gm tepung gandum
1/2 camt garam
2 biji telur - dipukul sedikit
150ml susu cair
sedikit pewarna kuning
air secukupnya
minyak untuk mengris

cara:

  • ayakkan tepung ke dalam mangkuk adunan
  • masukkan garam, telur, pewarna kuning, susu cair, air secukupnya dan pukulkan sehingga rata
  • bancuh sampai larut adunan
  • pastikan bancuhan tidak begitu pekat atau cair
  • kemudian tapiskan
  • panaskan kuali leper (non-stick) dengan sedikit minyak
  • kemudian letakkan adunan ke dalam botol acuan dan putarkan mengikut corak yang disukai
  • biarkan sebentar dan kemudian angkat
  • lakukan sehingga habis adunan digunakan
  • ambil sekeping roti jala tadi dan gulungkan
  • susunkan ke dalam piring dan hidangkan bersama2 dengan kuah kari atau kuah durian

source: k.nis

29 August 2010

Tepung goreng pisang

Bahan-bahan:
10 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung ubi kayu
1/2-1 sudu besar gula pasir
1 biji telur
1/2 sudu kapur makan di campur dengan air - tapiskan (agak2 penggunaan air)
Garam secukup rasa

cara:

  • gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • pastikan adunan jangan terlalu cair atau pekat
  • celupkan pisang yang telah dipotong serong ke dalam adunan
  • panaskan minyak yang banyak
  • kemudian gorengkan pisang sehingga garing dan keperangan
  • angkat dan toskan minyaknya
  • sedia untuk dihidangkan

source: norazie

27 August 2010

Keropok lekor resepi IV


Bahan-bahan:
1kg ikan selayang/ kembung
5-10 ulas bawang putih
500gm tepung ubi/kanji - jangan masukkan tepung kesemua sekali
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Garam secukup rasa
Perasa
Air

cara:

  • asingkan isi ikan dari tulang
  • kemudian kisar isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air (kasar atau halus adunan bergantung pada selera masing2)
  • masukkan adunan ke dalam mangkuk
  • selepas itu masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan kedua2 tepung
  • gaulkan sehingga tidak melekat pada tangan
  • tambahkan tepung kanji sekiranya adunan lembik dan pastikan adunan tidak terlalu keras atau terlalu lembik
  • kemudian sapukan sedikit minyak pada tangan
  • ambil sedikit adunan dan hempas2kan ke atas meja atau papan pencanai banyak kali supaya adunan menjadi mampat dan lembut
  • setelah itu barulah diuli menjadi panjang
  • lakukan sehingga habis
  • didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok tidak melekat apabila direbus
  • masukkan keropok tadi
  • keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila sudah masak
  • bila dah timbul angkat dan toskan
  • sejukkan dan potong ikut citarasa masing2
  • goreng dan siap untuk dihidangkan

source: 14sept, myr

24 August 2010

Kuih lapis cendol

Bahan-bahan (loyang saiz 7"):
Bahan-bahan A:

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan
1/2 sudu kecil garam

1/2 cawan air gula merah - larutkan 1/2 cawan air panas dengan 4 sudu besar gula merah

1 cawan cendol
1/2 cawan air

cara:
  • panaskan kukusan
  • gaulkan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk sehingga sebati
  • kemudian tapiskan
  • bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • masukkan air gula merah ke dalam satu bahagian dan kacaukan rata
  • satu bahagian lagi dimasukkan cendol dan 1/2 cawan air supaya kedua2 adunan sama banyaknya
  • jadikan 2 bahagian gula merah dan 2 bahagian adunan cendol
  • masukkan 1 adunan cendol ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak
  • kukuskan selama 5-10 min
  • kemudian masukkan pula 1 adunan gula merah dan kukuskan lagi selama 5-10 min
  • lakukan sehingga habis
  • untuk bahagian terakhir adunan kukuskan selama 10-15 min
  • pastikan penutup kukus dilapik dengan kain atau aluminium foil supaya air kukusan tidak menitik ke atas adunan
  • setelah masak bolehlah dipadamkan api
  • tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: k.hanieliza

20 August 2010

Pau gebu dan lembut

Bahan-bahan (10 biji):
250gm tepung pau atau tepung gandum
3gm (1 camt) yis
2gm (1/2 camt) baking powder
50gm (4 camb) gula kastor
20gm (1 camb) lemak sayuran
2gm (1 camt) bread softener - optional kalau tiada pun pau masih lagi gebu dan lembut
1/2 cawan air suam

inti secukupnya

cara:

  • satukan tepung, yis, baking powder, gula dan bread softener ke dalam mangkuk adunan
  • ulikan sebati dengan memasukkan air sedikit demi sedikit
  • masukkan lemak sayuran dan ulikan lagi sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat di tangan
  • jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan mengikut turutan air suam-yis-tepung-baking powder-gula-bread softener-lemak sayuran
  • kemudian pilih menu doh (tidak perlu menunggu sehingga doh siap selama 1 1/2 jam cukup sekadar 10 min atau sehingga doh sebati dan bolehlah dikeluarkan dari BM)
  • setelah itu bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm dan bentukkan menjadi bulat
  • ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti yang disukai dan tutupkan semula menjadi bentuk bulat
  • letakkan doh yang telah disiap di atas daun pisang atau kertas yang telah disapukan dengan sedikit minyak
  • lakukan sehingga habis
  • kemudian biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min atau 1 jam
  • sementara itu panaskan kukusan dan pastikan setelah air mendidih barulah di masukkan doh2 tadi dan kukuskanlah selama 10 min

note: air kukusan perlulah betul-betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang gebu dan lembut

source: k.ton, myr (cara diubah sedikit mengikut cara sendiri)

Pulut seri kaya bakar

Bahan-bahan:
Bahan-bahan lapisan bawah:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan
garam secukup rasa

Bahan-bahan lapisan atas:
5 biji telur ayam
1 1/4 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air daun pandan
secubit garam

cara:


  • untuk lapisan atas, bersihkan pulut dan rendamkan beberapa jam atau semalaman
  • kemudian toskan
  • masukkan ke dalam loyang bersama santan serta garam dan kukuskan sehingga masak lebih kurang 30 min
  • kemudian tekan pulut yang sudah dimasak di dalam loyang sehingga padat dan ketepikan
  • untuk lapisan bawah, campurkan kesemua bahan ke dalam pengisar
  • kemudian kisarkan sehingga semuanya sebati atau boleh juga dimasukkan di dalam mangkuk dan dikacau sehingga sebati
  • tapiskan dan tuangkan ke atas pulut tadi
  • kukus sekali lagi sehingga lapisan atas masak
  • kemudian bakar di dalam oven dengan menggunakan api atas sahaja (grill) selama 3-5 min atau keperangan (kepanasan suhu oven bergantung pada jenis oven masing-masing)
  • bila sudah siap biarkan sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: majalah saji (cara telah diubah sedikit mengikut cara sendiri)

11 August 2010

Apam aiskerim

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
250gm gula kastor
1 camb ovalette
3 biji telur

Bahan2 B:
300gm tepung gandum/naik sendiri
1 camt baking powder

Bahan2 C:
200ml aiskerim soda/sprite

sedikit pewarna hijau dan merah

cara:
  • ayakkan bahan2 B dan ketepikan
  • pukul bahan2 A sehingga kembang dan gebu
  • masukkan pula bahan2 B yang telah diayak tadi dan pukul lagi sehingga rata dengan kelajuan perlahan
  • akhir sekali tuangkan bahan2 C ke dalam adunan dan pukul lagi sehingga rata
  • kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • satu bahagian dibiarkan tanpa warna
  • satu bahagian lagi dibahagikan lagi kepada dua bahagian
  • kemudian campurkan satu bahagian dengan warna merah dan satu lagi dicampurkan dengan warna hijau
  • kacaukan kedua2 adunan supaya rata
  • masukkan adunan asal dahulu ke dalam papercup diikuti pula dengan warna merah dan hijau
  • kukuskan selama 10 min atau sehingga masak dengan api yang besar

source: mak alang azie

6 June 2010

Cucur udang resepi III

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan air atau secukupnya
1 biji telur
1 sudu teh yis
1 labu bawang besar - didadu kecil
daun saderi/daun kucai/daun bawang - hiris
taugeh secukupnya
sedikit serbuk kunyit - untuk dapatkan warna kuning jika suka
1 sudu teh garam atau secukupnya
udang secukupnya

cara:
  • campurkan semua bahan kecuali udang sehingga sebati
  • perapkan adunan sehingga naik sedikit lebih kurang 1/2 jam
  • panaskan minyak yang banyak di dalam kuali
  • letakkan senduk bulat di dalam minyak dan biarkan sehingga senduk panas
  • ambil sedikit adunan dan letakkan di dalam senduk panas tadi
  • letakkan seekor udang ke atas adunan dan tekan2kan sedikit
  • masukkan senduk ke dalam kuali dan biarkan sehingga kuih tertanggal sendiri atau kuis dengan lidi/chopstick/pisau supaya kuih lekang dari senduk
  • gorenglah cucur sehingga masak dan keperangan
  • lakukan sehingga habis adunan
  • biarkan sejuk sedikit barulah dipotong dan hidangkan dengan kuah cili

source: k.nor, secubit garam

9 April 2010

Baulu batik mekar kukus

Bahan-bahan:
125gm tepung gandum
1 camt baking powder
115gm gula kastor
1/2 camt ovalette
4 1/2 camb susu segar
1 biji telur
1/2 camt esen vanila
1 camt chocolate paste / emulco

cara:
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder ke dalam mangkuk adunan
  • kemudian masukkan gula, ovalette, susu, telur dan esen vanila
  • pukulkan semua bahan sehingga gebu dan pekat selama 5 min
  • kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • satu bahagian dicampurkan dengan chocolate paste/emulco dan gaulkan sebati
  • satu bahagian lagi dibiarkan plain
  • sudukan kedua2 adunan berselang-seli ke dalam papercup
  • lakukan sehingga habis
  • kukuskan selama 15 min atau sehingga masak
  • hidangkan

source: kak fida, myr

5 April 2010

Pau gebu

Bahan-bahan (16 biji):
306gm tepung gandum
100gm air suam
73gm gula pasir
11gm yis
60gm air suam
1/2 camt soda bikarbonat
1/2 camt bread softener - optional
1/2 camt minyak masak
20gm shortening

inti kacang merah/ayam/kelapa/kaya secukupnya
daun pisang/kertas secukupnya - griskan dengan sedikit minyak

cara:
  • campurkan 100gm air suam, gula dan yis ke dalam bekas
  • kemudian kacaukan rata dan biarkan selama 5 min
  • masukkan 60gm air suam ke dalam breadmaker diikuti dengan campuran air yis tadi, tepung gandum, soda bikarbonat, bread softener dan minyak
  • tekankan untuk setting dough
  • apabila doh sudah sebati lebih kurang 5 min bolehlah dimasukkan shortening
  • biarkan sehingga BM siap lebih kurang 1 1/2 jam
  • selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bahagikan doh kepada 16 bahagian dengan setiap satu seberat 30gm
  • bentukkan setiap satu menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan
  • letakkan 1 sudu kecil inti dan tutupkan semula
  • lakukan sehingga habis dan letakkan setiap satu doh tadi ke atas potongan daun pisang/kertas
  • biarkan doh tadi naik sekali lagi lebih kurang 15 min
  • kemudian kukuskan selama 10 min
  • angkat dan hidangkan

note: warna pau tidak putih sebab menggunakan vege shortening perasa mentega

source: ian_eiza, myr

4 April 2010

Cok bantal cicah sambal bilis

Bahan-bahan (4-5 orang):
3 cawan tepung gandum - diayak
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter/marjerin - pada suhu bilik
2 sudu teh yis
3 sudu teh garam
1 biji telur
1/4 cawan air atau secukupnya

sambal ikan bilis secukupnya - sebagai pencicah

cara:
  • campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali air
  • gaulkan rata sehingga menjadi seperti serbuk roti
  • kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh
  • uli sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat di tangan
  • bentukkan doh menjadi bulat dan biarkan ianya naik dua kali ganda selama 30 min
  • selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • canaikan doh tadi setebal 1 inci dan potong ikut suka masing2 (kuih ini rasa macam cakoi jadi bolehlah dibentukkan memanjang)
  • panaskan minyak yang banyak (deep-fry)
  • gorengkan sehingga masak dan keperangan
  • angkat dan toskan
  • hidangkan dengan sambal ikan bilis

source: MommaMia, myr

2 April 2010

Kuih baulu

Bahan-bahan:
350gm tepung gandum
6 biji telur Gred A - asingkan putih & kuning telur
350gm gula kastor
1 camt esen ros/vanila
1/2 camt soda bikarbonat
sedikit minyak untuk melengser

cara:
  • ayakkan tepung sebanyak 3 kali dengan soda bikarbonat dan ketepikan
  • pukul putih telur sehingga kembang
  • masukkan sedikit demi sedikit gula dan pukul lagi sehingga kental
  • bubuh pula kuning telur dan pukul lagi sehingga gebu
  • ambil 1/4 bahagian adunan
  • campurkan dengan tepung dan sedikit esen ros
  • kacau rata-rata
  • tutupkan baki bancuhan telur dan pastikan ia dipukul sebentar sebelum dicampurkan dengan 1/4 bahagian tepung lagi dan esen ros (jangan campur tepung sekaligus, ia hendaklah dibuat in four batches)
  • lakukan sehingga habis bancuhan telur dan tepung digunakan
  • panaskan sekejap acuan dalam oven api atas dan bawah pada suhu 190-200C (suhu bergantung pada oven masing-masing)
  • kemudian keluarkan acuan dan lengserkan dengan sedikit minyak
  • bubuh 1 sudu kecil adunan dan masak selama 10-12 min
  • lakukan sehingga habis adunan digunakan
  • biarkan bauhu betul2 sejuk barulah disimpan di dalam bekas kedap udara

source: puan norzailina nordin

25 March 2010

Bahulu kukus resepi II

Bahan-bahan (20 biji bergantung pada saiz):
5 biji telur
200gm gula pasir/kastor
1 camt esen vanila
1/2 camb ovalette
210gm tepung halus/superfine/kek
60ml santan
kismis secukupnya - optional

cara:
  • pukul gula, ovalette, esen vanila dan telur sehingga gebu lebih kurang 6 min
  • kemudian perlahankan mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul rata
  • masukkan santan dan pukul lagi sehingga rata
  • selepas itu perapkan adunan selama 20 min
  • panaskan kukusan
  • masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam papercup
  • taburkan kismis
  • kukuskan selama 10 min atau sehingga masak
  • hidangkan

source: chef zubaidah che pa

29 January 2010

Talam suji

Bahan-bahan:
lapisan bawah:
1 1/2 cawan tepung suji (semolina course)
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir
garam secukup rasa
sedikit pewarna kuning

lapisan atas:
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1 cawan gula merah

cara:
  • masukkan semua bahan2 lapisan bawah ke dalam periuk dan kacaukan dengan api sederhana sehingga adunan agak pekat
  • kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak
  • ratakan
  • kukus selama 15-20 min
  • selepas itu adunkan bahan2 lapisan atas sehingga sebati dan tidak berbentil
  • masakkan sekejap di atas api sederhana sehingga adunan agak pekat
  • tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan ratakan
  • kukuskan lagi selama 20 min atau sehingga masak
  • padamkan api dan keluarkan loyang dari kukusan
  • biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: k.hanieliza

17 January 2010

Glazed doughnut

Bahan-bahan (18 biji bergantung pada saiz):
5 cawan tepung roti / gandum
1 sudu kecil yis
1/4 cawan air panas - kalau guna breadmaker tidak perlu air panas
1 1/2 cawan susu segar suam
1/4 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening
minyak untuk menggoreng

bahan2 untuk glaze:
1/3 cawan mentega
2 cawan gula aising
1 1/2 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar air panas - tambah jika perlu

cara:
  • cara jika tiada breadmaker: taburkan yis ke dalam air panas dan biarkan 5 min
  • campurkan semua ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan menggunakan electric mixer sehingga sebati (jangan masukkan kesemua susu tetapi dimasukkan sedikit demi sedikit takut doh menjadi lembik)
  • pastikan dipukul sehingga doh tidak melekat di mangkuk
  • selepas itu ulikan doh sekejap selama 5 min dan bentukkan menjadi bulat yang besar
  • tutupkan mangkuk adunan dan biarkan doh naik dua kali ganda
  • selepas itu keluarkan doh dari mangkuk adunan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin dan bentukkan semula menjadi bulat
  • rehatkan sebentar selama 10 min
  • canaikan doh menjadi setebal 1/2 inci dan tekapkan doh dengan menggunakan acuan donut (doughnut cutter)
  • susunkan ke atas dulang dan lakukan sehingga habis
  • selepas itu tutupkan dulang tadi dan biarkan ianya naik sekali lagi (jika ingin simpan di dalam freezer selepas dipotong dengan acuan donut bolehlah disusunkan ke dalam bekas dan simpankan di dalam freezer. apabila hendak dimakan keluarkan dan biarkan doh menjadi lembut pada suhu bilik dan biarkan ianya naik sekejap barulah digoreng)
  • panaskan minyak yang banyak (digoreng secara deep-fry) dan pastikan minyak betul2 panas barulah dimasukkan satu persatu donut
  • sentiasa terbalik2kan donut supaya ianya garing sekata
  • angkat dan bolehlah dicelupkan ke dalam glaze atau taburkan dengan gula aising, cokelat cair dan sebagainya
  • cara membuat menggunakan breadmaker: masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM masing2
  • selepas itu ikuti proses seterusnya seperti di atas
  • cara membuat glaze: cairkan mentega di dalam mangkuk (tidak perlu sampai mendidih cukup sekadar ianya menjadi cair)
  • masukkan gula aising, esen vanila dan kacaukan sehingga menjadi sebati
  • campurkan beberapa sudu air panas sampai adunan menjadi nipis (tidak pekat dan tidak begitu cair)
  • celupkan donut yang telah digoreng tadi ke dalamnya dan susunkan di atas cooling rack supaya lebihan glaze tadi mudah jatuh
  • hidangkan sebagai minuman petang

note: donut ini memang begitu gebu dan lembut - selembut seperti krispy kreme doughnuts. makan satu pasti nak lagi

source: mommamia, myr (cara2 telah diubah)

27 December 2009

Kuih bakar jagung

Bahan-bahan:
250gm tepung gandum
230gm gula pasir - boleh kurangkan jika tidak suka terlalu manis
400ml santan
200-250ml air - agak2 kecairan atau kepekatan adunan
4 biji telur - dipukul sedikit
380gm krim jagung (cream style corn)
50gm jagung (whole kernel corn) - optional
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh serbuk vanili - kalau tiada boleh letak esen vanila

cara:
  • satukan tepung gandum, gula pasir, minyak sapi, air dan santan di dalam mangkuk
  • kacaukan sehinga sebati
  • kemudian masukkan pula krim jagung, jagung, telur, serbuk vanili/esen vanila, pewarna kuning dan garam
  • kacaukan lagi sehingga sebati
  • griskan loyang dengan sedikit minyak atau minyak sapi dan panaskan di dalam oven sekejap
  • selepas itu keluarkan loyang tadi dan tuangkan adunan
  • bakar pada suhu 180C selama 40-50 min atau sehingga masak
  • jika menggunakan acuan kuih cara/bahulu bakar selama20-25 min atau sehingga masak
  • setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk barulah dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan

source: bro rozzan

24 December 2009

Apam eno

Bahan-bahan:
300gm tepung beras
10 sudu besar gula pasir
1 sudu besar yis
300ml air
3 sudu kecil eno
sedikit pewarna merah, hijau, biru

sedikit kelapa parut putih digaulkan dengan sedikit garam

cara:
  • bancuh tepung dengan air sedikit demi sedikit
  • kemudian masukkan yis dan gula
  • kacaukan sebati
  • tutupkan mangkuk dan biarkan adunan semalaman (bancuh malam dan kukus keesokan pagi)
  • kacaukan adunan dan bahagikan kepada 3 bahagian (kalau tak suka letak pewarna boleh dibiarkan pada warna asal dan tidak perlu dibahagikan adunan)
  • letakkan setiap mangkuk dengan pewarna merah/hijau/biru atau biarkan pada warna asal
  • masukkan 1 sudu kecil eno untuk setiap mangkuk dan kacaukan sehingga berbuih
  • susunkan acuan apam ke dalam loyang dan letakkan 3/4 adunan ke dalamnya
  • panaskan kukusan dan kukuskan apam selama 5-10min atau sehingga masak
  • hidangkan dengan kelapa parut

source: zira - cari.com

6 December 2009

Kuih laman sari

Bahan-bahan:
Bahan2 lapisan bawah:
1 3/4 cawan tepung kacang hijau
1 1/2 cawan gula pasir
3 1/2 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
1 sudu teh air mawar
3 biji telur - dipukul sedikit
secubit garam

Bahan2 lapisan atas:
6 biji telur - dipukul sedikit
2 1/2 cawan santan pekat - dari 1 1/2 biji kelapa
1 1/2 cawan gula pasir - boleh dikurangkan jika tak mau terlalu manis
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air mawar
1/2 sudu teh garam

cara:
  • lapisan bawah: gaulkan semua bahan atau boleh juga dikisar sehingga sebati dan tapiskan
  • kemudian masak di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sedikit
  • tuangkan ke dalam loyang bulat berukuran 26cm yang telah disapukan dengan sedikit minyak
  • kukuskan selama 1/2 jam (pastikan penutup kukus dibalut dengan aluminium foil atau kain supaya air kukusan tidak jatuh di atas kuih)
  • lapisan atas: gaulkan semua bahan atau boleh juga dikisar sehingga sebati dan tapiskan
  • kemudian masak di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sedikit
  • tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan kukuskan lagi selama 40-45 min
  • setelah masak keluarkan loyang dari kukus dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: bro rozzan

24 November 2009

Cakoi

Bahan-bahan (lebih kurang 10 biji):
1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 camt instant yeast
1 camt gula pasir
1 camt garam
3/4 camt tawas (alum)
1/2 camt soda bikarbonat
1/2 camt amonia atau nutre powder - optional (kegunannya untuk menghasilkan cakoi yang rangup)
1 camb minyak

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam (ini bergantung pada jenis BM)
  • keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi dan bahagikan kepada dua bahagian
  • bentukkan doh2 tadi menjadi bentuk panjang berukuran 40cm
  • susunkan ke atas loyang dan tutupkan loyang tersebut supaya doh naik dua kali ganda selama 45 min
  • ratakan doh tadi dengan tangan dan biarkan menjadi setinggi berukuran 1cm dan setebal 5-6cm
  • potong 2-2.5cm dan biarkan ianya rehat selama 15 min
  • panaskan minyak dengan banyak (deep-fry) dengan api yang sederhana panas
  • ambil sekeping doh yang telah dipotong tadi, celupkan lidi sate ke dalam air dan letakkan ke atas doh tadi
  • kemudian ambil satu lagi doh kecil tadi dan lapikkan di atas doh yang pertama
  • celupkan sekali lagi lidi sate ke dalam air dan letakkan ke atas doh
  • tekankan di tengah2
  • pegang kedua2 hujung dan tarik perlahan2 biar menjadi sepanjang 15-20cm dan terus masukkan ke dalam kuali tadi
  • kacau sikit apabila dia dah mula timbul kat permukaan minyak supaya ianya tidak menjadi lebih kembang
  • goreng sehingga keperang2an

note: doh ini agak lembut jadi kena taburkan tepung yang banyak. doh yang betul2 naik senang nak ditarik menjadi bentuk panjang

source: lydia

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin