Bahan-bahan:
300gm mentega
120gm gula halus
1/2 camt ovalette
6 biji telur saiz besar
250gm susu pekat - kalau tak suka berapa manis boleh kurangkan kepada 220gm
100gm horlicks
1 1/2 camt esen aiskrim soda
1 camt pewarna biru
50gm jem raspberry
1 camt esen raspberry - optional
1 camt pewarna pink
160gm tepung hongkong/gandum/kek
cara:
- griskan loyang berukuran 7"x7" dan lapikkan dengan kertas minyak/parchment paper di dasarnya
- ketepikan
- pukul mentega, ovalette dan gula dengan kelajuan yang tinggi sehingga kembang lebih kurang 7-8 min
- masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi sehingga sebati lebih kurang 4-5 min
- kemudian perlahankan kelajuan mixer lalu masukkan susu pekat dan horlicks
- pukul lagi sehingga rata lebih kurang 2-3 min
- selepas itu masukkan pula tepung dan pukul lagi sehingga sebati atau boleh jugak dikaupbalikkan tepung sehingga sebati
- setelah itu bahagikan adunan kepada 3 bahagian
- campurkan satu bahagian adunan dengan esen aiskerim soda dan pewarna biru
- kacaukan sehingga sebati
- satu bahagian lagi dicampurkan dengan jem raspberry dan pewarna pink
- kacaukan sehingga sebati
- satu bahagian lagi dibiarkan tanpa warna
- panaskan ketuhar dengan api atas bawah (grill mode)
- bubuh 2 senduk atau 5 camb adunan warna asal dan bakar selama 5-7 min atau sehingga keperangan
- kemudian keluarkan loyang tekan2kan permukaan kek supaya keluarkan angin
- masukkan pula adunan warna biru dan bakar lagi sehingga masak dan seterusnya warna pink pula
- biarkan kek berselang-seli warnanya (asal-biru-pink)
- lakukan sehingga habis semua adunan dibakar
- untuk bahagian akhir sekali tukarkan kepada mode baking dan bakarlah selama 10-15 min supaya kek tahan lama
source: bro rozzan



2 comments:
Tq for the great article.
salam.
saya copy paste ye.
nak try buat.
Post a Comment