Pages

30 November 2008

Nasi beriani

Bahan-bahan:
1kg beras basmathi - dicuci bersih dan toskan
1 camb pes halia dan pes bawang putih
1 camb rempah beriani
1 1/2 liter air atau secukupnya
1 camb pewarna kuning
2 camb air mawar
2 genggam gajus goreng
1/2 tin (200gm) susu cair - evaporated milk
1 ikat daun pudina
1 ikat daun ketumbar
garam secukupnya
sedikit bawang goreng
minyak sapi - boleh digantikan dengan minyak jagung atau minyak sayur

Bahan2 menumis:
2 labu bawang besar - dihiris bulat
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
3 helai daun pandan - diikat

cara:
  1. panaskan periuk non-stick dan panaskan minyak
  2. masukkan bahan2 penumis dan tumis sehingga garing dan wangi
  3. kemudian masukkan pes halia dan bawang putih
  4. kacau sebentar
  5. setelah itu barulah dimasukkan beras, susu, daun pudina, daun ketumbar, air dan garam secukupnya
  6. gaulkan rata
  7. biarkan nasi kering lalu dikacau sekali lagi baru ditutup periuk, kecilkan api dan tanak sehingga nasi masak
  8. jika masak menggunakan rice cooker selepas step 6 pindahkan nasi ke dalam rice cooker dan masak seperti masak nasi
  9. setelah nasi masak buatkan lubang kecil ditengah2 nasi dengan menggunakan belakang sudu dan tuangkan campuran air mawar + pewarna ke dalam lubang tadi
  10. tutup semula lubang tadi dengan nasi
  11. tutup semula periuk nasi dan masak lagi lebih kurang 10 min
  12. akhir sekali kacaukan nasi perlahan2 supaya warna nasi menjadi sekata
  13. hidangkan dan taburkan dengan bawang goreng dan gajus goreng

source: rossya

Chocolate batik swiss roll

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
3 biji telur
2 oz (56gm) gula kastor
1/2 camt baking powder
1/2 camt esen vanila
1/2 camb ovalette
1.5 oz (42gm) tepung gandum
1/2 camb susu tepung

Bahan2 B:
2 oz (56gm) mentega cair

Bahan2 C:
1 1/2 camb serbuk koko

Buttercream icing secukupnya

cara:
  1. griskan tin kek yang bersaiz triangle (kalau boleh khas untuk swiss roll)
  2. lapikkan dengan greaseproof/parchment paper dan ketepikan
  3. masukkan semua bahan2 A dan Bahan2 B ke dalam mangkuk adunan
  4. pukul dengan kelajuan yang tinggi selama 5-7 min
  5. kemudian ketepikan 1 1/2 camb adunan tadi dan masukkan ke dalam piping bag
  6. masukkan serbuk koko ke dalam adunan yang banyak dan pukul lagi selama 1-2 min
  7. tuangkan adunan bercampur koko tadi ke dalam tin kek dan ratakan
  8. setelah itu pipekan adunan yang telah diketepikan tadi ke atas adunan koko dan bentukkan menjadi seperti batik atau ape2 pattern yang disuka
  9. bakar pada suhu 170C selama 20 min
  10. keluarkan tin kek dari oven dan biarkan sejuk sekejap tapi jangan dibiarkan terlalu lama nanti kek akan menjadi keras dan susah untuk digulungkan
  11. angkatkan/keluarkan greaseproof paper dan terbalikkan ke atas satu lagi greaseproof paper
  12. trimkan kiri dan kanan kek dan barulah disapukan buttercream secukupnya ke atas kek tadi
  13. gulungkan perlahan2 (dengan greaseproof paper) supaya tidak pecah
  14. akhir sekali balut dengan cling film dan simpan di dalam fridge supaya buttercream menjadi keras sedikit
  15. setelah itu bolehlah dipotong dan hidangkan

source: mamafami

26 November 2008

Serimuka durian

Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
2 cawan pulut
2 cawan santan cair + secubit garam

Lapisan atas:
3 cawan santan pekat
1 cawan (200gm) gula perang
1 cawan isi durian
1/2 cawan (60gm) tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung atau tepung kastard
1 camt garam

cara:
  1. untuk lapisan bawah - masukkan semua bahan ke dalam loyang yang telah disapukan sedikit dengan minyak dan kukuskan sehingga masak lebih kurang 30 min
  2. setelah masak tekankan pulut tadi supaya padat dan tuangkan bahagian lapisan atas
  3. kukuskan semula lagi selama 30 min
  4. untuk lapisan atas - masukkan santan, gula dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan
  5. kemudian tuangkan bahan kisar tadi ke dalam mangkuk
  6. ayakkan kedua2 tepung ke dalam mangkuk santan tadi
  7. masukkan gula dan garam. kacau sebati sehingga tidak berbentil
  8. panaskan bahagian lapisan atas ke dalam mangkuk non-stick sehingga naik wap
  9. tuangkan adunan ke atas pulut tadi (lapisan bawah) dan kukus lagi selama 30 min dengan api yang sederhana panas
  10. pastikan penutup kukus di balut dengan tuala supaya air wap tidak jatuh ke atas adunan
  11. bila sudah masak biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: k.hanieliza

Ikan potong cili bawang

Bahan-bahan:
4 keping ikan tenggiri - dilumur dengan garam dan serbuk kunyit, goreng sehingga masak
2 batang cili merah & hijau - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - dimayang
1 mangkuk kecil air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

cara:
  1. panaskan kuali dengan sedikit minyak
  2. masukkan kedua2 cili dan kedua2 bawang, tumis sehingga wangi dan garing
  3. tuangkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. gaul rata
  4. akhir sekali barulah dimasukkan ikan goreng tadi dan gaulkan sehingga sebati
  5. setelah mendidih, matikan api
  6. angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan lauk2 yang lain

source: rossya

25 November 2008

Ayam berlada

Bahan-bahan:
1/2kg ayam - dipotong kecil, dicuci bersih dan dilumurkan dengan sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak

Bahan2 kisar:
6 batang cili hijau
2 batang cili merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1cm halia
1cm lengkuas
1 batang serai
Perahan 3 biji air limau nipis - kisar sebiji kulit limau

cara:
  • panaskan kuali dan gorengkan ayam sambil dibalik2kan sehingga ayam setengah masak
  • kemudian masukkan bahan2 kisar tadi dan gaulkan sebati dengan ayam
  • setelah itu masukkan garam dan gula secukup rasa
  • gaul rata
  • biarkan sehingga ayam masak dan sebati dengan kuah
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih

note: jika inginkan lauk berkuah lebihkan air sewaktu blend bahan2 kisar dan jika mau kuah kering bolehlah dimasak di atas api yg kecil sehingga kuah agak kering

source: rossya (cara diubah sedikit)

22 November 2008

Coney dog sauce



Sweet Dinner Rolls Gambar version 2 - resepi lihat disini

Bahan-bahan:
250gm minced beef
1/4 cawan air
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - crush
1/4 cawan sos tomato
1/2 camt cili serbuk
garam dan serbuk perasa secukupnya

beberapa ketul hotdog - dikukus sekejap
hotdog bun - lihat resepi disini (cuma bentukkan doh menjadi bun atau hotdog bun - seperti di dalam gambar)

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi
  • masukkan mince beef dan kacau rata sehingga daging bertukar warna
  • kemudian masukkan sos tomato, cili serbuk, air, garam dan serbuk perasa secukupnya
  • kacau sehingga sebati
  • biarkan sehingga mendidih dan agak kering sedikit (nie bergantung pada kesukaan masing2)
  • setelah puas hati bolehlah diangkat dan biarkan sejuk
  • ambil satu biji hotdog bun, belahkan ditengahnya dan letakkan hotdog, tuangkan sauce
  • hidangkan

source: allrecipes (diubah sedikit)

Kuih bom / onde-onde


Bahan-bahan (15 biji):
Bahan2 untuk doh:
200gm tepung pulut
1 camb tepung gandum
1 camt air kapur
200ml air
secubit garam

bijan secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan2 inti:
1/2 biji kelapa parut
60gm gula melaka/gula merah
20gm gula pasir
50ml air

cara:
  1. cara membuat inti: jerang gula melaka, gula pasir dan air sehingga larut
  2. kemudian tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut
  3. kacau di atas api sederhana panas sehingga inti agak kering
  4. angkat dan biarkan sejuk sementara membuat doh
  5. cara membuat doh: masukkan kedua2 tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan, kacau rata
  6. kemudian masukkan air kapur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan
  7. bahagikan doh kepada 15 biji dengan setiap satu seberat 30gm (saiz bergantung pada masing2) dan bentukkan menjadi bulat
  8. setelah itu ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan dan isikan 1 camt inti kelapa, tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat
  9. lakukan proses ini sehingga habis doh tadi digunakan
  10. ambil satu doh golekkan ke atas bijan supaya elok melekat menutupi keseluruhan
  11. lakukan sehingga habis
  12. panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan gorengkan sehingga masak dan keperangan
  13. angkat dan hidangkan
  14. sesuai sebagai hidangan pagi dan petang
  15. jika tidak mau digoreng kesemuanya bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara tanpa digolekkan dengan bijan

note: petua untuk kuih bom tidak meletup dan merekah - minyak mesti banyak dan biar digoreng terendam, minyak jangan terlalu panas, jangan digoreng terlalu lama, terus menggoreng selepas siap dibuat dan jangan dibiarkan pada suhu bilik

20 November 2008

Pandan kaya sponge sandwiches

Bahan-bahan:
160gm gula kastor
125gm tepung gandum/tepung kek/self-raising flour
1 camb ovalette
5 biji telur
1 camt baking powder
40ml santan pekat
1 camt pandan emulco/pandan paste/apa2 perasa pun boleh
75gm (190ml) minyak jagung/minyak ganola

seri kaya/jem secukupnya - untuk filling

cara:
  • griskan 2 tin kek dan ketepikan
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder, ketepikan
  • pukul gula dan ovalette ke dalam mangkuk adunan sehingga gula bertukar warna menjadi kuning dan seperti breadcrumb
  • kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi sehingga sebati
  • setelah itu masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan dan kacau rata dengan menggunakan spatula
  • masukkan santan dan pandan emulco dan pukul lagi sehingga gebu
  • akhir sekali masukkan minyak jagung dan kaupbalikkan adunan dengan menggunakan spatula sehingga sebati
  • tuangkan adunan ke dalam dua bekas tin kek dan bakar pada suhu 180C selama 20 min (jika tak ada masa bolehlah di bakar dalam satu tin kek dan lebihkan masa kepada 30-40 min atau sehingga masak)
  • keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk
  • ambil satu keping kek dan sapukan seri kaya ke atasnya dan lapikkan sekeping lagi kek
  • potonglah kek ikut suka masing2
  • kalau hanya menggunakan satu tin kek bolehlah dipotong dua kek tadi

Daging masak merah resepi II

Bahan-bahan:
1kg daging batang pinang
2 batang cili merah/hijau - dihiris
2 labu bawang besar kuning - dihiris kasar
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air - bancuh
stok daging secukupnya - air rebusan daging jangan dibuang
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun sup - dihiris kasar

Bahan2 kisar:
1 1/2 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
3-4 helai cili kering - kalau nak pedas boleh tambahkan (direndam dengan air panas)

cara:
  • untuk penyediaan daging: daging direbus hingga emputk (biar seketul besar jangan dipotong). jangan dibuang airnya
  • bila sudah empuk hiriskan daging tadi dan kemudian gorengkan sehingga separuh garing
  • masukkan sedikit pewarna merah dan gaulkan daging tadi. angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi dan garing
  • kemudian masukkan sos cili, sos tiram, gula dan garam secukup rasa. kacau sekejap
  • setelah itu masukkan air rebusan daging tadi dan kacau rata
  • masukkan daging, air tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi pekat
  • akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan hirisan daun sup
  • kacau sehingga sebati dan bawang agak layu
  • angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi putih

source: azie norazie

18 November 2008

Ayam goreng mentega

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka
1/2 biji bawang bombay (bawang kuning) - dhiris kasar
1 batang daun bawang - dipotong kasar
1 biji limau nipis - diambil jusnya
lada sulah secukupnya
garam secukupnya
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar mentega
sedikit air - jika perlu

Bahan2 tumbuk:
4 ulas bawang putih
2cm halia

Bahan2 sos:
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin

cara:
  1. perapkan ayam bersama2 dengan garam, lada sulah dan jus limau
  2. biarkan lebih kurang 10-15 min dan kemudian goreng sehingga masak. ketepikan
  3. panaskan kuali dengan 2 sudu besar minyak + 3 sudu besar mentega
  4. tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi
  5. kemudian masukkan bahan2 sos dan kacau rata
  6. masukkan pula bawang besar dan kacau lagi sehingga bawang agak layu
  7. setelah itu barulah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaulkan sehingga sebati
  8. jika inginkan sedikit kuah bolehlah dimasukkan sedikit air
  9. akhir sekali masukkan daun bawang dan kacau sehingga sebati
  10. hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan ulam2an

source: herti kitchen gallery (diubah sedikit)

Seri kaya resepi II

Bahan-bahan (500ml):
1/2 cawan (115gm) gula pasir
3 biji telur
1 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
1 cawan gula pasir (225gm)
1 cawan air

cara:
  • masukkan 1 cawan gula pasir dan air ke dalam mangkuk dan masak sehingga menjadi gula hangus dengan api sederhana panas
  • angkat dan sejukkan - proses membuat gula hangus ini mengambil masa agak lama sedikit tetapi jangan ditingal2kan nanti hangus dan warna kaya tidak cantik
  • dengan menggunakan whisker pukul 1/2 cawan gula pasir bersama2 dengan telur sehingga sebati
  • proses membuat seri kaya: mula2 masukkan gula yang telah dipukul dengan telur ke dalam mangkuk, diikuti dengan santan, tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air dan akhir sekali gula hangus
  • kacau dengan api sederhana panas sehingga menjadi pekat dan mendidih - kepekatan seri kaya ini bergantung pada kesukaan masing2
  • apabila sudah puas hati dengan kepekatan seri kaya bolehlah ditutupkan api dan biarkan sejuk
  • kemudian barulah disimpan ke dalam balang/bekas kedap udara
  • jika inginkan kaya pandan bolehlah di campurkan dengan sedikit emulco pandan dan kacaukan sebati

note: warna seri kaya bergantung pada warna gula hangus. jika selepas gula hangus tadi sejuk menjadi keras tidak mengapa jangan panik. apa yang perlu dilakukan ialah masukkan gula dan telur yang telah dipukul ke dalam gula hangus, kemudian masukkan santan dan tepung jagung. masak seperti step No. 5. gula hangus yang keras tadi akan menjadi cair setelah berada di atas api. kaya nie lebih elok disimpan di dalam fridge supaya tahan lebih lama.

source: sarah

17 November 2008

Tempura chicken fried rice

Bahan-bahan (4 orang):
Bahan2 untuk nasi goreng:
1 mangkuk nasi putih
1 cawan sayur campur
200gm udang kecil - dibuang kulit
2 sudu makan sos ikan (sos nampla)
1 sudu makan kicap pekat
garam & serbuk perisa secukup rasa

2-3 biji telur

Bahan2 dikisar/ditumbuk:
12 biji cili padi - kalau nak pedas boleh lebihkan
1 sudu makan udang kering - direndam terlebih dahulu
1 batang serai - dihiris halus
5 ulas bawang putih

Bahan2 untuk ayam tempura:
300gm isi ayam - dipotong memanjang atau ikut suka
1 paket tepung tempura - yang siap dijual
air sejuk secukupnya - air di dalam fridge
sedikit serbuk lada sulah

cara:
  1. panaskan minyak dan gorengkan telur. pecah2kan dan ketepikan
  2. Untuk membuat nasi goreng: kemudian masukkan sedikit lagi minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi dan garing
  3. masukkan udang, kacau sebentar
  4. kemudian masukkan pula nasi, sayur campur, sos ikan, kicap, garam dan serbuk perisa secukupnya
  5. kacau sehingga rata dan sebati (garam jangan terlalu banyak sebab sos ikan sudah masin)
  6. akhir sekali masukkan telur goreng tadi dan gaulkan sehingga sebati
  7. angkat dan masukkan ke dalam pinggan
  8. untuk ayam tempura: bancuh tepung dengan air sejuk (peraturan ada ditulis di kotak/packaging)
  9. masukkan sedikit serbuk lada sulah dan kacaukan sehingga sebati
  10. panaskan minyak biar banyak dan celupkan ayam ke dalam adunan
  11. goreng sehingga masak dan garing secara deep fry
  12. angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi goreng tadi

note: nasi goreng nie memang sedap lain dari yang lain

source: chef tania (telah diubah sedikit)

16 November 2008

Sweet dinner rolls


Bahan-bahan (16 biji):
470gm tepung roti/tepung gandum
7gm (2 1/4 camt) yis
120ml air suam
120ml susu segar suam
1 biji telur
75gm mentega - pada suhu bilik
65gm gula pasir
1 camt garam

55gm mentega - pada suhu bilik

cara:
  • masukkan kesemua bahan kecuali 1/4 cawan mentega ke dalam bread machine
  • tekankan butang untuk doh dan biarkan sehingga doh siap
  • selepas itu keluarkan dan letakkan doh ke atas papan pencanai yang telah di taburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bahagian kepada dua bahagian dengan setiap satu seberat lebih kurang 410gm
  • bentukkan setiap doh tadi menjadi bulat (gambar Step 1)
  • rehatkan doh selama 10 min
  • setelah itu ambil satu doh dan canaikan selebar 12 inci (gambar Step 2) dan potongkan kepada 8 bahagian (gambar Step 3)
  • sapukan doh tadi dengan mentega (1/4 cawan) dan ambil satu keping, gulungkan dengan ketat bermula pada bahagian lebar (gambar Step 4)
  • lakukan sehingga habis dan aturkan ke atas dulang yang telah digris supaya tidak melekat
  • tutupkan dulang tadi dengan tuala bersih atau cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45min ke 1 jam
  • note: pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah diletakkan dulang doh tadi ke dalam oven dan letakkan 2 cawan air panas di sisi dulang. tidak perlu on kan oven
  • setelah itu bakar pada suhu 200C selama 12 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan mentega atau olive oil supaya permukaan roti akan sentiasa lembut

note: roti nie sesuai dihidangkan bersama2 dengan mentega dan jam untuk hidangan pagi, petang dan malam

source: allrecipes

15 November 2008

Wok noodles

Bahan-bahan:
200gm mee teow - direndam dengan air panas (boleh juga guna mee sanggul atau egg noodle)
12 biji cendawan kering - direndam dalam semangkuk air
300gm isi ayam - dipotong kecil
4 ulas bawang putih - diketuk
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
1/2 camt serbuk lada sulah
1/2 camt serbuk lada hitam
2 camt garam
1 sudu besar gula pasir
3 sudu besar tepung jagung - di bancuh dengan semangkuk air
air secukupnya
2 biji telur

cara:
  • panaskan kuali dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  • masukkan serbuk lada putih & lada hitam, kacau rata
  • kemudian masukkan pula isi ayam dan kacau sehingga ayam separuh masak
  • masukkan kicap dan sos tiram, gaul rata
  • setelah itu masukkan cendawan kering bersama2 dengan air rendamannya
  • kuatkan api dan biarkan kuah mendidih
  • tambahkan air dan biarkan sehingga ayam dan cendawan menjadi lembut
  • masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi agak likat
  • masukkan garam dan gula, kacau rata
  • kemudian masukkan mee dan kacau lagi. tambahkan air jika perlu
  • akhir sekali pecahkan telur dan jangan kacau sentiasa
  • tutupkan api apabila telur sudah mula mengeras
  • hidangkan panas2

note: mee ini hendaklah di makan ketika panas

source: rinnchan

Egg in a toast


Bahan-bahan:
Beberapa keping roti putih atau wholemeal
Beberapa biji telur
Beberapa keping cheese
blackpepper

cara:
  • susunkan 2 keping roti - Step 1
  • ambil sekeping cheese dan potongkan 4 bahagian kalau boleh biar sama size - Step 1
  • susunkan potongan cheese tadi ke atas roti tadi - Step 1
  • kemudian ambil sekeping roti dan potongkan bahagian tengah - Step 1
  • setelah itu letakkan ke atas roti yang telah di susunkan dengan cheese tadi - Step 2
  • pecahkan sebiji telur ke atas roti tadi - Step 3
  • bakar pada suhu 180C selama 10-15 min (suhu bergantung pada jenis oven)
  • keluarkan dari oven dan taburkan dengan sedikit blackpepper - Step 4
  • sesuai sebagai hidangan breakfast

source: BM

14 November 2008

Rich chocolate moist cake


Bahan-bahan:
6 oz (170gm) mentega
14 oz (397gm) gula kastor
3 biji telur

Bahan2 A - dibancuh:
1 sudu teh nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate atau coffee emulco / chocolate atau coffee paste

Bahan2 B - diayak bersama:
8 oz (226gm) tepung high protein (tepung roti) - boleh juga digunakan self-raising flour atau tepung kek
2 1/4 oz (64gm) serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk

cara:
  1. griskan loyang kek saiz 9" dan lapikkan dengan parchment paper, ketepikan
  2. pukul mentega dan gula dengan mixer sehingga gebu dan kembang. apabila di angkat adunan tidak jatuh
  3. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  4. kemudian masukkan bahan2 A tadi sambil dipukul lagi
  5. setelah itu dengan menggunakan whisker, masukkan Bahan2 B sedikit demi sedikit sambil dipusingkan whisker dengan satu arah sahaja secara perlahan2 sehingga adunan rata dan sebati
  6. masukkan air sejuk sambil di kacau lagi sehingga sebati
  7. tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan hentakkan sedikit loyang supaya mengeluarkan angin
  8. bakar pada suhu 170C selama 50-60 min atau sehingga masak. suhu bergantung pada oven masing2
  9. setelah siap keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah disapukan dengan chocolate icing
Bahan2 untuk icing:
1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika takut manis
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung atau ape2 jenis minyak masakan
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

cara:

1. campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk
2. masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan menggunakan whisker
3. setelah itu masukkan garam dan esen vanila. kacau lagi
4. tak perlu sehingga adunan sampai menggelegak
5. agak2 kepekatan icing
6. bila dah puas hati dengan kepekatan icing, tutupkan api
7. biarkan icing betul2 sejuk barulah disapukan ke atas kek tadi

note: jika inginkan kek lagi moist bolehlah dikukuskan selama 1 1/2 jam dan tutupkan loyang kek dengan aluminium foil

source: k.noor hannah

Mee goreng basah

Bahan-bahan:
500gm mee kuning
300gm udang sederhana besar - buang kulit
200gm sawi - dipotong 3cm
150gm taugeh - dibuang ekor
1 paket fish ball - dibelah 2
1 sudu besar cili kisar/cili boh
4 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
gula secukupnya
garam - jika perlu
60ml minyak untuk menumis
hirisan daun bawang dan cili merah

Bahan2 A - dicampur:
2 sudu kecil kicap manis
1 1/2 sudu besar sos tomato
2 1/2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bahan2 tumbuk dan pes cili sehingga terbit bau
  • masukkan bahan2 A, gula dan udang, kacau rata
  • masukkan batang sawi dan bebola ikan, kacau hingga udang separuh masak
  • campurkan daun sawi, gaul sehingga separuh layu
  • akhir sekali masukkan mee dan taugeh
  • bila taugeh hampir layu, angkat
  • taburkan dengan daun bawang dan cili merah
  • hidangkan panas2
  • sesuai sebagai hidangan pagi dan petang

source: puan norzailina nordin

10 November 2008

Ayam panggang maghribi

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong ikut suka
garam secukup rasa

Bahan2 rempah chermoula - dikisar halus:
3 tangkai cili merah/hidup
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/4 cawan minyak zaitun
jus lemon - dari 1/2 biji lemon

Bahan2 sampingan:
daun salad - disiat kasar
timun & buah tomato - dihiris
ubi kentang - direbus, dikupas kulit dan dihiris
lemon - dipotong berbaji
sedikit daun pudina

cara:
  1. lumurkan ayam dengan garam dan rempah chermaula diserata permukaan ayam dan juga dibahagian bawah kulitnya
  2. perapkan ayam selama 3-4 jam ataupun semalaman di dalam peti sejuk
  3. keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan ianya pada suhu bilik
  4. letakkan ayam ke atas baking tray dan bakar pada suhu 180C selama 45min - 1 jam atau sehingga masak
  5. sentiasa membalik2kan ayam setiap 20 min
  6. setelah masak hidangkan bersama dengan bahan2 sampingan

Sup petola

Bahan-bahan:
1 batang sayur petola - dibuang kulit dan dipotong bulat2
1 paket fish ball - dibelah 2
sedikit ikan bilis - direndam
sedikit suhun - direndam
2 biji bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
sedikit lada sulah
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

cara:
  1. panaskan periuk dan tumiskan bahan2 mayang sehingga naik bau
  2. kemudian masukkan ikan bilis, serbuk lada sulah dan kacau sehingga sebati
  3. masukkan pula fishball dan kacau rata
  4. setelah itu masukkan sayur petola dan kacau seketika sehingga ianya agak layu
  5. tuangkan air secukupnya dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  6. akhir sekali barulah dimasukkan suhun dan kacaukan sehingga sebati
  7. hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan lawankan dengan sambal

8 November 2008

Honey buns


Bahan-bahan (9 biji):
300gm tepung roti
4gm (2/3 camt) garam
4gm (1 1/4 camt) instant yeast
1 biji telur dipukul sedikit + susu segar = 200gm
50gm madu
30gm unsalted butter (mentega tanpa garam)

sedikit olive oil - untuk sapuan atas bun

cara:
  1. masukkan semua bahan2 ke dalam bread machine dan tekankan setting untuk dough
  2. tunggu sehingga siap
  3. keluarkan doh dan letakkan ke atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin dan bentukkan semula menjadi bola yang besar
  5. rehatkan doh tadi dalam 10-15 min
  6. setelah itu potongkan doh tadi sebanyak 9 dan timbangkan setiap satu dalam 50-60gm
  7. bentukkan kesemua doh tadi menjadi bola yang kecil dan susunkan ke dalam cake pan yang telah digriskan terlebih dahulu (gambar Step 1)
  8. jarakkan satu jari di antara doh
  9. tutupkan cake pan tadi dengan kain lembab atau cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda dalam 45-1 jam
  10. pada yang tinggal di negara sejuk bolehlah di letakkan di dalam oven dan letakkan dua cawan air panas di susun kiri dan kanan cake pan tadi (gambar Step 2 doh yang telah naik)
  11. tidak perlu on kan oven kerana wap air panas tadi akan mempercepatkan proses menaikkan doh
  12. bakarkan pada suhu 180-200C (bergantung pada jenis oven masing2) selama 15-20 min atau sehingga masak dan keperangan
  13. keluarkan bun tadi dan sapukan dengan sedikit olive oil supaya permukaan roti tadi akan sentiasa lembut

6 November 2008

Kuih cara manis

Bahan-bahan:
120gm tepung gandum - diayak
1 biji telur
200ml jus pandan
50ml santan pekat
2 camb gula pasir
minyak masak - untuk sapuan pada acuan

gula pasir secukupnya - untuk inti

cara:
  • masukkan tepung dan gula ke dalam mangkuk adunan, gaul rata
  • kemudian masukkan telur, santan dan gaulkan sebati
  • setelah itu tuangkan jus pandan dan gaulkan lagi adunan sehingga sebati
  • adunan mestilah sedikit cair
  • tapiskan adunan tadi ke dalam mangkuk adunan yang lain supaya adunan tidak berbentil2
  • panaskan acuan yang telah disapukan dengan sedikit minyak terlebih dahulu
  • tuangkan adunan ke dalam acuan dan taburkan 1/4 camt gula pasir di tengah2 sebagai inti (Step 1)
  • tutupkan dengan tudung periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil (Step 2)
  • enak dihidangkan untuk minum petang

Masala telur

Bahan-bahan:
6 biji telur rebus - digoreng sehingga kuning emas
4 biji bawang besar - dihiris bulat
1 cawan susu cair
2 tangkai daun kari
1cm kulit kayu manis
3 kuntuk bunga cengkih
4 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar:
1 cawan air
2cm halia
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada putih

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan kulit kayu manis, daun kari dan bunga cengkih sehingga naik bau
  • masukkan bahan2 kisar dan masak hingga pecah minyak
  • tuangkan susu cair, garam dan gula secukup rasa
  • masak sehingga kuah menjadi pekat
  • kemudian barulah dimasukkan telur goreng tadi bersama dengan bawang besar
  • kacau sehingga sebati
  • hidangkan bersama2 dengan nasi putih

2 November 2008

Karipap pusing resepi III

Bahan-bahan (35 biji):
Bahan2 inti:
300gm isi ayam - dipotong kecil (guna mince beef/chicken pun boleh ikut selera masing2)
3 biji ubi kentang - dipotong dadu
2 sudu besar serbuk rempah kari ayam - dibancuhkan dengan sedikit air supaya menjadi paste
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun sup - diracik

Bahan2 tumis:
1 ulas bawang putih - dihiris halus
3 ulas bawang merah - dihiris halus
sedikit minyak untuk menumis

cara:

1. panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi
2. masukkan rempah kari, isi ayam dan kacau rata
3. kemudian masukkan ubi kentang, air, garam dan gula secukup rasa sambil dikacau lagi
4. masak sehingga ubi kentang menjadi lembut dan kuah menjadi pekat dan kering
5. angkat dan biarkan sejuk

Bahan-bahan untuk doh:
Bahan2 doh berminyak:
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 - 3/4 cawan air

cara:

1. masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan dan campurkan garam ke dalamnya sambil digaulkan sebati
2. buatkan lubang ditengah2 tepung tadi dan curahkan minyak masak dan gaulkan sehingga sebati
3. setelah itu tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli tepung sehingga tidak melekat di tangan
4. bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan kemudian bahagikan doh kepada 5 bahagian
5. setiap bahagian ditimbang seberat 90-95gm dan bentukkan menjadi bulat
6. ketepikan - lihat gambar Step 2

Bahan2 doh marjerin:
150gm tepung gandum
100gm marjerin

cara:

1. masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan
2. kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit sehingga habis sambil diuli sehingga tidak melekat di tangan
3. bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan kemudian bahagikan doh kepada 5 bahagian (doh marjerin hendaklah sama banyaknya dengan doh berminyak)
4. setiap bahagian ditimbang seberat 45-50gm dan bentukkan semula menjadi bulat
5. ketepikan - lihat gambar Step 1

cara untuk membuat kulit karipap:

1. ambil sebiji doh berminyak dan bentukkan menjadi leper
2. kemudian ambil sebiji doh marjerin dan letakkan ke atas doh berminyak tadi dan tutupkan - lihat gambar Step 2
3. setelah itu bentukkan menjadi bulat - lihat gambar Step 3
4. lakukan sehingga habis - lihat gambar Step 4

5. ambil sebiji doh tadi dan canaikan - lihat gambar Step 5
6. kemudian gulungkan seperti swiss roll - lihat gambar Step 6
7. canaikan lagi doh tadi menjadi panjang - lihat gambar Step 7
8. gulungkan sekali lagi seperti swiss roll - lihat gambar Step 7 & 8
9. potongkan doh tadi setebal 1cm - lihat gambar Step 9
10. lakukan proses ini sehingga habis
11. ambil sekeping doh tadi dan canaikan
12. isikan inti dan klimkan doh atau gunakan acuan karipap. jika suka bolehlah letakkan sepotong kecil telur rebus bersama2 dengan inti
13. lakukan sehingga habis dan gorengkan sehingga garing dan keperangan
14. lebihan karipap bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam fridge


1 November 2008

Pau ayam

Bahan-bahan:
Bahan2 inti:
300gm isi ayam - dipotong dadu
2-3 biji ubi kentang - dipotong dadu
2 sudu besar rempah kari ayam - dibancuh dengan sedikit air supaya menjadi paste
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun sup - diracik halus

Bahan2 tumis:
1 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris

cara:

1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumis sehingga wangi
2. masukkan rempah kari, isi ayam dan kacau rata
3. kemudian masukkan ubi kentang, air, garam dan gula secukup rasa sambil dikacau rata
4. masak sehingga ubi kentang lembut, kuah mendidih dan pekat
5. angkat dan biarkan ianya sejuk sementara membuat doh

Bahan2 doh:
1kg tepung pau
8gm instant yeast
18gm baking powder
100gm gula pasir
30gm shortening
10gm bread improver
2 sudu teh ovalette
500gm air

daun pisang atau kertas - untuk dilapikkan doh pau

cara:

  • masukkan semua bahan2 kering ke dalam mangkuk adunan dan gaulkan rata
  • kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli
  • masukkan pula yis, gula dan shortening
  • uli sehingga doh lembut dan tidak melekat di jari
  • bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan letak di dalam mangkuk adunan
  • tutup dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 30-40 min
  • cara untuk tau doh dah naik ke belum taburkan dengan sedikit tepung dan tekan dengan jari. jika ada tinggal kesan bermakna doh sudah naik
  • keluarkan doh dari mangkuk adunan dan tumbuk2kan supaya mengeluarkan angin
  • potong dan timbangkan doh seberat 50gm dan bentukkan bulat
  • biarkan doh rehat sebentar selama 10 min dan bolehlah dimasukkan inti
  • lakukan sehingga kesemua doh habis dan kukus selama 10-12 min
  • jika ada bread machine masukkan semua bahan dan tekankan untuk setting doh. tunggu sehingga siap dan setelah itu ikuti proses di atas
  • cara membuat pau nie sama seperti membuat roti kecuali pau dikukus

source: chef li

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin