Pages

22 November 2008

Kuih bom / onde-onde


Bahan-bahan (15 biji):
Bahan2 untuk doh:
200gm tepung pulut
1 camb tepung gandum
1 camt air kapur
200ml air
secubit garam

bijan secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan2 inti:
1/2 biji kelapa parut
60gm gula melaka/gula merah
20gm gula pasir
50ml air

cara:
  1. cara membuat inti: jerang gula melaka, gula pasir dan air sehingga larut
  2. kemudian tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut
  3. kacau di atas api sederhana panas sehingga inti agak kering
  4. angkat dan biarkan sejuk sementara membuat doh
  5. cara membuat doh: masukkan kedua2 tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan, kacau rata
  6. kemudian masukkan air kapur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan
  7. bahagikan doh kepada 15 biji dengan setiap satu seberat 30gm (saiz bergantung pada masing2) dan bentukkan menjadi bulat
  8. setelah itu ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan dan isikan 1 camt inti kelapa, tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat
  9. lakukan proses ini sehingga habis doh tadi digunakan
  10. ambil satu doh golekkan ke atas bijan supaya elok melekat menutupi keseluruhan
  11. lakukan sehingga habis
  12. panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan gorengkan sehingga masak dan keperangan
  13. angkat dan hidangkan
  14. sesuai sebagai hidangan pagi dan petang
  15. jika tidak mau digoreng kesemuanya bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara tanpa digolekkan dengan bijan

note: petua untuk kuih bom tidak meletup dan merekah - minyak mesti banyak dan biar digoreng terendam, minyak jangan terlalu panas, jangan digoreng terlalu lama, terus menggoreng selepas siap dibuat dan jangan dibiarkan pada suhu bilik

1 comments:

Anonymous said...

kalau meletop, tak jadi bawak p katering.kesian mak sy t..hihi :P

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin