Bahan-bahan (15 biji):
Bahan2 untuk doh:
200gm tepung pulut
1 camb tepung gandum
1 camt air kapur
200ml air
secubit garam
bijan secukupnya
minyak untuk menggoreng
Bahan2 inti:
1/2 biji kelapa parut
60gm gula melaka/gula merah
20gm gula pasir
50ml air
cara:
- cara membuat inti: jerang gula melaka, gula pasir dan air sehingga larut
- kemudian tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut
- kacau di atas api sederhana panas sehingga inti agak kering
- angkat dan biarkan sejuk sementara membuat doh
- cara membuat doh: masukkan kedua2 tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan, kacau rata
- kemudian masukkan air kapur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan
- bahagikan doh kepada 15 biji dengan setiap satu seberat 30gm (saiz bergantung pada masing2) dan bentukkan menjadi bulat
- setelah itu ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan dan isikan 1 camt inti kelapa, tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat
- lakukan proses ini sehingga habis doh tadi digunakan
- ambil satu doh golekkan ke atas bijan supaya elok melekat menutupi keseluruhan
- lakukan sehingga habis
- panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan gorengkan sehingga masak dan keperangan
- angkat dan hidangkan
- sesuai sebagai hidangan pagi dan petang
- jika tidak mau digoreng kesemuanya bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara tanpa digolekkan dengan bijan
note: petua untuk kuih bom tidak meletup dan merekah - minyak mesti banyak dan biar digoreng terendam, minyak jangan terlalu panas, jangan digoreng terlalu lama, terus menggoreng selepas siap dibuat dan jangan dibiarkan pada suhu bilik
1 comments:
kalau meletop, tak jadi bawak p katering.kesian mak sy t..hihi :P
Post a Comment