Pages

28 September 2008

Nasi bukhari ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 8 atau ikut suka
1 kg beras basmathi - cuci dan toskan
3 sudu besar rempah kurma + 1 sudu besar sos tomato - bancuhkan
2 biji buah tomato - dibelah 4
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar - dihiris
4 sudu besar minyak sapi
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 tumis:
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan2 tumbuk/kisar:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia

cara:
  1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk dan bahan2 tumis sehingga wangi
  2. masukkan rempah yang dibancuhkan. kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing
  3. masukkan air, susu cair/yogurt, garam dan gula. biarkan sehingga mendidih
  4. kemudian masukkan ayam dan buah tomato. biarkan mendidih
  5. akhir sekali barulah dimasukkan nasi dan daun ketumbar. biarkan mendidih dan kering seperti nasi biasa
  6. taburkan bawang goreng dan hidangkan bersama2 dengan lauk pauk seperti dalca, acar timun

source: k.hanieliza

Bubur pulut hitam resepi II

Bahan-bahan:
1 cawan pulut hitam - direndam beberapa jam
4 cawan air
1 cawan gula
3 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
1 cawan susu cair
daun pandan - disimpulkan
garam secukup rasa

cara:
  • rebuskan pulut hitam yang telah direndam dengan air sampai pulut pecah dan kurang air
  • masukkan 2 cawan santan, daun pandan, gula dan garam
  • kacau supaya tidak pecah minyak dan masakkan sehingga mendidih
  • tutupkan api
  • hidangkan bersama2 dengan susu cair

source: k.hanieliza

27 September 2008

Biskut kelapa delima

Bahan-bahan (50 keping bergantung pada saiz acuan):
225gm tepung jagung
150gm
1/2 camt baking powder
125gm gula aising
75gm kelapa kering (dessicate coconut)/coconut powder - kalau guna kelapa kering dikisarkan dulu
25gm serbuk badam (ground almond)
1 biji telur - dalam 60gm
1/2 camt esen vanila
155gm mentega

Bahan2 hiasan:
buah ceri - dipotong kecil
sedikit kelapa kering (dessicated coconut) - untuk taburan
1 biji kuning telur - untuk sapuan

cara:
  • ayakkan dulu tepung jagung, tepung gandum dan baking powder
  • ketepikan
  • masukkan kepala kering dan serbuk badam ke dalam adunan tepung tadi. gaulkan sebati
  • ketepikan
  • satukan telur, gula aising dan esen vanila ke dalam mixing bowl
  • pukul sehingga berkrim
  • kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis sambil dipukul lagi
  • jangan risau jika adunan ini seakan2 serbuk roti
  • setelah itu masukkan pula mentega sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi dengan kelajuan yang perlahan
  • keluarkan doh tadi dan bentukkan menjadi bentuk bulat
  • tutupkan dengan tuala lembab
  • bahagikan doh kepada 3 bahagian
  • ambilkan satu doh dan canaikan dengan meletakkan dua helai plastik setebal 1/2cm
  • tujuannya meletakkan plastik supaya senang untuk mencanai
  • terapkan doh tadi dengan acuan dan susunkan ke atas baking tray yang telah digris terlebih dahulu
  • lakukan sehingga habis doh tadi
  • sapukan dengan kuning telur dan tekankan buah ceri yang telah dipotong tadi
  • akhir sekali taburkan dengan kelapa kering
  • bakar pada suhu 180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • suhu bergantung pada oven masing2

source: mat gebu

Almond cookies

Bahan-bahan:
120gm mentega
80gm gula pasir
1 biji kuning telur
1 camt esen vanila
60gm badam kisar - ground almond
180gm tepung gandum - diayak

almond flake
1 biji kuning telur untuk sapuan
50gm tepung gandum - extra

cara:
  • pukul mentega dan gula sehingga berkrim
  • masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi
  • sementara itu gaul badam kisar bersama2 dengan tepung gandum dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi sambil dipukul dengan kelajuan perlahan
  • jika adunan nampak lembik bolehlah ditambahkan 50gm lagi tepung gandum
  • gaulkan sebati dan tidak melekat di tangan
  • ambil sedikit doh dan canaikan setebal 1/2 cm. terapkan dengan menggunakan acuan dan susunkan ke atas baking tray yang telah digriskan
  • lakukan sehingga habis doh
  • sapukan dengan kuning telur dan taburkan almond flake
  • bakar pada suhu 180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan

source: k.hanieliza

23 September 2008

Bihun goreng

Bahan-bahan (4 org):
1/2 paket bihun - dicelur air panas dan ditoskan ataupun direndam semalaman
100gm daging - dihiris nipis
100gm udang
4 biji telur
4 sudu makan kicap
7 sudu makan sos tomato
1/4 cawan air
secekak sawi - dipotong selebar 2 inci
50sen taugeh - dibuang ekor
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
1 biji bawang besar
3 biji cili merah
7 biji cili padi merah/hijau

cara:
  • panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan telur, pecah2kan seperti scrambled egg. jangan terlalu kering biarkan sedikit basah. angkat dan ketepikan
  • tambahkan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 kisar dengan api yang sederhana kecil
  • kemudian masukkan daging dan gaulkan rata
  • masukkan 1/4 cawan air dan tumis rempah sehingga naik bau dan dagingnya empuk
  • kemudian masukkan pula kicap, sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa. gaulkan rata
  • bila rempah sudah masak dengan betul, barulah dimasukkan bihun dan gaulkan sebati
  • masukkan telur dan juga sawi
  • gaulkan lagi supaya semua bahan sebati
  • akhir sekali barulah dimasukkan taugeh dan gaulkan rata
  • angkat dan hidangkan
  • taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup jika suka

source: D

Ayam boxing

Bahan-bahan:
5 ketul kepak ayam
9 camb tepung gandum
2 camb tepung jagung
1 biji telur
1/2 camt serbuk paprika
breadcrumb secukupnya
air secukupnya
garam secukup rasa
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara:
  1. bahagian hujuang kepak ayam dipatahkan keluar. tarik kulit dan isinya ke bahagian atas, membentuk bulat seperti boxing. ketepikan
  2. bancuh tepung gandum, tepung jagung, telur, serbuk paprika, garam dan air secukupnya
  3. panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, celupkan ayam ke dalam adunan tepung dan salutkan dengan breadcrumb
  4. goreng ayam tadi sehingga kekuning-kuningan dan masak
  5. hidangkan panas2

Red bean cheesy bread

Bahan-bahan:
500gm tepung roti
10gm instant yeast
1 camt (5gm) garam
1 camb tepung susu
50gm telur
250gm air
50gm butter

fillings:
500gm inti kacang merah
100gm cheddar cheese - potong kiub
black sesame seeds - untuk taburan atas roti

cara:
  1. masukkan kesemua bahan kecuali filling ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting dough. tunggu sehingga siap
  2. keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  3. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin. kemudian bentukkan doh menjadi bulat besar dan rehatkan sebentar selama 10 min
  4. selepas itu bahagikan setiap doh seberat 40gm dan bentukkan menjadi bulat kecil. rehatkan semula selama 10 min
  5. ambil satu doh kecil dan leperkan di atas tangan. isikan dengan inti kacang merah dan cheddar cheese dan tutupkan semula menjadi bentuk bola semula
  6. lakukan proses ini sehingga habis. biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min atau sehingga 1 jam
  7. sapukan/spray permukaan setiap doh tadi dengan air dan taburkan dengan black sesame seed
  8. bakar pada suhu 180C selama 15-20 min atau sehingga masak dan keperangan

source: ay

21 September 2008

Sayur campur

Bahan-bahan:
100gm udang
100gm kacang pis
1 paket jagung muda
5 biji cendawan butang
1 biji lobak mera
2 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak untuk menumis
1 cawan stok ayam
garam secukup rasa
1 sudu teh tepung jagung - dicampurkan dengan sedikit air

cara:
  1. semua sayuran dipotong mengikut citarasa
  2. panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  3. masukkan semua sayuran dan garam. gaul sehingga sebati
  4. tambahkan stok ayam dan sos tiram
  5. biarkan ianya mendidih seketika. kemudian masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah
  6. hidangkan bersama2 dengan nasi putih

Kuih kasui resepi I

Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir
1 ketul gula melaka
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji
1/2 cawan tepung beras
3 sudu makan air kapur
1 sudu makan coklat paste - optional kalau nak kaler kuih cantik
daun pandan

cara:
  1. gunakan 2 cawan air untuk memasak gula melaka dan gula pasir bersama2 dengan daun pandan yang telah disimpul. masak sehingga gula larut kemudian tapiskan. ketepikan
  2. campurkan dengan 3 cawan air lagi ke dalam air gula tadi supaya ianya cepat sejuk
  3. bila sudah sejuk barulah dimasukkan kesemua tepung tadi dan kacaukan sebati
  4. masukkan air kapur dan cokelat paste dan kacau rata
  5. kemudian tapiskan adunan dan masukkan ke dalam mangkuk dan masak dengan api sederhana panas
  6. kacau selalu dalam 5 min dan tuangkan ke dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu
  7. kukuskan selama 45 min atau sehingga masak
  8. biarkan sejuk barulah dipotong dan digaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam

source: dari blog D

Udang masak lemak cili padi

Bahan-bahan:
500gm udang
1/2 biji kelapa - ambil santan
1 batang serai - dititik
1 keping asam keping
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup
2cm halia
15 biji cili padi

cara:
  1. masukkan santan dan bahan2 kisar ke dalam periuk
  2. kacau sehingga menggelegak di atas api yang sederhana
  3. masukkan serai, asam keping dan garam secukup rasa
  4. kacau selalu supaya tidak pecah minyak
  5. hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan ulam2an

17 September 2008

Mee hailam resepi II

Bahan-bahan (5 orang):
350gm mee kuning
300gm udang sederhana besar
75gm daging lembu tanpa lemak - dipotong kecil2 dan direbus dengan 200ml air sehingga empuk
2 biji buah tomato - dibelah 4 atau 6 ikut suka
300gm sayur sawi - dipotong
400gm sayur kobis - dipotong (optional kalau suka)
2 biji bawang merah - dicincang/tumbuk halus
4 ulas bawang putih - dicincang/tumbuk halus
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
1 sudu makan tepung jagung
5 biji cili padi - dihiris
2-3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak
garam secukup rasa

cara:
  • tumiskan bawang merah dan putih di atas api yang perlahan sehingga harum
  • masukkan daging serta air rebusannya bersama dengan udang
  • kemudian masukkan semua jenis sayur apabila kuah mendidih
  • masukkan mee kuning, cili padi, buah tomato, garam dan bawang besar
  • kacau dan biarkan mendidih semula
  • masukkan bancuhan tepung jagung
  • tambahkan kicap. kacau rata
  • hidangkan bersama2 dengan cili potong

Ayam masak paprik resepi II

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil atau ikut suka
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji bawang besar - dimayang
2 batang serai - dititik
2 biji buah tomato - dibelah 4
5 biji cili padi - ditumbuk (boleh tambah kalau suka pedas)
2 biji limau kasturi - diambil jusnya (kalau tak ada limau kasturi boleh guna limau nipis)
5 helai daun limau purut - disiat2
7 sudu besar sos cili
6 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
sedikit bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
air secukupnya
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

cara:
  1. panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam setengah masak, jangan terlalu garing
  2. masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk berserta dengan cili padi. kacau sekejap
  3. kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis. kacaukan sebati dan biarkan mendidih sekejap. masukkan pula sedikit air (nie bergantung pada kepekatan dan kecairan kuah mengikut suka masing2)
  4. selepas itu masukkan serai, daun limau purut dan semua jenis sayuran. kacaukan dan bila mendidih barulah dimasukkan buah tomato dan bawang besar
  5. semasa menghidang barulah diperahkan jus limau

source: mak lang

15 September 2008

Murtabak resepi II

Bahan-bahan:
12 keping kulit popia yang bersaiz 250mm x 250mm
6 biji telur - boleh ditambahkan kalau suka telur banyak
minyak

Bahan2 inti:
2 cawan mince beef atau chicken
1 labu bawang besar - dipotong dadu
500gm ubi kentang (dalam 4 biji) - dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
4 ulas bawang merah
1cm halia
2 ulas bawang putih

cara:
  1. cara untuk membuat inti: rebuskan ubi kentang terlebih dahul di dalam air mendidih sehingga hampir 3 suku masak/empuk
  2. kemudian toskan ubi kentang tadi. campurkan rempah kari dan rempah kurma dengan sedikit air panas supaya menjadi pes
  3. panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi dan agak garing
  4. kemudian masukkan pes rempah tadi, tumis lagi sehingga pecah minyak
  5. masukkan mince beef/chicken, goreng sehingga masak
  6. kemudian masukkan bawang besar serta ubi kentang tadi. kacau sekejap sehingga ubi kentang empuk dan intinya agak kering. angkat dan sejukkan
  7. cara untuk membuat murtabak: telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dengan inti, kacau sehingga sebati
  8. buka sekeping kulit popia, kemudian letakkan inti secukupnya di tengah2 kulit popia tadi dan ratakan
  9. kemudian lipatkan kulit popia bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi bentuk 4 segi
  10. masak di dalam kuali leper yang mengandungi sedikit minyak dengan api sederhana panas sehingga keperangan
  11. ulangi sehingga habis inti digunakan
  12. hidangkan bersama2 dengan kuah kari dan bawang jeruk
  13. cara untuk membuat bawang jeruk: hiris bawang besar dan gaulkan bersama2 dengan 1 sudu besar cuka, 1 sudu besar gula, sedikit garam dan pewarna merah. gaulkan sebati

Hokkaido milk loaf

Bahan-bahan (1 loaf about 500gm):
220gm tepung roti
30gm tepung kek
3gm garam
3gm (1 camt) instant yeast
35gm gula pasir
40gm telur putih - dalam 2 biji telur
100ml hokkaido/fresh milk
45ml whipping cream
15gm mentega cair

cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting dough. tunggu sehingga siap
  2. kemudian keluarkan dan letakkan ke atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  3. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin. bentukkan doh menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min (proses nie penting supaya senang untuk canaikan doh)
  4. selepas itu bahagikan doh kepada dua dengan setiap satu seberat 250gm
  5. ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk rectangular. gulungkan seperti swiss roll
  6. lakukan sehingga habis dan masukkan ke dalam loaf pan yang telah digris dengan mentega
  7. biarkan doh naik dua kali ganda dalam 45min ke 1 jam
  8. panaskan oven pada suhu 170C
  9. sapukan permukaan roti dengan sedikit susu segar dan bakar selama 30min atau sehingga masak
  10. keluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut
  11. biarkan sejuk barulah dipotong

note: roti nie memang lembut dan berbau harum

14 September 2008

Nasi ayam resepi III

Bahan-bahan:
Bahan2 untuk nasi:
1kg beras - cuci dan toskan
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan - disimpul
1/2 sudu makan garam
serbuk perasa
air paras sukatan beras
minyak untuk menumis

cara:

1. panaskan minyak dalam periuk nasi
2. kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. tumis sehingga naik bau
3. masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaulkan rata
4. masukkan beras dan gaulkan sebati
5. kemudian tutup periuk nasi dan biarkan nasi sehingga masak

Bahan2 untuk kuah cili:
15 biji cili hidup
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi - ambil jus (boleh juga guna limau nipis)
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

cara:

1. kisar bawang putih, halia dan cili hidup bersama2 dengan jus limau, garam dan gula
2. kemudian masukkan air masak, kisar lagi
3. tambahkan garam dan gula jika kurang
4. hidangkan bersama2 dengan nasi ayam dan kuah sup

Bahan2 untuk ayam goreng madu:
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
air untuk merebus secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
1 ibu jari halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

cara:

1. bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor
2. panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
3. kemudian masukkan air dan biarkan ia mendidih
4. masukkan ayam dan rebus sehingga ayam masak (kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucukkan pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya)
5. campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan di dalam mangkuk besar
6. sapukan rata pada ayam dan perap selama 1-2 jam
7. gorengkan ayam dengan minyak yang banyak dan terendam. biarkan kulit ayam garing dan jangan goreng terlalu lama cukup sekadar untuk garingkan kulitnya
8. angkat dan toskan minyaknya

Bahan2 untk ayam goreng ketumbar:
1 ekor ayam - dipotong kecil
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
kunyit serbuk secukupnya
garam secukup rasa

cara:

1. gaul kesemua bahan dan goreng ayam sehingga garing
2. jika ingin ayam goreng yang bersalut tepung garing seperti KFC, selepas gaul rata bahan2 di atas boleh ditaburkan tepung beras secukupnya untuk menyalut ayam dan kemudian digoreng sehingga garing

Bahan2 untuk ayam rebus style hainan:
1 ekor ayam
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus

cara:

1. bersihkan ayam dan dibasuh dengan air garam, jangan dipotong, biarkan ianya seekor
2. kemudian gantung ayam untuk dikeringkan seketika
3. masak air dalam periuk besar (air mesti cukup untuk tenggelamkan ayam) sehingga mendidih
4. masukkan ayam dan kecilkan api dan rebus untuk selama 40 min
5. cucuk peha ayam untuk tahu ayam sudah masak ke belum
6. ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap. pandai agak2
7. jika tidak berdarah lagi bolehlah diangkat ayam dan gantung untuk toskan airnya
8. biarkan ayam betul2 sejuk baru dipotong supaya dagingnya tidak hancur
9. potong ayam macam yang jual dikedai. tuangkan sedikit kicap cair an minyak bijan atas ayam dan hidangkan bersama2 dengan nasi ayam

Cara untuk membuat kuah sup:

1. gunakan air rebusan ayam untuk ayam goreng madu ataupun ayam rebus style hainan
2. tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya
3. taburkan daun sup dan bawang goreng

source: D

Popia goreng bercili

Bahan-bahan:
resepi inti popia dan sambal popia lihat disini
gorengkan popia sehingga keperangan dengan minyak penuh terendam

Bahan-bahan sambal cili utk salutan popia:
2 sudu besar cili mesin
1 ulas bawang putih - ditumbuk hancur
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
bijan - optional kalau suka

cara:
  1. tumiskan cili dan bahan2 lain
  2. masakkan sehingga pekat dan naik minyak
  3. masukkan popia goreng dan taburkan bijan
  4. kacau rata sehingga popia bersalut dengan sambal
  5. angkat dan hidangkan

resepi sambal: k.hanieliza

12 September 2008

Apam balik resepi II

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
100gm tepung gandum
140ml air
1/2 camt instant yeast

campurkan kesemua bahan dan biarkan selama 1 jam

Bahan2 B:
100gm tepung gandum
100gm tepung roti
1 biji telur
250ml air
40gm gula pasir
1/4 camt baking powder
1/4 camt alkaline/lye water
secubit garam

Bahan2 sampingan:
kacang tanah - ditumbuk kasar
gula pasir
butter
creamy corn

cara:

  1. masukkan kesemua bahan2 B ke dalam mixing bowl dan masukkan pula bahan2 A. kacaukan sehingga sebati
  2. biarkan seketika selama 45 min atau adunan naik dua kali ganda
  3. panaskan non-stick pan (size bergantung pada masing2) dan tuangkan 2-3 camb adunan (bergantung pada tebal atau nipis) and spread out into a circle
  4. taburkan gula pasir, kacang tanah, sedikit mentega dan creamy corn
  5. biarkan sehingga gula cair, adunan dah menjadi keperangan. kemudian lipatkan dua
  6. angkat dan hidangkan panas2

source: aunty yochana

Kuih lopes resepi II

Bahan-bahan:
2 cawan pulut - basuh dan rendam
2 cawan santan + sedikit garam
1 cawan jus air pandan
1/2 biji kelapa parut muda

air gula merah - untuk dihidangkan

cara:
  1. masukkan semua bahan kecuali kelapa parut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak lebih kurang 30 min
  2. keluarkan dan masukkan ke dalam tudung botol nescafe yang telah dialaskan dengan plastik
  3. tekankan supaya pulut tadi mampat dan kemas
  4. keluarkan (tarik plastik alas dalam tudung tadi) dan gaulkan dengan kelapa parut muda
  5. hidangkan dengan air gula merah

source: k.hanieliza

Nasi goreng belacan

Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi sejuk
2 ulas bawang putih - diketuk
2 ulas bawang merah - dihiris
100gm udang
2 biji telur
2 sudu makan sos tiram
3-5 tangkai cili padi - dihiris
secekak kangkung - dipotong ikut suka
2-3 sudu makan sambal belacan
garam secukup rasa

bahan2 sambal belacan (kisar atau tumbuk sehingga halus):
cili hidup
cili padi
belacan
limau nipis
garam, gula dan perasa secukup rasa

cara:

  • tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi
  • masukkan udang, telur dan cili padi
  • masukkan pula nasi, sayur kangkung, garam, gula, sambal belacan dan sos tiram secukup rasa
  • gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan garing
  • angkat dan hidangkan
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin